ULASAN PETANG
Tempat penamaan calon. Foto: Bernama. |
Hari ini adalah hari penamaan calon dan hari pengundian 20 November. Proses penamaan calon sudah pun selesai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 112 calon yang bertanding dalam pilihan raya itu, di mana sebahagian besar kerusi berlaku pertandingan tiga penjuru antara komponen BN, PH dan PN. Walaupun ada penyertaan beberapa calon bebas dan parti lain, ia seperti tidak penting.
Piliharanaya itu diadakan apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu. Pembubaran dibuat atas perkenan Yang diPertuan Melaka Mohd Ali Rustam setelah menerima nasihat bekas ketua menteri Sulaiman Md Ali.
Sulaiman menasihat Ali Rustam agar membubarkan Dun Melaka bagi mengelakkan pembangkang (PH) menubuh kerajaan. Walaupun tindakan Ali itu dipertikaikan sampai dibawa ke mahkamah, (lusa akan diputuskan apakah pembubaran itu berperlembagaan atau tidak) namun pilihan raya diteruskan juga seperti mana kehendak perlembagaan.
Ada mempersoalkan tindakan Ali itu tidak bijaksana dan motif politik? Boleh jadi Ali bersedia membubar Dun Melaka atas perkiraan ia akan menguntungkan BN dan memberi kemenangan kepada partinya, Umno. Ali Rustam adalah bekas ketua menteri Melaka di zaman BN.
Kunci menyebabkan Dun Melaka dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan, apabila empat orang Adun terdiri daripada dua wakil Umno, Idris Haron (Sungai Udang) bersama Nor Azman Hassan (Pulau Kundor) serta Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Nor Effandi (Bersatu - Telok Mas) menarik diri daripada menyokong kerajaan BN. Dengan penarikan sokongan mereka itu menyebabkan BN hilang majoriti, tumbang.
Sebelum BN membentuk kerajaannya, Melaka diperintah oleh PH yang mendapat mandat rakyat melalui Piraum ke-14. Apabila berlaku penarikan sokongan empat Adun itu PH bercadang untuk menubuh kerajaanya kembali. Bagaimana pun impian itu tidak sempat tercapai dihalang dengan pembubaran Dun.
BN dahulu berjaya menumbangkan kerajaan PH apabila tiga Adun yang sebelum ini mewakili DAP (Norhizam Hassan Baktte), Keadilan (Muhammad Jailani Khamis - Rembia) dan Bersatu (Rafiq Naizamohidden (Paya Rumput) dan Nor Effandi Ahmad -(Telok Mas) menyeberang bersama BN. Dengan penyeberangan mereka itu BN bentuk kerajaan dengan kelebihan 17 suara.
Pilihan raya unik.
Pilihan raya Melaka kali ini sedikit unik dan agak asing bukan sahaja kerana ia tidak seperti selalunya, tetapi diadakan dalam norma baru waktu negara masih diancam pandemik Covid-19. Ramai yang tidak terfikir pilihan raya itu boleh diadakan. Mereka yang putih dengan politik tidak mengira SPR sedia mengadakan pilihan raya.
Walaupun begitu apa yang tidak terfikir itu, difikir oleh orang politik. Pilihan raya itu seperti sengaja diadakan untuk memberi peluang kepada Umno menunjukkan kekuatannya serta mengembalikan semula kerajaan yang hilang dan sekaligus menghalang PH membentuk kerajaannya semula. Ada munasabahnya kalau pilihan raya itu disengaja diadakan memandangkan ada hubungan sentimental antara TYT dengan Umno.
Disebabkan keadaan pandemik masih belum reda, menyebabkan timbul persoalan apakah pilihan raya itu akan mendapat perhatian pengundi atau tidak? Ada kemungkinan pengundi bimbang untuk keluar mengambil bahagian memandangkan keadaan semasa, Covid belum habis. Peraturan dan SOP yang dikenakan sedikit sebanyak menyebabkan pengundi malas untuk keluar mengundi.
Apa yang berlaku di Sabah dahulu boleh menghantui mereka. Sewaktu negeri di bawah Bayu itu mengadakan Piranenya menyebabkan berlaku penularan Covid yang dahsyat. Kejadian itu turut disinggung sama oleh negara luar, di mana pihak di Singapura mencatatkan penularan Covid di Malaysia gara-gara Pirane Sabah itu.
Walaupun ada SOP ketat sepanjang pilihan raya itu, tetapi tidak dapat dijamin ia mampu membendung wabak berkenaan yang sukar untuk dihapuskan. Justeru timbul persoalan oleh sesetengah pihak apakah Pirane itu akan menerima kesan tersendiri, seperti kurangnya peratus keluar mengundi. Sekiranya peratus keluar mengundi ia akan memberi kesan tidak langsung kepada mana-mana kumpulan (parti) mengambil bahagian.
Kebiasaannya dalam pilihan raya kecil sekiranya peratus mengundi kecil ia tidak akan memberi kebaikan buat pembangkang. Dan sekiranya peratus keluar mengundi rendah bolehlah dianggap pilihan raya itu tidak memuaskan.
Pirane Melaka itu mempunyai beberapa signifikan dan ada implikasi tersendiri kepada berbagai pihak. Ia juga akan merumuskan beberapa perkara baru yang mungkin boleh diguna pakai untuk pilihan raya yang akan datang sebagai panduan. Situasi ini menjadikan pilihan raya itu sebagai medan untuk melihat sesuatu yang baharu dalam sistem politik demokrasi negara ini.
Pertama, ia akan menjadi indikator kepada Piraum akan datang. Keputusan pilihan raya itu nanti akan dijadikan pedoman dan formula kepada parti-parti politik terbabit. Dalam pilihan raya itu berlaku pertanding tiga penjuru BN, PH dan PN. Keputusan dengan percubaan pembentukan tiga gabungan itu akan dibawa ke Piraum akan datang.
No comments:
Post a Comment