Sunday, June 27, 2010

Ulasan Peristiwa

Kemasukan 40 Ulama Bukan Atas Kerelaan Mereka?

ARAHAN Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein supaya polis merahsiakan maklumat mengenai Jemaah Ismaliah (JI) (sepatutnya juga rahsia jenayah-jenayah lain) menyebabkan timbul berbagai tafsiran. Kenapa arahan itu semena-mena dibuat sekarang, tepatnya dalam suasana hari ini sesudahnya berlakunya manipulasi kegiatan JI di kampus!

Sudah pasti arahan segera itu ada sangkut paut dengan desas desus sebelum ini mengenai kononnya ada kegiatan JI di negara ini seperti mana dijelaskan oleh Ketua Polis Negara.

Tidak dinafikan ada berlaku kebocoran mengenai rahsia keselamatan negara. Betapa pun rahsia ini dikunci dan dikawal ia akan bocor juga. Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai sistem pertahanan yang canggih dan ampuh juga tidak dapat elak dari mengalami kebocoran.

Selagi ada manusia tidak jujur, ataupun tidak senang dengan sesuatu tindakan kerajaan rahsia itu akan bocor atau dibocorkan. Bagi mereka kebocoran itu sebahagian daripada sumbangan mereka untuk menentang kemungkaran. Apakah pihak kerajaan atau mana-mana pihak dapat memastikan orang terlibat menyimpan rahsia itu orang setia dan patuh kepada mereka secara pandir?

Mengenai pembocoran rahsia keselamatan seperti mana dibimbangi Hishmuddin itu
siapakah yang membocorkannya. Kalau berhubung taklimat mengenai kegiatan JI yang melibatkan pensyarah universiti ianya dihadiri oleh siapa. Polis tentu mengetahui siapa yang hadir dalam taklimat berkenaan.

Ia terdiri dari pegawai polis peringkat atasan sendiri dan juga pegawai pendidikan dan ahli majlis keselamatan negara lain. Repoter atau bloger tidak diundang dan tidak tahu pun di mana taklimat itu diadakan. Cuma setelah menteri memberi tahu para cencelor dipanggil baru repoter mengetahuinya dan berminat untuk mennyiasatnya.

Kalau rahsia itu bocor tentulah mereka yang hadir itu mendedahkannya. Orang lain tidak mungkin. Pulak, kenapa Hishmuddin susah-susah arahkan polis supaya menutup rahsia itu. Apakah ianya ada kena mengenakan dengan spekulasi mengatakan pihak polis telah menggunakan ugutan ke atas mereka yang terlibat dengan JI dengan memberi kata dua kepada mereka?

Apakah ada kebenaran spekulasi pihak media sebelum ini bahawa sekumpulan ulama yang akan menyertai Umno itu (telah pun serah borang) disebabkan mereka diugut kononnya mereka pengganasa. Dan kerana mereka takut maka mereka bersetuju menyertai Umno untuk mencari perlindungan daripada dikenakan tindakan tangkap dan ditahan di bawah ISA?

Begitukah? Dan Umno pula cukup senang dengan persetujuan itu kerana boleh dijadikan modal yang Umno kini mendapat sokongan ulama. Najib Razak pun telah bermadah di Pekan semalam mengatakan Umno diterima ulama kerana ia sebuah parti Islam.

Kerana tekanan dan ugutan itu mereka pula terpaksa akur untuk melepaskan diri. Khabarnya rata-rata mereka adalah berfahaman wahabi yang dianggap sebagai mempunyai pemikiran ekstrim agama.

Dalam kumpulan 40 itu salah seorangnya adalah menantu MB Perlis, Shahidan Kassim.

Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu di dalam hal ini dan kita semua dapat menganalisa dengan perkembangan yang berlaku dan juga dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno. Ia juga boleh disuluh dengan cara kemasukan 40 ulama itu ke dalam Umno, secara berkumpulan yang dinamakan ulama.

Cara mereka menyertai Umno itu pun sudah menghairankan dan menyebabkan kita akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba mereka sepakat menyertai Umno. Kalau tidak ada mengadakan masakan mereka berbuat demikian. Berpandukan kepada spekulasi sebelum ini dan dipadankan dengan maklumat yang saya terima jelas kemasukan mereka itu bukan atas kerelaan mereka. Dalam kata lain bukan keputusan dari hati mereka untuk berjuang dalam Umno melainkan kerana terpaksa oleh hal-hal disebut di atas tadi.

Khabarnya dalam majlis taklimat oleh pihak berkuasa kerajaan kepada satu agensi, latar belakang mereka ini sudah pun diceritakan. Mereka dikatakan terlibat dengan kegiatan berunsur kekerasan. Bahkan katanya gambar tiap orang mereka juga sudah dirakam bersama dengan orang yang terlibat dengan JI. Bukti inilah menyebabkan kesemua 40 ulama itu dikatakan menggeletar?

Bukti inilah dijadikan oleh pihak kerajaan (BN) untuk memerangkap mereka. Mereka semua dipanggil dan diberi kata dua samada memilik jalan kiri yang mereka pilih sekarang atau ke jalan 'kanan yang kiri' dengan menyertai Umno.

Jadi kerana ingin selamat mereka terpaksa memilih jalan kanan yang kiri itu dengan menyertai Umno. Sebab itu cara mereka menyertai Umno seolah mereka terpaksa. Lagaknya tak ubah seperti kumpulan Al Arqam yang ditangkap kemudian dipaksa membuat pengakuan di tv. Sebenarnya kerja-kerja seperti ini sudah lama berlaku di dalam Umno dan inilah tektik semulajadi Umno untuk mempertahankan kuasanya.

Tahun 1969 dulu mereka telah menangkap para ualama Pas dan mereka-reka tuduhan ke atas mereka. Ada yang dikaitkan dengan skandal sex dan sebagainya. Begitu juga dengan wakil rakyat Pas ditangkap dan ditahan. Akhirnya mereka diminta membuat pengakuan memburukkan Pas. Yang tidak tahan terkulai layu ditangan Umno dan setengah yang lain memilih jalan menegakkan kebenaran meskipun terpaksa dibuang daerah dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak mustahil strategi yang diguna pakai Tun Razak Hussein itu akan dipraktikan pula oleh anaknya Najib Razak.

Bertolak dari sejarah itu saya seidkit pun tidak hairan kalau sekumpulan ulama berkenaan juga mengalami nasib dan keadaan demikian. Bezanya mereka disabitkan dengan kegiatan (fahaman wahabi) mereka itu dan mana ditafsirkan terarah akan melakukan sejarah.

Kesimpulannya kemasukan sekumpulan ulama ke dalam Umno itu tidak akan memberi kesan besar untuk Umno kerana ia bukan atas kerelaan tetapi atas paksaan kerana sebab-sebab lain. Jadi Umno tidak boleh bergembira sangat dengan penyertaan mereka itu. Mungkin jasad mereka boleh dibakar tetapi pegangan dan fahaman mereka (jihad) tidak boleh diapa-apakan. Kerana itu saya kira Dr Asri Zainul Abidin masih memikirkan sama ingin menyerah diri kerana ugutan itu ataupun mempertahankan prinsipnya dengan apa yang diyakini itu. [wm.kl. 9:00 am 27/06/10]

4 comments:

Rillink said...

Assalam Tuan,

Kalau kita perhatikan statement yang keluar dari mulut Dato Sahidan Kasim dengan Dr Asri terdapat unsur ugutan di belakangnya.Dato Sahidan kata dengan penuh yakin Dr.Asri akan menyertai 40 ulama muda (setahun jagung)dalam masa terdekat...tetapi Dr.Asri pula kata dia belum bersedia untuk menyertai mana mana parti politik di Malaysia.

Al-Mukhtar said...

MSO, saya beranggapan yang masuknya ustaz2 tu (bukan ulama) adalah kerana terhalangnya dakyah mereka. Cuba teliti personaliti mereka..mereka adalah ustaz berfahaman wahabi yang sedikit sebanyak telah berjaya mengoyangkan kesatuan umat Islam. Mereka masuk UMNO supaya tauliah mereka diluluskan...itu jer

emaswarisan said...

Saya yakin Dr Asri tidak menyertai kumpulan 40 tersebut kerana atas dasar beliau seorang yang tegas, berani dan kental.Takkan beliau sanggup menggadai prinsip yang didokong selama ini?

ANAFAKIR said...

Apakah kenyataan awal Tuan KPN berkaitan dgn JI adalah satu perang psikologi utk mempastikan 40ustaz [ pada saya masih belum layak digelar ulama ] itu masuk UMNO?.Tuan KPN sengaja memainkan isu utk memudahkan UMNO membuat ugutan ke atas para ustaz tersebut menjadi ahli UMNO.Dgn kemasukan mereka ke dlm UMNO akan menampakkan UMNO mula diterima ramai ahli ugama,dgn demikian juga..[pada pandangan strategis UMNO ] akan menarik minat ahli PAS atau mereka yg simpati dgn PAS akan masuk UMNO..

Jika benar mmg wujud gerakan pengganas [ JI ] masakan DSAI sanggup menyanggah kenyataan KPN dan KDN.Saya tertanya2 apakah isu JI itu sengaja dihebahkan ke media massa utk memudahkan UMNO memerangkap para 'ustaz 40' tu bersetuju dlm paksa menyertai UMNO?Jika benar demikian..maka UMNO akan hancur dlm PRU13 nanti.

Saya risau isu JI itu sebenarnya utk satu pakatan yg dirancang rapi utk memasang jerat buat para ilmuan agama agar mereka akan 'terpaksa rela' menyertai UMNO.Ugutan dan rakaman gambar yg dikatakan Tn. MSO mungkin satu perangkap utk memudahkan tugas pihak yg terlibat utk 'menarik' seberapa ramai mereka yg berilmu agama bersama UMNO.Ustaz Asri sudah ada nama, jika diugut sedemikian rupa mungkin liputan media akan memihak kepada Dr. MAZA maka UMNO dan polis terpaksa berlembut dgn beliau.Penyokong dan para pengkagum Dr. MAZA terlalu ramai jika ada tangkapan dan ugutan mesti pendedahan tersebar dgn meluas. Keadaan ini akan menembak UMNO itu sendiri.Mahu tidak mahu, dari 100 ustaz yg didakwa bakal sertai UMNO akhirnya tinggal 40 org sahaja.Dan saya yakin jika kemasukan mereka itu dgn ugutan dan 'main belakang' maka mereka sekadar ahli UMNO dlm borang ahli sahaja tetapi jiwa dan prinsip mereka tetap menentang UMNO.Proses senyap akan mereka buat jua..kerana mereka org berilmu.Pasti ada cara yg mereka boleh buat utk menentang ugutan itu dari dalam [ melalui keahlian mereka dalam UMNO ]

Jika Dr. MAZA terus ditekan dan dipaksa utk bersama UMNO..maka Dr. MAZA mungkin akan bersama pembangkang..UMNO perlu hati2 dgn risiko tersebut.Pembangkang sebuah parti yg sah dan sedang mendapat tempat di hati rakyat.Jika tekanan dan fitnah terus dibuat utk Dr. MAZA mungkin akibat buruk akan menimpa UMNO.Cuma di mana 60 org lagi ustaz yg dikatakan akan menyertai UMNO itu kerana sudahnya 40 sahaja yg muncul.Sdgkan media arus perdana bersungguh2 menyatakan Dr.MAZA bersama 100 ulamak akan menyertai UMNO Jumaat lalu.Moral dari cerita itu ialah, media mmg suka manipulasi cerita, media mmg pembohong, media mmg tidak boleh dipercayai, dan media mmg tidak melaporkan cerita benar dalam hal2 berkaitan politik terutama yg melibatkan pembangkang,kalau melibatkan UMNO, gandaan jumlah pasti ditambah berkali2 utk menampak betapa sokongan utk UMNO begitu hebat. Sebenarnya cara itu lebih menjauhkan rakyat kerana bila berita sebenar terbongkar maka rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada media, kepada UMNO itu sendiri.Lebih dari itu, rakyat akan benci dgn UMNO dan benci dgn wartawan arus perdana.

Kita akan mati,maka jgn jadi tukang fitnah di dunia ni kerana hukuman org yg suka buat fitnah itu amat besar seksaannya.Bercakaplah yg benar walaupun pahit.Biar org benci asal Allah sayangkan kita.Buat ustaz G40tu, bercakap benarlah jika kamu benar2 berilmu,dan ada iman serta beramal dgn agama yg kamu anuti itu..jika tidak kamu juga termasuk dlm kumpulan ulamak fitnah yg mmg telah diperingatkan Junjungan Besar kita bahawa di akhir zaman nanti akan muncul sekumpulan ulamak yg menimbulkan fitnah dan diri mereka itu menjadi sumber fitnah..berhati2lah.