Himpunan akhir menjelang pilihan raya umum ke-13, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tetap akan diadakan di stadium Merdeka lokasi awal yang ditetapkan. Walaupun ada cadangan daripada polis Kuala Lumpur agar ia dipindah ke stadium Nasional Bukit Jalil, kononnya untuk memudahkan manusia dimobilis namun pihak penganjur tetap mahu meneruskan himpunan itu di stadium Merdeka.
Foto Bersih 3: Moga keadaan ini tidak kelihatan esok. |
Alasan yang diberikan, kerana persiapan telah dibuat di stadium Merdeka. Semua persiapan pentas dan layar besar untuk 'menampung tonton' peserta yang dijangka melimpah tidak dapat masuk ke dalam sudah dipunggah ke stadium berkenaan. Lagi pun stadium itu ada signifiken tersendiri terhadap himpunan berkenaan. Sekiranya selapas pilihan raya nanti UBN 'syahid' dan Pakatan Rakyat mengambil alih kekuasaan, ia akan dicatat; himpunan sejarah yang menjatuhkan kerajaan UBN dan meruntuhkan hegomeni Umno klimeksnya di situ - stadium Merdeka.
Stadium merdeka itu juga akan menambah satu lagi bahan koleksi momentum kemerdekaan negara ini.
Apa yang harus difahami HKR adalah himpunan bukan saja menuntut lapan perkara berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi dilaksanakan seperti mana dideklarasikan oleh Bersih. Tetapi ia membawa makna lebih besar dari itu. Maksud dan mesej lebih jauh dari itu untuk mendapat kemerdekaan negara dan rakyat lebih bererti lagi. Kemerdekaan bagi mebebaskan rakyat dari ketidakadilan, penindasan dan kezaliman ciptaan UBN.
Kemerdekaan sebelum ini adalah kemerdekaan bangsa Melayu, tetapi kemerdekaan selepas 56 tahun bakal dicapai nanti apabila runtuhnya hegomeni Umno dan BN, adalah kemerdekaan rakyat. Justeru kemerdekaan rakyat ini lebih besar dan hebat dari kemerdekaan tahun 1957 itu. Semua bangsa di dunia kini sedang menuntut kemerdekaan peribadi rakyat.
Jelas, bukan semua lapisan rakyat menerima amanat pengistyharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 lalu. Kemerdekaan itu ada unsur-unsur ketidaktulenannya. Ia adalah kemerdekaan yang dirancang atau kemerdekaan subsidi. Kemerdekaan itu kurang menjerap. Sebab itu bangsa Indoneisa bila bercakap fasal kemerdekaan Malaysia mereka akan ketawa. Mereka menganggap kita bukan merdeka, cuma diberi kemerdekaan. Ertinya kemerdekaan tanpa peperangan.Celaka kau Indoneisa?
Mungkin itu persendaan Indoneisa yang tidak sukakan kita, tetapi hakikatnya tiap dari kita yang bernafas dan bernaug disini memahami sejauh mana keberertian kemerdekaan itu. Setiap dari kita tahu seluas mana ruang kemerdekaan diberikan kepada kita.
Kerana kemerdekaan disedekahlah maka kita banyak tunduk kepada kuasa kolonial. Dalam bidang tertentu kita masih lagi terikat dengan kolonial. Paling jelas mengenai perlembagaan negara yang digunakan pakai kini dan diagungkan oleh Umno. Ia tidak mempunyai sprit dan roh Islam. Umnolah yang menjadi juara mendokong perlembagaan itu. Lantaran itu bagi PAS apa yang diperjuangkan Umno itu perlu ditentang kerana ia berkonsepkan perlembagaan sekular.
Pihak yang menerima kemerdekaan seperti yang ada, akan mempertahankan apa yang dikatakan kemerdekaan itu. Kenapa, kerana kemerdekaan hari ini lebih merupakan kebebasan untuk mereka melakukan apa yang mereka citakan bukan yang rakyat seluruh impikan. Kemerdekaan negara digunakan sebagai kemerdekaan melaksanakan hak dan kemahuan peribadi mereka, Umno. Kemerdekaan kini membela dan memberi kesenangan kepada kroni dan bersifat nepotisme.
Sebab itu himpunan esok mereka akan menghalang, mengejek, mempersendakan dan berusaha untuk mengagalkan kerana ia bakal mengacam hidup dan kehidupan mereka.Rakyat pula menerusi Pakatan Rakyat akan cuba membangunkan sebuah kemerdekaan sejati, kemerdekaan rakyat yang bakal membebaskan mereka dan merasai kehidupan lebih adil dan saksama. Kemerdekaan untuk membaiki kemerdekaan negara bangsa.
Berdasarkan realiti itu maka semua lapisan rakyat yang mahukan kepada kemerdekaan peribadi yang hakiki, kemerdekaan rakyat, kebebasan dalam erti kata sebenarnya menurut konsep beragama perlu hadir beramai-ramai ke stadium Merdeka untuk menyatakan hasrat dan menyuarakan kemahuan kepada kebebasan. Kalau tidak sempat hadir tetapi harus mendoakan dari jauh dengan penuh tawaduk dan istiqamah.
Polis jangan jahat
Atas janji pihak berkuasa polis yang sedia mengawal keadaan tidak perlu takut dan gentar untuk hadir. InsyaAllah esok tidak akan ada kerkecohan dan ketegangan berlaku seperti sebelum ini.
Himpunan esok juga merupakan ujian besar kepada Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia. Rakyat seluruhnya akan melihat dan menjadi saksi apakah perubahan yang dibawa oleh PR benar-benar dituntut oleh rakyat atau ia tidak lebih menjadi modal dan ilusi pembangkang saja. Ia akan terbukti kalau himpunan besar jumlahnya mencecah lebih 500,000. Dan sekiranya sasaran 1 juta jiwa berjaya dicapai ia memberi isyarat jelas yang Najib Razak dan semua kepimpina UBN perlu 'meningalkan' segera negera ini. Oh ya jangan lupa angkut Mahathir Mohamad sekali.
Yang akan dinanti dan disaksi esok juga apakah himpunan itu berlangsung dalam aman dan harmoni. Ini penting. Semua pihak yang terlibat esok kena memastikan tidak ada sebarang kekecohan. Tunjuk dan buktikan setiap orang yang hadir ikhlas dan tulus untuk mencari kebenaran. Sekiranya himpunan itu esok menjadi tegang, huruhara ia akan memberi implikasi buruk kepada rakyat yang sedang memerhati. Pintu pilihan raya yang akan di buka bila-bila masa itu belum pasti rakyat akan memasuki dari arah pintu PR kalau berlaku keburukan esok.
Ingatan kuasa kepada anak-anak muda PR supaya tidak terlebih emosi. Ingatlah perangkat dan dalih yang berada di hadapan. Tidak ada guna sedikit pun kita berjaya berhimpunan tetapi himpunan itu rosak dan menjadi huduh.
Ini semua akan terjawab dan tercermin dalam himpunan besok. Jumlah kehadiran, kelicinan himpunan berkenaan adalah dua faktor utama. Tidak kira kalau pun himpunan itu dikucar ganggu atau pun diburuk dan dihuduhkan mana-mana pihak ia tetap memberi impak kepada Pakatan Rakyat.
Buat polis sendiri yang berjanji untuk memberi perlindungan mengawal dan tidak akan melakukan provokasi atau menggunakan anggota gelap untuk membuat kacau, anda juga akan diperhatikan esok. Kalau himpunan esok dikacau, kelompok manusia disembur gas dan air gatal, dipukul dan ditangkap maka anda tidak akan dipercayai selama-lamanya oleh rakyat negara ini. Rakyat akan melihat anda adalah musuh dan anti kepada kemerdekaan rakyat. Akta Perhimpunan Aman 2012 mungkin tidak sesuai diguna esok.
Maka anda juga perlu menjaga kredibiliti dan integriti anda esok sebaik yang termampu. Jaga maruah dan penghormatan anda esok. Anda sesekali jangan menganggap dengan segala macam senjata yang ada miliki ia boleh melindungi anda. Iya mungkin ia berguna kepada anda di dunia ini tetapi tidak diakhirat.
Esok adalah penting, adalah mustahak kepada semua pihak, khasnya Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jayanya himpunan esok bererti negara ini akan bertukar pemerintah menjelang Mac atau April ini. Gagalnya himpunan esok bermakan BN akan terus kekal untuk memerintah negara untuk sekurang-kurang 30 tahun akan datang.
Renungi dan hakimilah peristiwa esok dengan sebaik-baik renungan dan penghakiman. Selamat berhimpun dan menjulang kemerdekaan kepada semua. Merdeka, Merdeka, Merdeka Rakyat Malaysia. Kemaskan panji kemenangan didalam tangan setiap dari kita. [wm.kl.2:56 pm 11/01/13]
1 comment:
patut la esk 'mereka' buat program...sbb takut ramai yg ke HKR,.......hampeh btol 'mereka' si penakut itu.
Post a Comment