ULASAN
![]() |
| Samsuri sebelum jadi MB. |
Anwar Ibrahim berpolitik, menimbulkan kebimbangan banyak pihak mengenai peluang untuk beliau terus jadi PM bagi penggal kedua.
Sekiranya peluang itu bergantung seratus peratus kepada kekuatan PH, ia meragui ramai orang untuk Anwar akan dapat jadi PM selepas pilihan raya ke-16 nanti. Ini kerana PH semacam kehilangan kekutan disebabkan beberapa isu dan beberapa masalah melanda.
Sementara polisi dan dasar membantu rakyat yang diumum dan dilaksanakan, tidak menyakinkan ia akan diterjemahkan sokongan ke dalam peti undi.
Selain itu ada beberapa faktor lain untuk mengatakan demikian. Hakikat ini kena diakui, sesetengah orang PH sendiri tidak menolak kelemahan ini. Paling ketara ialah kekuatann PH itu sendiri tidak seperti sebelum jadi kerajaan. Jentera atau struktur Pakatan Harapan di negeri-negeri sangat lemah, tidak berfungsi dengan baik dan sempurna.
Anwar hari ini obius jaga hubungan dengan pembangkang menwujudkan relationship dan berkerja untuk pulihkan kerajaan sampai mengabaikan parti dan organisasi.
Disini saya tidak ingin berbicara fasal Anwar Ibrahim, apa yang sedang beliau tempa sekarang itulah bentuk yang akan diterimanya kelak. Apa yang ingin disinggung, sekirnya Anwar tidak jadi PM, siapakah yang akan mengambil alih jawatan itu?
Waktu ini pembangkang khususnya UBN dan Pas, begitu yakin dalam pilihan raya ke-16 nanti mereka akan mengusai parlimen Malaysia seterusnya membentuk kerajaan.
Angan-angan UBN dan Pas itu akan jadi kenyataan sekiranya kedua parti itu benar-benar bergabung dan bekerjasama. Mereka meletakkan sasaran 120 kerusi, dengan Pas mencapai 60 kerusi manakala Umno juga 60 kerusi.
Umum tahu sebelum ini pernah dirancangkan ke arah itu, tetai ia dirampas tengah jalan oleh Bersatu sehingga pakatan UBN dengan Pas menerusi Muafaat Nasional (MN), terlerai di tengah jalan.
Dengan mengira kali ini, kerjasama atau apa disebut sebagai "tafahum" berlaku, ia mengembalikan harapan itu. Persoalannya kini, siapa yang akan jadi perdana menteri?
Pas telah menyandarkan harapan itu kepada Naib Presidennya bernama Ahmad Samsuri Mokhtar, yang waktu ini adalah MB Terangganu yang juga ahli Parlimen Kemaman.
Walaupun dari segi hierarki Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman) lebih wajar, kerana beliau adalah timbalan presiden, tetapi kerana sebab-sebab tertentu (bukan faktor saiz) sebaliknya kelulusan akademik, menyebabkan beliau tidak diletakkan sebagai calon PM Malaysia. Pas teruja dengan golongan profesional yang suatu waktu dahulu diserang.
Naman Samsui disebut sediri oleh Tok Dor Hadi. Bagi orang Pas apa disebut atau menjadi pilihan Tok Dor akan disujud dan berdosa jika dibantah.
Persoalannya mampu dan bolehkah Samsuri seorang kejuruteraan aeroangkasa itu untuk memikul jawatan itu. Jawatan PM bukan kecil, ia jauh lebih besar dan mencabar daripada jawatan MB. Ismail Sabri Yaakob kandatipun seorang peguam yang dianggap profesional dan berpengalaman, pun gagal untuk memikul tugas itu.
Untuk dicalonkan sebagai calon PM Samsuri haus menguasai dunia bukan sahaja setakat negeri. Perlu ada jaringan mendunia dan ilmu potik yang mampan. Kalau sebagai MB Terangganu yang sudah dipegang selama lapan tahun pun beliau terkial-kial, apa lagi jawatan PM.
Sebelum ini satu ujian dibuat ke atasnya dengan melantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen. Belum pun dia menunjuk heronya sebagai ketua pembangkang di Parlimen, jawatan itu sudah ditukar kepada Hamzah Zainuddin sebelum Rabu bertukar Khamis.
Benar pertukaran itu adalah tektikal, tetapi dari satu sisi ia menggambarkan ketidak mampun MB itu untuk memegang jawatan itu.Secara tidak langsung telah keadaan itu mencalar Samsuri.
Dari segi ketokohan juga tdak ternampak kepada diri Samsuri. Ini boleh diperhatikan apabila dia berhadapan dengan para wartawan. Keadaanya kekok dan setiap pertanyaan disuakan kepadanya cuba ditepis, mengelak daripada menjawabnya. Masalah percakapannya tidak lancar dan darat menyebabkan dia meminimumkan percakapan dengan wartawan.
Dalam tahun 2014 atau kira-kira 12 tahun lampau saya pernah menulis dalam facebook mengenai ura-ura Pas hendak bekerjasama dengan Umno. Tulisan saya itu dijawab dan diulasnya, ia tidak senang dengan ramalan saya itu dengan menyifatnya sebagai fitnah.
Jawaban dan ulasannya ditulis oleh orang bernama Wan Haswari Wan Ahmad. Tengok print skirn yang dimuatkan.
Reaksi Samsui kepada posing saya itu menyerlahkan kedangkalannya yang jauh daripada layak untuk jadi Perdana Menteri. Kalau begitu tindakannya, kita khuatir kalau beliau pegang jawatan PM nanti, banyak perkara yang tidak dapat dibaca awal, yang akhirnya memberi kesan kepada negara.
Selain dari itu ada beberapa hal lain menunjukkan kelemahan Samsuri sebagai pemimpin (sebagai MB) yang belum terdedah, insyaAllah akan saya ceritakan di sini nanti. Trims. [wm.kl. 9:29 am 16/10/26]

No comments:
Post a Comment