DALAM menanti terlaksananya semua janji-janji kerajaan Harapan dalam tempoh 100 hari apa yang ditunggu dan dirundui oleh rakyat ialah penurunan harga barangan keperluan, khasnya barang seharian. Bagi rakyat bawahan penurunan harga barang lebih afdal daripada mereka berselfie dengan menteri atau penjawat-penjawat baharu dalam kerajaan.
Pembersihan dilakukan dalam kerajaan, memecat lantikan politik, atau kajian sama ada projek keretapi laju (SHR) ke Termasik dan ERL ke Pantai Timur sama ada hendak diteruskan atau ditangguhkan dialu-alukan, tetapi pelaksanaanya kedua subjek itu tidak begitu dirindui dan diharapkan rakyat berbanding dengan penurunan harga barangan.
Soal harga barang lebih terdesak untuk diatasi kerana ia memberi kesan langsung kepada kesenangan rakyat.