Tuesday, October 20, 2020

Malaysia perlukan arkitek Kintsugi

ULASAN

Anwar, Husam bersama Allahyarham
Haji Abdullah Lubuk Tapah.
MALAM tadi telah berlangsung satu dialog atau wawancara bertema Malaysia Baru yang dihostkan oleh Senator Husam Musa. Kerana ada urusan lain saya tidak sempat mengikutinya. Cuma baru sekejap tadi saya membaca rumusan ataupun intipati wawancara berkenaan yang dicatat oleh Dr Hafidzah Mustakim.
 
Dalam catatan itu Dr Hafidzah membahagi kandungan atau segmen wawancara Husam itu kepada tiga bahagian besar, Cabaran Malaysia, Malaysia Baru, dan Langkah Ke Hadapan

Saturday, October 17, 2020

Membaca politik negara, mencari makrifat rasa

SESUDAH SUBUH 

Mereka menjadi tumpuan untuk
selesai perang politik hari ini.
SEMUA orang kini sedang menunggu dan menanti penuh minat untuk melihat apakah kesudahan dan pengakhiran sementara politik kita yang bergelora hari ini. Bagi yang excited mengharap sesuatu yang peribadi menanti dengan penuh debaran manakala yang telah terbiasa sepak terajang politik hanya rileks sahaja. 

Mungkin melayan perkembangan politik kini seperti mengorek telinga atau mencabut bulu hidung saja. Tersalah cabut terbersin jadinya. 

Ada beberapa perkara yang sedang dinanti kesudahannya. 

Thursday, October 15, 2020

Tan Sri jagalah kehormatan diri

SURAT TERBUKA

YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin,
Gambar kenangan saya dan isteri
bersama Muhyiddin dan isteri.  

Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya, Malaysia.  

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ

PERTAMA-TAMANYA saya panjatkan doa kepada Allah Swt memberikan keafiatan dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada Tan Sri sekeluarga dan kita semua di sepanjang masa. Jua diberikan taufik dan hidayah serta inayah-Nya berlipat kali ganda. 

Diharap Tan Sri tidak terganggu menerima kehadiran warkah ini dari rakyat marhaen yang sedang memerhati Tan Sri.  

Wednesday, October 14, 2020

Anwar berjaya sampaikan hasrat kepada Agong

ULASAN

Satu pose Al Sultan Abdullah dengan Anwar 
selepas pengadapan di Istana Negara. 
DUNIA politik terus bergerak dan berputar mengikut paksinya menurut naluri pemainnya. Pemain politik adalah golongan tegar sanggup melakukan apa saja asalkan cita-cita tercapai. 

Mereka tidak akan pedulikan kepada hal lain tetapi tetap obsesi dengan apa dimahuinya. Harta, masa bahkan nyawa sanggup dijadikan gandaian asalkan matlamat tercapai.

Sunday, October 11, 2020

Kenyataan Takiyuddin memerangkap Pas?

SOROTAN MALAM

TIDAK sampai 20 jam saya melepaskan artikel berjudul "Anwar perlukan Hadi bina Malaysia", https://msomelayu.blogspot.com/2020/10/anwar-perlukan-hadi-untuk-bina-malaysia.html#more Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan satu kenyataan yang memberi tahu kesemua 18 orang ahli parlimen Pas berdiri teguh di belakang Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri. 

Dalam kenyataan itu Takiyuddin berkata (Pas) tidak terkesan dengan langkah Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang diPertuan Agong untuk memaklumkan yang beliau sudah mempunyai sokongan bagi mengambil alih kerajaan.

Apa jadi dengan Amanah Selangor?

CERITA AHAD

SELANGOR adalah negeri yang berpotensi untuk Parti Amanah Negara (Amanah) membiak seterus menjadi Selangor sebagai kubunya khusus di sebelah Pantai Barat. Amanah memang perlu membuka kubunya di sebelah sini kerana begitu naif untuk berkubu di negeri-negeri Pantai Timur apa lagi untuk  menguasai negeri-negeri berkenaan. 

Dalam Piraum lalu Amanah tidak menang sekerat kerusi pun di negeri-negeri tepian lautan China Selatan itu. 

Saturday, October 10, 2020

Anwar perlukan Hadi untuk bina Malaysia

MINDA SABTU

Tokguru jadi timbalan, macam mana?
TIBA-TIBA sahaja perhatian umum kini tertumpu kepada Selasa depan 13 Oktober dimana hari yang diuar-uarkan Anwar Ibrahim dikatakan akan diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. 

Menghadap Agong sesuatu yang bukan luar biasa, apa lagi Al Sultan Abdullah baru sahaja kembali ke Istana selepas menerima rawatan kerana sedikit kegeringan. 

Tuesday, October 6, 2020

Elok Muhyiddin kembalikan kerajaan kepada PH

 

Kerajaan Muhyiddin hadapi
serangan Covid kedua.

PENINGKATAN kes Covid-19 mendadak dalam tempoh dua tiga hari ini sesuatu membimbangkan. Walaupun keadaan menurut kerajaan terkawal, tetapi mendadaknya kes-kes itu berlaku sesuatu yang perlu ditabirkan dengan masak-masaknya. 

Dengan menerima ada hikmah  di sebalik kemendadakan kes-kes itu, maka semua pihak kena mengambil iktibar dan bermuhasabah diri atas apa yang berlaku. Jangan biarkan sesuatu isyarat yang diturunkan itu tanpa ditabir kerana buruk padahnya. 

Thursday, October 1, 2020

Sambung tulisan cerita Zahid, sebuah solusi buat kawan

CATATAN SEBUAH CERITA

Foto cuplikan dalam buku saya, Zahid saat
hadir di rumah Anwar selepas sahabatnya itu 
dipecat.
DALAM sesebuah peperangan tugas dan tanggungjawab seorang komander sangat besar dan penting. Komanderlah menentu kalah atau menang perjuangan atau peperangan itu. 

Keadaan seorang komander lebih tragis dan mencabar lagi apabila musuh sudah berada di hadapan dan di belakang, komander atau panglima peranglah menentukan tindakan seterusnya. Nyawa ketumbukan berada dalam tangan komander.