Monday, May 1, 2017

Pas sudah siapkan lubang besar untuk menimbus dirinya

MENURUN BULAN

Muktamar parti agama ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah adalah kemuncak kepada pencapaian BN khasnya Umno untuk menghancurkan parti compingannya yang ditubuh tahun 1951 itu.

Usaha Umno untuk memporak perandakan Pas sememangnya bermula sejak lama dahulu, tetapi usaha itu lebih kepada memelihara Pas untuk menjaga kepentingannya.

Sebelum ini Umno menjadikan Pas laksana sebagai "monyet" atau "kera" untuk memanjat nyiurnya sahaja. Mana-mana nyiur tinggi digunakan "Pas" untuk gugurkan manakala nyiur rendah dipetik dengan tangan.

Dalam kata lain Pas dijadikan barang gadaian Umno untuk kepentingan parti nasionalis itu. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Pas hanya bantal guling Umno di malam sepi.

Apabila Umno mula kehilangan darah yang banyak di era gerakan Refomasi tahun 1999 dan kesan besarnya mulai dirasai tahun 2008 dengan wujud gabungan pembangkang apabila UBN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Dari sinilah menyebabkan Umno cemas dan gelisah.

Umno mula nampak Pas dan menyedari akan menjadi pemain utama dalam gabungan pembangkang dimana kalau ia tidak dikawal menyebabkan Umno akan hilang kuasa dan kerajaan. Maka dengan apa cara usaha dan tektik kena dilakukan segera. Umno bangkit dengan segala tektik dan strategi dengan lebih berani lagi sanggup merompak dan mengirimkan hasil rompakan kepada Pas.

Bertolak dari kesedaran dan kebimbangan itu maka pada tahun 2008 tindakan Umno makin ketara dan agresif untuk menghancurkan Pas. Umno menyedari kalau ia melawan Pas dari luar ia tidak akan berjaya, kerana ahli Pas umpama pahlawan perang Uhud dan Badar, tidak akan berganjak setapak dari medan juang.

Maka bermula tahun selepas itu, 2009 hingga ke hari ini Umno mengubah tektik serangan dan kerja-kerja melumpuhkan Pas. Umno mulai menyusuk masuk ke dalam Pas dan mengaturkan perancanaan dalam muktamar Pas. Umno mula melaksanakan pendekatan berbaik bukan lagi menyerang dan mendera Pas. Untuk ini agen-agen Umno mengenali individu atau pemimpin Pas yang boleh dipanggang dan direbus, mereka bantu untuk diangkat menjadi pemimpin. Mana-mana yang berprinsip dan bijak dihapuskan seperti dilakukan kepada Hang Nadim.

Sebab itu pada tahun 2009 Umno menyokong Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila kedudukannya dicabar oleh Mohamamd Sabu. Umno menggunakan media massanya yang selama ini haram untuk Pas, berkempen untuk memenangkan Nasharuddin. Umno sudah dapat mengenali DNA dalam tubuh Nasharuddin sama dengan DNA nya.

Umno juga menjalinkan hubungan dengan golongan pemuda Pas, menjinakan mereka dengan pelbagai umpan dan tawaran termasuk ke peringkat tertinggi menjadi anggota kabinet.

Malangnya "mancukari" itu kalah. Kekalahan itu menyebabkan Umno memperhebatkan lagi usahanya untuk menghancurkan Pas, kali ini menerusi pihak ketiga yang berupa Ngo berorentasikan Islam yang diuruskan oleh Jakim dan bantuan kewangan dari pelbagai korporat yang menjadi hamba Umno.

Ngo-Ngo ini mula membentuk barisan memainkan peranan menuba pemikiran ahli Pas dan rakyat membawa isu bahaya fahaman liberalise, sosialisme, komunisme dengan mengaitkan Anwar Ibrahim dan DAP adalah pelopornya.

Badan-badan dan Ngo yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan ini menuba dan membawa isu bahaya fahaman itu ke tengah masyarakat sehingga ia akan mengugatkan kerajaan Umno. Politik baharu dan slogan untuk selamat Malaysia dibawa pembangkang juga memberi kesan menakutkan Umno. Dalam masa sama juga dimainkan elemen fahaman komunis, syiah, Kristinasi, ISIS dan sebagainya.

Serentak dengan itu dari dalam pula Umno menerusi agen dan mancukarinya memecah belakan kesatuan dan kepaduan Pas.  Organisasi Pas dihancurkan. Muktamar Pas di Johor, Umno sudah dapat merasakan usaha mereka berjaya bila mana elemen "terrorisme" "fanatisme" sudah wujud dalam Pas dimana, serangan dan kecaman terhadap golongan profesional menggemai dewan muktamar. Akhirnya muktamar pada tahun 2015, di Kuala Selangor cita-cita Umno itu tercapai apabila Pas sudah terbelah dua.

Dan muktamar ke 63 ini adalah kemucak kepada kejayaan Umno itu untuk memisahkan Pas dari kumpulannya, oposisi. Selepas ini Pas akan bersendirian persis anak kambing terpisah dari kumpulannya. Umno akan membaham dan meratah Pas seperti mana serigala akan menelan kambing yang telah dipisahkan dari kumpulannya. Umno akan meratah Pas macam tok arab makan kambing panggang.

Piraum ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi adalah menjadi kubur besar kepada Pas. Sayang Pas belum menyedarinya  masih menganggap lubang yang digali oleh Umno itu dianggap sebagai kolam indah atau sebuah jannah untuk mereka diami, walhal ianya adalah kubang maut.  Trims. [wm.kl.9:13 am 01/05/17] * Perkongsian dari Fb Mso.

28 comments:

abd.jalal Sareh said...

PAS satu2 nya parti islam klu orang islam benci ngan perjuang islam pe nak jadi..fikir2kan la

izz nora said...

Sayang sekali melihatkan kekuatan yang dibina oleh allahyarham nik aziz untuk parti islam ini telah bertukar kepada edisi bunuh diri oleh mereka mereka yang buta tuli.bersandarkan kepada politik matang yang sebenarnya tidak matang persis lagak penjual buah di pasar malam sahaja.

wijaya kezuma said...

Matang dan sejahtera kpd umnobn shj...

An Anonymous said...

Hanya andaian anda shj akan PAS kini di edisi bunuh diri.. sebab kami kuatlah kami tidak memerlukan sesiapa termasuk PH dan Umno utk bertanding pd PRU14 ini.. cer bayangkan jika PAN bersendirian... pasti ke laut lah jawabnya.. cuba lihat bila PAS putuskan tahaluf dgn PKR, punyalah PKR kecewa termasuk MSO.. sepatutnya apa yg perlu diucapkan ialah alhamdulillah tanda mmg PAS tak diperlukan; bukannya ungkapan PAS bunuh diri tanda mula gelabah..

Langkawi Teruja said...

Psai jnih bantah dan ego ni yg susah... X mau dengaq pendapat org... Mn ada kekuatan klau sorang lwn jika dibandingkan dgn berpakat... Bengap

azrul adhar said...

Alangkah bagusnya klw PAS matang & bijak dlm berpolitik..nak berpolitik kena tahu selok belok pembohong

Nur Haniza said...

Pas semakin kuat? Harakah nak bayar gaji Pekerja pun tak mampu akibat jualan merudum. Hutang RM2,000,000. Tu tanda pas makin kuat? Ceh, ego.

Nur Haniza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Semua org tahu Pas menang dan mengambil alih tampuk pemerintahan di kelantan setelah bertahaluf siyasi dgn parti semangat 46. Belum sempat bn bernafas segar zaman reformasi kembali. Fenomena anwar menular dan menyegarkan parti parti pembangkang.waktu ini pas mula membesar hingga ke luar kelantan dengan usaha gigih para ilmuan akademik yg cenderung kepada islam. Para ahli akademik ini dipuja diarak lebai ke pentas ceramah dng pelbagai retorik dan slogan pas for all. Sekaligus mereka mendabik dada pas telah diterima umum bukan khusus unt si serban setongkol sahaja. Ilmuan ini termasuk doktor perubatan sanggup melepas jawatan kerajaan demi sebuah perjuangan islam. Senario ini mendatangkan rasa kurang senang di kalangan ustaz muda yg baru berjinak dgn pas.( mereka yg belum diuji dgn mehnah perjuangan -isa lokap dan seumpamanya ) Mereka merasa pas telah dikuasai oleh golongan sekular. Akan busuk hati dan dengki inilah usaha usaha penyingkiran dibuat dengan pelbagai lebel dan cacian. Situasi yg menguntungkan bn ini dieksploitasi semaksima mungkin sehingga sekarang umum mampu membuat tanggapan bahawa pas sudah bermukah di belakang pintu dgn musuh yg pernah dikafir dulu. Pas kini sudah menta setelah membesar dengan jerih peluh pejuang asal. Sifat angkuh dan sombong berbalut elok dlm serban sebakul. Mereka umpama lupa asal usul tak kala mula. Maka ambo membenar dan amat bersetuju dgn kata abang sayuti bahawa pas sedang menggali lubang sendiri.

nordin Abu Bakar said...

Kita tidak menyokong pas kerana pashadi tidak menunjuk sifat2 murni islam, bnyak mencaci, pembohong, lupa diri, menyokong perasuah sering mengaibkan sesama insan..ini lah perangai huduh yg org ramai meluat dn menyampah kpd pashadi. Tidak ada kena samada sokong islam atau tidak...Pashadi pun tidak mrnunjkuk perangai sebenar pemimpin islam.. wajib bg kita tidak menyokong pashadi

zafian ahmad said...

Memang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Inilah pepatah yang sesuai digunakan kepada Parti Islam Semalaysia sekarang. Kerana angguhnya gulungan ulama hanya mereka saja yang akan masuk syurga, maka gulungan lain yang berniat suci diketepikan. Disinilah bijaknya percaturan UMNO. Sebab itu mereka akan terus memerentah.

Tiga sebab manusia itu hancur 1) Kuasa 2) Wang 3) Perempuan. Bila kita lupa diri, kita dikuasai oleh syaitan.Syaitan menguasai KUASA , menguasai WANG dan menguasai PEREPUAN maka ia membawa keoada kebinasaan kepada individu,persatuan,pertubuhan dan yang lebih besar pada siasah. Parti boleh hancur dan negara juga akan hancur. Yang menerima petaka adalah hamba rakyat yang ikhlas yang mahukan kejujuran kepada pemimpin yang mereka pilih.

Kerana tiga asbab tadi manusia bergelar pemimpin menjadi rosak. Tak kira apa sekalipun latarbelakang pendidikannya.Dunia serba canggih banyak kalangan manusia cakap tak serupa bikin. Islam itu sempurna bila Rasullah wafat harta yang ditinggalkannya hanya dua Alquran dan sunnah. Kenapa kita harus tergelincir demi mengejar dunia yang sekejap dari akhirat yang baqo, Insaflah wahai khalifah di muka bumi ini.

Nur Haikal Levine said...

Pas..parti agah sokmo

Mod arshad Kiloabdullah said...

tak mengapa....cakaplah apa korang suka....masing2 dgn keyakinan dn kekuatan....bagaimanapun Allah telah memberi kita akal utk mengatur kebijaksanaan...klu nak d ikut prinsipnya...segala kekuatan hanya akan d perolehi dgn perpaduan dan kesatuan..jika d lihat analisis kajian ni..99% peluang BN tewas jika PAS bergabung dgn PH...masalahnya besar skrg ialah sukar utk berlapang dada utk bersatu...jika ini berterusan hingga pru14.....insyallah tak lama lagi semua kita akan tahu jawapannya...

matakanan said...

hujan lebat berada ditengah padang (pasti badan basah) jikalau tiada payung. berjalan jalan terpijak tahi lembu (pasti baunya busuk ) tidak muhasabah diri,terus marah pada lembu.......

kusam said...

komen yang syirik..lansung tak ingat pada Allah Taala..

FAKHRUDIN YASOK said...

Harap orang Islam bersatu, tak kira UMNO atau PAS. Musuh sebenar kita adalah orang kafir yg tak mahu sokong perkembangan Islam. Sedarlah wahai org Melayu, ekonomi negara ini telah ditunjangi oleh org kafir. Tak lama lagi mereka sedang menunggu utk menguasai politik pula. Jika mereka menguasai politik dan ekonomi, maka org melayu akan merempat di negara ini. Pada masa itu org melayu akan menjadi bangsa pengemis dan dipijak pijak oleh irg kafir.

MatMinTanjung said...

Tuan Kenapa saya setuju sangat teori umno mahu lumpuh kan pad
Sudah lama saya pasang teori ini. Kaedah hancur dari dalam amat berkesan.

ZRLIFE Advisory said...

Sejarah telah membuktikan ulama politik punca perpecahan umat Islam. Bila Parti sentiasa di ratibkan sebagai agama. Maka umat Islam Akan di sesatkan.

hamz said...

Allah musnahkan kaum terdahulu kerana sikap kaum tersebut, bukan sikap orang lain....jika pas nak musnah, ianya kerana ahlinya...bukan orang lain...wallahu'alam

kjaklsja said...

Memang PAS tak dinperlukan lagi. Umno lah yg terbaik dan parti keramat untuk org Melayu. UMNO dulu koni dan selamanya...

kjaklsja said...

Tapi lagi bahaya kalau lebai pakai kopiah yg bertopeng yg jual Islam. Seperti cara UMNO, nk pesongkan org PAS kena lalu org PAS jugak, makanya kalau nak
Pesong org Islam melalui org Islam jugak. Hancur kita org Islam. Kita tgk negara Arab apa jadi, kita pergi tgk Australia, New Zealand UK org dia baik santun. Walaupun tak Islam tapi baik n santun.
Makanya Islam itu agama utk semua dan terpulang pada yg mengamalkan nya.

Senggara Selangor said...

Harap nama je parti islan. Amalan pas lebih teruk dari yahudi @ nasrani. Zikir harian org pas maki hamun mencarut2 mengkafirkn sesama manusia.

Nobody said...

Republik Islam Iran satu2nya negara Islam kalau orang Islam benci dengan pejuang Islam apa nak jadi... fikir2kan la

Nama je republik islam tapi syiah nak buat apa???

Sama juga nama parti Islam tapi pro syiah perogol dan pembunuh umat ialam sampai berpeluk2 nak buat apa???

Islam tu ikut ajaran yang di bawa Rasulullah bukan syiah!!!

Kalau perompak duit rakyat biaya filem lucah the wolf of the wall street lebai pas bersekongkol dengan perompak itu parti islam ke???

Lain kali kalau dah kaki buat maksiat bertaubat, jangan jahannam kan orang!!! Kan dah jahannamkan diri sendiri!!!

Nobody said...

Harap orang Islam jangan bersatu untuk buat maksiat, tak kira Umno atau Pas. Musuh kita yang sebenarnya adalah orang kita sendiri yang bertopengkan agama dan bangsa. Sedarlah wahai orang Melayu, ekonomi kita telah ditunjangi oleh orang kafir sebab kita bongok, tak sedar diri, tak reti berniaga, lepas tu salahkan orang lain. Dah tau perompak duit rakyat nak sokong lagi buat apa???

Dah tu konon ulama tapi jahannamkan orang sana sini last2 sekali parti sendiri yang jahannam nak buat apa???

Sekarang ni orang Melayu tengah mengemis, kau tak boleh nampak apa hal??? Dah kena pijak dah oleh parti komunis China!!!

Jangan nak seru benda2 bodohlah!!!

matakanan said...

Boleh berkata apa apa pun(pecuma),kenapa (parti komunis cina ) terlihat di mata..membusuk nama malaysia menyusahkan rakyat malaysia,tidak hendak memperkasakan islam....parti mana?????...melayu di susahkan pun parti mana???? . Dalam Al Quran banyak sekali cara telah Allah kalamkan!!! Allah Maha Berkuasa benar..kalam Allah bab berubah ada,ayuhlah berubah daripada pakatan yang berkuasa sekarang kepada pakatan yang baharu.kenapa takut kepada parti komunis cina...wajib takut kepada allah kerana langgar kalamnya...

An Anonymous said...

Begitu juga dgn parti lain..

Mahadi Ismail said...

Salam Tuan MSO,

Masing2 ada pendapat dalam berpolitik. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Politik akan menjadi cara hidup Islam dapat dilaksanakan.

Tetapi dalam keaadan akhir zaman ini fitnah telah menyebabkan umat dunia menjadi huru hara jika kita tidak berpegang kepada prinsip ajaran Islam yang sebenar melalui Al Quran & Hadith Nabi SAW. Islam melarang membawa
sesuatu berita yang tidak pasti, mengaibkan dan dengan niat yang tidak baik.

Ingat akan ada kehidupan yang kekal abadi selepas kita mati. Buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali. Tiada yang sempurna di dunia ini jadi pilih yang lebih baik.

ahn said...

Susah kalau berckp dgn org tak ambil kira sejarah kewujudan pas dari dulu sehingga kini, ckp syok sendiri,tgk la sejauh mana pas blh pegi, yg penting tghh dah hilang satu undi utk parlimen marang