Saturday, December 11, 2021

Ismail Sabri sudah mengecapi zat sebagai perdana menteri

PANDANGAN PETANG 

Zat sebagai PM sudah dikecapinya.
ISMAIL Sabri Yaakob nampaknya sudah mula merasai seronok menjadi perdana menteri. Beliau sudah dapat momentum bagaimana untuk hidup bergaya dan bertindak sebagai seorang perdana menteri. Zat sebagai perdana menteri sudah mengalir ke segenap pembuluh darahnya. 

Semua ini terungkap hari ini semasa merasmi mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Bera, apabila beliau memberi pandangan bahawa Parlimen tidak perlu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Dengan berselindung di sebalik pandemik Covid yang masih belum tuntas sepenuhnya serta tidak menganggap kejayaan BN di Pirane Melaka sebagai petunjuk kekuatan sebenar buat BN, beliau berkata, semua pihak harus menumpukan kepada usaha menguatkan parti dan memberi semngata kepadanya untuk memulihkan keadaan negara. Mengikut MoU beliau dengan PH, Parlimen tidak akan dibubarkan sehingga Julai tahun depan. 

Dalam pada itu juga, ahli Parlimen Bera itu menjadi adalan proses undi 18 masih belum sedia untuk dilaksanakan, sedangkan kita mahu memberi peluang kepada mereka.

Beliau menambah hujahnya dengan mengatakan ada ketua-ketua bahagian Umno belum bnersedia untuk menghadapi pilihan raya. Apa yang cuba hendak dinyatakan Ismail Sabri, Umno masih belum bersedia, dan di sebalik itu ia memastikan beliau terus tercatuk di cagak itu. 

Ismail yang menjadi perdana menteri genap 100 hari beberapa hari lalu, dianggap sebagai PM transisi semata-mata dan bukan hakikat perdana mentari daripada BN. Proses atau kedudukan Ismail Sabri disitu, bukan atas upaya dan karismatiknya sebagai perdana menteri, sebaliknya lebih kepada sokongan dan aura daripada bekas presiden Umno Najib Razak dan presiden Umno Zahid Hamidi serta timbalannya Mohamad Hassan. Ismail Sabri tidak ada pun dalam cakro sebagai perdana menteri. 

Atas takdir itu, mulanya Ismail Sabri seperti sedia untuk menjadi wakil kepada mereka itu; Najib, Zahid dan Mohamad Hassan kerana sebab-sebab yang menolak tiga mereka itu untuk menjadi perdana menteri. Najib Razak kerana terbabit dengan kes mahkamah begitu juga dengan Zahid. Sementara Mohamad Hassan bukan ahli parlimen.

Dari masalah dihadapi ketiga mereka itu memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk menjamin penerusan kerajaan curitokrasi dipimpinan Mahiaddin Yassin apabila Mahiaddin pula dijatuhkan.

Najib dan Zahid mulanya juga seperti akur dan rela dengan perkara itu. Mereka juga menaruh harapan besar kepada kedudukan Ismail Sabri itu. Bagaimana pun ia sedikit berubah apabila Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Najib Razak untuk mengenepikan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah SCR International dua hari lepas. 

Penolakan rayuan Najib itu membentuk percaturan baru dalam Umno dan merombak pelan asal Umno yang merelakan Ismail Sabri menjadi perdana menteri.

Seperti dikatakan tadi mungkin Ismail Sabri sudah merasa nikmat, dan zat sebagai perdana menteri sudah mengalir ke dalam tubuhnya, maka beliau sudah mula mencatur untuk memposisikan dirinya. Atas nisbi seorang politik Ismail Sabri tidak perlu berjuang untuk sesiapa lagi ketimbang mengukuhkan dirinya.  

Ismail Sabri sedar ia tidak disenangi oleh Najib maupun Zahid, ekoran perkembangan dan keputusan Mahkamah Rayuan itu, tetapi sokongan beberapa pemimpin Umno yang berada dalam jemaah menterinya, menyebabkan beliau merasakan wajar untuk membina kekuatannya sendiri. 

Apa yang mungkin disedari oleh Ismail Sabri sekiranya diadakan pilihan raya dalam keadaan statusnya sebagai naib presiden seperti hari ini, jawatan itu tidak lagi akan kekal kepadanya. Jika diadakan pilihan raya dalam waktu terdekat, Najib pasti akan bertanding dan jika menang sudah tentu jawatan itu akan diambil oeleh Najib. Itu yang dikehendak dan dituntut secara penuh prihatin oleh Najib kepada Ismail Sabri. 

Adapun kemungkinan untuk Zahid memikulnya tidak sama sekali kerana kualiti kepimpinan yang ada kepada Zahid dipertikiakan. Zahid tidak lagi bermimpi seperti Najib yang kempunan untuk menjadi perdana menteri kali kedua. 

Atau pun kalau Mohamad Hassan bertanding di kerusi Parlimen, bekas MB Negeri Sembilan dan Adun Rantau itu juga lebih berhak daripada Ismail Sabri kerana dia adalah timbalan presiden. Menyedari hakikat ini maka diam-diam Ismail Sabri telah menyusun dan membina kekuatannya sendiri.

Tidak dapat disorot dalam Umno kini berseleheng pendapat apakah perlu diadakan pilihan raya terlebih dahulu ataupun mengadakan persidangan agung Umno (Pau) terlebih dahulu. Isu ini panas dalam kubang Umno dan ia sedang didebatkan. 

Setengah yang mau menyingkirkan Zahid Hamidi dan Najib Razak, mahukan persidangan agung diadakan terlebih dahulu dengan harapan berlaku pertukaran jawatan puncuk pimpinan. Sementara golongan yang bersama Zahid dan Najib mahu pilihan raya segera diadakan sebelum pemilihan Umno. 

Zahid sudah dapat membaca kedudukan dirinya sekiranya persidangan agung Umno membabitkan pemilihan diadakan maka beliau akan hilang pamor sebagai presiden Umno sedangkan jawatan itu sangat penting kepada survive politiknya serta untuk menjamin mana-mana pemimpin yang tidak bersamanya akan disepak dalam pilihan raya, dinafikan untuk jadi calon Umno. Sudah tentu selaku presiden Zahid tidak akan memberi watikah kepada penentangnya. 

Bagi Zahid sisa penghormatan ahli dan penyokong Umno kepadanya dengan jawatan yang disandang itu sahaja. 

Zahid akan menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk tidak mengeluarkan watikah sebagai calon BN kepada golongan yang tidak memihak kepadanya. Antara mereka yang boleh disebut, Shahidan Kasim, Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan lain-lain.

Senario ini difahami dan diteliti oleh Ismail Sabri. Justeru itu beliau secara bersimbolik dengan menggunakan alasan memita ahli Umno memberi sokongan kepadanya untuk menguatkan parti dan memulihkan ekonomi negara serta menangani pandemik. Sedang semua orang tahu sejauh mana kemampuan dan wibawa ahli Parlimen Bera itu untuk memikul tanggungjawab itu semua.

Ismail Sabri arif kalau beliau bersetuju untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubar Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, beliau seolah-olah menggali lahad untuk mayatnya sendiri. Dari sehari ke sehari Ismail Sabri kini sedang mengumpul akar dan tai untuk mengikat kedudukannya agar tidak tercabut. 

Pencapaian 100 hari jemaah menterinya yang dipamerkan kepada umum hanyalah bak sebuah menu di sebuah restoran sahaja yang gambarnya nampak indah dan mengeliurkan, tetapi bila dioder makanan itu pahit, hangit, masin dan terlebih gula. Mungkin mereka yang terkena Covid yang hilang deria rasa dan bau sahaja menganggapnya sebagai sedap. [wm.kl. 6:23 pm 11/12/2021

No comments:

Post a Comment