Tuesday, January 29, 2013

"R" Cabar Awang Adek Berdebat Isu Royalti

SENYUM TEATARIK                                                                                                       

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalty) telah menghantar surat rasmi mencabar Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein untuk berdebat berhubung royalti petroleum yang sepatutnya diterima oleh Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak.

Kepala surat "R" dituju kepada Awang Adek.
Surat yang bertarikh 15 Rabiluawal 1434H bersamaan 27 Disember 2013 itu (saya kira tersilap) telah dihantar kepada Awang Adek di tiga alamat, satu di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Kota Bharu di pejabat Umno Kelantan dan di pejabat Awang Adek di Putrajaya bagi mengelakkan ianya tidak diterima Awang Adek.

"R" memberi kelonggaran kepada Awang Adek untuk menentukan tarikh debat.

"Mengambil penghormatan YB Datuk sebagai anggota Kabinet Malaysia yang semestinya terlalu sibuk jadi pihak kami bersedia mengosongkan jadual pada tarikh dan masa yang YB Datuk tetapkan sendiri bagi menjayakan program debat tersebut," demikian antara kandungan surat berkenaan.

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha R Kelantan Mohd Hisyumuddin Ghazali.

Pihak "R" juga menetapkan tajuk debat; Royalti Atau Wang Ehsan - Demi Rakyat Kelantan."R" memberi tempoh lima hari untuk Awang Adek menjawab surat berkenaan.

Mungkin sedikit malang kalau surat yang diemailkan kepada saya itulah juga dihantar kepada Awang Adek menyebabkan menteri itu tidak akan membalasnya kerana tarikhnya masih jauh kira-kira 11 bulan lagi. Keadaan ini tambah buruk kalau Awang Adek jahil takwim Islam. "R" diharap perbetulkan tarikh surat berkenaan dan dihantar semula kepada Awang Adek. [wm.kl.7:04 pm 29/01/13]

1 comment:

Cicit Hang Tuah said...

Program Pementoran Kakitangan Awam di sekolah-sekolah sekitar KUANTAN. ...namanya indah...Ingatkan betul2 ceramah meningkatkan prestasi kakitangan awam rupanya ceramah politik kepartian yang diadakan di dalam sekolah. Semua guru wajib hadir.
Pentadbir sekolah dan guru2 diperdaya dengan tajuk program. Penceramah juga terdiri daripada guru-guru dan pensyarah IAB yang menjadi penceramag BTN. Celaka guru-guru ni..Patutnya tugas mereka mengajar bukannya berceramah politik di sekolah. Mengajar entah ke mana.
Politik dibawa masuk ke sekolah. Mereka guna taktik dengan memaparkan jumlah kerusi parlimen melayu dan bangsa lain. Mereka menakutkan guru dengan menyatakan jika tidak sokong umno dan PR menang, majoriti kerusi parlimen dikuasai oleh bukan melayu.... Adakah bayaran ceramah menggunakan wang Kementerian Pelajaran?
Takpe....yg penting semua guru boleh berfikiran waras dan nampak kebangsatan UMNO/BN