Tuesday, July 8, 2025

Bara sengketa masih menyala

BACA POLITIK


SEMALAM Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar bersama lapan orang ahli parlimen Keadilan. Sidang akhbar itu sebagai meluncurkan projek politik baru beliau selepas tidak lagi jadi anggota kabinet dan berada dalam kerajaan. Beliau nampaknya merealisasikan apa yang beliau ucapkan, yang beliau akan buka babak baru dalam politik selepas tidak jadi timbalan presiden Keadilan. 

Ahli parlimen yang hadir mengiringinya di sidang akhbar semalam ialah, Rodziah Ismail (Ampang Jaya), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Nik Nazmi Nik Ahmad (Titiwangsa), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Wong Chen (Subang) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Mereka ini ialah pengikut setia Rafizi dan sanggup untuk melakukan kamakazi. Mereka bergantung nyawa politik kepada Rafizi. Besar kemungkinan dengan ulah dan laku mereka itu, mereka semua tidak akan dicalonkan semula oleh Keadilan untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Jika mereka merasa pengaruh dan dokongan kuat mereka boleh bertanding atas tikit bebas atau parti lain.

Ramai menyangka semalam Rafizi akan memgumumkan sesuatu mengejutkan disidang akhbar itu, tetapi meleset.

Rafizi masih kekal bersama Keadilan. Ilham untuk tubuh parti baru tidak berbangkit langsung, atau beliau sudah membuat kajian menyeluruh kalau buat parti baru, ia tidak akan membawanya ke mana mana pun. Buat parti itu tidak ubah seperti guruh kuat berbunyi hujan tak seberapa, tidak ada manfaatnya. Baguslah, nampaknya peminatnya di alam maya berjumlah ratusan ribu itu tidak memberi kekuatan dan keyakinan kepadanya untuk form parti baru.

Maka selamatlah semalam Keadilan ditimpa musibah kedua selepas peristiwa Langkah Sharaton. Rafizi nampaknya belum jadi seperti Azmin Ali sepenuhnya, iras iras sudah ada. Pembangkang yang berdoa dan solat hajat supaya Keadilan ditimba musibah terkantoi setakat ini.

Jadi langkah diambil semalam ialah bertindak jadi pembangkang dalam kerajaan, tepatnya menjadi gunting dalam lipatan atau lipas dalam almari. Rafizi mengguna kedudukannya sebagai ahli parlimen untuk menggodak Anwar. Jadi pengkritik kerajaan, bagi mencapai aspirasi reformasi. Bunyinya molek tetapi mesejnya lain.

Beliau memulakan dengan mengkritik Presiden, Anwar Ibrahim bersabit proses pelantikan dan kelewatan pelantikan hakim hakim yang disifatkan suatu skandal. Isu Tengku Maimun Tuan Mat tidak disambung enam bulan sebagai Ketua Hakim Negara turut jadi perhatian Rafizi.

Sejajar itu beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara itu. Cadangan itu menunjukkan betapa seriusnya kehilang-percayaan Rafizi kepada Anwar. Logiknya bila seseorang ahli hilang kepercayaan kepada presiden dia minggak sahaja dari parti?

Selain itu beliau juga mendesak Anwar beri penjelasan berhubung soal perlantikan hakim. Rafizi tanpa segan silu mengheretkan isu secara terbuka ke tempat terbuka. Beliau cuba membayangkan ada sesuatu yang disembunyikan Anwar disebalik isu itu. Tampaknya Rafizi bekerja untuk membantu pembangkang ketimbang membantu kerajaan. Mungkin ini pola baru politik kita atau politik style Rafizi.

Seperkara lagi disebut Rafizi semalam, selepas ini beliau akan ada forum umum bergerak dari bandar ke bandar utama menjelaskan isu berkenaan dan lain lain isu kepada rakyat, biar rakyat tahu dan cerdik dengan isu. Jelajah forum ini adakah sambungan jelajah hiruk sebelum ini? Belum habis lagi ke perbalahan dan dendam, kata minta semua orang move on?

Tanpa mengira sejauh mana forum berkenaan berjaya, namun ia tidak boleh dipandang ringan. Para pemimpin parti dan mereka yang setia dengan Anwar yang mahu melihat Anwar kekal sebagai PM sekurang kurangnya sepenggal, perlu melakukan sesuatu. Rafizi kena ingat dan fikir juga Anwar juga ada penyokong hard core dan setia, malahan mereka telah teruji sejak berdekad lalu. Para penyokongnya yang tidak mengharap apa-apa imbuhan dan balas rela berkorban untuk Anwar.

Rancangan jelajah forum itu perlu dibendung. Parti tidak boleh biarkan ia berjalan semahunya tanpa kawalan atau diberi pelawanan atau penjelasan maksudnya. Tujuan forum itu dibuat terbuka oleh Rafizi kerana beliau mengharap ia akan disertai oleh pihak pembangkang sama. Ia sebagai taktiknya mencari sokongan. Dari situ beliau akan melihat sejauh mana sambutan dan sokongan kepadanya. Beliau kini sedang melebarkan pengaruh, merentasi parti politik. Sekiranya ia memberangsangkan tidak mustahil beliau akan bertindak lebih agresif lagi.

Jadi sebelum ia merebak, parti Keadilan perlu melakukan sesuatu yang signifikan. Bukan sahaja Keadilan, tetapi parti gabungan kerajaan juga, PH dan BN perlu mengambil perhatian sama, sebab serangan ke atas Anwar merupakan serangan terhadap kerajaan. Mungkin satu perhimpunan parti perlu dipanggil segera untuk memberi penjelasan kepada ahli agar tidak keliru dengan sihir dimainkan Rafizi.

Barisan pemimpin yang baru punya tanggungjawab untuk berhadapan dengan Rafizi dan mempertahankan Anwar. Mereka kena ingat pertembungan semasa kempen pemilihan lalu masih belum berakhir. Bara belum padam sepenuhnya. Pegawai utama parti, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Pengarah Strategi, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain perlu memerah otak untuk menghadapi serangan terbaru Rafizi ini. Timbalan presiden baru Nurul Izzah kena proaktif, sehingga kini mulutnya masih terkunci, kenapa? Ada masalah gusi ke?

Perhimpunan itu seeloknya selepas parti selesai menyusun barisan kepimpinan baru, pelantikan eksekutif, lantikan pengerusi negeri negeri selesai dibuat. Tidak boleh biarkan Rafizi dan gengnya bergerak sesuka hati tanpa pemantauan dan bendungan. Bacaan saya, gerak kerja yang dilakukan Rafizi itu adalah sebagai persiapan untuk menanti kongres tiga tahun akan datang.

Masa terluang yang beliau miliki sekarang ini saya percaya bukan keseluruhan ditumpukan kepada untuk jaga 18 ekor kucing kucingnya, tetapi tempoh ini beliau akan istiqamah jadi pengkritik, penganggu kerja buat Anwar sebagai perdana menteri. Dan sekiranya apa digerakkan ini mendapat sambutan beliau mengharap Anwar akan surrender sebelum tiba masanya. Itu impian dan mimpi Rafizi bersama gengnya. [wm.kl. 9:58 am 08/07/2025]


20 comments:

Anonymous said...

Betul dah tindakan RR dan rakan MP yang lain membuat sidang media. DSAI kena diperingatkan ketika dipuncak kuasa supaya tidak tumbang kerana racun kekuasaan dalam membuat keputusan. Salute RR dan MP yang terlibat. Pemilihan dalam PKR sendiri penuh ONAR. Jawablah dihadapan ALLAH kepada mereka yang bersekongkol. Halalkah kemenangan itu....?

Anonymous said...

Kerana PMX dgr nasihat org keliling lah PKR jadi haru biru mcm skrg ni. Org yg sama tak mampu pertahan PM sbb mereka cuma hanya menumpang bergayut...

Anonymous said...

Mso tak lihat dsudut ni...saya reformis.tulin ptg pauh..

Anonymous said...

nampak MSO emosi memberi komen berkaitan sidang media RR semalam. bau2 RR boleh menggugat AI dengan gerakan yang dimulai sekarang. Berdoa supaya kesedaran datang, kembali pada tujuan asal perjuangan nk reform dalam masa institusi katanya....sebagai insan bukan mudah untuk mengubati hati yang geram apabila berbelit berbicara, tikam batu sembunyi tangan dalam hal untuk membuang RR dr Jawatan TP. nah panggil semua tentera yang cemerlang pada Pemilihan hari tu, lihat setakat mana mereka berjuang.

Anonymous said...

Kerana NIA PKR huru hara..Tak berbaloi langsong..Terima lah kenyataan PKR sudah berubah..Tak usah tegak kan benang basah!

Anonymous said...

MSO geng damai.......

Anonymous said...

MSO tk reti reformasi PKR masa ditubuhkan sekarang Reformasi mcm dh mati Parti lain cari peluang nk sondol PKR bila bila masa.

Anonymous said...

Saya rasa rakyat yang waras dan tak sokong membabi buta tidak melihat tindakan RR sebagai sesuatu yang buruk. Malah kalau PMX tidak bagi penjelasan yang tuntas apa yang diminta dalam sidang akhbar RR.Kemungknan besar sokongan rakyat terhadap pkr semakin berkurang.Sebab rakyat faham isu yang dibawa oleh 9MP keadilan tersebut.

Anonymous said...

Janganlah mudah bersangka buruk kepada pihak yag tak sependapat dengan kita. Berhujahlah dengan rasional bersandarkan fakta dan realiti. Mengangkat teguran sebagai membina permusuhan adalah keterlaluan. Jika apa yg dibangkitkan RR bersama 8 MP PKR itu sekadar auta, sanggahlah dengan hujah berfakta. Berprasangka dan melabel membabi buta bukan kaedah yng dianjur Islam.

Anonymous said...

Inilah virus kanser dalam politik...sejak merdeka..66 tahun

Anonymous said...

Betul kata MSO.. Kalau bukan dendam, awal2 RR akan buka perkara ini dalam mesy Majlis Tertinggi PKR.. atau beri bayangan2 disaluran2 lain ..kenapa skrg pula ? RR pandai berlakun..

Anonymous said...

Kenapa ada cadangan tubuhkn RCL ? Hantar surat minta ahli2 Parlimen sokong tubuh RCL..Kalau setakat press statement boleh terima lagi..

Anonymous said...

MSO geng pembodek yang berada dipuncak kuasa je, pewaris tabiee wala PIS

Anonymous said...

Kamu belum kenal MSO lagi.... celik lah , sy seorang penyokong RR, tp tindakannya mmbalas dendam marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar, tindakannya seperti ayam lepas kena sembelih mmbuat saya kecewa.. selama ni dia menolong calon2 yg bertanding mungkinkah ada udang di sebalik batu ??? Ni jd tanda tanya

as-s said...

Sedih baca ulasan MSO sekarang. Sayu saya lihat buku²nya yg saya beli dan minta otograf...RR 100% bukan Azmin...mungkin caranya berbeza tapi percayalah dia bukan pengkhianat mcm Azmin yg kemaruk jawatan sampai sanggup minta kat Anwar nak jadi president dan bersekongkol dgn atuk 100 tahun. Reformasi adalah reformasi. Siapa yg sangup ambil risiko mcm RR buat kajian collect data dedah scandal NFC, 1MDB sampai masuk lockup dan x leh bertanding sebab kalah kes mahkamah. (Walaupun pendedahan terbukti benar) parti susah xdak dana, nak ajak rakyat celik sanggup naik lori buat invoke (jual baju) dan ayuh malaysia semata untuk keadilan....tuan sila bagi tau sapa yg dalam keadilan buat dan ada idea mcm tu. Tuan cakap pasai pola sokongan pengundi kelantan pon kelaut...Tapi dia ditendang secara tak gentle dalam pemilihan tuan langsung x cakap x adil untuk dia...demi malaysia bercakaplah benar walaupun xsama sokongan kita...jangan terus level sihir la dendam la. Berkatalah benar atau diam mcm NIA sudah...Rehatlah tuan, mungkin tuan dah penat mcm atuk 100tahun untuk berkata benar....maaf kalau tuan terasa dgn kata² saya.maaf.

as-s said...

Ya betul x kenal tapi lebih baik berkata benar atau diam sahaja mcm NIA (yg tahu kebenaran)

as-s said...

Cuba la buka video² RR ada dak dia cakap dah bawa (jgn sb benci seseorang x mau tgk langsung penjelasan dia). Tapi siap kena jerkah lagi dgn AI. Nak jadi ADIL kena dengar dua2 pihak bukan terus memihak. Berkatalah benar atau diam sahaja. mcm NIA (yg tahu kebenaran)

as-s said...

Maaf saya x setuju MSO seorang pembodek...dia cuma merasakan ilmu silat politik orang lain x pandai dan x dapat agak sahaja. Sb dalam politik kebenaran x semestinya menang.

as-s said...

Setuju

as-s said...

Setuju sb tu NIA hadir perhimpunan. Berkatalah benar atau diam sahaja mcm NIA (yg tahu kebenaran)