Tuesday, October 20, 2026

Pentadbiran Tidak Cakna Rakyat

JENGUK TERANGGANU (II)

MARI kita jenguk ke negeri Terangganu Darul Iman sekejap untuk melihat pentadbiran kerajaan Pas di negeri itu yang kini dibawah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai MB.
Samsuri ini juga disebut-sebut sebagai calon bakal perdana menteri daripada PAS/PN. Apakah nama Samsuri masih relevan lagi atau tidak walahu’alam, ini kerana selain Samsuri ada nama lain juga disebut sebagai bakal PM daripada Pas sendiri.
Untuk melihat apakah Samsuri layak atau kompeten untuk jadi PM, elok kalau kita lihat apa berlaku di Terangganu, terutamanya dalam pentadbirannya. KIta tidak mahu mengulas mengenai kedudukan Terangganu dari segi pengembangan ekonomi dan kemiskinan rakyat berbanding dengan negeri lain. Pas telah beri macam-macam hujah kenapa negeri itu tidak berkembang maju setanding dengan negeri lain.

Alasan klise ialah diskriminasi daripada kerajaan Persekutuan. Bagaimana pun parti itu kena ingat yang mereka pernah menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kalau ada diskriminasi kenapa ia tidak dituntaskan. Alasan berkenaan tidak timbul lagi.
Tetapi yang hendak kita tumpukan kepada pentadbiran dan sikao Samsuri, sebagai MB Terangganu. Kita tahu Pas mendendangkan kerajaannya berpinsipkan Islam. Ia memerintah berpandukan kepada Quran dan Hadith.
Ia sering menuntut kerajaan Madani berlaku adil. Sebuah kerajaan yang dikatakan memberi keadilan kepada semua golongan tanpa mengira darjat dan kedudukan. Dalam masa sama terus menuduh kerajaan Madani tidak adil.
Apakah Samsuri sudah melaksanakan itu dan Pas Terangganu sudah merasakan kerajaannya di negeri penyu menangis itu sudah bersikap adil dan priatin kepada semua. Atau ia tidak lebih daripada retorik seekor burung gembala kerbau semata mata.
Kalau didengar daripada pihak Pas begitulah. Kononnya kerajaan Terangganu adalah kerajaan Islamik berbanding dengan negeri-negeri diperintah BN dan PH. Ia diperintah mengguna pakai syariat Islam.
Sebenarnya apa dinyatakan itu tidak merupakan suatu realiti, malahan lebih kepada mimpi atau tepatnya angan-angan. Kerajaan Terangganu khasnya Samsuri sebagai MB dibawah pentadbiranya masih ada kecacatan dan kelemahan nyata yang seperti sengaja tidak mahu diselesaikan.
Apabila kita bercakap dan mengakui Islam, hal hal seperti ini seharusnya tidak berlaku lagi. Sekiranya ia wujud, ia memincangkan kerajaan yang diakui Islamik itu.
Apa dinamakan sikap memilih bulu masih berlaku. Masih ada masalah atau isu rakyat tidak ditangani secara adil dan professional. Dengan keadaan ini tidak selayaknya untuk kerajaan Terangganu diakui sebagai memerintah mengikut syariat Islam. Barangkali keterlaluan untuk dikatakan sebagai munafik.
Sebagai contoh ialah berhubung dengan isu tanah yang dinamakan atau dikategorikan sebagai tanah zuriat, atau disebut tanah Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM) seluas 13,500 ekar yang terletak di Kemaman. Isu tanah Cap ini sudah lama berlaku sejak satu abad lalu, ia berlarutan sampai kini.
Sudah bersilih ganti MB Terangganu, sejak tahun 1925 hingga kini sudah 15 orang MB, 13 orang daripada Perikatan/BN manakala tiga daripada Pas dengan penyadang terkini ialah Samsuri Mokhtar yang sudah menjabat jawatan itu selama 8 tahun.
Malangnya Samsuri sebagai MB seperti tidak berpaling kepada isu atau masalah tanah ini dan mengambil sikap dingin atau senyap. Sikap Samsuri sebginilah menampakkan kepimpinannya lemah, tidak profesioanl dan situasi ini menjauhkan beliau layak untuk dicalonkan sebagai Perdan Menteri.
Kalau ketika jadi MB beliau sudah gagal untuk bersikap proaktif, prihatin, tidak peduli kepada masalah rakyat, gagal mentadbir secara excellent macam mana beliau hendak memimpin Malaysia tanpa menunjukkan kebolehan dan kemampuannya menyelesaikan masalah rakyat di Terangganu? Bersambung. Trims. [wm.kl. 12:01 noon 20/10/2026]

No comments:

Post a Comment