Sunday, January 13, 2013

HKR: UBN Perlu Lawan Dengan Himpunan Raksasa

ANALISA                                                                                                                               

Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalammembawa pengertian berlainan kepada Pakatan Rakyat dan UBN. Bagi Pakatan ia memberi makna besar dan pakatan itu wajar merasa merasa gembira kerana ia berjaya menutup beberapa isu yang disondorkan ke atas mereka ke belakangan ini.

Anwar keliling stadium sambil lambai tangan kepada hadirin.
Pastinya himpunan berkapastiti setengah juta itu menjadi benteng mengukuhkan halangan dari diserangan UBN ke atas mereka. Secara tidak langsung gah himpunan itu yang bergema ke seluruh negara malahan di santero dunia menyebabkan isu-isu yang digunakan UBN untuk menyerang PR rakyat tenggelam begitu saja.

Berlainan dengan pihak UBN, himpunan itu membuat UBN khasnya Umno "kenalin" sampai berlaga gigi atas dengan gigih bawah terpaksa mencari tektik dan juga peluru baru untuk diserang kepada Pakatan Rakyat. Segala tuba dan racun yang dihembur ke dalam minda rakyat hari hari ini, menjadi tawar dan 'dawas' dengan himpunan semalam. Himpunan semalam juga boleh disifatkan hujan sehari yang melanda kemarau setahun.

Mulai sore semalam membawa kepada hari ini, esok dan rapat ke pilihan raya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaan himpunan berkenaan. Orang akan melihat akan keseriusan dan nekad rakyat bangkit untuk menumbangkan UBN. Ia akan menjadi momentum cukup power dan bersakti untuk rakyat membuat tindakan dalam pilihan raya kelak.


Himpunan itu memberi beberapa signifiken penting, antara ia menggambar kekuatan ikatan di antara penyokong dan ahli PR. Iya menjadi lambang dan semangat untuk dibawa dalam pilihan raya. Iya akan dijadikan isu besar bagi menyatakan PR sudah sedia, kerana rakyat sudah bangkit. Bahawa yang kini beriya-iya untuk menafikan kuasa UBN bukan saja sebilangan manusia politik yang dituduh ingin kuasa, tetapi ia bergerak dari bawah, dari azam dan aspirasi rakyat sendiri.

Paling merujakan ialah penyertaan anak-anak muda Melayu yang sangat ketara. Mereka bukan saja datang negeri dari lubuk Melayu; Terengganu, Kelantan dan Kedah, tetapi anak-anak muda dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang juga ikut serta. Agak malang sedikit anak muda dari Perak nampak tidak begitu jelas.

Signifiken lain himpunan semalam menyekang usaha media massa PB yang cuba hendak mengambuskan beberapa isu dan kelemahan UBN. Usaha jahat mereka dalam masa sama mereka isu-isu sadis untuk menghentam UBN dengan sendirinya terhalang dengan himpunan semalam. Kejayaan himpunan semalam juga menyebabkan media massa PB hilang akal kerana mereka tidak mudah untuk menyapus najis kepada himpunan itu.

Kebenaran yang wujud dalam himpunan itu baik dari segi jumlah, perjalanannya yang tidak ada kacau bilau (bila polis tidak dijadikan alat) menyebabkan media susah malahan tidak ada angle langsung untuk memburukkan himpunan berkenaan. Media massa terpaksa mereka cerita sendiri untuk menulis mengenai keburukkan himpunan itu. Teori membakar rumah kemudian menulis berita menggemparkan nampaknya dipakai dalam himpunan kali ini. Cara kewartawanan sebegitu adalah wartawan yang malas dan naif. Cis!

Ledakan semangat yang dikobarkan rakyat semalam menjadikan beberapa isu yang dikira terkini dari UBN seperti isu kalimah Allah, amanat Haji Hadi, isu  doa KO BN, BN KO, isu air baik di Selangor dan di Kelantan tenggelam dengan sendirinya. Himpunan semalam dianggap seolah-olah pembela kepada masalah air yang sengaja diciptakan itu. Menutup isu kalimah Allah dan juga isu amanat Haji Hadi.

Laungan merdeka, bangkit rakyat... yang menggemba dan sampai ke langit menyebabkan isu-isu tumpul dan bongak ciptaan Umno itu melayang hilang ke langit tujuh bak syaitan yang lari lintang pukang kerana takut dan menggeletar mendengar takbir Allahuakbar.

Hari ini apa yang Umno kena lakukan ialah mengadakan himpunan lebih besar dari semalam. Kalau PR berjaya memberi kapasiti kepada himpunan itu setengah juta, maka Umno perlu mengadakan himunan balas berimpak sebanyak 1 juta atau lebih. Apakah mampu untuk berbuat demikian?

Nah, kita mencabar UBN untuk mengadakan himpunan balasan. Panggillah ahli yang berjumlah 3 juta itu berhimpunlah. Kumpul dan ajaklah beratus NNO; beras Jati, Perkasa(m) Pukat, Jala, Pukul, Tibai, Pekena, Pekeni, Palak dan Peler, dan apa-apa saja yang menjadi galang ganti dan pemikul najis Umno kononnya atas bualan untuk memartabatkan Melayu dan Islam bergabung dan tunjukkan kehebatan anda. Rakyat mahu lihat berapa kapasiti dan kekuatan yang boleh ditunjukkan oleh Umno. Buatlah.

Lawanlah kekuatan semangat dengan kekuatan semangat secara mendada dan jantan jangan sesekali mengharap perlindungan daripada media massa. Perlu diingatkan kepada UBN dan Najib, jangan sesekali percaya dengan dodian media massa yang mengkhianatio kod etika kerja itu kerana akhirnya ia akan melena terus Najib.

Hanya dengan cara itu saja maruah Umno akan terbela. Dengan adanya himpunan sebesar semalam dan sejiwa dengan semalam saja baru keyakinan umum akan kelangsungan Umno untuk berkuasa wujud. Kalau tidak, Umno perlu mempersiapkan diri untuk dikafan oleh rakyat dan dimasukkan ke liang lahad selepas pilihan raya kelak.

Komposisi penyertaan himpunan semalam juga menjadikan UBN tidak ada ruang lagi untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Hubungan semua kaum khasnya Melayu dan Cina begitu kental dan kuat sekali. Orang Cina nampaknya terus bersama Melayu untuk sama-sama menumbangkan UBN.  Kesediaan anak-anak muda Cina memegang atau menyelitkan bendera PAS di topi mereka adalah satu gambaran dan sprit politik yang baru.

Sikap dan kesediaan anak-anak muda Cina membawa bendera PAS atau bergambar dengan latar belakang kain rentang yang ada bendera PAS atau wajah Nik Aziz dan Haji Hadi merupakan satu fonomena baru yang tidak terfikir sebelum ini. Kehadiran suasana ini mengganti akan keghairahan kaum India sebelum ini dengan PAS. Demikian juga kehadiran sama Orang Asli, ethnik bumiputera dari Sabab dan Sarawak, ahli perniagaan atau korporat menjelaskan semangat kebangkitan rakyat itu menyeluruh.

Mungkin kehadiran manusia bernama Deepak Jaikishan dan juga Zaid Ibrahim yang malu-malu kucing kerong boleh diambil kira ia juga menandakan yang badak dan gajah juga sudah mula mencari tempat tinggi untuk tidak karam tatkala banjir menerpa alam. Hari ini semua orang sedang menghampir bahtera Nuh apabila sudah mendapat petanda dan alamat bumi hendak kiamat.

Pendeknya kejayaan himpunan semalam menjadikan Umno dan BN perlu bekerja lebih kuat. Najib kena memikirkan apakah cara untuk melonjakan semangat orang Umno. Tanpa berbuat sesuatu Najib bakal menangis di hujung tangga kekuasaan. Malang bagi Najib dia bukan saja perlu berhadapan dengan masalah dalaman dalam Umno, mrngolah kerenah Muhyiddin Yassin yang ingin menggantinya, tetapi lebih menyerabutkan untuk menghuraikan semangat rakyat yang kian kental untuk meroboh kekuasaan UBN yang tertunjuk dalam HKR semalam. [wm.kl. 11:46 am 13/01/13]

8 comments:

Anonymous said...

Takbir..........Allah huakbar.



Anonymous said...

saya juga entah macam mana terpanggil untuk naik motor 'cub-chai' dari Gelugor, Penang ke Slim River.Parking disana dan naik keretapi ke KL Seorang diri, dan berarak dengan mereka juga sorang-sorang diri bertemankan semangat mahu tukar kerajaan...tidak ada kawan2,tidak ada sesiapa.
Tidak ada sesiapa pun yg suruh saya pergi!

Anonymous said...

yg pentingnya semalam gua tak dapat beras,kalau dapat pun susah gua nak gendong dlm komuter yg sesak

ahmadyani said...

Mat Maslan masih tidak mahu mengaku kalah. Perhimpunan ini katanya bukanlah satu kejayaan bagi PR kerana katanya lagi, orang yang datang ke majlis janji ditepati UBN lebih ramai!

Selalunya akan ketawa mendengar kata-katanya. Sekarang dah tak boleh ketawa. Nak ketawa pun dah letih.

Anonymous said...

assalamualaikum tuan mso,

dalam sejarah hari ini saya membeli Mingguan Malaysia selepas 10 tahun saya tak beli- beli semata-mata ank baca apa yg diulas oleh berita utusan meloya dan apa yg saya agak terbukti benar..:

1. tak ada satu pun gambar yg dimuatkan [ gambaran di dalam stadium]
2. yang ada cuma berita "Perhimpunan Gagal" dan Polis akan menyiasat perhimpunan melanggar syarat"

semalam saya lihat kebangkitan rakyat yang pasti akan memberi impak yg sangat besar dlm PRU13 nanti...

saya dah tak sabar nak mengundi ni...cepatlah bubar parlimen.!!!

tuan man

Anonymous said...

UBN bole buat...sape kata UBN tak bole buat lebih gempakkk!!!. Cuma kosnya UBN tanggung antara RM 13- RM15 juta saja. Apa ada hal....kah! Kah! Kah!

Mohd Nasir said...

as,kum Meyertai HBR semalam terasa bangga dan terharu pabila berkumandang azan,nampak rakyat Malaysia menghormatinya

pok amid littor said...

Tuan, saya tidak mahu ketinggalan dalam perhimpunan ini. Dengan semangat yang ada (walaupun dah berumur hampir 60 tahun) saya gagahkan diri untuk mnelihat suasana bersejarah ini. Air mata saya bercucuran tanpa disedari, bangga dengan semangat yang ditunjukkan tanpa kira umur, berSemangat untuk jatuhkan UBN.