Tuesday, June 25, 2024

Penjelasan isu Blackrock oleh PM diterima baik

LANGSUNG DARI PARLIMEN

SEPANJANG sidang dewan berlangsung pagi ini khususnya ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim (wakil Tambun) menjawab dan memberi penjelasan berhubung isu penjualan saham Malaysia Aiport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Insfrastructure Partners GIP untuk menguruskan lapangan terbang negara kepada GIP dewan berjalan penuh tertib dan santun.

Wakil pembangkang seperti terpukau dan terbius dengan hujah dan fakta diberikan Perdana Menteri, ditambah pula dengan penyampian secara defensive.

Penjelasan Perdana Menteri diterima dengan baik dan professional. Walaupun isu dijangka akan menghangatkan dewan sampai akan dipulau oleh pembangkang, tidak berlaku pagi ini. 

Pagi ini pembangkang rasional mungkin mereka telah mengambil ubat penenangan jiwa sebelum ke dewan. Ada dua wakil daripada pihak pembangkang mencelah bertanya soalan tambahan terhadap penerangan Perdana Menteri, wakil Machang (Wan Faisyal) dan Alort Star (Afnan Taib).

Wakil Machang bertanya kenapa syarikat GIP yang ada hubungan dengan Israel dipilih dan tidak syarikat lain. Dia juga bertanya kenapa tidak diambil syarikat dari Jepun atau Singapura yang berjaya menguruskan lapangan terbang di Narita dan Singapura dengan baik. Kenapa GIP yang ada hubungan dengan Israel dipilih? 

Manakala wakil Alor Star tidak sangat mengkhusus kepada isu Blackrock, tetapi menimbulkan soal ketidak selarian di antara PM dengan para menterinya. Menurut wakil Alor Setar, Anwar seperti berkerja bersendirian ke hulu ke hilir. Beliau mengibaratkan Perdana Menteri sebagai kepala kereta api berjalan bersendirian tanpa diikuti gerabak dari belakang.

Lantas itu beliau mencadangkan agar gerak gerabak yang kurang fungsi itu ditukar segera. Apakah dimaksudkan gerabak baru yang dijadikan gantian itu dari made in Pas?

Mengenai isu Blackrock Wakil Alor Setar itu berpuas hati dan mengucapkna terima kasih kepada Perdana Menteri. Ketua pembangkang atau pun wakil Marang tidak buka mulut langsung semasa isu itu dijelaskan perdana menteri. Atau pun beliau tidak hadir kerana sakit betis?

Bagi menjawab kedua persoalan dibangkitan itu, Perdana Menteri Anwar menjelaskan pemilihan GIP untuk menguruskan lapangan terbang kita kerana syarikat yang ada hubungan dengan Israel itu lebih tolenran berbanding syarikat lain. 

Tidak benar kalau hanya syarikat itu dinilai, kerana ada 45 buah syarikat dinilai untuk usahasama itu dan hanya lima dipilih. Kerajaan menolak syarikat lain kerana mereka gagal memenuhi syarat ditetapkan, pengerusi dan CEO hendaklah dari kalangan rakyat Malaysia tetapi mereka mahu pengerusi dan CEO MAHB dilantik dari kalangan rakyat mereka.

Bagaimana pun GIP bersetuju mematuhi syarakat ketat dikenakan KWSP dan Khazanah dimana mahukan pengerusi dan CEO dilantik dari kalangan rakyat Malaysia.  

PM juga menjelas dan merawat kebimbangan sesetengah pihak mengenai masa depan MAHB menjadi milik GIP sepenuhnya. Katanya ia tidak berbangkit kerana penguasaan saham MAHB dimiliki Khazanah dan KWSP sebanyak 70 peratus manakala pengerusi dan CEOnya adalah warganegara Malaysia. Ini adalah jaminan kerajaan walaupun syarat itu diperbuatkan oleh Khazanah dan KWSP.

Dalam pada itu PM menzahirkan rasa kesal kenapa isu ini dibangkit ketika ini sedangkan perundingan dan kerjasama dengan GIP dilakukan sejak tahun 2012 lagi. Tampak sangat ia sengaja diungkit kerana untuk dijadikan modal bagi menghentam kerajaan. [wm.kl. 12:17 pm 25/06/2024]


1 comment:

  1. Hang ni masih tidur ke. Airport kan kawasan larangan div 1. Jika perang. Airport dan faciliti landasan dulu di bom.

    ReplyDelete