Wednesday, May 31, 2017

Elok pasang papan tanda "masjid ditutup kepada kafir" di Selangor

ULAS ISU

Sivarasa berucap dalam masjid?
Di minggu pertama Ramadhan ini isu paling hangat yang berbara dalam telaga poltik ianya mengenai kunjungan atau keberadaan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa Rasiah dalam sebuah masjid di Selangor untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam. Tindakan Sivarasa itu dikecam oleh setengah umat Islam yang lain,

Ia juga dilihat menjadi serius apabila ada dakwaan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempunyai kuasa terhadap institusi agama di negeri itu marah atau dalam bahasa rajanya sebagai murka dengan tindakan Sivarasa itu.

Kemarahan Sultan Sharafuddin itu tidak dinyatakan sendiri tetapi disuarakan oleh Setiausaha Sulitnya Munir Bani kemudian dipetik dan diecerkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Haris Kasim. .

Begitulah adat raja-raja Melayu, baginda tidak bersuara sendiri menyampaikan sesuatu maksud sebaliknya diwakilkan kepada pembesarnya. Pembesarnyalah yang menzahirkan apa yang dikehendaki atau terkandung dalam diri dan hati raja. Suara Raja menjadi sangat mahal.

Bagi saya peraturan ini pelik sedikit dan sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang. Sepatutnya Raja menyuarakan sendiri apa-apa yang ada dalam dirinya. Jika baginda marah, nyatakan kemarahan itu dengan jelas dan menggunakan kuasa (perioriti) yang ada kepadanya. Biar seluruh rakyat mendengarnya dan tidak mendengar daripada pembesarnya.

Jika ia disuarakan oleh pembesar dan dikutip pula oleh pihak lain, maka akan berlaku salah faham dan salah pentik menjadi perkara yang boleh diselesaikan dengan baik terheret mejadi masalah besar sehingga mencemarkan institusi itu sendiri dan juga institusi yang dipertahankan.

Misalnya dalam kes Sivarasa itu, ada laporan mengatakan beliau mewakili Menteri Besar untuk menyampaikan peruntukan kepada umat Islam berjumlah RM71,000. Sebaliknya dalam pengakuan Sivarasah sendiri dia tidak memewakili MB dan tugas itu dibuat atas kapasitinya sebagai wakil rakayat kawasan itu.

Kehadirannya juga bukan berceramah politik hanya setakat menyampai salam Ramadhan kepada umat Islam sahaja.

Untuk mengelak kekeliruan ini dan apa terjadi tidak diekspolotasi sebagai isu politik, hendaknya Sultan Saharafuddin lain kali bertitah sendiri secara terbuka. Beliau tidak perlu menyampaikan apa-apa yang tidak disenangi itu melalui pembesarnya yang mungkin tersilap faham dan tersilap dengar, apa lagi kalau mereka juga cenderong menyokong mana-mana parti politik.

Dan sekiranya ada peraturan ditetapkan tidak dibenarkan kepada mana-mana orang kafir memasuki ke masjid atau mengadakan apa juga program berdekatan dengan masjid di seluruh Selangor elok pihak berkuasa masjid memasang papan tanda besar melarang mana-mana orang kafir memasuki ke dalam masjid tanpa mengira siapa mereka.

Jika ada papan tandan begitu maka ia jelas dan mudah untuk difahami. Jika ada larangan itu tetapi ia masih berlaku maka wajar di pelakunya dikecam habis-habisan. Kesilapan atau kesalahan seperti dilakukan oleh Ahli Parlimen Subang itu sehingga beliau dikatakan biadap dan mencemari kesucian masjid tidak akan berlaku lagi.

Adalah tidak adil menghukum Sivarasa atau mana-mana kafir yang masuk ke dalam masjid kerana mereka tidak diberi maklumat yang tepat dan jelas mengenai larangan keras ke atasnya.

Mereka tentu sekali beranggapan masjid seperti juga seperti rumah-rumah suci agama lain, seperti Gereja, Tokong, Kuil, Temple, atau sebagainya yang mana ia bebas dan boleh masuk keluar oleh sesiapa termasuk juga orang Islam. Atas pengetahuan sebegitu maka orang seperti Sivarasa itu akan ikut berada dalam masjid kerana kurang memahami adat dan peraturannya.

Apa lagi mereka mungkin mendengar dari fatwa dari sebahagian orang Islam lain (ilmuan) yang memberi tahu mereka Islam terbuka dan masjid adalah perlindungan kepada bukan orang Islam sahaja, tetapi kepada orang-orang kafir juga. Atas fahaman dan maklumat itu mereka berani masuk ke masjid apa lagi ia ada mengena dengan urusan langsung dengan umat Islam.

Saya yakin kalau larangan itu dibuat dengan jelas dan nyata, Sivarasa tidak akan berada dalam masjid, meminjak sejadah dan sebagainya kerana dia tentu tahu macam mana menghormati dan menjaga sensitif agama umat agama lain. Sivarasa bukan pandir dia seorang berpendidikan dan profesyennya sebagai lawyer.

Hendaknya selepas ini bagi tidak mengulangi apa yang berlaku, semua masjid di Selangor atau apa-apa institusi yang berada dalam kuasa Sulatan di pasang papan tanda besar melarang orang kafir daripada memasukinya. Dan jika perlu mungkin satu enakmen boleh digubal untuk menghukum mana-mana orang kafir yang engkar dengan seberat-besar hukuman.

Kalau kita yakin Islam dapat ditegak dan keangungan dicapai dengan cara itu, nah lakukan. Dan mengenai Selangor ini tidak menghairankan kerana suatu masa dan suatu ketika dahulu pintu masjid dan surau-surau di seluruh Selangor pernah ditutup rapat untuk para ustaz dan penceramah Pas. Hatta arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah dihalau dari memasuki sebuah masjid atau surau di Selangor untuk menyampaikan ceramahnya.

Jadi kalau kemasukan Sivarasa dan orang bukan Islam lain ke dalam masjid di Selangor dikecam sampai oleh Sultan sendiri ia bukan sesutau yang pelik dan ganjil, cuma apa yang kita mahui biarlah ia dibuat berperaturan dan bukan kerana sentimen politik.

Kita bercakap tindakan larangan itu untuk tidak menjadikan masjid dan surau sebagai bahan dan alat politik, walhal cara dan tindakan double stardard kita lakukan dalam sesetengah perkara itu jelas ia menunjukkan tindakan politik. Apakah itu bukan munafik?

Dan kepada orang politik tidak beragama Islam usahlah menggunakan masjid untuk kepentingan politik. Cari tempat dan ruang lain. Percayalah kalau anda ikhlas, jujur dan kompeten dengan tanggungjawab, sokongan anda tidak akan lari ke mana.

Belum tentu mereka yang diberi ruang menggunakan segenap inci masjid untuk kepentingan politik mereka mendapat dokongan rakyat. Sesungguhnya mereka menggunakan masjid untuk berpolitik dengan gaya apa sekali pun, dengan kebenaran dan diberi tauliah menyampaikan kuliyah adalah munafik. [wm.kl.3:55 pm 31/05/17]

7 comments:

Zainal Yusof said...

Setuju dgn pandangan Tn Haji.
Kebelakangan ini Islam di Malaysia mengundur kebelakang. Dengan berlaku tampar menampar , menghalang KM P.Pinang berbuka yg rerjadi di bulan mulai membuat berfikir apakah Islam masjid hanya utk orang Islam saja ?
Bukan senang utk menyuruh org bukan Islam pergi berkunjung apatah lagi masuk ke dalam masjid. Saya per ah lihat budak cina memegang tangan cara buddha mulut kumat kamit semasa melintas musolah . Maknanya kalau suruh masuk masjid tidak sesekali. Jadi jika bukan dtg berbuka puasa atau dalam masjid tentunya ini satu DAKWAH ysng santai.
Apakah kita mengharap bukan Islam tekan tv1 dengar Forum Perdana sebagai platform dakwah yang ampuh ?

Mali Muyung said...

Untuk makluman masjid Baitul Rahman Kg Sg Damit Tuarsn bskal menerima kunjungan MPbP 170 pada 4/12 ni. Sudah tertera d atas papan kenyataan.Boleh pula dia dtg walaupun beragama Kristian.
Mungkin kerana,dia dari komponen BN, its OK kot.
Mcmana kita nak daulatkan agama kita kalau soal kecil begini pun jadi isu.
Bulan April yg lalu saya solat magrib n Isya d Masjid Kapitan Keling Penang.2 org putih maduk ke dlm masjid tapi d beritahu secara hurmat supaya meninggalkan dewan.
Bayangkan reaksi meteka kalau d handle secara keras.
X tau lah apa nak jadi dgn Msia ni.

mahligai seni said...

Perkembangan politik tanah air dalam beberapa waktu yang mutakhir ini mula memasuki ruang ketidakmatangan. Saya risau semua perkara ini akan menjerumuskan negara kita ke kancah pertikian agama dan perkauman yang nanti apinya sangat sukar dipadamkan. Oleh sebab itu kepada para pemain politik tidak kira daripada "team" yang mana sekalipun, hentikankanlah cara anda semua bermain politik seperi remaja nakal ini. Kepada orang Islam, silalah beringat-ingat sedikit. Malulah sedikit kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Kepada orang bukan Islam pula patuhilah ajaran agama masing-masing. Kepada yang selalu merancang "menangguk di air keruh" ingatlah bahawa hari ini anda menangguk, esok lusa pihak lawan anda pula yang menangguk. Kamu akan sentiasa berada di jurang persengketaan. Hidup kamu tidak akan tenteram. Lihatlah isu ini dengan jiwa besar. Jangan kamu menjadi alat kepada kepentingan pihak yang telah lupa akan ajaran agama. Ingatlah bahawa semua ini akan dihitung di rumah keadilah Rabbul Jalil.

kluangman said...

Soal kehadiran yang bukan Islam di dalam masjid, samada tanpa ucapan atau ada ucapan, Elok kita tidak merujuk kepada peraturan manusia atau pandangan peribadi.

Rujuk pada Al Quran dan sunnah, tanya pihak yang ariff untuk menerangkannya.

ahmadyani said...

Cara mudah adalah memasang khemah di perkarangan masjid dan buat majlis di situ. Tidak perlu sampai ke mimbar masjid. Cara mudah yang tidak menimbulkan kontroversi ada, kenapa mahu buat kerja yang 'susah'.

Karim Omar said...

Bukan orang kapir ja..orang islam pun yg menentang RUU355 depa xbg masuk masjid..inilah akibat jika PAS bersendrian..mcm2 hukum depa buat..peninggg

UNCLE RAMLI said...

Cadangan hamba yg mulia agar 'Papan tanda Masjid ditutup kepada kafir' digantikan dengan 'Papan tanda Masjid ditutup kepada mereka yang anti-UMNO atau anti istitusi Raja2 Melayu'.
Sebelum ini dah ada ramai yg 'kapir'menjejaki dewan masjid, tak menjadi isu kerana mere ditanggapi tidak bersikap anti-UMNO atau raja2 Melayu.
Kafir bererti tidak percaya atau ingkar dengan akidah agama masing2. Kafir bukan bermakna mereka bukan Islam Melayu. Lagi pun siapa sebenarnya yg boleh menghukum seseorang itu kafir atau tidak?