Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.
Syed Ali: Johor miskin. |
Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.
Muhyuddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asiong, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran dibawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.
Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.
Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bharu sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskadar" kepada "Mah Hong Kong."
Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.
PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai permis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.
Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manafaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.
Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zone pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.
Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.
Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.
Pendedahan presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FVGB ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.
Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.
Salahuddin Ayub |
Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.
Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Naiub itu sendiri?
Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. [wm.kl.7:05 pm 16/01/13]
[Perhatian: Artikel ini tidak dibenarkan dicut page untuk disiar (pakai) oleh mana-mana blog atau protal berita, melainkan dimaklumkan. - Mso.]
No comments:
Post a Comment