Tuesday, June 1, 2010

Saya Juga Manusia

Perhatian

SAYA tidak pernah memaksa sesiapa juga membaca blog saya baik secara langsung atau tidak langsung. Apa yang saya catat adalah atas sukarela saya dan tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Sesiapa saja boleh membacanya. Tetapi ada kalanya saya kecewa juga dengan sikap penjenguk yang langsung tidak berhati perut dan tidak pernah cuba menghargai apa yang mereka perolehi dari blog ini secara gratis. Saya boleh menerima kritikan dan teguran untuk meningkat mutu blog ini dan menjadikan ianya sumber berguna untuk semua, tetapi tidak seperti mana penjenguk yang bernama Shahrudin ini.

Tetapi kalau ada penjenguk seperti orang bernama Sharuddin ini, yang mana tidak ada identiti tetapi cara kritikan boleh menyebabkan saya terkilan, ia sungguh mendukacitakan. Apa yang diungkapkan masalah kesalahan ejaan dalam blog saya. Penjenguk lain boleh membaca ulasannya dan nilai sendiri.

Saya ingatkan kepada semua penjenguk, janganlah menyusahkan diri anda dengan membaca blog saya kalau ia boleh menganggu jiwa dan otak anda. Saya tidak akan merela dan mengizinkannya anda rosak kerana saya. Sila ke blog lain yang ejaan lebih teratur, tersusun dan gaya bahasanya indah. Saya tidak mahu berdosa dengan menjadikan anda menyampah kepada sesuatu perkara yang boleh anda elakkan.

Saya perturunkan komen orang bernama Shahrudin yang tidak ada identiti ini:


Shaharudin has left a new comment on your post "Ulasan Petang":

Tuan MSO, saya kerap mengunjungi laman web ini dan boleh dikatakan saya juga salah seorang peminat tulisan dan buah fikiran Tuan. Cuma apa yang saya perhatikan, setiap topik ada kesalahan ejaan atau typo. Kadang-kadang saya menyampah juga bila terpaksa baca typo ni...makin lama makin banyak pula typo Tuan..harap-harap Tuan MSO belum nyanyuk.

[wm.kl.11:11 pm 01/06/10]

35 comments:

ahmadyani said...

Matlamat utama saya baca blog ini adalah kerana buah fikiran tuan MSO yang lain dari yang lain dan itulah perkara yang saya berikan tumpuan.
Perkara lain seperti salah ejaan adalah perkara remeh yang kalau saya ambil perhatian serius, bermakna saya manusia yang cetek akal.
Teruskan usaha tuan menabur buah fikiran yang bernas.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara MSO,

Budak ini sah pengampu orang yang kita kritik atau hentam. Dia cari dalil lain untuk mengkritik anda.

Jangan layan komen macam tiu..rugi masa!

emjayakula said...

assalamualaikum,
Saya rasa simpati kepada sdr. MSO atas apa yang berlaku. Semasa saya mula-mula menjenguk blog ini dahulu, saya juga merungut tentang kesalahan ejaannya. Saya terus juga menjenguknya, dan juga masih terus merungut. Saya bukan takat merungut, tapi 'matah' kerana saya pernah menjadi editor yang membetulkan kesalahan kelemahan sebegini satu masa dulu. Tapi lama kelamaan, ia telah menjadi lali dengan saya. AKhirnya, saya menerima kesalahan typo ini sebagai 'identiti' blog ini. Hujungnya, hingga kini saya tidak lagi bermasalah dengannya kerana itulah 'identitinya'.

Jadi rasnaya kita kena belajar menerima sesuatu seadanya... "bentuknya mungki kurang cantik, tapi isinya tetap boleh dikunyah'.

Admin said...

kita semua tidak sempurna,masih banyak lagi blog-blog yg mengunakan bahasa SMS,bahasa rojak,mengapa si bodoh sombong ini tidak bersuara.

Kedahlanie said...

he he he....

adat la tuuu pak sayuti..

manusia nie bermacam-macam ragam...

kita redha je lahhh dengan kalaku2 manusia macam nie....

azienmat said...

Terimalah dengan hati terbuka tuan, kecil punya hal pun tuan tak boleh terima. Saya juga bukan minat tulisan tuan, tapi sebabkan nak dengar kedua2 pihak saya bacakan juga.
Lagipun dlm dunia maya ini batasan untuk tuan menyekat sebarang komen mahupun melarang orang yang meluat pada tuan ini adalah sukar, apatah lagi blog2 utama spt MSO.
Harap tuan tak melenting sangat usikan En Shaharudin. Teruskan tulisan anda spt biasa. Terima kasih..

Unknown said...

Abg MSO,
Jangan pedulikan apa org kata,teruskan.Buah fikiran dalam tulisan Abg MSO sungguh hebat.Cabaran sbg penulis tetap ada,harapan saya teruskan dan tabah.Tq

Nor Azman bin Sukerman said...

Saudara,! Kadang-kadang kita lebih membesarkan perkara kecil. Betul, ejaan adalah satu keperluan yang perlu dijaga dalam penulisan, tapi harus juga diingat akan kesibukan seseorang itu masih mampu dalam melakukan sesuatu secara istiqamah. Mampukah saudara istiqamah sedemikian rupa? Saya yang membaca bukan guna mata pun tidak bermasalah dalam memahami kandungan blog ini, kenapa anda menjadikan ianya satu isu besar sedang manfaat yang anda perolehi secara percuma tidak anda fikirkan?

Unknown said...

tidak menghormati orang lain lebih besar salahnya daripada kesalahan ejaan.

PERENUNG LANGIT said...

Sejauh yang saya selalu baca tulisan MSO,saya berpuas hati dengan bahasa dan tulisan MSO. Saya kira Shahrudin itu orang yang tiada modal. Tak ada point untuk menyerang. Bak serigala yang gagal mendapatkan anggur di dahan tinggi,lalu dikatakan anggur itu masam.

Pedulikanlah komen si busuk hati itu!

sallehfauzi said...

tuan,

saya juga penulis blog... saya andaikan peminat tuan yang menulis komen itu seorang pandai, tetapi sedikit rendah akhlak, apatah lagi ada perkataan nyanyuk di situ.

Walau apapun, sudikanlah tuan menerima apa saja komen orang dengan terbuka hati, sebgaimana juga kita harap tulisan tuan itu juga diterima orang dengan hati terbuka jua.


Sabarlah tuan... kekadang orang lain pun boleh sabar dengan tulisan-tulisan tuan

mr edz said...

salah taip tu biasa la...

primehonda said...

salam pak mso,

biarlah dia..lantakkan. buat apa nak terasa dgn komen camtu? kalau betul2 nak sempurna sgt, buat blog sendiri! eja betul2 pastu taip, baru puas hati. saya rasa dia ni penyokong PERKASA. kan selalu pak mso bantai bos dia..nak membalas la tu kata pak mso nyanyuk..kesian.

Mak anak enam said...

Sabarlah tuan..mungkin manusia ini cuba menimbulkan api kemarahan tuan....kesilapan typo adalah biasa bagi penulis blog kerana selalunya kita menulis selaju apa yg keluar dikotak fikiran tanpa ada pembaca proof....teruskan menulis ramai lagi yg tidak penah kisah sedikit kesilapan jika idea yg dicetuskan itu lebih hebat dari kesilapan yg kecil

ANAFAKIR said...

Buat En. Shahrudin...kalau sekadar ejaan pun nak dikritik..apa jenis la anda ni?.Org lain pun perasan pasal kelemahan Tn. MSO dlm ejaan ni tapi kami lebih melihat dan menilai keseluruhan maklumat yg dikemukakan oleh beliau.Sekadar kesilapan ejaan kita sebenarnya boleh membuat kesimpulan sendiri apa maksud yg ingin disampaikan.Kalau sdr Shahrudin rasa jemu, muak dan apa sahaja yg sdr ingin ungkapkan dgn apa yg terhidang dlm blog Tn. MSO ni, sdr. carilah dlm blog lain kenapa nak susahkan diri menjengok blog Tn. MSO?..Dia tak 'padoh' [ jemput ] dan dia [ Tn. MSO ] tak jug suruh sesiapa dtg ke blognya..

Kalau sdr rasa hebat, sdr buka sendiri blog dan buat y terbaik, ejaan yg terbaik, liputan berita dan peristiwa yg terbaik..ada berani?Kalau tak mampu, dan mmg tak mampu lebih baik terima seadanya kelemahan org lain.Usah dijadikan sbb nek menyakitkan hati org dlm rumah org [ blog Tn. MSO ]..beradab la sikit kalaupun tak tau adab..ada faham?.ape laaa..tu pun nak kena cakap ker?

Buat Tn. MSO, jadikan komen sdr Shahrudin tu mcm "lalakan kanak2 yg merajuk kerana keinginannya tidak dipenuhi.."tak jadi kudis gatal pun [ kecil2an punya hal ] cuma kalau kita biarkan, membarah juga..elok la Tn. MSO 'ajar' dia sesekali..apa pun, teruskan berkarya kerana mereka yg menyokong dan mengikuti penulisan tuan MSO masih ramai..

KYS said...

Salam Tuan MSO,

Jika dibanding blog tuan dengan blog tukar tiub, blog tukar tiub lebih banyak dan lebih teruk kesalahan ejaannya. Tapi itu masih tak menghalang capaian pelawat hingga ke 7 juta lebih setakat ini. Ini hanya provokasi bodoh untuk mengusik tuan. Jangan layan dia.

Fenrizian said...

apa daaaaaaa......
ni bukan thesis....
seingat saya, saya takde masalah nak memahami ayat/tulisan yg ada typo ni...
biasa la...tulis tgh mlm + mengantuk + penat + etc....

komen mcmii ni pun ada.......

schiltfeitosa said...

Blog MSO bukan tempat cikgu mengajar ejaan atau tata bahasa, kalau dah menyampah tak payah baca, apa yang susah sangat...Shaharudin ni sakit kot ?...

Ameen Homestay said...

Tuan MSO, sabar aje la..
nak buat mcm mana, masa skolah agama, dia belajar adab, tak sempat abis kitab dia dah berenti sekolah.

masuk sekolah menengah tak sempat abis belajar sivik, cikgu dia meninggal..( maybe dia x ambil subjek pendidikan islam barangkali ? ) kalau ambil, pasti ustazaha dia ada ajar bab adab..

Tuan bakul Sampahkan aje komen dia tuh..

zul said...

ni la namanya beruk pegi sekolah.....
dah cerdik sgt sampai typo pun jadi masalah....kita mahukan isinya dan maklumat....

author faethal said...

Salam MSO,
Mudahnya si Shaharudin ni melabelkan seseorang.
Kalau ada kesilapan tulisan dibilang NYANYUK.
Kalau kurang nampak mungkin dibilangnya BUTA.
Kalau bercakap perlahan mungkin dibilangnya BISU.
Kalau kurang dengar mungkin dibilangnya PEKAK.
Bolehkah jika rasa MENYAMPAH sedangkan tiada sesiapa pun MEMAKSA dibilang BODOH?

IES Agencies said...

you are way too petty... get over yourself

Ibnu Ihsan, Terengganu said...

Salam MSO,

Sebagai seorang peminat yang sering mengunjungi blog ini, saya berpendapat tak perlulah saudara melenting dengan teguran saudara Shaharuddin.

Lagipun, pada saya memang ada benarnya kerap saya juga temui kesilapan ejaan dan juga ditemui kesilapan penggunaan perkataan tidak pada konteksnya, terutama perkataan inggeris yang memang salah, bukan tempatnya.

Jika saudara tidak berpuashati saya sedia membuktikan pada komen akan datang, tetapi yang lebih penting, sebagai penulis veteran, saudara patut tidak mencedok perkataan inggeris yang salah konteks, kecuali setelah saudara betul betul faham maksud dan penggunaannya.

Kalau begitu, tentu saudara lebih dihormati dan dihargai. Sekian harap maaf.

serupasekala said...

Seorang itu bersifat hamba dan tidak sunyi dari kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan.

markmie said...

jange di laye sangat pokti

zarsaza said...

salam semua,
tidak perlulah penenguk menyampah akan typo2 tersebut. jika kita rasakan ada sedikit pembetulan seperti pd nama, bolehla menegur secara berhikmah. namun begitu, saya tak kisah pun ada sedikit salah ejaan. apa yg penting isi nya sangat menarik utk saya baca.ulasan sgt bernas.itu yg penting. bukan senang web politik ada rating yg tinggi dan berwibawa yg tidak mggunakan kata2 kesat spt blog merah tinta. pak update 1 artikel 1 hari pun dh ckup baik bgi saya.

KOYAN said...

pak mso.
sabo je la la. nak wat guane.abaikan je.mungkin dia pemeriksa kertas bahasa melayu atau mungkin dia guru cemerlang bahasa melayu kot...layan jer...mungkin dia ade buat kajian yang menunjukkan bahawa orang nyayok akan makin banyak salah menaip..saya pun baru tau ade wujud perkataan typo..ilmu tuh...sabo yer pak mso...

Sewangi Pandan said...

Sdr.Mso,
kesalahan ejaan tak apa. Yang penting mesej faham dan sampai kpd pembaca. Dlm keadaan tertentu,sukar nak tepat bahasa. Teruskan menulis.tk.

Yusof.

mohd sayuti omar said...

Assalamualaikum dan terima kasih atas sokongan dan kritikan membina dari anda penjenguk sekalian. Saya terharu atas segala sokongan dan rangsangan anda.

InsyAllah saya akan terus menulis dan merakam dan mengulas peristiwa (sosial politik) selagi dizinkan Allah. Apa juga kecaman tidak akan mematahkan semangat saya. Saya menulis dari Allah untuk Allah dan kerana Allah.
Wassalam. Salam MSO.

Unknown said...

benda kecik pon nak kecoh....yg penting isi & buah pikiran pak MSO kita ni....lain dr yg lain!! xpe lah pak jgn amik hati...teruskan menulis!!

Double A said...

tuan, mungkin dia seorang guru tatabahasa maafkan dia..namun tak patut dia mengatakan munkin tuan sudah nyanyuk

lunia's journal said...

salam bapak...usah ambil peduli..benda kecil tu aje..tiap2 hari saya masuk blog bapak and bila dah disebutkan baru saya tahu ada kesalahan ejaan...selama ni saya tidak pernah nampak or perasan coz apa yg lebih penting pada saya ialah isi yg dikupas..bila isi padat dan mantap, benda2 kecik mcm tu saya tak perasan langsung..mcm yg bapak selalu katakan..fokus pd permasalahan yg lebih penting..usah ambil hati dgn kritikan tersebut...kritikan anak kecil yg cuba menarik perhatian.....keep up the good job bapak..semuga Allah merahmati bapak dan usaha murni bapak...mcm

Unknown said...

tak jadi masalah pun..boleh baca..isi kandungan sentiasa 'power'..selalu ditunggu-tungu post terbaru.teruskan..usah peduli apa orang kata...

Nore said...

salam pak MSO,

ini first time saya menulis komen.=)
saya tak rasa typo tu masalah besar,yang penting intipatinya.

buat saudara Shahrudin,
nak menegur biarlah beradab.kita yamg masuk blog orang ni ibarat kita masuk rumah orang. adab kena jaga. =)

KHATEEB said...

kpd tuan MSO,
pada pandangan saya, sharuddin ini merupakan seorang cybertroop UMNO...kerjanya untuk merisik maklumat melalui internet serta cuba melakukan perang saraf terhadap blog-blog pro-PR...isu-isu yang dibangkitkan remeh-temeh,tetapi dgn sengaja cuba memperbesarkannya...
jadi,x heran la kalau lepas ini akan timbul isu pelik-pelik oleh pengunjung (UMNO)...umumnya mereka yg lebih NYANYUK..