Tuesday, October 16, 2018

Disiplin DAP perlu dicontohi parti lain

SUSUPAN PETANG
Parti DAP telah menetapkan mana-mana pemimpinnya khas, wakil rakyat yang ingin menerima anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk hendaklah diruju kepada Jawatankuasa Ekskutif (CEC) parti itu terlebih dahulu.

Parti itu telah menetapkan garisan panduan itu ekoran timbul sedikit kontroversi dua orang wakil rakyatnya menerima anugerah Datuk Melaka dua tiga hari lepas. Pimpinan parti itu kurang bersetuju dengan penerimaan anugerah itu.

Penerimaan itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar memandangkan mereka baharu sahaja berkhidmat — jadi wakil rakyat, menerima anugerah itu dikira tidak sepadan dengan khidmat dan jasa mereka.

Sunday, October 14, 2018

Peringatan buat Anwar, lengkapkan tesis sejarahnya

SESUDAH SUBUH

Kegembiraan mereka berdua dikongsi seluruh rakyat.
TIDAK perlu untuk saya mengulas panjang lebar mengenai kemenangan besar Anwar Ibrahim dalam Pirake Port Dickson yang berakhir semalam dan dimuktamadkan pada jam 9:30 malam tadi.

Sudah puluhan dan ratusan orang memberi ulasan mengenai pilihan raya itu dan kemenangan bergaya Anwar, semua mengakui akan kemenangan besar Anwar itu.

Cuma apa yang hendak saya sebut di sini, satu perkara yang tidak disenangi oleh golongan taksub, Anwar perlulah menggunakan kemenangan dan peluang itu sebaik mungkin.

Saturday, October 13, 2018

Menanti keputusan Pirake Port Dickson

TERKIINI

Jam: 8:15 malam: Seperti mana dijangkakan Anwar Ibrahim memenangi Pirake Port Dickson. Keputusan tidak rasmi diperolehi menunjukkan Anwar meraih 30,000 undi kira-kira 71% berbanding dengan dua calon lain yang diduga akan menyanginya, Mohd Isa Samad mendapat 4,000 undi atau 9% dan calon Pas (lupa nama) mendapat 7,300 atau 17% undi. 

Peratus keluar mengundi sekitar 63% atau kira-kira 43,000 undi. 

Majoriti dikutip Anwar 23,500 satu majoriti cukup lumayan. Sekian. 

Selamat petang. Kita semua kini sedang menunggu keputusan Pirake Port Dickson. Kesemua 32 pusat mengundi sudah pun ditutup. Pengiraan undi setempat dijangka akan berlaku bila-bila masa dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi dalam beberapa jam sahaja lagi.

SPR meramalkan keputusan akan dikeluarkan sekitar jam 9:30 hingga 10:00 malam.

Seperti mana dijangkakan peratus keluar mengundi rendah, tidak sampai 70% seperti mana disasarkan. Sejam sebelum pusat mengundi diumumkan, SPR memaklumkan peratus keluar mengundi 55% sahaja. Mungkin peratus itu akan bertambah satu atau dua peratus lagi menjadikan 58% atau paling tinggi 61% sahaja.

Berdasarkan peratus itu ini bermakna yang keluar mengundi kira-kira 38,500 pengundi sahaja.

Sekiranya ramalan awal tepat bahawa Anwar Ibrahim akan menguasai lebih separuh undi, bermakna beliau akan menang dalam Pirake berkenaan. Soal kini dan yang kita sama-sama tunggu, berapa ribukah majoriti yang diperolehinya. [wm.kl.6:09 pm 13/10/18]

Thursday, October 11, 2018

Pirake Port Dickson: Gembria dalam kebimbangan

TINJAU PIRAKE 

Anwar mengayakan sebagai seorang pesilat selepas
dipakaikan selemping pahlawan.
SEMALAM saya mencemar duli turun ke Port Dickson yang terkenal dengan keindahan pantainya dan sesuai dijadikan medan perehatan hujung minggu. PD waktu ini menjadi tumpuan bukan keistimewaan itu tetapi kerana saat ini sedang berlangsung Pirake. Sudah semestinya bagi peminat dan pemerhati politik tidak akan melepas peluang untuk turun ke PD.

Apa lagi pilihan raya PD kali ini agak istimewa berbanding dengan tiga Pirake di Selangor sebelum ini. PD juga Pirake melibatkan kawasan parlimen yang pertama selepas Piraum ke 13.

Wednesday, October 10, 2018

Kebimbangan dibayangkan Rafidah ada kebenarannya

SUSUPAN PAGI

Rafidah Aziz.
TERTARIK dengan pandangan Rafidah Aziz yang berpendapat kerajaan Harapan akan hilang kuasa kerana tidak dapat melaksanakan beberapa perkara penting kerana terlalu terikat dengan larangan atau bertentangan dengan semangat manifesto.

Apa dikatakan Rafidah itu benar kerana ada aspek-aspek tertentu kerajaan Harapan kelihatan terkial-kial dalam melakukan sesuatu atau untuk bertindak kerana terhalang oleh manifesto.

Gara-gara itu menyebabkan jentera kerajaan tidak dapat berjalan seperti mana diharapkan dan ia menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, khasnya di kalangan penyokong kerajaan Harapan.

Friday, October 5, 2018

Fahami tujuan pilihan raya kecil Port Dickson diadakan

ULASAN


Anwar mara terus mara..
berlari menuju Puterajaya.
BERBAGAI tafsiran dan ulasan dibuat ke atas pilihan raya kecil (Pirake)  P 132 Port Dickson. Ada yang sengaja buat-buat tidak faham kenapa pilihan raya berkenaan diadakan dan mengecam kewajarannya.

Apabila kerusi itu dikosongkan bukan kerana wakilnya meninggal, atau hilang kelayakan, ertinya ia ada misi tertentu di sebalik pengosongan itu. Situasi itu sudah memberi maklum kepada yang mahu tahu dan mahu reti.

Naif sangat kalau orang tidak mahu memahami pilihan raya itu diadakan. Kecuali bagi mereka yang iri hati dan benci ia tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam hal ini kerana pilihan raya itu diadakan khas untuk Anwar, jadi mereka membenci Anwar Ibrahim akan mempamerkan rasa tidak suka dengan Anwar akan mencari seribu helah untuk menafikan kewajaran pilihan raya itu tidak perlu diadakan.

Wednesday, October 3, 2018

Mengapa Mustapa tinggal Umno?

KUPASAN

LANGKAH ahli Parlimen Jeli yang juga Adun Air Lanas Mustapa Mohamed mengumum meninggalkan Umno menjelang beberapa hari persidangan agung (PAU), disambut berbagai rasa oleh pemerhati politik dan juga ahli Umno.

Ada yang menyifatkan langkah itu tepat dan ada sebaliknya. Orang-orang Umno yang kesal dengan tindakan itu jadi histeria dengan keputusan Mustapa itu. Mereka kecewa sambil itu membuat pelbagai tuduhan dan mencela Mustapa.