Sunday, January 13, 2013

Majlis Syura Ulama Pastikan HKR Tidak Terusik

PERINGATAN                                                                                                                     

Malam ini majlis syura ulama Pas dikatakan akan bersidang. Persidangan ini adalah rutin bagi jawatankuasa berkenaan berbincang dan mengambil pandangan dalam beberapa hal khasnya mengenai perkembangan yang terkini. Ia akan dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara isu yang dijangka akan disentuh oleh majlis itu berhubung dengan isu yang sengaja dibangkitkan untuk pecah belah PAS iaitu Amanat Haji Hadi dan isu Kalimah Allah yang diungkitkan oleh Lim Gua Eng.

Media massa PB sedang menanti penuh minat kedua-dua isu ini. Justeru majlis syuara hendak harus berhati-hati dan bijak melayan media massa PB berhubung isu ini. Selepas himpunan kebangkitan rakyat (HKR) semalam media massa kini tidak ada isu lagi untuk menjadi lidah syaitan kepada UBN bagi memburuk-buruk dan memperorak-peranda Pakatan Rakyat.

Jadi mereka menanti isu baru. Apa yang dikehendaki ialah sikap atau keputusan oleh majlis syura terhadap dua isu itu. Mereka mahukan akan ada pendirian tidak sekata di antara ahli majlis syura. Dan paling diharap akan ada kenyataan berbeza di antara satu sama lain.


Apa yang majlis syura perlu lakukan dalam sidang mereka malam ini, mengendorsekan mana-mana kenyataan dikeluarkan oleh individu ulama PAS mengenai isu itu sebelum ini. Yang ketara ada tiga ulama besar PAS yang bercakap menghurai dan memberi pandangan mengenai isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi itu;  Nik Aziz, Haron Din dan Haron Taib. Begitu juga presiden Abdul Hadi turut sama menyentuhnya.

Sepatutnya mesyuarat majlis syura mengharmonikan pandangan-pandangan peribadi yang tidak sepatutnya mereka keluarkan secara bersendirian itu. Inilah kelemahan yang jelas dalam PAS termasuk anggota ulama yang seharunya menunjukkan suri teladan terbaik. Tetapi agak malang sedikit mereka suka membuat kenyataan bersendirian mengikut naluri, dan saraf ilmu masing-masing tanpa memikirkan mengenai implikasi politik. Natijah dari itu maka wujudlah semacam percanggahan?

Bagi saya sebaiknya majlis syura tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan hasil mesyuarat malam ini dan keputusan jadikan satu titik nokhtah terhadap isu berkenaan. Selepas ini anggota majlis syura tidak kira siapa, jangan gatal-gatal mulut hendak mengulas dan menyentuh isu ataupun isu-isu berpotensi dari dieksploit oleh media PB. Anggota majlis syura tidak payahlah nak tunjuk mereka mempunyai ilmu agama yang lebih!

Mereka perlu sedar mereka berada dalam dunia politik sekular yang tidak begitu ikhlas dan jujur dalam menilai sesuatu. Sebaik-baiknya masing-masing kena kuncikan mulut, sumbat mulut dengan serban atau kopiah daripada bercakap perkara-perkara mendedahkan kepada perdebatan dan polemik di antara satu sama lain yang akhirnya merugikan perjuangan parti.

Apabila kita telah meletakkan kuasa di hadapan, jangan cuba lingkungkan keinginan itu dengan pagar hukum yang berlebihan. Kena faham dunia politik. Sebab itu bagi saya kalau ada yang merasa bersalah, dilema dengan dunia politik disebabkan ada percanggahan, mufarakahlah dari jawatan kerana dengan cara itu anda tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab.

Para ustaz dan ulama juga harus memahami rukun 4C di dalam politik. 

Sekali lagi janganlah ada apa-apa keputusan atau kenyataan dikeluarkan majlis syura malam ini kerana dibimbangi merosakkan semangat himpunan rakyat semalam kerana semangat dan kejayaan yang dicapai semalam bukan senang untuk diulang kali kedua dalam saat pilihan raya sudah hampir tiba. Himpunan semalam penuh bersejarah dan nostalgik. [wm.kl.1:54 pm 13/01/13]

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan mso ... Keputusan dah dibuat kita tunggu dan lihat bagaimana umno cuba utk spin pekara ini..

anakkelate said...

Dah baca statement majlis syura ulama pas kat harakah daily. Ambo setuju sgt dgn demo tu iaitu blh guna nama allah tp xleh dan ditegah utk lord n god hok dr kitab agama lain diterjemah kpd allah.

Setuju jugok presidan pas diberi peluang utk explain pasal amanat dio 30 thn lps kat tv aliran perdana. Kalu xleh tv3 tv1, try awani