Wednesday, January 30, 2013

Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut

SUSUPAN PETANG                                                                                                         

Di antara pemimpin Umno yang membuat ulasan terhadap tindakan Dewan Syura Ulama PAS yang memecat seorang ahlinya yang dilantik menganggotai dewan berkenaan, iaini bekas TP PAS, (dikenalai sebagai 'orang itu' (OI) ) ulasan dari Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustamlah yang saya rasakan paling dangkal dan 'songeh' sekali.

Ali Rustam: Politik rendah.
Kalau Najib Razak dan Mahathir Mohamad cuba membelitkan dengan menuduhkan pemecatan 'orang itu' kerana OI mengikutnya (Najib) pergi ke Gaza agak ada juga mutunya walaupun sangkaan itu berniat jahat dan melset kerana majlis syura membuat keputusan itu lebih awal sebelum 'orang itu'  pergi ke Gaza.

Namun ulasan Ali terhadap insiden itu dengan mencabar PAS memecat orang itu sesuatu yang lucu dan memalukan serta menjatuhkan maruah dan martabat politik. Lebih dungu dan 'budak' lagi apabila beliau mengatakan Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak berani memecat 'orang itu' kerana pengaruh 'orang itu' lebih hebat dari Nik Aziz dan Abdul Hadi. Hahaha...

Saya tertanya-tanya bagaimana orang Melaka boleh menyanjungi Ketua Menteri yang gagap itu sehingga lebih 130,000 hadir ke rumah kenduri anaknya kalau itulah standard kualiti ulasan politiknya.

Ali menyifatkan PAS tidak berani memecat orang itu kerana bimbang kehilangan pengaruhnya yang banyak. Waduh...waduh waduh si Mulan....  Dengan mesen pengiraan apa Ali menghitung pengaruh orang itu. Apakah dia belajar menghitung dengan sipembakar jambatan, Rais Yatim yang membuat hitungan ke atas peserta Bersih yang jauh beribu-ribu batu pembohongan dari kebenarannya itu?
 
Untuk pengetahuan Ali kalau pengaruh orang itu besar sudah pasti dia tidak akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PAS. Pasti orang itu akan mendapat undi terbanyak dan kekal jawatan itu. Tetapi kenapa dia kalah dan mendapat undi paling rendah dari tiga orang calon? Apakah ini pun tidak dapat difikirkan? Jangan sesekali cuba memaniskan buah jadam yang sudah diketahui pahit., nanti kaki ditindih traler. Jangan...

Mungkin sebab sudah lupus sifir jugalah maka Ali sudah membuat perkiraan untuk lari bertanding di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin dia sudah menyedari pengaruh dan sokongannya sudah menurun sejak ke belakangan ini. Khabarnya dengan penyertaan anak Tun Ghafar Baba, Tamrin ke dalam PAS Umno Melaka dalam keadaan terumbang ambing. Sambutan terhadap ceramah Tamrin ribuan. Mungkin kerana itu Ali merasai yang tongkang politiknya bakal pecah maka itu dia merapu dan cuba meluruskan kegagapannya.

Beliau tidak perlu cabar Nik Aziz dan Abdul Hadi memecat orang itu, tetapi beliau kena minta orang itu keluar dari PAS. Suruh dia keluar PAS bawa bersama anak semua bini, tikar bantal, tuku dan lekalnya sekali. Ajak semuuuaaaaa penyokongya dari seluruh negara bersamanya dan menyertai Umno.

Politik waras akan mengira demikian bukannya seperti apa yang Ali fikirkan. Itu yang patut Ali lakukan dan bukan suruh PAS pecat dia. Nilai dan daya fikir politik Ali juga hanya setakat lutut saja. Apakah dia tidak faham apabila majlis syura menggugurkan kedudukan orang itu sebagai anggota syura ulama itu ia adalah simbolik kepada pemecatan. Kalau orang itu masih ada air muka, dia perlu hantar surat meninggalkan PAS kelmarin juga sebelum Ali mencabar Nik Aziz dan Abdul Hadi. Orang cerdik tidak payah dikeluarkan rotan, cukup berdeham saja dia sudah tahu dan akan melarikan diri.

Sekerdil-kerdil kucing pun kalau kita menjeling dia tahu kita benci ia akan mengelak membawa diri, sanggup tinggalkan tulang dan belulang yang sedang dikekahnya. Janganlah kita hidup ini lebih hina dari kucing kurap. Sia-sia ilmu yang kita panggung atas kepala.

Sedihnya kalau ahli politik Melayu tidak dapat berfikir mengenai perkara-perkara mudah dan 'semesek' begini. Kalau kita ada prinsip, ada maruah diri, tidak payah ahli datang membawa karak dan obor berhimpun didepan rumah kita desak kita letak jawatan baru hendak lakukan sesuatu. Bertindaklah sendiri. Berbau saja kentut orang tidak suka ke kita, kita perlu bertindak sama ada tutup hidng dengan kopiah atau pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang.

Saya pernah menasihat orang itu agar berundur diri melepaskan jawatan ahli parlimen dipegangnya apabila dia pernah 'disumpah' oleh Nik Aziz Aziz agar tidak duduk buat sampah dalam PAS. Nik Aziz pernah minta dia keluar meninggalkan PAS kerana usahanya hendak bergabung dengan Umno dengan mengharapkan akan dapat kerusi menteri. Orang itu sebenarnya tergilakan hendak menjadi menteri kabinet. Terliur sangat apabila asyik mendengar keseronokan jadi menteri dari Zahid Hamidi kerana naik kapal terbang dapat duduk first class.

Ketika ini kalau dia ada air muka, seorang yang kononnya berprinsip dan berwibawa dia perlu meletak jawatan dan keluar dari PAS. Sepatutnya selepas satu masa dia bersalam dan mencium tangan Nik Aziz dia perlu menyerahkan surat perletakan jawatan dengan terhormat tanpa prejudis. Tetapi apakah dia sanggup berbuat demikian, tidak. Mengapa, kerana RM7,000 hingga RM13,000 sebulan elaun sebagai MP siapa nak bagi. Rakyat Bachok baik.

Maka jelas orang itu tidak ada maruah dan air muka sangat kontradik sebagai seorang yang dianggap ilmuan.

Kepada Ali Rustam yang mempercayai bahawa orang itu mempunyai pengaruh besar, mintalah orang itu keluar dari PAS. Dan Ali sementara masih ada kuasa di Melaka tawarkan mana-mana kerusi untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atas keyakinan yang Ali rasakan itu insyaAllah Umno akan menang besar dengan ada pertolongan orang itu yang bersama Umno. Dan lepas menang di Melaka nanti bagilah porfolio Menteri Agama dan Wakaf kepadanya bersama sebuah jet eksekutif. [wm.kl.5:46 pm 30/01/13]

3 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

Tuan ni kira lembut hati jugaklah bagi markah politik Ali Rustam ni tahap kepala lutut. bagi ambo, kecerdikan Ali Rustam dalam politik dok lepah tahap tapak kaki jah.

Kalau kita banding Ali Rustam dengan Bereheng Ali dari segi politik, Breheng Ali senang-senang menang 21-0, 21-0, straight set dibawah 10 minit. Kalau Breheng Ali tu aorang pangge "ngo", Ali Rustam ni tahap "gong berdo-oh".

Alasan ambo senang jah. Mengikut laporan ketua audit negara yang terbaru baru ni, hutang negeri melaka adalah RM 800 juta lebih. Hutang ni sebahagian besarnya Ali Rustam yang buat.

Berapa dia bayar balik? RM 180 RIBU JAH!!...Nampak sangat dok rok cetong, gong berdo-oh lalu. Tetapi dia boleh menghabiskan wang sebanyak RM 600 RIBU untuk majlis perkahwinan anak lelakinya.

Jadi, kalu ni perangai bukan orang "gong berdo-oh lalu", ambo tak tahu nak kata apa lagilah...hahahaha

bat8

Mat Pahit said...

Ulasan menarik.tapi,Tuan berbalah ke dengan 'orang itu'? masa kecik dulu kalau berbalah tapi masih bersaing, tak sebut nama,panggil 'orang itu' saja.Tahun lepas lagi kami dah jangka benda ni akan terjadi dan tak terkejut.Orang Itu akan mati 'belan chachang'dalam gelanggang politik!

Ummu Fawwaz said...

Saya dulupernah respect juga kt km melaka sbb pernah buat program masa belajar dulu,,yg drasmikan olehnya..nampak gentle je,,,tp selepas tgk vcd taqarrub perdana yg dia duk provok ceramah tg hj hadi..terus lesap n keliru knp dia yg taraf mcm tu boleh jd km..huhu