Wednesday, June 23, 2010

Bingkas Ke Dalam

Adakala Diam Itu Lebih Baik Dari Bersuara

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak perlu cepat memberi reaksi berhubung dakwaan ada agenda pihak tertentu menimbulkan isu Wahbi dan Jemaah Islam (JI) sebagai strategi pilihan raya. Selaku presiden, Abdul Hadi seharusnya tunggu dan lihat perkembangan seterusnya dan tidak mudah gaduh untuk membuat tafsiran.

Mengulas rumours yang dibuat oleh portal berita tidak bijak. Lainlah sudah ada kenyataan terus dan terang dari pihak kerajaan yang mengaitkan perkara berkenaan. Cara Abdul Hadi terus mengulas itu samalah dengan sikap setengah pemimpin Pas yang pelahap dengan pembesar suara atau tape recorder wartawan.

Terlalu cepat memberi ulasan terhadap sesuatu yang belum sahih ataupun yang dibangkitkan oleh portal dan blog tidak bagus juga. Apakah Pas telah menganggap portal berkenaan cukup berwibawa dan bertindak menjadi mata telinga kepada Pas. Kalau portal berita berkenaan digaji oleh Pas menyiasat mengenai sesuatu ada logiknya kalau Hadi mengulas.

Sebelum ulas pastikan dulu dan tilik apakah motif portal berita berkenaan mengeluarkan kenyataan demikian. Sikap bijak mengenali hala tuju media massa dalam soal ini penting bagi mengelakkan kita terperangkap dalam jeratnya. Media massa suka kalau pemimpin politik mengikut telunjuknya.

Ada kesan buruknya bila Hadi sudah bercakap mengenai perkara tidak sepatutnya beliau bercakap. Bercakap mengenai apa saja, kepada sesiapa saja memberi gambaran presiden itu tidak tahu menjaga standard dan statusnya sebagai presiden. Selaku presiden Hadi seharusnya memilih topik untuk mengulas agar kata-kata dan pandangannya dilihat bernas dan mahal.

Wibawa seseorang pemimpin itu akan dilihat kepada perwatakan, peribadi dan mutu atau nilai isi percakapannya di samping sejauh mana kreativiti mindanya dalam memperkatakan sesuatu. Presiden tidak sama dengan Naib Presiden yang suka bercakap kerana ingin mencari publisiti atau untuk dilihat mereka tidak telor. Sebab itu ada Naib Presiden Pas cakap apa saja sama ada ia ada kaitan dengan dirinya ataupun perjuangannya parti atau tidak. Gurauan perdana menteri agar minta menamakan kucingnya pun diulas lebih separuh muka surat.

Kelemahan Abdul Hadi dalam soal ini adalah kelemahan para pegawai dan penasihatnya. Pegawai Abdul Hadi, termasuk setiausaha politik dan akhbar boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar mana isu yang relevan atau tidak untuk dicapakkan.

Tengok, kesan daripada tidak berhati-hati bila Hadi ulas mengenai perkara itu terkeluar ayat yang akan dikomersilkan oleh pembangkang yang berbunyi; "Memang saya sekolah di sekolah Wahbi, tetapi saya ada pemikiran sendiri." Secara tak langsung pengakuan yang berbentuk sinikal itu telah mengesahkan bahawa beliau rapat dengan Wahabi.

Benarlah kata bidalah, lebih baik kita diam dalam sesutau perkara yang tidak kita dalami daripada memperkatakannya kerana ada kalanya bila kita bersuara kita akan menyerlahkan kelemahan diri sendiri. Ertinya selama kita mendiamkan diri dalam sesuatu bidang kita akan dianggap mengetahuinya cuma enggan bersuara saja. [wm.kl. 2:20 pm 23/06/10]

10 comments:

Mazwandi Mustaffa said...

Hamba tidak bersetuju dgn pandangan tuan MSO kali ini. Ini kerana adalah lebih baik jika Dato Presiden sendiri menyebut beliau memang ada belajar dgn ulama wahabi drp org umno dan surat khabar pro BN yg menyebutnya.

Sekurang2nya, umno dan media massa mereka tidak dpt menyerang 'dlm gelap' isu ini.

Azwan Affendy said...

saya dah sms ust zamihan pasal isu tu, dia balas kata berlaku salah faham oleh pembawa berita.

Ibni Ismail said...

Salam..
Memang hadi terlalu pantas beri reaksi. Dia patut nya serahkan pada mahfuz yg agak lebar mulutnya. namun, laporan taklimat itu (jika benar) agak memenatkan minda utk difikirkan. Pelbagai andaian boleh di spinkan. Dr Maza dan kuncunya spt Shahidan tu saya tak lah terperanjat tapi bila melibatkan Hadi Awang.. rasanya mcm ada yg tak kena. jika nak dikira ke Wahabian nya, saya kira Nik aziz lebih wahabi (ini andaian sahaja utk dibandingkan dgn Hadi). Mungkin juga ini ada kaitan dgn berita masuk nya Maza ke UMNO jumaat ini? Seakan terbau ada segolongan manusia yg gerun dgn berita ini. Apa pun, jika benar ada ancaman JI ni, tangkap je lah. Apa hal lak nak bagi taklimat pada TNC..

bat8 said...

Tuan MSO

1. Saya amat-amat bersetuju dengan pandangan tuan mengenai TGHH ini.

2. Saya memerhatikan tindakan ini sejak lama. Mungkin beliau terbawa-bawa dengan stail dulu-dulu. Kedudukan beliau sekarang adalah Presiden PAS, bukan lagi pemimpin dibarisan naib presiden.

3. Sikap ringan mulut untuk mengulas sesuatu isu ini banyak kali menimbulkan masaalah kepada beliau dan PAS. Saya kuat mengkritik beliau semasa isu kerajaang perpaduang dulu.

Niat beliau baik, ingin menjelaskan isu tersebut, tetapi kerana lupa protokol dan ghairah, penjelasan-penjelasan beliau makin diputarbelit dan menimbulkan masaalah lain pula.

4. Saya setuju dengan pendapat tuan, para penasihat beliau gagal memberi nasihat yang betul. Zaman sekarang bukan lagi zaman serba mudah seperti dulu. Sebagai pemimpin utama parti yang utama, penasihatnya juga kena pelbagai dan perlu ada yang bukan sekadar reti baca kitab je, kena PR savy juga. Yang faham dan boleh membaca realiti semasa, bukan zaman dulu-dulu.

Penasihat yang boleh guide apa nak cakap, apa jangan cakap.

4. Sebenarnya TGHH ini feveret wartawan-wartawan MSM bila nak timbulkan sesuatu isu untuk memburukkan PAS. Depa tanya TGHH soalan-soalan perangkap, maka Tuan Presiden kita akan ulas selebar-lebarnya berjela-jela.

Esok keluar surat khabar MSM, lain dari yang beliau cakap. Kecoh...jenuh pulak nak buat penafian.

Dalam soal pantang tengok mikrofon atau tape recorder ni, pemimpin-pemimpin tertentu PAS tak serik-serik kena putar belit dengan akhbar UMNO. Tak reti-reti soalan mana yang genuine, soalan mana soalan perangkap.

bat8

anafakir said...

TGHH bercakap dgn muslihatnya sbg seorg ahli politik.Tidak sedangkal disangka utk TGHH memberi reaksi sebegitu rupa.Usah memandang rendah permainan politiknya.Apa yg dilafazkan mesti ada maksud tersirat tersendiri...sekali imbas mmg nampak TGHH cepat melatah, namun hujung jatuhnya kita belum faham sptmana yg didalam benak TGHH..hanya jauhari yg mengenal manikam.Kita memberi reaksi sekadar apa yg kita dgr dan kita baca sdgkan ahli politik setiap cakap mereka tetap bermakna dan terpasang jerat utk pihak lawan..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bagi saya tindakan Tuan Guru Haji Hadi memmang tepat. Beliau memang seharusnya mengeluarkan kenyataan untuk menafikan. Betul, kenyataan akan diputar belit oleh media tapi kalau diam pun akan diputar belit juga. Persoalannya kenapa Zamihan tergamak mengaitkan Ustaz Hadi dan Shahidan dengan isu ini.

Kini, bagi mereka yang setia dengan kuliah Zamihan perlu mencari dan mengenali siapa sebenarnya Zamihan. Patutlah ceramah beliau dan kuliah beliau yang begitu lantang mengkritik sultan tidak ada siapa yang mengambil tindakan. Bagi mereka yang mengikuti kuliah bulanan dan tazkirah jumaat beliau di Masjid Jamik Bandaraya pasti kenal dengan ceramah dan stile beliau berkuliah. Jadi, sudah sampailah masanya kita mengenali beliau dengan lebih mesra lagi sebagaimana kita mengenali Zulkifli Nordin di Masjid Jamik juga.

mso.im said...

Terima kasih kepada para pengomen. Nampaknya apa yang ingin saya sampaikan tidak disedari atau mendapat reaksi. Apa yang hendak saya katakan, Abdul Hadi tidak perlu memberi komen sesuatu yang terbit dari portal berita atau blog. Biarlah isu itu diucapkan oleh orang sepadan dengannya, misalnya Najib Razak atau Muhyiddin atau Musa Hassan baru beliau beri komen.

Menjelaskan seperti mana beliau jelaskan sudah betul, tetapi masa dan tempatnya pada saya kurang betul. Inilah yang dinamakan pembinaan imej untuk seorang presiden, bukan bercakap apa saja orang tanya dan tidak bertempat.

Wassalam.

Nor Azman bin Sukerman said...

assalamu alaikum tuan. Yang itu ada benarnya. Ustaz Hadi perlu memberi reaksi jika kenyataan itu datang dari orang yang setaraf dengannya. Namun begitu, sementara menunggu kenyataan dari Najib, apakah laporan berita dari patal berkenaan tersebut tidak dimanipulasi atau dieksploytasi oleh media UMNO-BN. Saya rasa kalau pun Ustaz Hadi tidak memberi ulasan pada hari ini cerita itu akan dibesar-besarkan oleh akhbar esok dengan cara yang dah mereka rancang. Jadi, sebelum damage yang diharap oleh UMNO-BN begitu besar mungkin ada baiknya juga Ustaz Hadi membuat kenyataan dulu walau pun sebelum kenyataan dari orang-orang yang setaraf dengannya.

Kama Irahsa said...

Tuan MSO,

saya tak faham kenapa orang Islam sibuk belasah membelasah antara wahabi, bukan wahabi, sunni, syiah dan lain2 lagi.

secara peribadi, saya setuju dengan TGHH. ini semua agenda barat. kita sibuk musnah memusnah sesama Islam sedangkang musuh sebenar kita dalah orang lain.

firdaus said...

adakalanya pemimpin PR begitu obses dengan hal pemboikotan akhbar-akhbar arus perdana

sebagai menyahut seruan pemimpin kini siaran tv3, rtm, malah awani pun kami sudah boikot

tetapi seperti kata tuan mso memang sesetengah pemimpin PR khususnya sampai jadi pelahap apabila mendapat pembesar suara dan recoder

mereka seolah-olah lupa apa yang mereka kata dan apa yang mereka ingat

lain kali JANGAN LAPIKKAN FAKTA DENGAN KEBENARAN...

kita hanya hendak percaya sesuatu berlandaskan kepada apa yang nak kita dengar sahaja

keyakinan perlu ditanam dan diadakan kalau betul-betul nak bermaklumat dan berfakta...