Tuesday, October 23, 2018

Kedudukan MB di sebuah negeri jadi tanda tanya?

TIP PAGI

ADA angin spoi-spoi bahasa bertiup mengupek khabar akan belaku pertukaran Menteri Besar di sebuah negeri. Jangkaan ini timbul ekoran sekurang-kurangnya tiga Adun di negeri berkenaan akan berubah haluan. Dengan perubahan itu menyebabkan kedudukan MB kini yang mendapat sokongan tipis terancam.

Perbincangan mengenai perubahan Adun berkenaan masih belum dimulakan lagi, tetapi ia sedang diatur untuk menghitam putihkannya. Adun berkenaan dikatakan sedia menanggung apa yang bakal berlaku ke atasnya demi melihat perubahan itu, hatta dituduh pengkhianat.

Katanya mereka bersedia ditohmah apa saja asalkan maksudnya untuk merubah kedudukan MB itu berhasil. “Mereka meletakkan kepentingan negeri dan rakyat melebihi kepentingan mereka,” demikian kata sumber rapat dengan Adun berkenaan. 

Kesediaan Adun berkenaan untuk berubah kedudukan memberi laluan untuk menukar MB di negeri berkenaan yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan. Apa yang lebih mendukacita lagi, MB itu tidak menunjukkan dia sebagai seorang MB, masih berfoya-foya dengan jawatan itu.

Insya-Allah saya akan mendedah perkhabaran ini lebih lanjut lagi. Tunggu. [wm.kl.9:38 am 23/10/18]

Post a Comment