ULASAN
SAYA mendengar penuh teliti dan mengharap pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (KSPRM) ke 11 oleh PM Dr Mahathir Khamis lalu. Dalam banyak insentif dikemukakan saya hanya ingin menarik kepada Tonggak Ke 11, Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat.
Di bawah keutamaan strategi, Dr Mahathir menyebut akan membangunkan Pusat Rawatan Kanser di Utara sebagai pelengkap kepada Institut Kanser Negara (IKN). Sebagai salah seorang penghidap kanser, saya sangat berbangga dan berterima kasih dengan rancangan itu.
Cadangan itu sebagai satu sumbangan kerajaan sangat ternilai. Itulah kepedulian kerajaan yang diharapkan.
Perwujudkan pusat itu seperti mana kata PM, ia adalah penting sebagai penglengkap kepada IKN yang diwujudkan atas idea isteri bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarham Endon Mahmood Ambak. Endon adalah penghidap kanser payu dara.
Titik tolak penubuhan IKN itu datangnya dari insan yang berhadapan dengan pembunuh utama itu. Iya, hanya orang yang merasai akan keazaban kanser sahaja akan berasakan keperluan kemudahan rawatan dan pencegahan itu sangat mustahak serta perlu diperbanyakkan.
Hari ini penyakit kanser kini bukan lagi penyakit kronik dan terpencil. Ia bukan lagi dalam nisbah satu dalam sejuta? Menurut perangkaan 100,000 rakyat Malaysia akan menghidap kanser dalam setahun. Manakala satu daripada empat rakyat Malaysia berumur 75 tahun akan menghidap kanser.
Ia adalah telah menjelma menjadi penyakit biasa. Perubahan hidup, pemakanan, alam sekitar dan sebagainya mendedahkan rakyat negara ini dengan kanser. Justeru itu kemudahan rawatan dan alat pengesan diperluas dan disetanding dengan pernularannya.
Kewujudan IKN di Putrajaya yang lebih khusus kepada perawatan kanser payu dara. Walaupun begitu, segala kelengkapan peralatan perubatan, seperti mesin Pet Scan yang disediakan dapat dimanfaat oleh penghidap kanser lain juga.
Misalnya salah satu pengkhususan di IKN ialah menyediakan rawatan kimo kepada penghidap kanser payu dara sahaja. Lain-lain jenis kanser tidak dialau-alukan untuk menerima rawatan kimo di IKN. Justeru IKN agak terbatas perkhidmatannya.
Cadangan untuk mewujudkan Pusat Kanser di Utara itu sebagai tambahan kepada IKN, bukan sesuatu yang kira sudah mencukupi untuk berhadapan dengan gejala itu. Memandangkan kian popular dan ganas kanser merebak pusat sebegitu perlu diperbanyakkan lagi. Namun amat mustahil untuk mengadakan itu kerana kita faham tentang kengkangan kewangan negara yang banyak disonglap oleh para kleptokrat. Untuk mendirikan pusat sedemikian memerlukan ratusan juta.
Tetapi satu hal mungkin perlu dipertimbangkan, atau kerajaan perlu pejam mata soal kewangan, bagi menyediakan peralatan mengesan dan merawat kanser di negara ini.
Apa yang saya maksudkan ialah kemudahan mesin pengimbas, Pet Scan (Positron Emission Tomography - Computed Tomography Scan). Alat ini cukup mustahak dan sangat mendesak bagi penghidap kanser atau pun untuk pemantauan kanser.
Bagi mereka yang tidak ada pengalaman dengan kanser tidak mengetahui sejauh mana kepentingan alat ini. Alat ini setakat ini adalah merupakan alat pengesan sel kanser paling canggih. Pada tahun 2015 mesin ini hanya ada empat buat sahaja di negeri ini, dua di hospital kerajaan dan dua di hospital swasta. Semuanya berpusat di Kuala Lumpur.
Kerana kekurangan alat ini penghidap kanser bermasalah untuk menerima perkhidmatannya. Pesakit terpaksa menunggu giliran hingga sebulan hingga dua bulan kerana terlalu ramai yang memerlukannya. Manaka kos sekali rawatan pula mahal mencecah RM2,000 di swasta dan RM1,000 atau RM500 di hospital kerajaan.
Mungkin masalah kos boleh diusahakan sebab pengesanan itu lebih penting kerana ia masalah nyawa. Namun tempoh giliran untuk mendapat khidmat itu sesuatu yang memenat dan menekan jiwa. Bukan itu sahaja kerana alat itu hanya ada di Kuala Lumpur menyebabkan penghidap kanser dari luar Kelantan, Terengganu, Johor hatta Sabah dan Sarawak terpaksa datang ke Kuala Lumpur. Bayangkan dalam keadaan sakit mereka harus ke Kuala Lumpur yang jaraknya ratusan kilometer.
Jika yang datang dari Sabah dan Sarawak pula mereka terpaksa berada di Kuala Lumpur berminggu-minggu semata-mata untuk mendapat khidmat itu yang hanya memakan masa sekitar setengah jam.
Sehubungan dengan cadangan Perdana Menteri itu, adalah elok kalau kerajaan menambah peralatan ini (Pet Scan). Buat masa ini untuk ditempatkan di semua hospital kerjaan tidak mungkin tetapi cukup kalau ia ditempatkan ditempatkan mengikut zon, Timur, Utara, Selatan dan Sabah serta Sarawak.
Jika penempatan alat ini dibuat mengikut zon-zon tadi ia tidak membebankan penghidap kanser untuk datang berhimpun mendapatkannya di Kuala Lumpur. Misalnya penghidap di Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh mendapat perkhidmatan itu di kawasan Timur, mereka yang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan di Selatan, sementara dari Kedah, Perlis dan Perak di Utara. Manakala dari Sabah dan Sarawak pula tidak perlu terbang ke Kuala Lumpur.
Molek sangat kalau Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad mengambil perhatian perkara ini dan penambahan peralatan itu nanti dibincangkan dalam Bajet 2019 yang akan dibentang beberapa hari lagi. [wm.kl.8:25 am 22/10/18].
SAYA mendengar penuh teliti dan mengharap pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (KSPRM) ke 11 oleh PM Dr Mahathir Khamis lalu. Dalam banyak insentif dikemukakan saya hanya ingin menarik kepada Tonggak Ke 11, Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat.
Mesin Pet Scan yang cukup bererti buat penghidap kanser. |
Cadangan itu sebagai satu sumbangan kerajaan sangat ternilai. Itulah kepedulian kerajaan yang diharapkan.
Perwujudkan pusat itu seperti mana kata PM, ia adalah penting sebagai penglengkap kepada IKN yang diwujudkan atas idea isteri bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarham Endon Mahmood Ambak. Endon adalah penghidap kanser payu dara.
Dr Dzulkifly Ahmad |
Hari ini penyakit kanser kini bukan lagi penyakit kronik dan terpencil. Ia bukan lagi dalam nisbah satu dalam sejuta? Menurut perangkaan 100,000 rakyat Malaysia akan menghidap kanser dalam setahun. Manakala satu daripada empat rakyat Malaysia berumur 75 tahun akan menghidap kanser.
Ia adalah telah menjelma menjadi penyakit biasa. Perubahan hidup, pemakanan, alam sekitar dan sebagainya mendedahkan rakyat negara ini dengan kanser. Justeru itu kemudahan rawatan dan alat pengesan diperluas dan disetanding dengan pernularannya.
Kewujudan IKN di Putrajaya yang lebih khusus kepada perawatan kanser payu dara. Walaupun begitu, segala kelengkapan peralatan perubatan, seperti mesin Pet Scan yang disediakan dapat dimanfaat oleh penghidap kanser lain juga.
Misalnya salah satu pengkhususan di IKN ialah menyediakan rawatan kimo kepada penghidap kanser payu dara sahaja. Lain-lain jenis kanser tidak dialau-alukan untuk menerima rawatan kimo di IKN. Justeru IKN agak terbatas perkhidmatannya.
Cadangan untuk mewujudkan Pusat Kanser di Utara itu sebagai tambahan kepada IKN, bukan sesuatu yang kira sudah mencukupi untuk berhadapan dengan gejala itu. Memandangkan kian popular dan ganas kanser merebak pusat sebegitu perlu diperbanyakkan lagi. Namun amat mustahil untuk mengadakan itu kerana kita faham tentang kengkangan kewangan negara yang banyak disonglap oleh para kleptokrat. Untuk mendirikan pusat sedemikian memerlukan ratusan juta.
Tetapi satu hal mungkin perlu dipertimbangkan, atau kerajaan perlu pejam mata soal kewangan, bagi menyediakan peralatan mengesan dan merawat kanser di negara ini.
Apa yang saya maksudkan ialah kemudahan mesin pengimbas, Pet Scan (Positron Emission Tomography - Computed Tomography Scan). Alat ini cukup mustahak dan sangat mendesak bagi penghidap kanser atau pun untuk pemantauan kanser.
Bagi mereka yang tidak ada pengalaman dengan kanser tidak mengetahui sejauh mana kepentingan alat ini. Alat ini setakat ini adalah merupakan alat pengesan sel kanser paling canggih. Pada tahun 2015 mesin ini hanya ada empat buat sahaja di negeri ini, dua di hospital kerajaan dan dua di hospital swasta. Semuanya berpusat di Kuala Lumpur.
Kerana kekurangan alat ini penghidap kanser bermasalah untuk menerima perkhidmatannya. Pesakit terpaksa menunggu giliran hingga sebulan hingga dua bulan kerana terlalu ramai yang memerlukannya. Manaka kos sekali rawatan pula mahal mencecah RM2,000 di swasta dan RM1,000 atau RM500 di hospital kerajaan.
Mungkin masalah kos boleh diusahakan sebab pengesanan itu lebih penting kerana ia masalah nyawa. Namun tempoh giliran untuk mendapat khidmat itu sesuatu yang memenat dan menekan jiwa. Bukan itu sahaja kerana alat itu hanya ada di Kuala Lumpur menyebabkan penghidap kanser dari luar Kelantan, Terengganu, Johor hatta Sabah dan Sarawak terpaksa datang ke Kuala Lumpur. Bayangkan dalam keadaan sakit mereka harus ke Kuala Lumpur yang jaraknya ratusan kilometer.
Jika yang datang dari Sabah dan Sarawak pula mereka terpaksa berada di Kuala Lumpur berminggu-minggu semata-mata untuk mendapat khidmat itu yang hanya memakan masa sekitar setengah jam.
Sehubungan dengan cadangan Perdana Menteri itu, adalah elok kalau kerajaan menambah peralatan ini (Pet Scan). Buat masa ini untuk ditempatkan di semua hospital kerjaan tidak mungkin tetapi cukup kalau ia ditempatkan ditempatkan mengikut zon, Timur, Utara, Selatan dan Sabah serta Sarawak.
Jika penempatan alat ini dibuat mengikut zon-zon tadi ia tidak membebankan penghidap kanser untuk datang berhimpun mendapatkannya di Kuala Lumpur. Misalnya penghidap di Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh mendapat perkhidmatan itu di kawasan Timur, mereka yang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan di Selatan, sementara dari Kedah, Perlis dan Perak di Utara. Manakala dari Sabah dan Sarawak pula tidak perlu terbang ke Kuala Lumpur.
Molek sangat kalau Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad mengambil perhatian perkara ini dan penambahan peralatan itu nanti dibincangkan dalam Bajet 2019 yang akan dibentang beberapa hari lagi. [wm.kl.8:25 am 22/10/18].
No comments:
Post a Comment