Monday, January 7, 2013

Ahli Politik Veteran Berkahwin Muda

BERITA RINGKAS                                                                                                                

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) harus menyiasat perkahwinan seorang ahli politik veteran di negeri itu yang dikatakan menyalahi prosuder dan peraturan sewajarnya seperti mana ditetapkan oleh pihak MAIK.

Tokoh politik veteran berkenaan dilaporkan telah berkahwin dengan seorang perempuan berusia 38 bekas PA kepada seorang bekas wakil rakyat dan kini sudah pun mengandung empat bulan.

Apa yang menjadi masalahnya, perkahwinan itu tidak didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Nikah Kahwin serta tidak mendapat keizinan dari isteri pertamanya. Keluarga ahli politik veteran itu juga masih belum mengetahui yang mereka memilik anggota keluarga yang baru.

Mungkin soal keizinan itu tidak menjadi masalah kerana dalam Islam seseorang lelaki yang merssakan dia adil (dah masih rak akat adas) boleh berkahwin sehingga empat tanpa mendapat apa-apa kebenaran. Tokoh politik veteran itu berusia 73 tahun.

Gara-gara perkahwinan itu diselindungi menyebabkan isteri keduanya di letakkan di sebuah kondominum dan tidak merasai kemerdekaan seperti isteri-isteri yang lain.

Dari makluman dalaman yang hampir dengan perempuan itu memberi tahu akad nikah perkahwinan itu katanya dilakukan sendiri oleh Tuan Mufti Kelantan.

Penyiasatan ini perlu bagi memastikan MAIK berlaku adil kepada semua. Jika perlu saya akan mendedahkan identiti tokoh politik veteran berkenaan. [wm.kl.6:04 pm 07/01/13]

5 comments:

ahmadyani said...

Tuan Mufti Kelantan yang nikahkan tapi tidak didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Nikah Kahwin! Bagaimana pula tu?

newkk said...

Pembela isteri tua, atau pembela undand-undang.

pokhat said...

MAIK tak terlibat..kena tanya JAHEAIK

mso.im said...

Urusan perkahwinan terletak dalam tanggungjawab MAIK, surat nikah dikeluarkan oleh MAIK bukan Jabatan. Cuba chek elok-elok.

pokhat said...

abe ti gakk..jaheaik urus bab nikoh dikelate nih buke MAIK..abe T ttukar nge Majlis agama Patani nihh..kena chek mmolek sblm nnulih..malu kokrang.