Saturday, January 12, 2013

HKR Yang Memeningkan Kepala Media PB

CATATAN DAN PERISTIWA                                                                                                  

Saat ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk disiarkan malam atau pagi esok.

Doa Nik Aziz turut diaminkan bukan Islam.
Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakiti hati penyokong Pakatan Rakyat.

Yang penting juga berita itu nanti memberi damage kepada Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat. Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati najisnya 'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu tidak penting itu adalah perkara nombor dua


Sekumpulan peserta berbaju "R" juga berjalan sopan.
Berjalan melenggang sambil membawa sepandu tanpa gangguan.
Jamil pun boleh bawa beruknya dengan rileks.
Sesekali helikopter sesekali meraung di langit.
Sebahagian dari 160,000 berada di stadium.
Terpaksa rukas bukit kerana stadium sudah penuh.
Pemandangan dari satu sudut dalam stadium.
Ada peserta mengelap air mata kerana sebak dan terharu.
Anwar mengangkat tangan kepada peserta yang tak dapat masuk.
Pandangan dari sudut tengah. Padat.
Berdiri atas pagar, di dalam sudah penuh.
Sudah keletihan golongan veteran ini.
Berita bohong atau pun kurang tepat isinya tidak mengapa janji ia menyeronokkan pihak tertentu mendengarnya. Begitulah yang diajarkan oleh kerajaan hari ini terhadap dunia media massa negara ini. Maruah atau laporan beberapa media massa di negara ini tidak lagi mempedulikan soal moral dan integriti.

Soal kebenaran dan kejujuran di dalam laporan tidak perlu difikirkan. Yang penting ialah mereka harus mengambil angle yang boleh memberi damage kepada Pakatan Rakyat.

Boleh jadi juga sudah ada wartawan berkali-kali menulis dan menyiapkan berita tetapi ditolak oleh pengarang berita kerana ia tidak sesuai dan memuaskan hati mereka (editor) tatakala membacanya kerana tidak membawa roh dan aspirasi taukeh mereka yang tutup mangkuk najisnya mereka tutup.

Perkara paling dipertikaikan mungkin mengenai angka kehadiran dalam himpunan berkenaan. Mungkin ada wartawan yang melapor dan menulis angka yang munasabah sekitar lebih 100,000. Tetapi sudah tentu juga angka itu ditakuti oleh editor yang sedia menjadi hamba dan pengkhinatan kepada maruah kewartawanan maka ia perlu diperkecilkan.

Sebagai wartawan saya dapat mengagak apa yang akan dihighlightkan oleh media PB mengenai himpunan sekejap tadi. Pertamanya mengenai angka, dan kedua mengenai suasana himpunan berkenaan dan juga impaknya kepada UBN. Mereka akan tulis angka yang diluar logik manusia yang waras manakala akan melaporkan himpun itu kurang berjaya dan tidak bersemangat - UBN dan pemimpinnya tidak perlu gusar.

Kalau sebelum ini mereka akan mengangkat kejadian buruk, provokasi dan sebagainya, tetapi kerana kejadian itu tidak berlaku menyebabkan mereka kehilangan modal untuk dikarai dan dibohongkan kepada rakyat. Di sepanjang himpunan tadi yang bermula sejak malam tadi hingga berakhir petang ini tidak ada satu pun kejadian buruk dilaporkan berlaku. Usahkan setitik darah gugur ke bumi seperti selalu, sebutir kelongsong peluru asap pun tidak jatuh ke bumi.

Bukan saja topi polis terjatuh, kepala peserta juga tidak bengkak dengan paluan cota dan handasan tapak senapang seperti di himpunan atau demonstrasi sebelum ini.

Apabila sesuatu yang diharapkan itu tidak berlaku wartawanlah yang menjadi mangsa. Wartawanlah yang akan disuruh mereka-reka dan mengarang berita karut. Mana-mana wartawan yang beriman dan menghormati kod etika dan maruah kewartawanan akan merasa kekok dan berada dalam keadaan dilema. Ketika ini juga timbul perasaan ingin bertukar kerja di syarikat lain ataupun meninggalkan dunia kewartawanan yang zalim kerana menjadi PB kerajaan.

Ini beberapa intro yang mungkin boleh membantu para wartawan yang kini sedang kalut untuk menyiapkan berita yang tidak benar itu tetapi demi menyeronokkan hati tuan masing-masing. Mungkin mereka boleh menggunakan intro di bawah ini;

KUALA LUMPUR: Himpunan Shamsidar anjuran Pakatan Rakyat yang mensasarkan 1 juta rakyat hari ini gagal apabila hanya kira-kira 15,000 saja yang hadir. Stadium Merdeka yang boleh memuatkan penonton 30,000 masih kelihatan lompong di mana-mana.

Kebanyakan yang hadir juga mereka yang diimport dari negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Kanak-kanak bawah umur juga turut sama hadir. Difahamkan setiap yang hadir menerima upahan di antara RM200 hingga RM350. 

Seorang peserta yang tidak mahu disebutkan namanya mengakui beliau mendapat wang RM400 daripada seorang pemimpin Pakatan Rakyat di Kelantan untuk membawa 20 hingga 30 orang peserta.


atau pun begini;

KUALA LKUMPUR: Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan himpunan di stadium Merdeka sebagai momentum menghadapi pilihan raya dan menunjukkan kekuatan mereka petang ini kecewa kerana jumlah yang hadir tidak mencecah angka yang mereka ingin. Himpunan dikenali dengan 'Perhimpunan Shamsidar' itu mensasarkan 1 juta hadirin tetapi yang hadir sdekitar 5,000 sahaja.

Kehadiran yang jauh dari sasaran itu mengecewakan. Gara-gara itu Anwar yang selalu berucap memakan masa lebih satu jam hanya meringkaskan ucapan sekitar 23 minit saja.

atau pun begini;

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur himpunan Shahsidar hari ini gagal memenuhi syarat-syarat berhimpun yang diberikan kepada mereka. Apa paling jelas penggunaan kanak-kanak kecil yang boleh mendatang kemudaratan kepada mereka masih berlaku.

Kegagalan ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang dan suka melaklukan masalah kepada orang ramai. 

Kegagalan mematuhui syarat berhimpun itu juga membuktikan pakatan itu tidak mampu untuk mentadbir negara ini kerana untuk menguruskan peserta seramai 20,000 pun tidak mampu.

Atau pun mungkin ada intro lain lagi.  Tetapi yang pastinya intro atau angle yang dihighlightkan dari sudut negatif buat Pakatan Rakyat. Manakala editor juga akan memilih gambar atau mengedit gambar untuk menggambarkan sambutan itu tidak mendapat sambutan.

Itulah apa yang mungkin dilakukan oleh media massa terhadap himpunan kebangkitan rakyat tadi. Apabila himpunan itu berjalan lancar dan aman menyebabkan mereka terpaksa mereka cerita untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka menjadi hilang akal untuk melakukan kejahatan dan menipu rakyat.

Perhimpunan tadi mencatat sejarah buat negara ini kerana ia berjalan lancar, aman dan penuh harmonis. Himpunan yang dihadiri lebih 150,000 itu tidak mendatangkan apa-apa masalah seperti mana dibayangkan sebelum ini. Apa yang berlaku tadi menjelaskan bahawa sekiranya himpunan awam anjuran pembangkang begitu jika tidak diganggu ia akan berjalan dengan baik. Himpunan berlangsung selama kira-kira 4 jam tadi juga menyenangkan pihak polis.

Apa yang berlaku hari ini menjawab persoalan yang di'tabuh' selama ini siapa yang menjadi dalang berada di sebalik kekecohan dan kekecauan dalam setiap himpunan membabitkan PR sebelum ini.
Apa yang berlaku hari ini memberi moral dan kualiti kepada PR. Rakyat menilai sendiri akan kemampuan dan juga kejujuran Pakatan Rakyat yang menuntut hak-hak rakyat menerusi demokrasi.

Mungkin dari jumlah kehadiran yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Tetapi pihak PR perlu merasa berpuas hati kerana dapat mewujudkan sebuah himpunan yang harmoni yang sekaligus menunjukkan integriti dan keikhlasan PR.

Sepanjang himpunan tadi orang ramai memberi kerjasama baik dan benar-benar menjaga adat dan juga alam sekitar. Setiap arahanh spontan yang dibuat diikuti dengan baik. Contohnya pengerusi meminta agar trompik tidak dibunyikkan semasa pidato, semua mematuhi. Satu ketika keadaan riuh dengan trompik tetapi setelah 'dilarang' ia kemudian menjadi senyap sunyi.

Begitu juga dengan kebersihan alam sekitar. Semua sampah atau bekas makanan dan minum diletakkan di satu tempat. Ada pula pertugas khas yang membawa plastik menghampiri orang ramai bagi memudahkan sampah dimasukkan. Suasana begini tidak wujud pada mana-mana himpunan dan keramaian UBN di mana tanggungjawab menjaga dan mengawal kebersihan tersangkut di bahu petugas PBT atau pihak penguasa sepenuhnya.

Mungkin pihak UBN tidak perlu risau dengan jumlah kehadiran kerana ia tidak mencecah sejuta. Tetapi melihat kepada semangat, displin yang ditunjukkan himpunan tadi boleh menjadi gambaran awal akan kesungguhan rakyat berbilang kaum bernaung di bawah PR untuk menumbangkan UBN. Dalam anggaran saya jumlah tadi sekitar 160,000 termasuk yang terkandas di Bukit Bintang atau pun mereka yang tidak sempat berhimpun dan memasuki stadium. Sekiranya setiap mereka mewakili tiga orang pengundi ini bermakna kekuatan himpunan itu ialah sebanyak 480,000 iaini hampir setengah juta.

Berada di stadium menyaksikan puluhan ribuan manusia dengan pelbagai warna utama; kuning, hijau, oren dan merah, yang mewarnai stadium tadi telah memberi gambaran kepelbagaian warna kulit, anutan agama dan ideologi politik boleh bersatu atas semangat untuk menumbangkang UBN. Sorakan dan tepukan bersemangat yang berkumandang dan menyelinap ke dalam telinga menjadi darah menyirap kebanggaan.

Gerakan ombak yang dilakukan oleh orang ramai menunjukkan mereka cukup understanding dan sepakat untuk membawa pembaharuan politik negara ini. Rangkaian ombak manusia beralun-alun itu menggambarkan mereka sudah sedia untuk menenggelamkan Umno.

Semua pimpinan utama Pakatan Rakyat hadir dan memberi ucapan. Sebelum itu sebanyak 15 wakil-wakil NGO berucap barang seminit dua untuk menyatakan tuntutan dan juga memberi suntikan semangat dan komitmen bagi menumbangkan UBN. Pemimpin utama yang berucap Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng manakala Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menutup himpunan dengan doa.

Semua yang hadir mengaminkan doa Tokguruku itu tidak kira bangsa. Menitis air mata tatkala melihat seorang pemuda Cina bersama pasangannya merautkan tangannya ke muka setelah doa habis dibaca seperti mana dilakukan umat Islam.

Apa yang berlaku hari ini boleh disimpulkan ia memberi keyakinan perpaduan dan nekad Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya tidak tergugat sedikit pun walaup pakatan itu diserang dan cuba dipecahkan oleh UBN dengan berbagai cara. Seolah makin ia diserang dan difitnah, ikatan dan jabat salam sesama mereka makin erat. Seakan mereka sudah berjanji sehidup semati, akan bersama selagi UBN tidak hancur.

Seharusnya UBN khasnya Najib Razak kena membuat post mortem himpunan hari ini sebaik mungkin sama ada hendak bubar Parlimen hujung Januari ini ataupun merapatkan pilihan raya hingga ke akhir April. [wm.kl.7:02 pm 12/01/13]

34 comments:

Pok Li said...

Anggaran polis yang mula2 80 ribu di turunkan kepada 45 ribu. Malaysiakini menganggarkan 200 ribu, MSO menanggarkan 160 ribu.

Perhimpunan UBN dulu diberitakan media PB 80 ribu walaupun separuh tempat duduk dan separuh padang stadium kosong. Pengunjung yand keluar semasa Najib berucap tak diberitakan.

Apapun, perhimpunan Pakatan Rayat rata2 sentiasa melebehi perhimpunan UBN di mana2 saja.

Anonymous said...

45k,polis bantu,pundek....

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan MSO.

Dah keluar pun beritanya dalam Buletin Utama TV 3 Suku.

Ceritanya mesti berkisar kepada:

a. Sekadar 45,000 hadir himpunan.
b. Menggangu lalulintas
c. Peniaga rugi disebabkan kedai ditutup.
d. Membawa kanak-kanak bersama.
e. Mempamerkan kain rentang atau slogan.
f. Polis berjaya mengawal perhimpunan.

Nampak sangat stesen TV ini terlalu bebal dan diterajui oleh spesis "Lembu Kenyang". Dah tahu UMNO/BN nak mampus esok lusa pun masih "menjilat dan mengampu" lagi. Nampak sangat bangsa mereka ini mudah dibeli dan dicatur oleh wang ringgit dan kuasa. Maklumlah kalau tak kerja sebagai pendajal media, anak bini mereka akan kebulur dan merempat, oleh itu buatlah fitnah apa sahaja mudah-mudahan segala kejahatan dan fitnah mereka itu akan berbalik kepada diri dan kaum keluarga mereka sendiri. Amin

Anonymous said...

Polis maklumkan cuma 40,000 jer......kelakar kan???

Halim said...

Waah angle gambar Pak Sayuti mmg dekat dekat betul dgn tempat sy duduk bersantai.. Tapi malangnya masih belum terserempak, masih belum rezeki nk menegur menepuk bahu Pak Sayuti.
Lain kali InsyAllah, di himpunan kemenangan Rakyat di Putrajaya slps PRU13!

Anonymous said...

dalam salah satu gambar tuan tercatat 160 ribu dalam stadium. yg saya tahu kapasiti stadium dalam 20 ribu, ditambah dengan yg di atas padang katakan maksimum 30 ribu, di luar katakan ada 30 ribu lagi, jadi mana datangnya lebih 80 ribu lagi? atau mungkin tuan campur sekali dgn malaikat dan jin rasanya?

abdul aziz yaakob said...

Peranan media sepatutnya menarik hati rakyat untuk sayang dan kerajaan....tapi sekarang ni baca akhbar,tengok tv buat hati makin benci teramat sangat...

mohd sayuti omar said...

Untuk pengomen yang tidak sebut nama di atas, saya harap dapat check dengan pihak stadium merdeka berapa kapasiti stadium itu. kalau 20,000 rasanya tak layak jadi stadium merdeka. lagi pun pihak yang beri permit sudah hakkan penyertaannya 30,000 ini tentulah dibuat mengikut kapasiti stadium berkenaan. saya dah tak patut siarkan komen ini sebab tak bertanggungjawab (tak ada nama) tapi kerana nak bagi keadilan dan peluang untuk orang lain berfikir. kerana kecacatan itu tak perlu saya ambil di mana 80 ribu lagi itu. anggap sajalah ianya hantu. tanpa salam.

ulitmayang said...

mungkin kita perlu tunggu angka rasmi kerajaan umno dulu ,,,, tunggu rais yatim tgh dok kira tu

Anonymous said...

Tahniah kepada Pas andaikata menang Pilihanraya pilih lah Pm dari kalangan ulama Pas . Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Saudara Mso seorang yang bijak pandai pandai lah menasihati Tuan Guru .

Unknown said...

Biarlah, Berapa pun jumlahnya, yang nyata mereka pening, pening mengira jumlah yang hadir, pening juga mengira hari. Jumlah itu menyakitkan hati mereka. Sangat menyakitkan!

Delima said...

160 ribu atau 80 ribu atau 45 ribu tak penting. Yang penting stadium penuh dan pangkah...

Anonymous said...

Toksah gaduh bab berapa ramai, yg penting himpunan ini berjaya...

- putra bertam

Anonymous said...

Salam tuan mso saya hadir disana tadi,post yg tuan nk sampaikan mengenai isu media namun setelah panjang lebar yg tuan terangkan nampaknya masih ada perasaan hasad dan cuba utk menafikanya,tak mengapa saya fikir mereka itu cuma tak biasa menerima kenyataan.. Yunus.

Anonymous said...

Aku tak peduli berapa sebenarnya jumlah kehadiran tetapi bagi aku KL 112 mmg bersejarah kerana seolah2 berlaku hukuman dari Allah.Rakyat Marhaen menguasai Ibu Kota sdgkan Pemimpin No.1(kat Rinching) dan No.2(Dataran arak)terpinggir di luar kota, isyarat awal BN akan tumbang he3

Anonymous said...

Salam tuan MSO, tak usah tuan memberi ulasan pada pengomen yang tidak ada nama itu tak ada faedah orang yang tak reti bahasa.

ayba said...

Tidak kisahlah berapa pun jumlahnya. Penuhnya stadium itu sudah cukup untuk membuatkan PM Najib 'botak' kepalanya.

PW Cheong said...

Pasal jumlah peserta demo, lihat dari perspektif ini. Bersih 2.0, polis kata kahadiran 6k orang! HKR 112, angka rasmi polis ialah 45k (selepas dikurangkan daripada 80k, atas alasan "double counting". Maksudnya, peningkatan 8 kali! jumlah peserta untuk HKR, walaupun menurut Utusan Malaysia, dikatakan Najib semakin mendapat sambutan daripada rakyat!

Anonymous said...

Assalamualaikum .. Tuan Mso.. Syabas HKR.. tahniah rakyat Malaysia..semoga di berkati Allah SWT..

kueh bakar said...

stadium paling besar bukit jalil 100 ribu tempat duduk.Rekod paling tinggi trg lawan perak final piala malaysia 110,000 tiket terjual.

stadium shah alam 80ribu.

dua-dua stadium besar ni ada seat/tempat duduk. 1 seat 1 orang.

stadium merdeka antara stadium-stadium besar dalam malaysia.Ia tiada seat dan boleh duduk rapat. Ia berkapasiti 45,000 penonton(tidak termasuk padang ye)

"Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton"

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bergerrak dari Masjid Negara setelah solat hajjat mengharap dapat menghampiri stadium. Kalau tak dapat dengar ucapan dalam stadium pun tak apa. Dapat dengar sorakan dari dalam stadium pun dah memadai.

Namun kecewa. Saya tersangkut dalam kesesakan jauh dari stadium dan tak dapat dengar langsung sorakan dari stadium.

Pengalaman lepas-lepas masa zaman bola diadakan di Stadium Merdeka, dekat kuil tu pun dah dengar sorakan bila gol.

Jadi, ta kan lapan puluh ribu kehadiran. Pada manusia tak bernama tu patut-patutlah.

Bagi saya perhimpunan ini amat berjaya dan kejayaan ini adalah untuk seluruh rakyat yang sudah sekian lama berjuang menuntut kebebasan berhimpun. Bukan setitik air mata yang menitik, juga bukan sedikit darah yang tumpah dalam menuntut hak berhimpun ini.
Setiap kali atas apa isu pun, bila nak berhimpun maka tuntutan asasinya adalah mennuntut kebebasan berhimpun. Akta Polis seksen 27 (kini Akta Perhimpunan Aman), Perkara 10 perlembagaan, hak asasi sering menjadi perbahasan untuk berhimpun sehingga akhirnya tujuan sebenar berhimpun tenggelam.

Akhirnya, semalam seluruh rakyatMalaysia telah dapat menghirup sedikit udara kebebasan dengan berjayanyaHKR112 ibarat dah banyak kali makan durian asyik terluka jari dan tapak tangan kerana membukanya tapi semalam dapat makan durian yang telah dibuka oleh polis.

Jadi, suka tak suka sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita harus mengucapkan setinggi-tinggi pengharGaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seluruh anggota yang terlibat dalam Perhimpunan atas kesediaan mereka bertindak di luar kebiasaan. Terima kasih polis.

Sehubungan dengan kejayaan himpunan semalam, kalau tahun 2009 Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Najib, kenapa tidak esok Najib melakukan perkara yang sama kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai menghormati kehendak rakyat lantas menyerahkan kepadaAnwar untuk mengadap Yang Dipertuan Agung bagi mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen Ke-12 untuk laluan Pilihanraya Umum Ke-13. Maka tercatatlah sejarah kepada Najib sebagai Perdana menteri dari anak perdana menteri yang tidak mendapat mandat rakyat dan tidak pernah membubarkan parlimen.

Buat pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat, anda mungkin tersenyum lebar dengan himpunan semalam. Anda mungkin sudah boleh berangan untuk jadi orang besar selepas ini. Tapi, seandainya anda mengulangi apa yang dibuat oleh UMNO-BN maka tunggulah giliran anda pula untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat sekali lagi dan masa itu kebangkitan rakyat akan lebih dahsyat lagi.

Akhirnya, tahniah kepada semua yang terlibat dalam perhipunan semalam dan terima kasih sekali lagi kppada pasukan polis.

Martoiriat said...

Saudara MSO
Walaupon himpunan ini tidak menetapi sasarannya (1 Juta) , namun ianya sudah dianggap lebih dari berjaya dapat menghimpunkan ratusan ribu manusia dari pelusuk tanah air.Mereka datang dari berbagai bangsa semuanya tanpa dibayar dgn tekad mahu lakukan perubahan demi masa depan. Saya yakin, jika fenomena begini kekal dengan mendapat sokongan tidak kira apa bangsa sekali pun nescaya angin politik negara akan berubah sedikit masa lagi.

Anonymous said...

Angin politik negara dah lama berubah cuma tunggu utk diterjemahkan atas kertas undi saja. Wahai PRU13 di mana engkau, rakyat Malaysia rindu padamu....

- putra bertam

Wan Ahmad Faiz said...

Pada pandangan saya, "sejuta" itu adalah satu perlambangan. perlambangan kepada satu perhimpunan yang besar.

Tak tahu la berapa jumlah sebenar yang hadir, tapi mesej sudah sampai ke Putrajaya. menggelabah media-media pencacai mengulas.

Kalau nak lebih lucu, buka blog blog pencacai Mazidul Akmal Sidek.

Anonymous said...

Salam tuan MSO, perhimpunan kali sangat berjaya dan bersemangat. Walaupun ada pihak yg x senang hati. Maaf sy x dpt bersama meraikannya, sy d kuantan. Pd masa sama Pemimpin UBN pg nya sdg mkn nasi lemak menybabkan jalan sesak. Bukan sbb ramai tp pengawal terlalu ramai. Org yg dtg bukannya suka malah marah kerana x dpt nak sarapan. Mrk x akan ubah sikap bongkak kerna terlalu yakin dgn diri sendiri akan menang

Maaf Sebut said...

Ape pun alhamdulillah...semua berjalan dengan aman. Takde tragedi buruk yg berlaku

Anonymous said...

Pembesar2 UMNO, wartawan2 berita perdana dan bolgger2 pro UMNO sekarang ni sibuk tercari2 isu2 negatif untuk diketengahkan "BAGAIKAN MENCARI KUTU DI ATAS KEPALA". Kesihan mereka.
ABU........

abu muaz said...

Hanya syaitan,lembu dan ahmad maslan yg tidak hadir semalam di stadium merdeka

Unknown said...

Rasanya dh naiktaraf ke 40k org tempat duduk. Belum campur yg atas padang. Sapa2 yg kata cuma blh 25k org tempat duduk mmg ketinggalan zaman. Stadium merdeka terletak pada senarai ke 247 dunia. Blh lihat website ni kalau rajin baca: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_stadium_berdasarkan_kapasiti

Anonymous said...

Saya rasa himpunan semalam mungkin boleh mencapai satu juta..tengok macam bersih 3 yang disasarkan 500k yg hadir lebih kurang 250k.. Mungkin fisebabkan keganasan polis masa tu mungkin ada yg fobia sikit nak datang
bayangkan masa bersih 3 hari tu tiada keganasan polis mungkin HKR semalam mampu mencapai satu juta atau sekurang kurangnya hampir satu juta...pendapat saya sajalah

bandi

mohd sayuti omar said...

Salam... marah betul para pemikul najis Umno dengan himpunan semalam. Mereka tak habis-habis mempertikaikan jumlah yang hadir. Bila dilaporkan ianya smencecah 160,000 dengan kapasiti setengah jiuga mereka jadi semacam gila babi... tak dapat menerimanya. Kalau himpunan itu tidak besar dan gah kenapa perlu ketar kenalinya. Duduk diam sajalah dan ketawa sendiri biar Pakatan Rakyat terperangkap dengan ilusinya.
Cuba belajar menerima keadaan dan carilah kerja lain. Sedar kerja tukang pikul najis dan kencing orang ini hina walaupun diupah. Masih banyak kerja lain di luar sana. Dan kalau Pakatan menang tentu peluang kerja masih bertambah. Yang otat kemetot juga mendapat tempat kalau tidaki duduk dalam pejabat jadikupas kelapa kering (kopera).. Belajarlah menerima keadaan... kang nanti dicabut kaki bubuh atas belakang nhyanya.

Anonymous said...

Seronok baca tuan MSO buat lawak bila hentam pencacai UBN dan mereka2 yg sewaktu dengannya...lawak MSO makan dalam sampai ke usus...sapa yg tak faham dia memang bengong...

Putra Bertam

Anonymous said...

kawe rase sgt tepat dgn angka tuan mso,,,sbbnye kapasiti stdm 40k yg mane tmpat duduk saje tdk cmpur dgn dlm stdm,,kalau dikira, dlm stdm lebih ramai dr yg duduk d tmpt duduk,,so anggaran dlm stdm sume skali lbh krg 100k lbh,,kat luar pun rmai,,n mmg tepat pun angka 160k,,tp bila da namenye bengong, bengong jgk,,,tkkan la stdm penuh sebegitu boleh kata 45k,,aduhai,,pelik sgguh manusia ni,,

Anonymous said...

semuga perhimpunan akan diterjemahkan semasa pru 13 insyaalah saya tidak dpt pergi kerana urusan yg utama tahniah mereka dpt meluangkan masa