Monday, January 28, 2013

Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin

RENUNGAN                                                                                                                     

Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.

Najib melalui satu jalan di Gaza.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.

Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.

Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel.  Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?

Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat.

Tidak kisah apakah sejarah atau tidak, tetapi apa yang hendak ditafsirkan dan diambil apakah hikmah di sebalik kunjungan Najib itu bagi rakyat Palestin khasnya. Apakah ia akan membuka ruang damai baru di sana. Apakah tindakan selanjut Malaysia dalam membawa damai di Palestin. Kalau pemergian itu hanya untuk merakam gambar di bumi Palestin untuk dijadikan poster pilihan raya ia tidak akan direkodkan sebagai jihad oleh Allah.

Umum tahu pemergian Najib dikecam oleh presiden Palestin, Mahmood Abbas kerana Najib tidak sampai ke Tebing Barat, bandar atau pejabat parti Mahmood, Fatah. Mahmood lantas menyifatkan tanpa Najib sampai ke Tebing Barat sebagai datang untuk memecahkan rakyat Palestin. Pertikaian itu menyebabkan orang juga akan bertanya untuk apa sebenarnya Najib ke Gaza.

Bagaimana pun tuduhan Mahmood itu dinafikan oleh Najib. Ketidaksampaiannya ke Tebing Barat kerana beliau tidak ada jaminan untuk terbang ke sana. Ruang udara di Tebing Barat tidak seaman ruang udara di Gaza. Ada munasabah dan logik juga alasan Najib itu. Najib tidak mahu memikul risiko yang belum tentu kesannya menguntungkan dirinya. Soal itu ia adalah persepsi dan pendapat Mahmood.

Bagi rakyat Malaysia pula apa yang boleh dipelajari dengan kunjungan PM itu. Ini penting agar wang negara yang dibelanjakan untuk kunjuungan Najib bersama Rosmah Mansor itu tidak berlapuk begitu saja. Apakah harapan Najib berdoa untuk perdamaian di antara dua pihak yang memperjuangkan pembebasan Palestin, Fatah dan Hammas dapat diterjemahkan sebagai harapan Najib untuk Malaysia juga?

Najib mungkin faham sewaktu dia melontarkan harapan dan bermunajat demikian di Gaza negara juga didalam keadaan tidak damai. Bahawa dua puak di buminya juga sedang bertelagah dan bergomol di antara satu sama lain. Bahawa keadaanya sendiri juga dalam terumbang ambing kerana di sini juga ada manusia berwatakan Israel.

Umno parti Melayu yang diketuai oleh Najib sedang berbalah dengan PAS dan PKR parti Islam dan multi racial. Mereka saling berbalah untuk merampas kuasa dari Umno. Najib tidak terlupa itu dan akan terlupa walaupun ke mana beliau pergi. Apa lagi pemergiannya ke Gaza itu dalam mencari kekuatan untuk diri dan partinya juga. Beliau pasti ingat kerana dari satu sisi kunjungan beliau ke Gaza itu juga untuk memberi gambaran beliau seorang concern kepada soal perpaduan dan keselamatan.

Justeru kalau benar begitu sekembalinya Najib dari melawat muzium penderitaan manusia itu, beliau harus melalukan sesuatu ke atas negaranya sendiri. Najib harus merawat keadaan kaum dan negaranya kini yang makin tenat. Kalau Najib menyeru dan berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu demi Palestin maka beliau juga harus berdoa dan berusaha untuk keselamatan bangsa dan negaranya. Keinsafan Najib mengenai apa yang dilihat itu akan mempengaruhi dirinya. Sepatut begitu.

Dalam konteks ini saya sebagai salah seorang warga negara ini amat berharap kunjungan dan kesedaran Najib atas apa yang terjadi di Palestin itu akan membawa beliau dan insafi juga terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Pergaduhan di antara Umno degan PAS dan PKR adalah satu bentuk peperangan dan bakal mezahirkan kesengsaraan di negara ini. Tidak mustahil nasib umat Melayu di negara ini juga akan jadi seperti rakyat Palestin akibat peperangan pilihan raya.

Maka Najib harus sedar dan damaikan perbalahan ini. Najib harus mengajak semua orang melupai akan perebutan kuasa secara rakus dan kejam yang berlaku hari ini sambil memandang jauh ke depan meramal apa yang akan berlaku selepas peperangan kelak. Najib harus melihat di sana ada bunga-bunga api. Pilihan raya adalah bentuk peperangan di zaman moden ini. Ia tetap juga akan memberi kesan kepada rakyat negara ini. Bahkan peperangan menerusi pilihan raya lagi menyakitkian daripada peperangan secara fizikal.

Hari ini Umno menjaja ke seluruh penjuru tanah air kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan dikuasai oleh orang Cina (DAP). Agama Islam tidak lagi akan bebas kerana agama Kristian akan megambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu juga akan terancam. Walaupun itu adalah propoganda tetapi itulah antara kesengsaraan-kesengsaraan yang dibayangi oleh Umno dengan tujuan menakut-nakutkan hati orang Melayu.

Jadi kalau Umno sudah merasai akan kesengsaraan itu Umno dan Najib kena bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Najib dan Umno harus melakukan sesuatu untuk menghindarinya.  Caranya ialah Umno bersatu dengan PAS dan PKR sekali. Apa dimaksudkan di sinilah ialah Umno yang pure Melayu bergabung dengan PAS yang pure Melayu dan PKR yang sebahagiannya pure Melayu. Kenapa tidak diusahakan ke arah itu?  Apakah tidak ada formula ini dalam minda Najib kerana beliau dan Umno itu tamak haloba? Umno bukan lahir dari wahyu nabi.

Justeru apabila Najib enggan dan angkuh menolak persatuan bersama Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menunjukkan apa dibayangkan Najib itu adalah propagnda saja. Bahawa petaka-petaka yang dibayangkan Najib itu yang kemudian dijaja oleh NGO 'penarik upah tarik kereta tidak jelas ansuran' itu hanya rekaan semata-mata. Ia hanya ilusi bukan satu realiti.

Pernahkah kita mendengar Najib menyeru dan bersabda ke arah persatuan dan kerjasama? Pernah kita dengar Najib mengudang para pemimpin Melayu lain untuk berbincang mencari helah untuk bersama? Tidak dan tidak. Ini menunjukkan bayangan kesangsaraan yang dijaja itu tidak benar sama sekali. Dalam pada itu keenggan Umno mengambil inesiatif untuk memperkasakan Melayu itu juga menjelaskan kegoaan Umno dan Najib.

Bertolak dari keadaan itu semua orang Melayu yang celit harus memahami kedudukan hari ini. Memahami bahawa laungan kesengsaraan yang bakal dialami Melayu sekiranya Umno tewas hanya ilusi dan kegerunan dari mereka yang berdosa sahaja. Janganlah mudah mempercayai kepada psywar yang ditaboo oleh Umno. Iya akan dapat diterima benar sekiranya Najib sedia melangkah ke mari dan menghulurkan salam perdamaian dengan Melayu sesama Melayu. Selagi Najib enggan psywar itu hanyalah umpan semata-mata.

Mengenai lawatan Nik Aziz ke Pulai Pinang akan diulas selepas ini. [wm.kl.2:33 pm 28/01/13]
Post a Comment