Monday, December 30, 2013

Himpunan TURUN boleh dielak jika Najib...

RENUNGAN                                                                  

Kita akan mengakhiri tahun 2013 Masihi yang boleh dianggap tahun tiada kemenangan untuk BN dan PR. Tahun seri. Tahun ini telah berlangsung pilihan raya umum ke-13, Mei lalu dengan kesudahan memberi kemenangan kepada BN (dengan kiraan kerusi), bagi terus memerintah Malaysia selama lima tahun lagi.

Manakala dari sudut undi popular, PR boleh merasa mereka menang kerana mempunyai kelebihan undi sekitar 2%, dengan kedudukan 52% PR berbanding 47% BN.

Beberapa jam lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita dengan membawa seribu kenangan pahit manis terutamanya dalam arena politik. Sepanjang 363 hari lalu bermacam-macam aksi politik yang berlaku, dan telah dirakam oleh sejarah. Dalam pelbagai aksi itu berbagai tunjuk perasaan, himpunan, perarakan, protes telah diadakan. Semua aksi dan keramaian itu meletakkan BN dalam keadaan cemas dan bimbang.

Sunday, December 29, 2013

Kalau benar nak larang Kristian dari guna kalimah Allah, pinda Perlembagaan

PANDANGAN AHAD                                                      

Apabila pengarang mingguan Katolik, The Herald, Father Lawrence Andrew mengatakan gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah, ramai pihak yang marah dan geram dengan kenyataan itu. Penegasan itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak prihatin mengenai sentimen orang Islam Selangor mengenai hal itu.

Luahan kegeraman ini termasuklah oleh Umno Selangor yang menyuarakan menerusi Setiausahanya, Johan Abdul Aziz yang menganggap kenyataan Andrew itu biadab kerana tidak menghromati titah Sultan Selangor.

Sebelum ini Sultan Selangor dengan kuasa yang ada kepadanya terhadap seluruh jajahan takluk Selangor memberi amaran atau melarang agar kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang Kristian di negeri itu.

Saturday, December 28, 2013

Keadilan Kelantan dakwa Ahmad Yaakub dolak dalih

REAKSI SENJA                                                                                  

Ahmad Yaakub didakwa cakap belawak.
Ekoran ulasan saya mengenai pandangan Wan Nik Wan Yusuf mengenai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dalam posting semalam, malam tadi saya menerima panggilan dari seorang pemimpin Keadilan negeri Kelantan yang menyokong ulasan saya dan memberi input tambahan terhadap apa yang berlaku ke atas parti berkenaan.

Dengan nada sedih dan kesal, pemimpin itu menyatakan apa yang saya utarakan dalam posting itu adalah benar, bahkan ada tindakan-tindakan dari pihak Pas yang lebih menyedihkan lagi. "Pas Kelantan bukan sahaja meremehkan Keadilan, MSO, tetapi ada kalanya mempermain-mainkan kami, menyebabkan kami merasa terhina dan kesal," kata pemimpin berkenaan.

Katanya, sikap berdolak dalih dan meremehkan Keadilan bukan sahaja berlaku di kalangan pemimpin Pas peringkat kawasan atau negeri, tetapi ia melibat Ahmad Yaakub sendiri selaku Pesuruhjaya Pas dan Menteri Besar Kelantan di mana sikap ini sangat-sangat mengilankan Keadilan.

Friday, December 27, 2013

Najib harus jaga maruahnya sebagai perdana menteri

TAZKIRAH JUMAAT                                                      

Sebagai perdana menteri yang beriya-iya untuk melakukan transformasi, Najib Razak harus memperbetulkan persepsi buruk ke atas diri dan kepimpinannya kalau beliau mahu terus dihormati. Akhir-akhir ini kredibiliti Najib sebagai pemimpin terjejas ekoran tindakan para pembelanya bersikap sokong membawa rebah.

Najib perlu bertanggujngjawab.
Najib harus bingkas untuk mengatasi sendiri segala permasalahan di sekitar dirinya dan bukan menerima bulat-bulat usaha melindungi kuasa dan kedudukannya yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan para 'mafia Umno'.

Sikap diam diri dan membiarkan pembelaan dilakukan oleh pihak ketiga, bakal memusnahkan kerjaya Najib sebagai pemimpin. Ia boleh memudarkan sedikit cahaya kepimpinan yang ada kepada perdana menteri itu. Najib perlu sedar dan insaf kerana pihak tertentu yang lebih bertindak sebagai 'kaki bodek' ikut sama menggunakan isu-isu remeh bagi mempertahankan maruah dan kerajaannya. Tindakan itu sangat memalukan Najib di mana pemerhati.

Thursday, December 26, 2013

Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan

DARI SUDUT HATI                                                        

Wan Nik: harus bijaksana.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusuf dilaporkan memberi pandangan bahawa hanya dua sahaja parti yang dominan di Kelantan, iaitu Pas dan Umno, manakala parti lain yang merupakan parti ketiga seperti PKR (Keadilan) tidak mendapat sokongan rakyat. Beliau memberi pandangan demikian dalam satu majlis di Kota Bharu minggu lepas. Pandangan negatif itu tidak disenangi oleh Keadilan.

Saya bersetuju dengan pandangan berkenaan, memang Kelantan didominasikan oleh kedua parti Melayu - Islam itu sejak tahun 50-an lagi.

Selain dari kedua parti itu, parti lain tidak mampu bernafas panjang di dalam lumpur politik Kelantan yang dianggap unik. Malahan jangka hayat parti-parti lain juga bergantung kepada sejauh dan sekuat mana ia bekerjasama dengan Pas atau Umno.

Wednesday, December 25, 2013

Perlu garis panduan khas mengenai majlis sempena hari kebesaran agama lain

RENUNGAN SENJA                                                       

Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman meminta agar Majlis Fatawa Kebangsaan atau Majlis Agama Negeri-Negeri mengeluarkan garis panduan khas berhubung tindakan sesetengah orang yang membesar-besarkan hari sambutan agama lain termasuk dengan mengucap selamat atau pun mengadakan majlis sempena hari kebesaran agama-agama berkenaan.

Ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Pondok Sungai Durian tidak lama lalu, Abdul Basit menarik perhatian ada kecenderongan orang Islam ikut sama meraikan hari kelahiran Nabi Isa a.s. atau pun hari Natal atau Krismas.

Menurutnya ini terjadi tanpa disedari apabila ada orang Islam menerima ucapan selamat Krismas daripada rakan yang bertujuan untuk bergurau ataupun kerana jahil mengenai implikasi membesarkan hari kelahiran Nabi Isa itu.

UBN tidak akan kalah walaupun harga barangan naik?

SELINGAN RASA                                                                               

Saya tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak mengatakan UBN akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-14 ekoran kenaikan harga barangan. Bebanan kenaikan harga barang tidak menjadi 'kudis gatal' pun kepada rakyat negara ini, hasnya rakyat di luar bandar. Kenaikan harga barang dilihat satu ketetapan alam semula jadi yang harus ditanggung bersama.

Ia telah dianggap sebagai fenomena biasa bagi rakyat negera ini yang diajar agar reda dan menerima segala takdir tanpa perlu dibahas. Itu sifaf orang Melayu yang pernah dikritik Dr Mahathir Mohamad dalam buku "Malay Dilema".

Sebelum ini telah berlaku berbagai kenaikan harga barang tetapi UBN tetap juga menang dan menguasai negara ini. Begitu juga dari segi prasarana dan kebajikan yang diterima rakyat berbanding dengan negara-negara lain jauh lebih rendah, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Keadaan itu menjelaskan bahawa kenaikan harga barang tidak menjadi alasan dan kemarahan kepada rakyat.

Friday, December 20, 2013

Kampung Temboro perlu dimalui (Bhg4 dan akhir)

CATATAN MUSAFIR                                                                       

Dalam catatan akhir siri ziarah musafir ke kampung Temboro, Karas, Magetan, Jawa Timur Indonesia ini saya hendak bercerita mengenai pondok pesentren Al Fatah yang menjadi mercutanda dan daya tarik kepada kampung Temboro, juga menjadi destinasi tujuan saya ke situ minggu lepas.

Pemandangan sebahagian masjid utama Pondok Al Fatah.
Kampung Temboro itu tidak akan mempunyai apa-apa keistimewaan kalau tidak ada pondok pesentren berkenaan. Keistimewaan dan tersohornya kampung Temboro disebabkan wujudnya pondok pesetren Al Fatah itu.

Tawarikh pondok pesetren Al Fatah Temboro, menurut satu catatan dikutip dari internet, ia dibangunkan pada tahun 1940-an semasa zaman Belanda lagi. Ia diasaskan oleh seorang Kiyai Haji (KH) Sarbun Siddik yang dikenali dengan Mbah Siddik r.h. Mbah Siddik merupakan seorang pengamal tarikqat Nasybandiyyah Khalidiyyah yang katanya sempat berbai'ah (mengambil) amalan wirid tariqat berkenaan di Jabal al Qubais, Makkah semasa almaruhm menunaikan Haji.

Thursday, December 19, 2013

Penggantungan permit The Heat sudah diduga

SIMPULAN MALAM                                                       

Dalam posting pada 13 Disember 2013 saya membayangkan ada tanda-tanda zaman gelap media massa di negara ini akan dijelmakan semula dibawah menteri yang baru. Tindakan KDN mememanggil editor akhbar The Heat dan mengarah web Astro Awani menarik balik catatan atau rencana mengkritik Rosmah Mansor oleh A Kadir Jasin dilihat sebagai tanda-tanda zaman gelap itu akan bermula semula.

Ternyata apa yang saya bayangkan itu menjadi kenyatan hari ini apabila permit akhbar minggun The Heat digantung serta merta. Tidak ada penjelasan kenapa akhbar itu digantung oleh pihak berkuasa tetapi ia jelas kerana laporan yang dibuat berhubung kritikan kepada perbelanjaan Rosmah dan Najib yang disiarkan pada muka depannya dalam satu terbitan.

Wednesday, December 18, 2013

2 billion untuk perojek di Kelantan tahun depan?

SINGGUNGAN                                                                                   

Menurut laporan Bernama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mukhtar Mustapa kerajaan Persekutuan akan membelanjakan RM2 billion pada tahun depan untuk berbagai projek di bawah RMK-10 di Kelantan. Terjungkit rakyat Kelantan mendengar pengumuman itu.

Katanya pembangunan itu menolak tuduhan yang kononnya berlaku diskriminasi di Kelantan.

Beliau tidak mengumumkan butiran projek-projek berkenaan hanya menyebut salah satunya ialah pembinaan jambatan di Kuala Krai bernlai RM16 juta.

Wajar kalau Mukhtar mengumumkan projek berkenaan agar ia tidak menjadi omong-omong kosong sahaja. Sebelum ini berbagai projek untuk Kelantan telah diumumkan tetapi tidak menjadi kenyataan sampai kini. Iya hanya diperingkat mengumum dan menyebut kepada media massa sahaja.

Tuesday, December 17, 2013

Standard menteri dalam sistem Umno sama

SUSUPAN PETANG                                                       

Menteri atau ahli politik yang disistemkan oleh Umno mempunyai pandangan dan pola pemikiran yang sama, streotype. Tidak kira walaupun mereka itu dari latar belakang mana, iktisad atau professional bila masuk dalam kepok Umno mereka menjadi sama dan serupa. Ruang fikir mereka menjadi sempit sesempit lubang 'jebul'. Sempit dan penuh dengan colestrol rasisme, fasisme dan ortodoks.

Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat Phd akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.

Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.

Kampung Temboro yang perlu dimalui (Bhg 3)

CATATAN MUSAFIR                                                                       


Menjelang Maghrib kami memasuki ke kampung yang menjadi destinasi, Kampung Temboro terletak di Kacamatan Karas, Kabupaten Magetan Jawat Timur. Kota terdekat dengan kampung ini ialah Madiun yangf berjarak kira-kira 30km.

Dari orang dewasa sampai kanak-kanak tutup aurat.
Mungkin kerana perasaan yang berbuak-buak untuk mengetahui apa yang ada di kampung itu menyebabkan, sebaik saja kami melewat satu gapura kecil menandakan kami sudah bermukim di kampung itu, satu perasaan halus menyelinap ke dalam diri.

Terasa macam berada dalam satu daerah asing. Mungkin kalau mereka yang mempercayai kepada makhluk halus boleh dikatakan jin atau para halimunan telah menyusup masuk ke pembuluh saya. Bulu roma merinding dengan tiba-tiba. Saya menganggap itu ada kesen psikoligis saja kerana berada di sebuah perkampungan yang dianggap bening dan tenang.

Monday, December 16, 2013

Nurul Izzah prihatin nasib OKU

SELANG SENJA                                                                                    

Nurul Izzah turut main 'buta-buta' bersama OKU.
Semalam bertempat di 'negeri' orang buta di Brickfield telah berlangsung kempen OKU Bangkit 2014 bersama media massa dimana ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjadi hostnya.

Saya bersama dua rakan Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Sobree Shafee cuba untuk menyempatkan diri sama ke acara berkenaan. Malang tidak sempat kerana terhalang oleh kesesakan jalan raya.http://www.youtube.com/watch?v=kVEZrXfS6-A
Saya baru mengetahui program itu 12 jam sebelum ianya berlangsung apabila dimaklumkan oleh sdr Mohammad Faizal Yusuf, pemain utama di sebalik kempen berkenaan. Pada tarikh itu, semalam 14 Disember saya sepatutnya ke acara lain tetapi ia dibatalkan secara tiba-tiba.

Sunday, December 15, 2013

Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah

RENCANA AHAD                                                                                 

Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno.

Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu.

Saturday, December 14, 2013

Temboro kampung yang perlu dimalui (Bhg 2)

CATATAN MUSAFIR                                                                        

Bersama Drs Zainuddin di puncak dalam perjalanan.
Harapan untuk makan di puncak pergunungan tidak menjadi kenyataan. Ianya indah khabar dari rupa sahaja. Rumah makan seperti di lereng gunung dalam perjalanan dari Bogor - Bandung tidak kedapatan dalam perjalanan dari Solo - Temboro. Yang ada hanya bangsal-bangsal atau kedai biasa saja yang menjual makanan rici seperti jagung bakar atau pun gorengan seperti ubi, sukon, pisang dan sebagainya.

Kecewa! Perut pula sudah memulas. Mulut pula sudah kering dan lidah mengelat bagaikan menyepah pinang. Saya mengambil sikap tawakus daripada terus merepek kepada apa yang berlaku. Dalam perjalanan seperti itu kesilapan dan kecacatan kecil adalah ujian kesabaran dan keimanan. Ulah-ulah kecil kalau tidak dilayani dengan baik ia boleh mencemarkan keharmonian permusafiran.

Friday, December 13, 2013

"Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir?

ISULASAN U                                                                                         

Media massa Malaysia sudah dikenali seantero dunia sebagai industri maklumat yang tidak bebas. Media massa Malaysia terikat dengan berbagai akta yang dilaksanakan atas alasan untuk keselamatan negara konon. Walhal segala akta yang mengikat kebebasan media massa Malaysia untuk mempertahankan kedudukan individu berkuasa dan hegemoni parti memerintah, UBN.

Disebabkan laporan ini akhabr ini dikena surat tunjuk sebab.
Ada beberapa akta sebelum ini, selain akta Penerbitan dan Mesen Cetak yang membelenggu media massa Malaysia yang menjadikan tangan dan kaki wartawan terdedah kepada jerat tindakan.

Antaranya akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (SA), Akta Darurat 1948 dan lain-lain. Bagaimana pun secara amat perlahan, selepas menghadapi serangan awam bertahun-tahun, barulah beberapa peraturan di bawah akta berkenaan dilucutkan. Tetapi akta tunggak masih tetak ada, misalnya Akta Darurat 1948.

Tunggu penjelasan penemuan mayat di sekolah Maahad Tahfiz Kok Lanas

TERKINI                                                                                            

[kemaskini] Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas adalah pelajar tingkat 4 yang berasal dari Pas Mas Kelantan.

Mayat itu telah dibawa ke bilik mayat (forensik) Hospital Sultanah Zainak Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Fadzil menjelaskan demikian menerusi facebook saya sebagai memberi reaksi berhubung perkara itu. Katanya pihaknya dan pegawai YIK dan keluarga pelajar berkenaan ikut sama semasa mayat itu dihantar ke hospital.

Fadzil juga menjelaskan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik pihak polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat andaian-andaian sendiri bagi menghormati penyiasatan dan keluarga mangsa.

Thursday, December 12, 2013

Pas hendak dihancurkan dengan Syiah?

ULAS ULASAN                                                                                  

Mohamad dan isteri, bukan di Iran tetap di Gombak.
Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi orang nombor dua di dalam Pas menganuti faham Syiah, adalah sah Mohamad Sabu yang kini adalah timbalan presiden Pas. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Abdul Rahim Radzi ketika mendedahkan bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah.

Dalam satu sidang akhbar khas yang dinanti-nanti umum di Putrajaya hari ini, Rahim menjelaskan ada 10 fakta yang dikumpul termasuk maklumat dari Mohamad sendiri yang boleh megaitkan timbalan presiden Pas itu sebagai Syiah.

Perjalanan hidup seorang kawan

BELASUNGKAWA                                                                            

Catatan perjalanan untuk menjejak ahli sufi (suluki) serta melihat perkembangan pesantren di Jawa Timur khas Temboro ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada catatan belasungkawa buat rakan sekampung dan sepejuangan saya, Mat Darus Sulaiman yang baru kembali ke Rahmatulah selepas Maghrib tadi (7:20 pm). Beliau insan biasa saja tidak ada apa-apa nama (status) tetapi ia cukup istimewa buat saya.

M Hayat menjadi kebanggaan kami.
Beliau seorang berjiwa seni dan pernah muncul menjadi seorang penulis dan penyair kecil di daerah kami di Gual Periok khasnya, dan turut sama memberi saham dalam mengharumkan nama Gual Periok bersama rakan-rakan lain seperti Norhisam Mustafa, Mukhtar Mustafa, M Jusof Taib, Taufik Roslee, Alena Mahraz apabila karya masing-masing diudara di radio atau tulisannya disiarkan di akhbar dan majalah.

Orang kampung tidak akan kenal siapa Mat Darus Sulaiman, tetapi akan tahu bila menyebut M Hayat. M Hayat adalah nama penanya yang membawa maksud "Merana Hidup". Kenapa merana hidup?

Nama M Hayat keudara boleh dikatakan setiap hari di corong radio kawasan Timur dan juga nasional melalui tulisannya, berupa skrip drama radio atau luahan hati di rancangan Melodi Romantika dari tahun 70-an hingga ke awal tahun 80-an.

Wednesday, December 11, 2013

Temboro kampung yang perlu dimalui (Bhg 1)

CATATAN MUSAFIR                                                                             

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang Adi Soemarmo di Solo ke kampung destinasi Temboro mukim Magaten Jawa Timur saya cuba membayangkan keadaan kampung berkenaan. Biasalah apabila kita hendak memasuki ke sesebuah kawasan atau lokasi baru, kita akan membayang dan membanding-banding dengan kampung lain yang pernah dilalui dan dimasuki. Kata orang menyuluh dengan mata hati sebelum melihat dengan mata zahir.

Apa lagi nama Temboro itulah pertama kali baru didengari, dan baru mengejap diminda saya apabila diberitahu oleh Drs Zainuddin Awg Hamat mantan Adun Limbongan Pasir Puteh. Pada mula beliau menyatakan hasrat dan mengajak saya menziarahi kampung itu, saya tidak peduli dan mengambil tahu mengenainya.

Apa yang saya fikir ia adalah perkampungan pasentren yang sama dengan tempat-tempat lain. Sudah banyak juga pasentren yang saya lawati di serata Indonesia dimana suasana dan keadaan tradisi dan budaya sama saja.

Tuesday, December 10, 2013

Kuasa sebuah buku mengenal seorang insan keturunan Jawa

REAKSI                                                                                              

Jokowi atas beca, foto dari buku tentangnya.
Bila saya membedal Naib Presiden Umno keturunan Jawa, Zahid Hamid ada orang sms menjelaskan dia juga Jawa tetapi tidak seperti Zahid. Ada juga yang memberi komen mengingatkan saya agar menulis secara baik dan berhemah serta tidak membabitkan orang Jawa. Ada yang mengingatkan agar saya mengambil wap wangian Tokguru dalam penulisan disebabkan saya kononya baik dengan tokguru.

Saya percaya mereka yang memahami penggunaan anak Jawa dalam penulisan itu tidak akan mudah terasa. Anak Jawa dalam konteks itu signifiken kepada naib presiden itu saja.

Pun begitu terima kasih atas pesan dan ingat itu. Kita dituntut untuk saling ingat mengingati. Tulisan itu juga bertujuan sama.

Saturday, December 7, 2013

Naib presiden Umno keturunan Jawa yang angkuh

DI KEJAUHAN                                                                                  

Naib presiden keturunan Jawa.
Di kejauhan ini saya tetap mengingati kepada negara tercinta. Kepada beberapa negeri yang sedang dilanda banjir dan penduduknya sedang diuji oleh Allah diharap banyak bersabar dan bermujahadah. Teringat juga kepada politik di Malaysia. Walaupun saya seharusnya kena tidur awal untuk meneruskan perjalanan esok tetapi berita yang saya baca menjadikan mata saya keras, hati juga panas meleking.

Rasa menyesal pula bila akses internet meyebabkan saya terbaca berita yang saya kira sangat buruk, jahat dan terkeluar dari seorang mulut manusia yang penuh pembohongan dan fitnah. Seorang manusia yang merasakan dirinya sudah besar dan hebat, dan mula diratib oleh kawan-kawanya bakal menjadi perdana menteri. Cis, kalau beginilah bakal pemimpin masa depan Malaysia.

Berita itu ialah tentang saranan naib presiden Umno keturunan Jawa, bernama Zahid Hamidi yang meminta menteri agama Jamil Khir Bahrum tangkap timbalan presiden Pas Mohamad Sabu kerana dikatakan berfahaman Syiah.

Wednesday, December 4, 2013

Patut ramai orang macam Dr Rani Othman

PANGGANG RASA                                                                          

Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam Pas yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merbeut jawatan.

Dr Rani (berdiri) bersama Mat Sabu, isteri dan Prof Che Musa.
Apabila beliau tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor beliau seronok dan gembira, siap dibuat sedikit kenduri sebagai menyatakan kesyukuran. Kenapa? Tentu bagi orang lain bila digugurkan dari jawatan itu merasa sedih atau terkilan. Apa lagi Pas Selangor dibawah pimpinan Dr Rani mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lalu, sepatutnya jawatan itu terus dikekalkan kepadanya.

Tuesday, December 3, 2013

Masukkan perkataan 'ahli sunnah wal jemaah' dalam perlembagaan hanya gula-gula

RESPON                                                                                                

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin memberi tahu fahaman ahli sunah wal jemaah yang menjadi anutan atau aliran faham agama Islam di negara ini akan dimasukkan ke dalam perlembagaan negara. Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan serentak persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno malam ini.

Usaha itu dilihat bagi menunjukkan Umno adalah parti yang menjadi benteng dan perisai kepada Islam di negara ini.

Sebenarnya cadangan Muhyiddin atau Umno itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada perkembangan Islam di negara. Apa yang sepatut dilakukan Umno ialah menrubah dasar dan landasan perjuangan mereka dari nasionalisme atau Melayu ortodoks kepada Islam.

Menanti penyusunan badan perhubungan Pas Kelantan

PANDANGAN KEJAUHAN                                                                          

Ahmad bebas membuat susunan.
Malam semalam Presiden Pas Abdul HAdi Awang telah mengumumkan Ahmad Yaakub sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan bersama sembilan pesuruhjaya negeri-negeri lain. Perlantikan Ahmad Yaakub sudah dijangkakan. Beliau akan mengambil alih jawatan itu dari Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memegang jawatan itu sejak tahun 1982. Kalau tidak silap Ahmad adalah Pesuruhjaya Pas Kelantan yang keempat atau kelima.

Dengan perlantikan itu Ahmad kini mempunyai kuasa penuh dalam kepimpinan Pas Kelantan. Di samping sebagai Pesuruhjaya beliau juga merupakan Yang diPertua Pas kawasan Tumpat dan timbalan ketua Dewan Ulamak Pas Pusat serta Bendahari Pas Pusat.

Sesuai dengan perlantikan itu pemerhati politik khas di kalangan Pas Kelantan sedang menumpukan kepada pembentukkan badan perhubungan Pas Kelantan. Badan perhubungan Pas bertindak menjadi Dewan Harian yang merupakan eksekutif Pas negeri Kelantan yang menjadi pengerak dan perencana hala tuju Pas dan kerajaan. Perlantikan itu juga melepaskan Ahmad Yaakub dari pengaruh dan personaliti Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin terhormat.

Monday, December 2, 2013

Mahathir lupa korupsi dizamannya yang masih belum selesai

DALAM HUJAN                                                                                

Dr Mahathir Mohamad berkata amalan korupsi di negara ini kian bertambah dan undang-undang berkaitan dengannya kurang licin tidak seperti zamannya. Aduh, enak dan sedap sekali bicara Pak Mahathir. Sayang beliau tidak mengemukakan bukti atau fakta 'kegiatan' korupsi serta tangkapan dan hukuman di sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, 1982 hingga 2002.

Logiknya kerana Mahathir lama berkhidmat sebagai perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi lebih kurang empat atau lima tahun dan Najib baru empat tahun tentu era beliau lebih banyak kejadian korupsi berbanding dengan zaman Abdullah dan Najib.

Di zaman Abdullah juga berlaku pindaan akta BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana suruhjaya itu diwujudkan untuk memberi kesan pencegahan lebih efektif lagi.

Fauzi Shaari melerai demonstran dengan salam bukan cota

BELASUNGKAWA                                                         

Lewat petang semalam kita dikhabarkan dengan berita mendukacitakan apabila bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman Fauzi Shaari (Dato') telah kembali ke Rahmatullah di pusat rawatan rapi (ICU) hospital Selayang. Beliau pergi dalam usia 63 tahun.

Sewaktu catatan ini dibuat urusan pengembumian jenazah beliau sedang dilakukan di Shah Alam Selangor. Al Fatihah.

Fauzi sebelum ini dilaporkan dimasuk ke hospital berkenaan dan dirawat di ICU kerana sejenis penyakit yang tidak dapat dikesan. Ramai pemimpin dan ahli Pas menziarah dan berdoa untuk kesejahteraan beliau semasa di hospital.

Mustapa dilantik semula Setiausaha Agung Pas

STOP PRESS                                                                                        

[kemaskini] Mesyuarat penuh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam ini telah melantik semula Mustapa Ali sebagai Setiausaha Agung manakala Mahfuz Omar dan Ahmad Yaakub masing-masing menjadi Ketua Penerangan dan Bendahari.

Dr Mohd Hatta Ramli kekal sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas.

Mesyurat juga membuat lantikan Pesuruhjaya Negeri-Negeri; Selangor (Iskandar Samad), Wilayah Persekutuan (Muhammad Nor Mohamad), Perak (Razman Zakaria), Johor (Amninulhuda Hassan), Pahang (Tuan Ibrahim Tuan Man), Kelantan (Ahmad Yaakub), Terengganu (Saifu Bahri Mamat), Negeri Sembilan (Mohd Taufik Abdul Ghani), Melaka (Adly Zahri), Kedah (Mahfuz Omar), Perlis (Mohd Shukri Ramli), Sabah (Mohd Aminuddin Aling) dan Sarawak (Adam Ahid).

Pesruhjaya Pulau Pinang katanya ditangguhkan perlantikannya.

Mesyuarat semalam juga melantik tujuh orang AJK tambahan termasuk mereka yang tewas dalam pertandingan di muktamar lepas, mereka ialah; Mohd Amar Nik Abdullah, Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohamad Husin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimi Sulam.  [wm.kl.12:27 am 02/12/13]

Sunday, December 1, 2013

Perlantikan pendakwah bebas sebagai anggota MT Umno

SIMPULAN KATA                                                                            

Ekoran pengumuman Setiausaha Agung Umno, Teaku Adnan Mansor yang seorang pendakwah bebas menganggotai Majlis Tertinggi Umno ia menimbulkan sedikit hebuh di media massa. Beberapa pemimpin Pas juga turut membuat ulasan terhadap perlantikan pendakwah itu. Banyak teguran dan sidiran dilepaskan kepada pendakwah berkenaan. Kenapa?

Kehebuhan itu mungkin kerana beliau sebelum ini adalah seorang ahli Pas dan pernah mencemuh Umno? Jadi Pas merasa sedikit terkilan dan kesal atas apa yang berlaku. Bagi saya tidak ada masalah, Pas tidak perlu kesal atau terkilan. Berhijrah dalam politik adalah perkara biasa yang tidak perlu diperdebatkan. Kejadian seperti itu bukan perkara baru dan pertama kali.

Lagipun era ini bukan lagi era halal haram atau mengtakfir.

Friday, November 29, 2013

Pas akan bermesyuarat bentuk eksekutif parti 1 Disember

PANDANGAN LUAR                                                                        

Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan.  Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.

Mustapa, tidak akan dilantik?
Perhatian kini tertumpu kepada jawatan Setiausaha Agung apabila khabarnya penyandang sekarang Mustapa Ali tidak akan dilantik lagi. Ada pun faktor kenapa Mustapa Ali tidak akan dilantik kurang jelas, tetapi itulah yang kedengaran sejak sebelum muktamar lagi. Boleh jadi juga kerana pencapaiannya selama memegang jawatan berkenaan kurang memuaskan atau ada masalah terlalu peribadi.

Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.

Thursday, November 28, 2013

Khalid mungkin ada motif naikan gaji Adun Selangor?

TAFSIRAN MALAM                                                                             

Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

Khalid dikirik.
Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.

Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.

Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.

Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

BERITA TERKINI                                                                                

Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.

Perjuangan Nurul Izzah tangguh kenaikan cukai pintu berjaya

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Nurul Izzah Anwar
Warga Kuala Lumpur yang terlibat dengan penotisan taksiran cukai pintu oleh DBKL boleh menarik nafas lega seketika apabila cadangan kenaikan taksiran sepatut bermula 1 Januari 2014 ditangguhkan.

Perkara ini diumumkan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan di perlimen semalam semama menggulung perbahasan perbekalan untuk kementerian berkenaan.

Penangguhan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan peka kepada sunggutan dan desakan rakyat berhubung perkara itu yang dirasakan membebankan. DBKL telah menghantarkan notis bertarikh 18 November lalu untuk mengenakan kasar cukai baru.

Wednesday, November 27, 2013

Kerajaan Kelantan tolak proposal Ecobound untuk bina lebuh raya

SUSUPAN MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan akhirnya menyedari akan sejauh mana kemampuan konsortium Ecobound Sdn Bhd untuk melaksanakan projek lebuh raya Kelantan sepanjang 30km dari Kota Bharu ke Kuala Krai bila mana akhirnya cadangan konsortium berkenaan ditolak.

Hanifa Ahmad
Jurucakap kerajaan negeri menjelaskan, pihak kerajaan menolak kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat (terms and references) dikemukakan oleh konsortium berkenaan untuk membina lebuh raya berkenaan ikut kaedah wakaf yang dipersetujukan.

Bagaimana pun projek yang sangat diperlukan rakyat Kelantan itu diteruskan juga dengan membuka tander terbuka kepada mana-mana syarikat berwibawa untuk membinanya.

Muzakarah Umno - Pas: Biarlah jadi kenyataan

PERSEPSI                                                                                              

Kesediaan Umno dan Pas untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah sudah pasti disambut baik oleh mereka yang rindukan kepada kedamaian dan keharmonian. Apa lagi mereka yang mual dengan aksi politik keterlaluan sangat mengalu-alukannya.

Perbicangan itu sudah pasti ia akan membuatkan hasil yang baik. Kalau ia tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi setidak-tidaknya ia memberi peluang kedua-dua pihak mengenai hati budi masing-masing. Kata pepatah Arab kalau kamu tidak dapat semua kamu jangan buang semua.

Walaupun skop perbincangan itu nanti luas tetapi seperti mana kata Perdana Menteri, Najib Razak peringkat permulaan ia akan terarah kepada Kelantan terlebih dahulu. Perbicangan ketua kerajaan federal dengan ketua kerajaan negeri.

Tuesday, November 26, 2013

Inchek Ibrahim dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UITM?

MAKLUMAT                                                                                     

Seorang penjengok blog Merah Tinta memaklumkan Ibrahim Ali dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah UITM yang baru dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan. Perkara ini disedari apabila ketika konvokesyen baru-baru ini di mana ada nama Ibrahim tercatat didalam buku cendera mata.

"Beberapa ibubapa yang hadir ke majlis konvokesyen terkejut melihat nama Ibrahim itu," jelasnya penjengok berkenaan.

Menurutnya ada juga ibu bapa kehairanan dan bertanya apakah tidak ada nama lain untuk dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Zahid dan Anwar sama-sama pembohong?

SULUH PAGI                                                                                      

Naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Anwar Ibrahim cuba mengalih tumpuan daripada membicarakan soal kemasukan 40,000 orang Bangladesh ke negara ini untuk memberi undi kepada UBN dalam pilihan raya dulu. Zahid menyifat Anwar berdolak dalih mengenai perkara itu kerana menyembunyikan pembohongannya tentang kemasukan Bangladesh itu.

Rasanya bukan saja saya yang menyampah dengan isu kemasukan 40,000 Bangladesh ini, tetapi mereka yang bijak dan sedar politik juga bosan. Budak kecil pun tahu sejauh manah logik dan bohongnya. Isu itu adalah psywar politik saja. Kita percaya Zahid dan Najib Razak yang kononnya sanggup ke Bangladesh untuk mencari bukti kemasukan itu juga tahu mengenai 40,000 Bangladesh ini.

Najib juga ikut sama mandi dalam lumpur dengan isu ini.

Monday, November 25, 2013

Kedudukan golongan ulamak dan profesional sama gagah dalam PAS

ULASAN MUKTAMAR                                                                         
[Bhg Kedua]

Seramai 1,086 orang perwakilan yang mengambil bahagian dalam memilih pucuk pimpinan Pas untuk sessi 2013 - 2015 menampkan keresionalan mereka. Kalau kita menerima ada dua aliran pemikiran atau kumpulan di dalam Pas, dua golongan ulamak dan bukan ulamak (profesional) menjelaskan kedudukan mereka sama gagah.

Jika diambil kepada jumlah undi diperolehi calon Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) yang disifatkan digolongkan profesional manakala Nik Amar golongan ulamak sebagai perbandingnya (contoh) menjelaskan kedudukan itu.

Mohamad Sabu mendapat 588 undi atau kira-kira 54.5% undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi atau kira-kira 45.5%. Ini menunjukkan kedudukan mereka atau golongan di dalam Pas sama gagah.

Muktamar berakhir dengan air mata

SULUHAN MUKTAMAR                                                                     
[Bhg Pertama]

Muktamar Pas ke-59 sudah selesai dalam keadaan sedikit emosi. Muktamar tahun ini berlangsung dalam suasana suspen dan penuh dramatik ekoran berlaku pertandingan sengit. Perlawanan untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden bolehlah dikatakan perjuangan hidup mati untuk calon-calon tertentu.

Mohamad bersalama dengan Nik Amar selepas mengundi.
Alhamdulilah, mereka telah disiapkan liang lahad politik untuk dikambuskan dalam muktamar ini ternyata masih dapat menyelamatkan diri. Mereka masih disayangi. Ini menyebabkan muktamar ke-59 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, bermula 22 dan berakhir 24 November itu bukan merupakan paku keranda terakhir buat individu tertentu itu manakala bagi yang lain ia adalah permulaan yang baik.

Misalnya sekiranya penyandang timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu tewas ini bermakna masa depan politiknya sudah 'khalas'. Kedudukan atau harapan untuk duduk dibarisan hadapan sekurang-kurang ditempat hari ini sudah berakhir. Kerana itu bagi Mohamad Sabu perlawanan ini sungguh sengit dan mencabarkan buatnya.

Saturday, November 23, 2013

Mohamad Sabu tewaskan Nik Amar

TERKINI MALAM                                                                                 

Mohamad Sabu telah diumumkan sebagai timbalan presiden Pas untuk periode 2013-2015 apabila berjaya menewaskan pencabarnya Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu mengutip 558 undi manakala Nik Amar 490.

Untuk pemenang tiga naib presiden tidak dapat diumumkan kerana berlaku pengiraan semula undi apabila empat calon dikatakan dibezakan dengan beberapa undi sahaja untuk menduduki kerusi berkenaan.

Manakala bagi jawatan AJK pula 18 orang yang dipilih ialah,Idris Ahmad, Ahmad Mazlan Aliman, Mohd Nizar Jamaluddin, Amiruddin Hamzah, Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Mujahid Yusuf Rawa, Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Dzulkifly Ahmad, Mohamed Hanifa Maidin, Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Syed Azman, Ridhuan Mat Nor, Mahfodz Mohamad, Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh. [shah alam 7:20 am 23/11/13]

Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung

TERKINI                                                                                               

Para pemerhati politik dan peminat Pas kini sedang menanti-nanti keputusan pemilihan dalam Pas yang dijangka diumumkan menjelang tengah hari ini sebelum muktamar berhenti rehat. Proses pengundian semula untuk jawatan AJK Pas pusat baru selesai dijalankan.

Asmuni Alwi
Pengumuman rasmi masa untuk mengundi tamat telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi jam 10:43 minit pagi.

Pengiraan undi dijangka akan bermula sejurus semua peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan.

Persoalan yang sedang menggaru-garu kepala orang ramai ialah apakah keputusan itu nanti. Apakah berlaku kejutan atau sebaliknya.

Kesilapan 'teknik' kedua dalam PAS

SUSUPAN PAGI                                                                                 

Kesilapan teknikal dalam kertas undi untuk jawatan Ajk PAS yang menyebabkan pengundian untuk jawatan berkenaan yang berlangsung selama sejam dihentikan semalam dan disambung pagi ini sesuatu yang memalukan dan
membuang masa. Ia juga satu sejarah baru kepada Pas.

Takiyuddin: perlu jelaskan.
Kejadian itu juga mencacatkan muktamar kali ini yang kononnya hendak melakukan perubahan teknikal di dalam muktamar yang melibatkan proses pemilihan parti. Penolong Setiausaha Agung yang juga merangkap Pengarah Muktamar, Takiyuddin Hassan sebelum ini membuat kenyataan bahawa muktamar kali ini ada sedikit kelainan.

Apakah kelainan yang disebut itu ianya bersangkutan dengan penangguhan pengundian jawatan AJK semalam disebabkan kesilapan teknikal di kertas undi?

Friday, November 22, 2013

Proses pengundian di muktamar PAS disambung esok

MAKLUMAT KECIL                                                                          

Tokguru Mursyidul Am turut sama membuang undi.
Proses pengundian untuk memilih saf kepimpinan baru di dalam PAS yang sedang berlangsung di Shah Alam hari ini akan disambung esok. Pengudian untuk jawatan AJK tidak dapat diteruskan kerana berlaku kesilapan teknikal.

Terdapat kertas undi untuk jawatan AJK tidak dicatat nama beberapa calon. Hal ini disedari oleh perwakilan menyebabkan ia diadukan kepada pihak urusetia pemilihan.

Setelah kira-kira setengah jam berlangsung pengundian, pihak Jabatan Pilihan Raya (PAS) yang mengendalikan proses pemilihan itu mengumumkan penangguhan pengundian untuk jawatan AJK. Bagaimana pengundian untuk jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan.

Pengarah muktamar kali ini ialah Takiyuddin Hassan.

Sehingga jam 5:30 tadi sudah hampir separuh perwakilan membuang undi masing-masing. Kesilapan teknikal ini menyebabkan pengumuman keputusan mungkin tertangguh.

Penangguhan ini juga menyebabkan mood perwakilan terjejas manakala ia boleh menimbulkan keadaan kurang menyenangkan. Sudah pasti masa yang terluang malam ini akan digunakan untuk terus berkempen. Hendaknya jangan ada yang mengambil kesempatan atas kesilapan ini untuk menimbulkan rasa tidak puas hati. [shah alam 6:15 pm 22/11/13]

Muktamar PAS ke-59 sejahtra dirasmikan

TERKINI                                                                                             

Perasmian muktamar Pas ke-59 yang sedang berlangsung di stadium Melawati Shah Alam kini hingga 24 November telah selamat disempurnakan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang baru sekejap tadi. Perasmian itu disaksikan sama oleh wail-wakil parti serakan Pas dalam Pakatan Rakyat, para tetamu jemputan dan pemerhatian. Muktamar itu juga dipancar langsung menerusi internet.

Abdul Hadi menyampaikan ucapan perasmian muktamar ke-59.
Seperti biasa Abdul Hadi mengiringi pembukaan rasmi muktamar itu dengan membentangkan ucapan dasar. Ucapan dasar ini sering dinanti-nantikan kerana merupakan landasan disediakan oleh presiden untuk dibahaskan apa-apa isu dalam muktamar nanti. Ucapan dasar itu juga merupakan hala tuju dan fokus parti.

Secara umumnya tidak ada apa-apa yang baru dan mengejutkan dalam ucapan dasar itu, tidak ada apa-apa pembaharuan atau fokus mendalam yang diutarakan. Jika dibandingkan dengan ucapan dasar tahun lepas, ucapan dasar kali ini bolehlah diberi taraf bintang 2 bintang berbanding dengan tahun lepas mencecah 4 bintang.

Thursday, November 21, 2013

Isu Rosmah naik jet: Azalina bakal berdepan masalah

DARI LUAR PINTU                                                                             

Rosmah Mnsor
Akhirnya persoalan atau 'ogehan' yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor terjawab. Berbaloilah ahli parlimen pembangkang membangkitkanya bertalu-talu di dewan rakyat.

Pada sidang Selasa lalu ahli parlimen pembangkang ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan atas kapasiti apakah Rosmah Mansor diberikan keistemewaan menggunakan jet peribadi untuk lawatannya ke Qatar.

Antara yang bersabung mulut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengenai perkara ini ialah ahli parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Pokok Sena, Mahfuz Omar dan lain-lain. Ahli parlimen Pasir Mas bagaimana pun tidak pula kedengaran menyampuk.

Bagi ahli pembangkang keistimewaan itu tidak sepatutnya diterima Rosmah kerana ia menyalahi peraturan (SOP kerajaan) kerana isteri perdana menteri tidak mendapat hak berkenaan. Jadi pembangkang menyifatkan ianya sebagai satu penyalah-gunaan kuasa maka penjelasan konkrit diperlukan.

Wednesday, November 20, 2013

Isu-isu dijangka hangat dalam muktamar Pas ke-59

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Hari ini muktamar Pas ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula pada Jumaat 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru Pas akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang diawal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik Pas dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.

Tuesday, November 19, 2013

Ibrahim Ali dipenjara dan denda RM20,000

TERKINI                                                                                            

Ibrahim dipenjara sehari.
Seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini Inchek Ibrahim Ali bersama seorang penulis blog didapati bersalah menghina mahkamah dan jatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita boleh rujuk sini http://www.malaysiakini.com/news/246984

Inchek Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM20,000, manakala penulis blog bernama Zainuddin Salleh dijatuhi empat minggu penjara. Hukuman penjara ke atas mereka berdua berkuatkuasa hari ini.

Tahniah Pas Kelantan kerana tubuh jawatan kuasa khas Hudud

SUSUPAN TENGAH MALAM                                                               

Tanggal 1 November lepas saya mencadangkan kepada kerajaan Kelantan agar menubuh sebuah jawatankuasa khas teknikal pelaksanaan hukum hudud bagi mencari makenisme untuk proses perlaksanaan hukum hudud.

Ahmad Yaakub perlu memohon kepada Najib.
Menerusi jawatankuasa itu ia boleh mencari pendekatan dan penyelesaian terhadap teknikal yang boleh membantu perlaksanan Jenayah Syariah II (hukum hudud) yang dilulus DUN Kelantan sejak tahun 1993. Baca di sini http://msomelayu.blogspot.com/2013/11/hudud-perlu-tubuh-jawatankuasa-teknikal.html

Tampaknya cadangan saya itu selari dengan kehendak Pas Kelantan. Hari ini Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatan kuasa khas bagi melincinkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri tersebut yang berkuat kuasa hari ini.

Monday, November 18, 2013

Kumpulan bloger dibentuk untuk bela Khalid Ibrahim?

SUSUPAN MALAM                                                                              

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang kini akan berhadapan dengan protes dalaman secara bersungguh kerana sikap dan stail pentadbirannya yang tidak mesra politik dikatakan telah membuat persediaan untuk menangkis segala bentuk serangan ke atas beliau menerusi alam siber.

Khalid bermasalah?
Satu kumpulan bloger khabarnya telah ditubuh khas untuk mempertahankan MB berkenaan. Kumpulan bloger itu khabarnya didalangi oleh orang penting di pejabat MB berkenaan dan biayanya dari peruntukan pejabat MB.

Perjumpaan pertama kumpulan bloger berkapasiti kira-kira 20 orang itu telah pun diadakan 16 Novermber lalu bertempat di sebuah hotel di Shah Alam. Ia turut sama disertai beberapa orang bloger ternama.

Saturday, November 16, 2013

Dr Basit: Waspada jangan melampau terhadap Rasulullah

SERUAN MALAM                                                                               

Dalam khutbah Jumaat minggu lalu Musyrif Pondok Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kuala Krai Dr Abdul Basit Abdul Rahman telah menarik perhatian umum terhadap fenomena yang wujud akhir-akhir ini berhubung pemujaan dan penyanjungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang lakukan dengan pelbagai cara yang dianggap melampau atau bidaah.

Dr Abdul Basit jangan melampau...
Beliau menyebut fenomena itu sepertilah membaca qasidah, syair dan puisi yang bertujuan untuk memuji dan memuja Nabi sehinggakan lupa soal ibadat. Beliau memberi peringatan itu berpandukan kepada penjelasan dalam hadith dan juga pandangan para ulamak muktabar berhubung kaedah-kaedah untuk memuja dan menghormati Nabi dengan cara sepatutnya.

Tajuk khutbah beliau itu menarik dan boleh menimbulkan kontroversi kerana ada elemen-elemen yang dimaksudkan oleh Dr Basit tersebut merebak di negara ini. Sudah tentu mereka yang kurang senang dengan singgungan itu akan melenting. Khutbah penuhnya boleh diikuti menerusi laman webnya http://www.abuanasmadani.com/.

Thursday, November 14, 2013

Perang besar di parlimen hari ini

RIUH PERLIMEN                                                                                  

Hari ini 10 Muharram 1435, di dalam kalender Islam pada tanggal ini dicatat banyak berlaku berbagai peristiwa besar bersejarah. Antara peristiwa yang berlaku ada yang realistik dan juga yang berbau bidaah yang perlu hanya dibaca tetapi tidak diyakini.

Azmin koyak dan gotel kertas usul tanda protes.
Di Malaysia tarikh ini dikongsikan oleh parlimen Malaysia hari ini. Parlimen hari ini telah mencatat satu sejarah apabila berlaku pergaduhan besar di antara pembangkang dengan pihak kerajaan. Perbalahan ini juga dalam perkiraan saya paling panjang memakan masa lebih satu jam.

Keadaan parlimen hampir-hampir tidak terkawal dan situasinya lebih dahsyat dari keadaan di stesen kereatapi di Bombay.

Wacana Pra Muktamar: Tampil keberanian calon

SUSUPAN TGH MALAM                                                                      

Raja Ahmad Iskandar
Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergong, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas. Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah bersama Profesional Muda Islam Kedah (Promis). Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.

Wacana itu juga menunjukkan sikap terbuka dan keberanian dewan pemuda berkenaan. Secara tidak langsung wacana sedemikian juga meletakkan dewan Pemuda Pas lebih terkedepan berbanding dengan parti Umno yang mengakui sebagai sebuah parti berpengalaman tetapi tidak berani untuk meletakkan celon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno di atas satu pentas untuk mengemukakan wawasan masing-masing.

Wednesday, November 13, 2013

Naib Presiden Pas: Semua calon ada peluang

RAMALAN PAGI                                                                                    

Dua minggu lepas pemerhati politik amnya dan ahli serta penyokong Pas khasnya tertanya-tanya siapa yang akan menerima pencalonan untuk merebut jawatan-jawatan tertentu didalam Pas. Minggu ini pertanyaan itu masih wujud, tetapi apa yang ingin diketahui, siapakah yang akan menang. Semua penama untuk merebut jawatan-jawatan tertentu telah maklumi.

(Dalam catatan ini saya akan beri pandangan terhadap jawatan naib presiden Pas saja).

Jawatan naib presiden Pas tidak kurang hebatnya kerana kedudukannya di layer ketiga dalam hirearki Pas. Selalunya mereka yang menduduki jawatan ini dia berpotensi untuk menjadi timbalan presiden seterusnya akan menjadi presiden di masa akan datang. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka yang memegang jawatan timbalan presiden Pas dilatih dan diasuh dijawatan nombor tiga ini. Jawatan nombor tiga ini bolehlah dianggap sebagai 'pengkalan latihan' dan ujian keimanan dan keunggulan pra ke jawatan timbalan presiden.

Tuesday, November 12, 2013

Abdul Hadi nafi laporan akhbar al Watan, Mesir

KENYATAAN                                                                                   

Abdul Hadi: Laporan itu tidak benar.
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menafikan laporan akhbar harian Mesir, Al Watan yang menyebut beliau dilantik menjadi Setiuasaha Agung Ikhwan Muslimim peringkat anarabangsa. Katanya berita itu tidak benar sama sekali dan ia tidak menolak kemungkinan pemalsuan berita itu untuk menimbulkan Islamphobia di sebelah sini.

"Tidak logik melantik saya sebagai setiausaha agung Ikhawan Muslimim antarabangsa, saya jauh di Timur jauh," katanya.

Hadi membuat kenyataan demikian di loby parlimen hari ini. Pihaknya juga jelas beliau sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan. [wm.kl. 1:27 pm 12/11/13] 

Monday, November 11, 2013

Penarikan Husam tanding timbalan presiden satu rahmat untuk Kelantan

PANDANGAN                                                                                    

Pengelakan Husam Musa untuk tidak bertembung dengan 'saing' senegerinya Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) bagi merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan dilangsungkan minggu depan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap ahli dan penyokong Pas Kelantan.

Nik Amar mendapat laluan.
Keputusan Husam itu tidak boleh dilihat ia sebagai sebuah takdir, tetapi perlu diamatinya dengan penuh kejernihan dan menggali akan akar hikmahnya. Bagi pemerhati tindakan Husam itu satu pengorbanan kecil yang perlu dinilai dan diucapkan terima kasih kepadanya, terutama oleh Nik Amar.

Dalam hal ini walaupun agak kekok untuk Husam berbuat demikian tetapi beliau telah meletakkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Pas Kelantan dan negerinya.

Mereka (orang Pas) yang sayang kepada kerajaan Pas Kelantan dan ingin melihat kerajaan itu berusia panjang kena mengalu-alukan langkah Husam itu tanpa menempelkan dengan berbagai konotasi huduh dan jahat bertujuan mengejeknya.

Kandati pun cara Husam itu ada elemen-elemen politik tetapi ia boleh disaringkan untuk kebaikan Pas Kelantan. Bak kata orang sebusuk mana daging selagi tak haram ia boleh dimakan. Nik Amar perlu mengambil kesempatan ini. Adalah malang kalau ada yang melemparkan kata-kata Husam telah takut dan bimbang dengan kekalahan maka beliau menarik diri.

Sunday, November 10, 2013

Najib perlu jawab dakwaan Mahathir mengenai Ghani Petail

SUSUPAN PETANG                                                                             

Anwar: gantung tugas Ghani.
Sehingga jam 3:45 minit petang ini Najib Razak masih belum berbuat apa-apa kenyataan berhubungan dakwaan Mahathir Mohamad yang memberi gambaran pejabat Peguam Negara telah disusupi perisik CIA. Singgungan Mahathir mengenai perkara itu tidak boleh dipandang remeh. Mahathir mungkin ada pengalaman mengenai kegiatan atau penyusupan masuk perisik luar ini ke dalam pejabat pentadbiran kerajaan.

Sebaik Mahathir menjadi PM kira-kira 21 tahun lalu beberapa orang pegawai di pejabatnmya telah ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip dari KGB (Russia).

Lantaran itu apabila Mahathir mendapat maklumat mengenai perkara itu beliau terus bersuara walaupun ia tidak menyenangkan Peguam Negara Ghani Petail dan menimbulkan masalah kepada negara di mana integriti negara boileh dipertikaikan dunia luar.

Saturday, November 9, 2013

Ramzi lantik profesional untuk mantapkan Umno Kuala Krai

BERITA                                                                                               

Umno bahagian Kualai Krai nampaknya serius menyusun dan memperkemaskan oragnisasainya dalam rangka persiapan untuk menawan Kelantan pada pilihan raya ke-14. Walaupun pilihan raya masih jauh namun Umno bahagian ini sudah memberi perhatian serius. Ini terbukti apabila ketuanya Ramzi Ab Rahman khabarnya sudah mula membentuk Umno bahagian itu tanpa melengahkan masa.

Ramzi Ab Rahman
Untuk tujuan itu khabarnya Ramzi mengenal pasti untuk melantik individu dari berbagai golongan profesional bagi membantu memantapkan Umno bahagian itu. Antara golongan profesional yang dikenal pasti ialah golongan pendidikan.

Dua nama pegawai tinggi pendidikan bertaraf Phd kelahiran anak Kuala Krai sudah dikenali pasti untuk tujuan itu. Langkah itu difahamkan untuk menjamin kependidikan yang merupakan agenda penting Umno bahagian itu berjalan lancar dan mantap lagi.

Tian Chua sifatkan Jelani sebagai 'katak'

KENYATAAN                                                                                    

Naib Presiden Keadilan (PKR) Chua Tian Cheng atau Tian Chua yang kini dikatakan memangku tugas dan tanggujawab sebagai Setiausaha Agung parti itu menyifatkan wakil PKR Sabah, Jelani Hamzah (Adun Matunggong) yang bertindak mengeluarkan parti itu sebagai oportunis yang sengaja mahu menggunakan isu dalaman parti sebagai kepentingan diri.

Katanya, Jelani tidak puas hati berhubung perlantikan wakil pelbagai ethnik dalam majlis pimpinan parti.

Tian Chua juga menyifatkan tindakan Jelani itu sebagai katak politik yang akan hilang ditelan zaman. "Jelani hanya satu lagi kata politik yang akan hilang ditelan zaman," katanya.

Perebutan jawatan dalam Pas di muktamar ke-59

JELANG MUKTAMAR                                                                      

Muktamar Pas ke-59 menyaksikan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan kecuali jawatan Presiden yang merupakan satu-satu jawatan tunggal yang tidak dipertandingkan. Jawatan dalam Dewan Ulamak terkecuali dari laporan ini.

Pengecualian untuk memberi laluan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang menang tidak bertanding itu menunjukkan tidak ada sesiapa yang barani menanggung risiko akan dikecam oleh orang-orang Pas yang merasakan kedudukan presiden sebagai orang suci dalam parti itu. Dalam keadaan Pas cuba dibahagikan atau pun dilebel dengan berbagai golongan, sesiapa melawan presiden akan dianggap derhaka dan tidak tahu wala'.

Bukan bermakna apabila Ustaz Abdul Hadi tidak dicabar beliau berada dalam keadaan terbaik selaku presiden Pas.