Friday, June 19, 2026

Realiti politik Makaysia

SUSUPAN SENJA

REALITI politik dalam negara ini menunjukkan bahawa tiada mana-mana parti yang mampu menang dan memerintah secara bersendirian tanpa menjalinkan kerjasama atau pakatan dengan parti lain.

Sejarah telah membuktikan hakikat tersebut. Dalam pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, kemenangan berpihak kepada Parti Perikatan, iaitu gabungan tiga parti utama: United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).

Dalam pilihan raya itu, beberapa parti bertanding secara bersendirian seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Negara dan calon bebas. Namun, mereka tidak berjaya menandingi kekuatan Perikatan. PAS hanya memenangi satu kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Monday, June 15, 2026

Keindahan Pas diambil masa diperlu saja

 ULASAN

DUA kali Mohd Amar Nik Abdullah sebut nama Tan Seri Mohd Asri Muda bekas presiden Pas dalam ceramahnya di Negeri Sembilan malam tadi untuk membuktikan kehebatan orang dan negeri Kelantan serta parti Pas.
Katanya dalam peristiwa 13 Mei 1969 tidak berlaku apa apa pembunuhan di Kelantan, sedangkan di negeri lain berlaku pertumpahan darah mengakibatkan ramai yang mati.
Semasa berlaku peristIwa itu katanya ada orang Kelantan untuk ke Kuala Lumpur bagi berperang dengan Cina, tetapi mereka dihalang oleh Asri. Asri panggil mereka ke rumah dan larang jangan pergi ke Kuala Lumpur.
Apa hendak diceritakan Mohd Amar bahawa Pas bukan parti rasis.
Perkara kedua peranan Asri dalam pendidikan untuk anak Kelantan. Asri berjumpa dengan Tun Razak yang jadi PM ketika itu meminta jasa baik agar diberikan kelonggaran kepada anak anak Kelantan untuk masuk ke pusat pengajian tinggi dan universiti.

Tuesday, June 9, 2026

Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu

RENCANA

SATU lagi penantian politik sudah bertitik noktah semalam apabila PAS secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu. Keputusan itu dibuat oleh PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerjanya. Keputusan tersebut diambil setelah Dewan Ulama membentangkan pandangan dan juga nasihat dari segi hukum serta fiqh siasah Islam.

PAS menyandarkan keputusan memutuskan kerjasama politik itu dengan mengambil nasihat Dewan Ulama, iaitu dewan tertinggi dalam PAS, begitulah yang disebut dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan.

Bagi kita, itu adalah alasan semata-mata untuk memperlihatkan sikap terbuka dan memberikan justifikasi terhadap tindakan PAS, sedangkan hakikatnya keputusan itu adalah hak eksekutif, khususnya presidennya, Abdul Hadi Awang, kerana PAS mengamalkan kepimpinan ala mullah, di mana presiden mempunyai kuasa yang sangat besar. Siapa yang berani melawan cakap Tok Dor?

Wednesday, June 3, 2026

PRN Johor: Pengamatan ringkas sebelum penamaan calon

RENCANANA 

HINGGA saat ini, hampir pasti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan disertai oleh tiga gabungan besar, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC dijangka bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Perkara ini ditegaskan oleh BN sejak awal lagi. Malah, tindakan membubarkan DUN Johor secara tergesa-gesa dilihat berdasar daripada keyakinan BN bahawa mereka mampu mempertahankan 40 kerusi yang dimenangi dalam PRN Johor 2022.

Dalam situasi hari ini, BN sangat yakin mereka mampu menambah bilangan kerusi dan terus menguasai Johor walaupun tanpa bekerjasama dengan mana-mana gabungan lain.

Perikatan Nasional (PN) juga telah menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon di semua kerusi. PN yang dianggotai oleh PAS dan Bersatu kini mempunyai tiga kerusi DUN hasil kemenangan dalam PRN Johor 2022. Atas keyakinan bahawa sokongan rakyat, khususnya pengundi Melayu, semakin meningkat, PN turut menzahirkan keyakinan untuk memberi tentangan sengit kepada BN dan PH, kalaupun tidak sehingga berjaya menguasai DUN Johor.

Manakala PH yang dianggotai PKR, Amanah dan DAP, dilihat sebagai pencabar utama BN di Johor. Harapan PH untuk mencapai kerjasama pilihan raya dengan BN, memandangkan kedua-duanya bekerjasama di peringkat Persekutuan, tidak menemui titik persamaan. Suka atau tidak, PH terpaksa menerima hakikat bahawa BN merupakan lawan mereka di Johor selain PN.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, PH memperoleh 36 kerusi DUN dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Johor buat pertama kali. BN pula memenangi 19 kerusi, sekali gus menamatkan penguasaan panjang Umno dan BN di negeri tersebut.

Kejatuhan kerajaan BN di Johor selepas berdekad-dekad memerintah merupakan satu peristiwa yang amat pahit dan meninggalkan kesan mendalam kepada Umno. Johor yang dianggap negeri tradisi dan tumpah darah Umno menyaksikan kekalahan yang sukar dilupakan. Ada yang beranggapan tindakan BN membubarkan DUN lebih awal turut dipengaruhi oleh trauma politik akibat kekalahan tersebut.

Berdasarkan rekod PRU14 itu, PH percaya mereka masih berpeluang mencipta kejutan dalam PRN kali ini dan mengembalikan kecemerlangan yang pernah dicapai. Walaupun dalam PRN Johor 2022 PH hanya memenangi 12 kerusi DUN, gabungan itu masih melihat dirinya mempunyai asas sokongan yang kukuh.

Dalam PRU15 pula, PH menunjukkan prestasi yang baik di Johor apabila memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding BN. Pencapaian itu memberi keyakinan bahawa pengaruh PH di negeri tersebut masih stabil.

Kekuatan dan pengaruh PH turut dapat dilihat menerusi beberapa program besar yang berjaya dianjurkan di Johor, termasuk Kongres Keadilan dan Konvensyen Pakatan Harapan.

Dengan mengambil kira pencapaian lalu, kedudukan semasa serta perkembangan politik terkini di Johor, PH yakin kedudukannya masih kukuh. Walaupun tanpa kerjasama pilihan raya dengan mana-mana gabungan lain, PH percaya mereka mampu mencapai keputusan yang lebih baik.

Kini semakin jelas bahawa tidak akan wujud kerjasama rasmi antara mana-mana gabungan utama. Setiap gabungan dijangka bergerak secara bersendirian, manakala parti-parti lain yang berminat bertanding juga akan mengambil haluan masing-masing.

Pilihan raya kali ini dilihat lebih terbuka kerana tidak dibayangi faktor luar biasa seperti ketika PRN Johor 2022 yang berlangsung dalam suasana pasca pandemik Covid-19. Ketika itu, kadar keluar mengundi hanya sekitar 54.9 peratus, jauh lebih rendah berbanding kadar keluar mengundi dalam PRU15 yang melebihi 70 peratus.

Ada yang berpendapat kadar keluar mengundi yang rendah dalam PRN 2022 memberi kelebihan kepada BN sehingga berjaya memenangi 40 kerusi DUN. Persoalannya, dalam pilihan raya kali ini, jika pengundi keluar mengundi dalam jumlah yang lebih tinggi dan tanpa sebarang halangan luar biasa, adakah keputusan yang terhasil akan berbeza?

Jika mengambil kira pencapaian PRU14, PH dilihat masih berpeluang untuk mencatatkan kejayaan yang lebih besar. Tambahan pula, PH kini merupakan tunjang kepada Kerajaan Madani dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Sedikit sebanyak kedudukan beliau di peringkat nasional boleh membantu meningkatkan keyakinan pengundi terhadap gabungan itu.

Bagaimanapun, PH turut berdepan beberapa gangguan politik antaranya dengan kemunculan  kancil dari hutan yang tiba-tiba mahu menguji kekuatan di tengah bandar. Mereka yang arif sifat kancil tidak berasa gerun dengan kemunculan itu dan akan menganggapnya sebagai toys sahaja dalam pilihan raya nanti. Lazimnya, bunyi guruh lebih kuat daripada hujan yang turun.

Sementara itu, PN dijangka terus bergantung kepada sokongan pengundi Melayu yang menjadi asas kekuatannya. Walaupun terdapat pelbagai spekulasi mengenai hubungan dalaman dan perkembangan dalam Bersatu, PAS dan Bersatu dijangka akan terus bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya ini. Sebagai kedua-duanya mangsa hujan, mereka akan tetap berpayung sama apabila tiba masanya.

Keputusan sebenar masih sukar diramalkan sebelum hari penamaan calon. Hanya selepas penamaan calon, analisis yang lebih tepat dapat dibuat. Persoalannya, adakah pertandingan tiga penjuru akan berlaku secara menyeluruh antara BN, PH dan PN, atau akan wujud persefahaman tertentu di beberapa kerusi antara pihak-pihak yang bertanding? [wm.kl. 6:20 pm 03/06/2026]

Keluhan buat Ezam Mohamad Noor

SUSUPAN PAGI

SAYA terdengar cuplikan ceramah Ezam Mohamad Noor dalam tiktok yang diadakan di Pahang. Dalam ceramah itu beliau tidak habis-habis membelasah dan mengutuk Anwar Ibrahim. Modal utama Ezam sejak masuk Pas tidak ada lain, melainkan baham dan buruk serta hina Anwar. Ezam kini menjadi tentera upahan Pas untuk menyerang Anwar, mengambil tugasan Mohamad Sabu mengutuk Anwar sekitar tahun 1980/90an dahulu.

Sebagai politician yang diharap bangunkan negara dan bangsa, Ezam patut banyak bercakap tentang bagaimana kaedah dan cara-cara untuk bina bangsa dan negara. Beliau perlu banyak bentangkan idea, formula dan gagasannya untuk itu, bukan mengutuk sesiapa. Politik mengutuk berilah kepada ahli yang tahap pendidikannya rendah atau yang kandas belajar di timur tengah saja.

Saya sentuh Ezam kerana beliau sosok yang saya kenali dan pernah saya kawani. Saya menghormati beliau, tidak lain dan tidak bukan kerana kagum dengan kehebatannya. Dia orang penting kepada Anwar Ibrahim. Satu masa saya mengharapkan dia jadi pengganti Anwar. Saya pernah gelarnya sebagai kembar Siam dengan Azmin Ali. Sejauh mana saya mendekti dan rapat dengannya, dia tahu.

Dia kini serangannya terhadap Anwar secara istiqamah. Habis segala bahasa kesat dilempar dan dihumbankan terhadap Anwar, terbaru dia sampai anggap Anwar sebagai gila, perdana menteri gila. Kesilapan Ezam ialah kerana kesekian lama berkawan dengan orang gila. 

Saya tidak boleh fikir macam mana Ezam seorang "berparawakan" baik sampai tergamak mengatakan demikian. Perkataan itu sungguh sadis dan kemuncak segala perkataan buruk yang tidak terfikir akan keluar daripada mulut Ezam.  

Orang yang rasional dan tinggi darjat insaninya tidak akan guna perkataan itu. Ezam adalah penghayat karya Ibnun Khaldun sarjana Islam tersohor. Apakah dia kira dengan mengutuk Anwar dia akan dianggap pahlawan salib dalam Pas. Atau dia berperangai begitu kerana sedang mencuri perhatian Pas untuk masa depan politiknya, di kalangan mualaf Pas. Para mualaf Pas kini sedang bersaing sesama sendiri, menunjukkan mereka lebih Pas, untuk diterima sebagai pahlwan perang salib.  

Untuk menunjukkan Anwar tidak disenangi dan dibuang, beliau membilang satu persatu orang-orang yang meninggalkan Anwar, mereka itu baik yang masih hidup atau telah mati. Menurutnya hampir semua pengasas parti Keadilan Nasional (PKR) telah minggat daripada Anwar.  Orang terbaru meninggalkan Anwar disebut dan diulasnya ialah Rafizi Ramli bersama dengan beberapa orang ahli parlimen.

Katanya tidak ada perdana menteri, seperti Anwar dimana ahli parlimen sanggup meninggalkan perdana menteri. Ini satu keganjilan menurutnya apabila ia berlaku diera Anwar. Lancang dan mulutnya tidak berlesen, sehinggakan melupai sejarah. Itulah, kalau bercakap tidak dengan akal, banyak kecacatannya dan kemelesetan faktanya. 

Ezam terlupa, Dr Mahathir Mohamad semasa jadi perdana menteri ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah bersama beberapa orang ahli parlimen, termasuk yang menjawat jabatan menteri.  Jadi sejarah menunjukkan bukan sahaja berlaku keatas Anwar, tetapi telah terjadi ke artas Mahathir. Kalau pun terlalu benci dan cemburu jangan sampai menodai sejarah. 

Mengambil kira apa yang diperkatakan Ezam itu, saya sempat buat perenungan dan penilaian sedikit mengenai hal ini. Tidak dinafikan, sejak Anwar bergelumang dalam perjuangan, baik dari zaman siswa,  belia dan politik beliau telah melalui berbagai kerenah. Beliau diserang dan ditinggalkan kekawan dan tidak kurang juga dilawati musuh. Ia tidak pelik kerana itu sunnatullah dilalui sesiapa sahaja yang berprinsip.

Menghimpun semua itu, yang nyata Anwar tidak pernah buang kawan dan rakan. Beliau bersahabat dengan seseorang hingga ke akhir hayat, seorang pengasih dan penyayang. Setahu saya orang nombor satu dalam Umno yang membencinya ialah Sanusi Junid, tetapi beliau tidak pernah mengambil tindakan terhadap Sanusi walaupun beliau ada peluang semasa jadi timbalan presiden. Bagaimana pun Sanusi sampai ke akhir hayat mencemburui dan marahkannya. 

Tentang Ezam, diawal kejengkilannya dengan Anwar,  sehingga menyebabkan beliau menjauhkan diri dengan parti, Anwar pernah bersuara kepada saya memujuk Ezam agar tidak meneruskan sikap berjauhannya dengan perjuangannya. Saya berjumpa dengan Ezam bersama Allahyarham Abu Bakar Ninggal di pejabatnya di Subang Jaya dan menyampaikan hasrat Anwar. Begitulah Anwar sangat menghormati dan sayang kepada para sahabatnya. Mana-mana sahabat yang berkecil hati dengannya, merajuk atau apa, akan diusahakan untuk kembali bersama. 

Anwar tidak memecat dan menyisihkan sesiapa kemudian berdendam dengannya. Kalaupun beliau tidak suka, beliau pendam rasa itu dalam sukmanya, tanpa berkonfrontasi. Kebaikan dan pekertiannya itu menyebabkan dia dianggap pemaaf tahap dewa. Yang berlaku dalam medan perjuangannya, beliau tidak memecat sesiapa, tetapi mereka yang tidak betah dan memahami lenggang lengguk perjuanganya, tidak reti dan sabar dengan kerenahnya, akhir memilih jalan mengucpkan sanonara kepadanya. Itulah Anwar yang kita kenali.

Berbalik kepada Ezam tadi, saya percaya Ezam memahami dan arif semua itu, tetapi kerana dia terlalu kecewa dengan Anwar disebabkan sesuatu, dan tidak boleh menahan sabar, menyebabkan dia seperti phobia dengan Anwar sehingga ia sudah tidak rasional dengan dirinya sendiri lagi. Orang seperti Ezam ini lebih tiada "keseimbangan" berbanding dengan Anwar Ibrahim sekirnya dia jadi pemimpin utama. 

Apa dapat difahami kenapa orang tidak suka Anwar, marahkannya adalah mereka yang ada kepentingan peribadi. Yang mahu menggunakan segala kesempatan yang ada untuk diri sendiri. Misalnya apabila Anwar ada kuasa, (dahulu sebagai TPM sekarang PM), mereka mahu ambil kesempatan dengan kuasa itu. Mereka mengharap sesuatu daripada kedudukan Anwar itu yang mereka rasakan ia diperolehi dengan bantuan mereka. 

Jadi apabila Anwar tidak sedia memenuhi kehendak mereka secara berlebihan, maka disinilah bermulanya kemarahan mereka kepada Anwar. Mulalah kutuk dan serang Anwar penuh dendam dengan harapan Anwar jatuh. Sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja yang membenci Anwar, hatta dahulu orang itu mereka kutuk dan jadikan musuh.

Kesimpulan orang yang marahkan Anwar, "membakar kelambau kerana marahkan nyamuk" terhadap Anwar, mereka berkepentingan dan tidak ikhlas dalam bersahabat dan berjuang. Mereka inilah yang satu persatu lari meninggalkan Anwar sambil memburuk dan membiakan varius fitnah. 

Mereka yang tinggal bersama Anwar, adalah orang-orang yang ikhlas dan setiakawan dalam perjuangan. Mereka yang percaya kepada idealisme perjuangan Anwar, percaya kepada prinsip dan pendiriannya. Orang orang inilah yang jadi pagar dan sasak mempertahankan Anwar. Merekalah jadi kubu pelindung Anwar. Mereka lah penyala dan pembawa obor perjuangan Anwar. Mereka yang tidak mengharap apa-apa imbuhan melainkan bahagian melihat Anwar jadi pemimpin.

Justeru apabila memahami semua ini, kita tidak akan hairan kalau adanya orang-orang macam Ezam Mohd Noor itu. [wm.kl. 12:14 pm 03/06/2026]

Monday, June 1, 2026

Luahan rasa tentang Rafizi

RENCANA

Rafizi seorang olimpia
BARANGKALI saya bukan seorang yang keras kepala, dogmatik, atau berpegang kepada prinsip sendiri sehingga tidak boleh berkompromi dengan orang lain. Lantaran itu, saya sering melakukan islah terhadap pendirian dan sikap saya dalam sesuatu hal.

Misalnya, saya sedia menerima sesuatu yang baik dan melupakan peristiwa lampau demi kebaikan. Kerana itu, apabila saya membenci atau bergaduh dengan seseorang atas sesuatu sebab, apabila ada titik temu, saya sedia berdamai dan terus bergerak ke hadapan (move on). 

Sikap saya ini jarang difahami orang. Ada yang menganggap saya tidak konsisten, malah yang lebih buruk mengaitkannya dengan soal kebendaan.