Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah PAS Sepakat

SUSUPAN PAGI                                                                                                              

Isu kalimah Allah yang sengaja digembar gemburkan sehingga menunjukkan jahilnya sesetengah umat Islam di negara ini termasuk orang berilmu (ulama), sudah boleh dianggap selesai dan tidak perlu menimbulkan pertikaian lagi tentangnya khasnya di dalam PAS. 

Malam tadi Majlis Syura Ulama telah membuat ketetapan jelas berhubung isu berkenaan yang sebelum ini menampakkan kecelaruan dan perselisihan di kalangan sesama PAS sendiri. Dengan penjelasan atau pun keputusan ini hendaknya jangan lagi ada sesiapa atau individu di dalam PAS yang merasa lebih pandai atau berhak untuk bercakap mengenainya.

Kenyataan akhbar Majlis Syura.
Keputusan dibuat majlis syura perlu dipatuhi oleh semua pihak melainkan Umno atau pun para ustaz perut labuh yang sememangnya mencari makan dengan menjadi propagadis Umno dalam bidang agama.

Satu kenyataan akhbar mengandungi tiga perkara berhubung keputusan itu telah dikeluarkan malam tadi yang ditandatangani bersama oleh Mursyidul Am, Nik Abdul Nik Mat dan timbalannya Dr Haron Din.

Intipati keputusan berkenana, adalah, kalimah Allah bersifat universal ia boleh disebut oleh sesiapa saja tetapi kalimah itu tidak boleh diterjemahkan dalam apa-apa bahasa asing dan kekal mutlak dalam bahasa Arab.

Sekiranya ada usaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa asing ia hendaklah dicegah.

Selain berhubung kalimah Allah majlis syura ulama juga membincnag isu amanat Haji Hadi dan mendesak kerajaan agar memberi masa kepada Abdul Hadi membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

Keputusan majlis syura ulama itu menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa pertentangan pendapat dan pandangan mengenai kalimah Allah di antara Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Haron Din maupun Abdul Hadi Awang. Kalimah Allah jelas sengaja dihebohkan untuk dijadikan modal politik oleh Umno.

Jadi para usatz perut labuh yang mencari makan sebagai konsultan kepada Umno perlulah selepas ini mencari isu-isu lain yang lebih konkrit untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam dan Melayu di negara ini. 

Dengan keputusan dan penjelasan majlis syura ulama itu, pihak bukan Islam pula janganlah selepas ini pandai-pandai menterjemahkan keputusan majlis syura itu mengikut kehendak dan mirit mereka. Mereka juga perlu mematuhi dan menghormati ketatapan yang dibuat kerana ia untuk kebaikan bersama. 

Ketetapan itu selain menepati perintah Allah ia juga adil bagi semua. 

Berikut kenyataan penuh majlis syura:

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
 

Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
 

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
[wm.kl.9:40 am 14/01/13]

12 comments:

Ibni Ismail said...

Tuan MSO,

Saya berfahaman isu yang timbul hanyalah samada dibolehkan istilah Allah diguna pakai dalam kitab bible sebagai menggantikan istilah 'God', 'Lord' atau pun 'Jesus'. Saya menentang terjemahan ini.

Namun saya tiada masaalah jika nama Allah digunakan / di ucapkan sebagai merujuk kepada Allah yang Maha Esa yang Tidak Beranak dan Diperanakkan. Lagu negeri saya (johor) juga mengagungkan Allah SWT dan saya gembira ianya dinyanyikan oleh semua penganut ini.

Ahli ahli politik ini semakin menjengkelkan..

anakkelate said...

Saya memang setuju dengan pendirian majlis syura Pas nie tapi yang ambo geramnya masih ada pihak yang berdegil mahu menterjemahkan God dan Lord kepada Allah padahal terjemahan yang paling sesuai adelah Tuhan. Yang peliknya kenapa duk kalut nak terjemah ke BM. Kenapa tak terjemah ke bahasa tamil atau bahasa mandarin ?? Sebab bukankah mereka nie semua yang ramai menganut agama krisitian.

Pihak yang timbulkan isu ini mmg benar2 menguji keharmonian kaum dan agama di Malaysia

mohd sayuti omar said...

Apabila harimau dan singa bergaduh maka kera pun berani turun ke tanah untuk mencari ulat. Cuba kalau harimau dan singa berhenti bergaduh dan kembali kepada realiti masing-masing nescaya bukan saja kera anjing pun ketakutan. Wassalam.

Anonymous said...

Pemimpin Negara Malaysia wajib memberi didikan, nasihat dan tauladan kepada semua Rakyat Malaysia menjadi manusia baik akhlak serta budi bahasa dan khasnya semua Orang Islam mengamal Orang Islam beriman supaya semua makluk ALLAH dibumi menjadi baik sebelum berlaku hari kiamat.

Anonymous said...

Tuan MSO dan Pembahas,

Majlis Syura PAS telah membuat keputusan yang bijak dalam isu kalimah Allah ini. PAS tidak perlu lagi memberi alasan yang berjela-jela lagi mengenai isu ini dan sekaligus mengelak dari masuk ke dalam perangkap UMNO.

Semua pucuk pimpinan PAS pelbagai peringakat hanya perlu menjawab dengan jawapan " kalimah Allah bersifat universal ia boleh disebut oleh sesiapa saja tetapi kalimah itu tidak boleh diterjemahkan dalam apa-apa bahasa asing dan kekal mutlak dalam bahasa Arab" - sebagaimana yang tuan katakan diatas. Inilah jawapan yang paling tepat bagi semua menjawab. Tak payah tambah, tak payah hurai panjang-panjang kerana statement ini sudah jelas. Jawapan ini mestilah dijadi arahan oleh pihak PAS Pusat kepada semua ahli-ahlinya. Orang asak kuat-kuat, diam aje.

Bagi menjernihkan isu ini, saya suka menyebut kembali isu kalimah Allah ini sudah timbul dan diselesaikan oleh pihak kerajaan dalam tahun 2010/11 dulu ekoran dari kontroversi pengharam impot kitab bibel berbahasa Melayu.

Kerajaan telah membuat 2 keputusan penting.

Pertama, KDN telah meluluskan impot kitab injil tersebut untuk disebarkan di sarawak dengan menambah nota di muka depan sebagai tanda amaran kepada orang Islam.

Kedua, Selepas keputusan KDN tersebut, kerajaan telah membenarkan kalimah allah digunakan dalam upacara-upacara ugama kristian, kalau tak silap saya di sarawak.

jadi, mengapa isu ini yang sudah dibangkitkan semula oleh UMNO? Kita semua tahu mengapa.

yang paling menyedihkan isu ini telah dimainkan oleh ULA(RSE)MAK-ULA(RSE)MAK UMNO dengan membutatuli di blog-blog sehingga terlupa batas-batas Iman atau perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang dalam Islam semata-mata nak mrmenangkan UMNO dalam isu ini. sampai terlupa bahawa Islam itu adalah hak Allah bukan hak milik personal UMNO!

Anon 5:05 ( Blog WZWH )

Anonymous said...

Alhamdullilah .. Pas ada pendirian yang teguh dan tak perlu kita kaitkan Umno kerana tak menunjukkan kebijaksanaan dan kewarasan pemimpin dari Parti Pas sendiri.

Anonymous said...

Assalamualikum Tuan MSO..

Saya amat duka cita dgn apa yg sering dipaparkan oleh TV3 suku nie tentang penggunaan nama Allah nie.. Mengikut permahaman saya terhadap apa yg di sampaikn oleh Tuan Guru Haji Hadi adalah sama dgn apa yg diputuskn oleh majlis syura. Tapi kenapa TV3 suku nie selalu putar belit apa yg disampaikan oleh TGHH sebelum nie..

Manusia yg duka cita Hood

insafdoh67 said...

KDN doh lama bg cetak bible Melayu ni.... Puok kafir lama doh sebut kalimah ni..... Kerajaan dh benar... Nok bising ape.... Ni nok alih isu je... Kita ikut ulama kita je... Jgn ikut Ular Mamak Umno..... Dia ni kerja dgn puok Setan di kenali..... Tak payah heboh r....... Kita tumbang Bn dlu... Kerajaan yg Zalim... Bukan isu kalimah.... Iman kuat pasti islam Selamat. 250 ribu Murtad bukan kerana org kristian guna Kalimah.. Ini semua kerana Melayu Islam Umno yang jaga Agama.... Tokey Arak San Miguel Anak Pengasa Umno Baru.... Rasmi kilang Arak Carslberg kat Selangor 1973 sape... PM melayu islam mne ni...... Pasal Arak ramai Melayu jd Murtad.... Kat kl mlm mingu Anak Melayu jantan tine duk kedarah Arak bersepah... Nok cerita rasa malu..... Org kl semua tau ni Angkara Umno Melayu Keparat.... Lama doh kenal puok ni... Insaflah...

Anonymous said...

Ustaz MSO,

Ana tak berapa setujulah bila majlis ulama PAS ni membelakangi keputusan yang telah dibuat oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am Pas. Kedua mereka ni bukanke Ulamak yang muktabar dan juga Amir pada pengikut-pengikut PAS. Sepatutnya, amalan 'kami dengar dan kami taat' dipraktiskan dari peringkat atasan lagi.

Ana pun heran jugak kenapa TGNA tak dapat pengaruhi ulamak-ulamak lain. Dengan ilmu yang beliau ada dan kuasa Menteri Besar yang ada pada beliau, takkan tak boleh digunakan untuk menyelesaikan kemelut ini.Takkan sesama ulamak tak boleh 'kow tim'.Sekarang ni, PAS dah jadi tunggang-terbalik. Minggu lepas cakap lain , hari ni cakap lain. Macam mana nak jadi pemerintah kalau PAS bersikap sedemikan.

Malulah ana bila ana nak terangkan pada rakan-rakan ana yang bukan beragama Islam. Minggu lepas dah ada pulak rakan-rakan ana bukan beragama Islam dah bagi salam dan ucap Alhamdulillah pada ana. Ana rasa, satu perkembangan baik tu.

Anonymous said...

umno dan pas perlu mainkan peranan masing masing agar pihak lain tidak ambil kesempatan

demi kebencian pas terhadap umno, puak dap mengambil kesempatan dalam hal ALLAH ini untuk memudahkan agenda memurtadkan melayu

perbagai teori menafikan perkara ini tapi ianya hakikat, islam pada nama sahaja

kerana kebencian terhadap umno, sanggup dihalalkan penggunaan kalimah allah pada yang bukan muslim didalam bible

Anonymous said...

Soal agama x boleh kawtim. Dan mengapa guan eng sibuk2 jadi penyokong bible dlm bahasa melayu. Saya berterima kasih kepada majlis syura kerana tidak tunduk pada sesiapa. Hanya alquran dan hadis sebagai landasan.

insafdoh67 said...

Melayu murtad bukan psl kristian.... Melayu Murtad kerana Pemimpin kita tak jaga Agama... Arak. Zina. Maksiat bersarang di hati melayu islam. Judi doh jadi macam ulam nasi kat malamsial... Salah sape ni... Salah bible bahasa melayu ke... Doh lama melayu murtad.... Bukan baru... Sendiri mau fikir.... Isu kalimah. org Islam ke baca bible... Dok payoh baloh..... Kita tumbang BN dulu... Wajib bersatu tumbang kerajaan Ubn yang Zalim... Ayuh kita teruskan agenda Rakyat...