IKLAN PRECETAK
Alhamdulilah penulisan buku baru saya Noktah Sebuah Penantian: Anwar PM10 Kemelut Piraum Ke-15 (NSP) sudah selesai. Proses seterusnya ialah ke percetakan. Seperti biasa sementara buku siap saya memberi peluang kepada para penjenguk blog ini yang berminat untuk membuat tempahan awal (pra cetak).Thursday, December 29, 2022
Wednesday, December 21, 2022
Anwar sudah dapat keabsahan parlimen
ULASAN LEWAT
KEBIMBANGAN mengenai kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 sudah berakhir menjelang tengah hari semalam (20 Disember) apabila rang undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bernilai RM107,718,676,650 diluluskan dengan sebulat suara tanpa perbahasan.Kelulusan dengan selamatnya bajet mini itu melegakan permerhati dan rakyat umum kerana ia telah menamatkan spekulasi yang bajet itu akan dipulau oleh pembangkang untuk menumbangkan Anwar Ibrahim (Tambun) sebagai perdana menteri.
Tuesday, December 20, 2022
Sanusi dan Takiyuddin perlu ambil tanggungjawab, letak jawatan
ISI HATI
KESIAN dan simpati kita dengan nasib parti gemulah chek saya, Pas. Parti itu berada dalam keadaan seperti tidak tentu arah dan hilang pedoman, persis sudah tertukar dan tidak dapat mengenali di antara bintang dengan bulan purnama. Lantaran itu menyebabkan perjuangan parti itu, maksudnya kemenangan besar diperolehi dalam pilihan raya lalu macam sia-sia sahaja.Pas tidak reti dan bijak mengolah kemenangan untuk perkara serta faedah lebih besar lagi. Pas gagal memanfaatkan anugerah emas daripada Allah buat parti itu. Pas kini jadi laksana sang petani yang tahu menangkap Pelanduk tetapi tidak tahu untuk mengandangkannya.
Wednesday, December 14, 2022
Ismail Sabri perlu diberi peranan dalam kerajaan Perpaduan
ULASAN PETANG
Anwar sambut kunjungan Ismail Sabri. |
grand design untuk mengganggu kerajaan Perpaduan nasional. Laporan liar berupa ciapan mengatakan beliau berada di Jakarta dan bertemu dengan beberapa orang ahli politik termasuk Mahiaddin Yassin untuk projek berkenaan adalah satu laporan palsu dan bersifat fitnah.
Tuesday, December 13, 2022
Membaca maksud kunjungan MB Perlis terhadap PM
SESUDAH SUBUH
MB Perlis Mohd Shukri mengunjungi Anwar bawa salam Pas. |
Ia dilakukan sebagai tanda hormat seorang menteri besar kepada seorang perdana menteri. Walaupun MB berkenaan daripada parti lain, tetapi atas semangat federalisme, Mohd Shukri sedia berbuat demikian. Kunjungan itu tentu sedikit sebanyak dapat mengundang ketenangan politik.
Saturday, December 10, 2022
Pas masih ada waktu untuk jadi bijak politik
ULASAN SABTU
PERKEMBANGAN terkini politik di Sabah boleh mencetuskan kemelut politik kebangsaan berterusan. Walaupun ia tidak mengganggu kerajaan Perpaduan yang kian kukuh dan padu, tetapi senario di Sabah itu memberi suasana tidak damai kepada iklim politik negara. Ia mencetuskan satu lagi isu yang memadatkan minda umum.
Semalam dilaporkan semua wakil rakyat Bersatu Sabah mengumumkan meninggal parti tersebut untuk berada dalam GRS sebagai parti atau pertubuhan mereka. Ketua Bersatu Sabah yang juga Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan mereka keluar daripada Bersatu beramai-ramai.
Monday, December 5, 2022
Mesyuarat khas kabinet serlah keseriusan kerajaan
ULASAN KABINET
BARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, telah mula nampak hasilnya. Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini, beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang sangat ditunggu-tunggu dan dituntut oleh rakyat.
Hari ini semua menteri sudah mulai masuk ke pejabat masing-masing di Putrajaya dan menghadiri mesyuarat khas kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Semua menteri termasuk dua timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof hadir, kecuali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak hadir.
Kegagalan bekas menteri Kewangan di zaman Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin menjadi PM itu menimbulkan tanda tanya, tetapi mungkin beliau ada urusan lain lebih besar daripada kepentingan negara pada saat ini.
Saturday, December 3, 2022
Kabinet Perpaduan untuk kestabilan politik dan kesenangan rakyat
Hebat manusia yang membuat spain berkenaan, mungkin kerana mereka sudah mendapat insuran untuk masuk ke syurga dengan percuma.
Keadaan sedikit jadi tambah suspen apabila masa pengumuman itu yang mulanya dilaporkan akan diadakan pada jam 5: 00 petang tetapi tertunda tiga jam kemudian. Kelewatan itu sudah mula "dimenganjingkan” oleh mereka berfikiran haiwan dan tidak pernah tahu berterima kasih dan seronok berada dalam sengketa selama-lamanya.
Bukan mudah untuk menetas telor emas berkenaan. Penubuhan kabinet dalam suasana seperti kita sedia maklum, tiada mana-mana parti mendapat kemenangan mutlak dan parlimen tergantung, ianya memerlukan penghayatan yang mendalam bagi menjamin kesejahteraanya. Kerajaan atau kabinet dibentuk itu bukan kerajaan mutlak milik sesebuah parti (PH), tetapi ia milik semua yang bersedia bekerjasama.
Mencermati.
Thursday, December 1, 2022
TPM - Anwar lebih mengenali hatibudi Zahid
SUSUPAN MALAM
Zahid dan Anwar sudah lama bersahabat. |
Sekiranya tidak ada pindaan, besok Perdana Menteri ke-10 itu akan umumkan barisan kabinet pertamanya.
Siapa masuk siapa tercicir akan terjawab esok. Penjawat paling penting ialah siapakah Timbalan Perdana Menteri dari Semenanjung. TPM dari Sabah - Sarawak seperti sudah pasti akan diberikan ketua whip GPS Fadillah Yusof.