Monday, January 31, 2011

Dikir Politik

Kekalahan Di Tenang,
Abdul Hadi Kena Semak Diri Sendiri

KEKALAHAN Pas dalam pilihan raya kecil Dun di Tenang sekali lagi memberi ilham yang sama kepada Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk berkomenter 'bernasab nasib' di samping membuang kahak lama yang berlendir di tengkuk. Katanya Pas akan merangka strategi berkesan dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin ketelusan pilihan raya.

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.

Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan. Alasan klise itu juga sebagai menjustifikasikan keadaan untuk tidak menampakkan Pas terus berladum dalam kebebablan pak pandir.

Saya rasa kenyataan dan azam begini sudah lama dilakukan Pas. Dan Hadi sendiri sudah bergantang gantang membuat kenyataan persis itu, tetapi hasilnya tidak ada apa-apa. Pas tetap menempuh pilihan raya tanpa berkesan. Pas tetap bermain atas padang tidak sama. Pas kena tipu hidup-hidup. Kenyataan Hadi setiap kali berlaku pilihan raya samalah dengan suara pahat sumbing yang akan berbunyi selepas rumah siap. Komenter 'nasab nasib' Hadi nilainya tidak lebih dari itu.

Ironisnya kalau Pas menang istilah berat sebelah, tanah tidak rata, tidak akan timbul. Tetapi apabila Pas kalah maka bergemalah istilah dan hukum berkenaan. Sebelum ini bukan Pas tidak menang, menang. Di Bukit Gantang, Kuala Terangganu, Manik Urai...Pas memang namun di sini tidak tidak pula ada alasan dan istilah itu dikeluarkan Hadi itu.

Selalu cakap Hadi stretoip tidak berubah irama dan lagunya. Tenguklah setiap kali dia menjawab pertanyaan wartawan satu word yang tidak pernah ditinggalkan ialah perkataan "kolektif". Misalnya kalau wartawan tanya apakah Pas sudah membuat keptusan bla... bla, Hadi akan jawab, kita akan putuskan secara kolektif. Perkataan ini sudah sinonim dengan Hadi.

Dalam perhatian dan ingatan saya sejak jadi Presiden, Hadi sudah sebut perkataan itu lebih 100 kali. Kolektif kolektif dan kolektif. Nampak sangat bila berdepan dengan wartawan Hadi tidak mampu membina ayat atau perkataan baru melainkan terpaksa menggunakan patah-patah yang lesu dan basi.

Apabila berdepan dengan wartawan menampakkan kekakuan Hadi sebagai seorang presiden yang resah, gelabah dan tidak tenang, jauh dari profesional. Dia cuba hendak bercakap dan mematahkan pertanyaan wartawan tetapi aksinya tidak mengena sebaliknya melambangkan kelemahan beliau. Ini dapat dilihat pada bahasa badannya.

Sebab itulah kalau perasaan, apabila ada Mustapa Ali disisinya dia akan berpaling ke arah Mustafa dan kadang-kadang Mustafa yang tolong menjawabnya atau memberi klu. Ini sudah lama berlaku dan jika berterusan saya bimbang Mustafa akan menjadi presiden de-facto kepada Pas. Sikap dan pembawaan ini juga menyebabkan wartawan tidak seronok apabila berdepan dengan Hadi.

Begitu juga dengan kenyataan terbaru Hadi berhubung kekalahan Pas di Tenang itu. Katanya Pas akan mengkaji pendekatan yang berkesan. Apakah pendekatan itu? Apakah perlu Pas kalah 1,000 kali baru nak kaji dan nak impliment ketegasan yang dikatakan itu. Hadi hanya mengeluarkan kenyataan saja tetapi tidak pernah ada tindakan ataupun fiilinya.

Ia tidak diikuti dengan tindakan dan strategi untuk menjadikan pilihan raya sebagai berkesan. Tindakannya juga tidak memberi bekas lantaran itu SPR boleh terus berbohong dan menipu rakyat khasnya Pas? SPR sedikitpun tidak peduli dan merasa bersalah atas keburukan dan kebusukan dilakukan.

Ini bermakna suara Hadi tidak memberi apa-apa impak. Suara Hadi tidak berwibawa dan tidak menakutkan. Hadi kena faham akan kelemahan dan ketawaran air liurnya ini. Beliau harus melakukan sesuatu. Paling penting Hadi kena sedarkan diri kalau dia sudah tidak berwibawa, tidak ada umpp... sebagai presiden maka beliau harus bersiap untuk berundur secara terhormat. Hidup dalam angan-angan samalah kita tidur dalam perahu yang sedang dihanyutkan air entah ke mana?

Kalau Hadi menyedari ini maka dia sudah tidak bercakap lagi hal-hal untuk mengesankan pilihan raya atau tidak usah meminta pilihan raya bersih lagi kerana ia tidak memberi apa-apa kesan. Sebaiknya beliau kena bertanggungjawab atas kegagalan itu. Beliau bukan saja tidak perlu bercakap tetapi berhenti menjadi presiden Pas. Bagi Pas tidak ada gunanya kalau ketuanya tidak dapat melakukan sesuatu kepada organisasinya, melainkan ia merugikan masa saja.

Apakah sebelum ini Hadi sudah mengarahkan parti membuat penilaian dan tindakan ke atas masalah ketidakadilan pilihan raya itu? Kalau sudah, apakah parti tidak melaksankan arahanya? Kalau iya ini bererti Hadi tidak ada wibawa. Beliau tidak dihormati. Maka wajarlah kalau Hadi memahasabah dirinya sendiri sebagai presiden Pas. Bercakap dalam gelap kepada batang pokok adalah kerja sia-sia dan menampakkan akan kelemahan kita.

Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?

Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?

Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.

Sehingga ini saya tidak nampak Hadi bertanggungjawab atas kekalahan itu. Tanggungjawab atas kekalahan Pas di Terangganu saya kira sebahagian dari amanah yang perlu dilaksanakan oleh Abdul Hadi . Jadi kalau setakat hendak buat, hendak kaji dan hendak itu dan ini ia tidak akan sampai ke mana. Samalah ada hajat nak berhenti tetapi tidak berbuat begitu.

Bagi saya tidak ada warnning kedua lagi dalam hal ini kepada Presiden Pas itu. Dengan kelemahan yang ketara dari berbagai aspek termasuk ketidaktegasan dalam bicara dan keputusan, beliau harus melakukan sesuatu sebelum sesuatu menimpa ke atas dirinya. Apa guna hidup subuh kalau bernaung di bayangan pokok besar lain? [wm.kl.11:33 am 01/02/11]

40 comments:

Ahmad Hakimi Othman said...

Jika tenang jadi ukuran.. artikel ini boleh dibahaskan lagi..
PAS sentiasa memperjuangkan demokrasi yang telus dan adil..

Politik ISLAM bukan mutlak mengikut persepsi Politik Demokrasi..

cabaran TGHA sebagai presiden amat besar.. dengan jelasnya wujud beberapa fikrah dalam PAS yang menyebabkan ketidakselesaan dalam jemaah..

kalau ikut cadangan pak MSO.. kena ubah kepimpinan.. itu hanya telahan aqal..
siasah Islamiah tidak lari dalil fiqh Nusus(dalil)...

Keberadaan TGHA atas kerusi presiden adalah kerana Berpegang Pada Amanah..
Kalau TGHA stepping down kerana desak-desakan tanpa meneliti dalil Quran dan hadis..

alamatnya.. ribut yang lebih besar berlaku..

Jika Politik terengganu 2004/2008 mahu dijadikan ukuran dan mahu report terbuka..

apakah pak MSO baru berada dalam dunia politik??
haruskah dibuka secara public rahsia2 laporan??

Menjaga sensitivitu pengundi terengganu untuk PRU akan datang juga perlu..
cukuplah post mortem diketahui oleh ahli-ahli strategi yang dilantik..

Pada 2004.. kelantan bernasib baik untuk bertahan.. dan Alhamdulilah.. momentum 2004 dapat diselamatkan dengan kelemahan pak lah 2008..

Strategi Pilihan raya adalah rumit..
bukan main cakap je..
menguruskan daftar pemilih bukan kerja seorang dua..

itu.. kadang2.. bosan juga baca ulasan pengulaas politik ini.. kadang2 tak pijak tanah.. tapi adakalanya.. bagus jugak..
cuma kena adil dalam menilai.. dan memberi sudut kefahaman agama.. kerana Politik ISLAM ialah politik untuk mengembangkan dakwah..

karl said...

Salam,

teruk gayanya menghentam Haji Abdul Hadi kali ni. nampak macam dah lama simpan geram je.

firdaus said...

sependapat dengan sdr. Ahmad Hakimi.. memang kadang-kadang pendapat pengulas politik ini merimaskan dan tak berpijak pada bumi nyata

sekiranya nak dikatakan berpijak pada bumi yang nyata ianya boleh disimpulkan pihak SPR yang tak pernah rasa bersalah sekiranya mereka berpihak kepada UBN secara halus mahupun terang-terangan

maklum sajalah dah nama politik diamalkan pula secara 4C.. demokrasi itu kosmetik realitinya kuasa dalam tangan mestilah dirampas dan dipegang semahu-mahunya langsung membelakangkan hak dan suara rakyat...

dalam hal ni karisma seseorang ahli politik dalam memberi kesan kepada pengikut dan rakyat bawahan menjadi penentu

munculnya kmp. erdogan atau liberal dalam PAS menentukan hakikat itu...

kesimpulannya Johor adalah kubu kuat tegar UMNO dan tak melampau dikatakan dulu kini dan selamanya.. ia berlainan dengan di Kelantan boleh jadi subuh dan sekejap saja boleh jadi pagi...

kesimpulan saja... Wallahualam...

muzafar said...

jangan harap semua orang ikut cara kita mau, kita sama-sama berbeza yang penting matlamat

zul said...

Berkatalah Benar Biarpun Pahit, Yg Manis Tidak Semestinya Madu, Yg Pahit Tidak Semestinya Ubat.... Bravooo MSO...

Hishamuddin said...

Salam..

Bahasa tuan kali ini amat keras dan penuh kejian. Rasanya kurang tepat kalau perkataan bodoh di gunakan pada ulama yang tinggi ilmu agamanya. Saya rasa ilmu agama yang ada pada TGHA jauh meninggalkan apa yg tuan ada. Sedikit sebyk kita patut ada perasaan hormat pada dia. TGHA pun manusia, tidak semua perkara yang dia buat itu cekap. Yang pasti tiada bukti dia terpalit ngan kes rasuah dan maksiat lain. Janganlah kecam sampai begitu sekali. Ibarat marahkan nyamuk kelambu di bakar. Tulisan tuan saya perhatikan tuan lebih byk perasaan tidak puas hati pada Mustafa Ali, tapi di hentam sekali Presiden. Kalau tuan berniat baik, apa salahnya berjumpa dengan TGHA, sepertimana tuan bersua muka dgn Zaid Ibrahim..luahkan apa yang terbuku di hati tuan. Saya yakin ayat tuan tidak sekasar ini seandainya tuan meluahkan sendiri di depan TGHA. Apa niat tuan sebenarnya? Atau tulisan tuan kali ini ada tuan lain yang menyuruhnya?

Ulama itu pewaris nabi. Elok kita menjaga kata ketika berbicara ttg ulama. Melainkan tuan tidak mengiktiraf TGHA itu seorang ulama itu saya tak tahu lah. Nak hentam najib saya tak kecik ati sgt, sebab dah mmg byk terpalit dgn kes-kes yg kita sedia maklum.

Yusri said...

kalau lah di takdirkan pakatan menang. Dan Pas jadi parti dominan. Manakala Anwar di dapati bersalah..TGHA bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi PM.Mungkin 20 tahun lepas ya, tapi untuk masa sekarang sangat tidak sesuai. Kerana beliau di lihat lemah dalam membuat keputusan. Selalu berpatah balik dalam keputusan. Contohnya dalam isu kerajaan perpaduan..dia berundur semula dngan pendiriannya seolah olah takut dengan pendirian sendiri.

ABE JO HIJA said...

lain mcm je..tuluisan MSO kali ni...jangan berlebih dahlah...kami tidak fanatik pada pemimpin tp...biarlah beradat bila mengulas tentang org berilmu...apakah MSO dah puashati dgn ulasan mcm ni...@ nak mencari sesuatu pada pihak lain...

magn said...

salam pakcik MSO

saya ahli pas yg aktif.sememangnya ramai ahli di cawangan saya sependapat dgn tuan,masalahnya bila tiba di kawasan,kami kena lecture panjang.PAS perlukan strategi yg lebih modern dan berstrategi.presiden harus di tukar tetapi bukan ust nasa,ramai cadangkan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

nik aminuddin said...

Salam

Saya anak Terengganu. Saya setuju dengan sebahagian saranan Tuan MSO.

Melalui pemerhatian saya yang tidak seberapa ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHAA) dikelilingi oleh tenaga-tenaga lama yang sudah kehabisan ideal atau kekeringan ideal. Tenaga-tenaga inilah yang banyak memberi nasihat yang tidak berapa relevan dengan keadaan semasa...Hj Mustapha Ali, Hj Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Bagi saya, bagi lah peluang kepada tenaga-tenaga baru...suntikan ideal-ideal baru....bukan setakat momokan-momokan baru.

Sekian.

Nik Aminuddin

ryzam said...

ya pembangkang kena cari kelainan, sentiasa menyalahkan pihak yang menang tidak akan pergi kemana ..

zon hijua said...

trend perjuangan rakyat sekarang adalah lebih kepada mcm mana rakyat nk survive dlm keadaan ekonomi yg sukar skg nie...dgn taraf hidup yg semakin meningkat,harga barang yg semakin naik..kadar penduduk semakin bertambah tetapi gaji mereka hanya naik sedikt shj berbanding taraf hidup yg semakin meningkt nie...
sepatutnya penumpuan Pas sekarg nie kpd org2 Melayu Islam sekrg nie..jgn fikir nk dpt sokongn Cina, india..satukan org2 melayu islam dulu..buktikan pas bole membela org melayu islam,menyelesaikan mslh sosio-ekonomi org2 melayu islam..bekerjasama dgn ngo2 yg memperjuang org melayu-islam...
jgn gadaikan maruah melayu-islam disebbkn nk dapat kuasa politik...
saya risau sikap nik aziz yg selalu nk menghalang perpaduan di kalangan org melayu-islam..apa salahnya org melayu-islam bersatu padu??ketepikan agenda politik kepartian msg2...hakikatnya,sikap politik Nik Aziz sudah tidak lagi relevan dan perlu DIUBAH jika nak lihat org melayu-islam kembali kuat di tanahnya sendiri..tolong sampaikan hal ini..minta S/U politik Nik Aziz main peranan..

ahmadnafiah said...

Dalam hal ini saya berpendapat yang lama mesti dihormati dan yang muda pasti dikasehi, dudok dimeja bulat cari fermola yang terbaik untuk parti kita,kalah menang perkara biasa,lawan tetap lawan

harmza said...

teringat kata seorang rakan, katanya TGHA ialah PAK LAH versi Pas..

nursyahira said...

Salam Tuan MSO,

Kelemahan paling ketara didalam PAS malah disini pun dapat kita lihat apabila secara umum beranggapan seorang ulamak itu immune atau kebal dari sebarang teguran & kritikan sedangkan teguran & kritikan itu merupakan satu kewajiban.

Saya kira tuan telah menjalankan kewajiban tuan dengan baik.

Wassalam.

SyaWas said...

pak mso marah sbb presiden bukan satu negeri dengan dia,kalau betul gentelman pergi jumpa ngan TGHA dan minta TGHA letak jawatan,siarkan intiview dengan TGHA dalam siasah...walaupun pas kalah di terengganu pada tahun 2004 tetapi rakyat terengganu tetap respect dengan TGHA sbb berjaya menggubal undang2 tubuh negeri...hanya org terengganu saja yg tahu punca kenapa pas kalah masa tu,pak mso hanya org luar yg tidak tinggal di negeri terengganu

anuar said...

Saya merupakan orang terengganu pun amat bersetuju dengan komen tuan MSO. Jangan kerana kita terlebih hormat dan sayang kepada seseorang pemimpin maka segala kesilapan dan kelemahan dia kita dok telan dan diamkan sahaja. Jika keadaan ini dibiarkan lambat laun, parti kita akan musnah dan dipinggirkan oleh rakyat.

Sifat alim sahaja belum cukup untuk menjadikan seseorang itu pemimpin yang berkesan. Kelemahan diri TGHA diambil kesempatan oleh perasit parti (beberapa orang pemimpin veteran PAS Terengganu yang maha sombong dan angkuh)yang menyebabkan parti menjadi lemah dan terus lemah...

ore KT

Shamsharil said...

Salam, macam ada yang tak kena. Rasanya tentang kenyataan atau kewibawaan, adakalanya tokoh lain dalam PAS juga tidak terkecuali, TGNA juga pernah terkhilaf.

Angin Muktamar dah bertiup ke?

Excel Bindery said...

kekalahan di hulu selangor :

Anwar perlu semak diri sendiri..

1)tolong jangan buat janji seperti 16 disember lagi!
2)jangan bagi orang lihat anda bodoh dengan memilih calon2 pilihanraya yang terlalu 'genius' seperti zul nordin!
3)pemilihan parti pun macam 'bodoh', macam mana la orang nak bertambah yakin!

hasan

diariseoranglelaki said...

saya setuju sgt dgn pandangan MSO dlm hal ini...sebagai anak jati terengganu sy sudah melihat permainan politik PAS sejak 1986..PAS masih gagal memikat hati pengundi berusia 50an keatas..mungkin ada silap pendekatan di awal 80an yg menyebabkan perkara ini berlaku...demografi TErngganu lebi kurang sama dgn Kelantan tetapi PAS berterusan gagal di TRG..cuba renung2kan...

Wan Aimiubaidi said...

Seorang pemimpin adalah manusia bukan nabi. Apakah mereka boleh menjamin seorang manusia yang mereka rasakan hebat itu tidak akan melakukan kesalahan.
Mengagung-agungkan manusia bukan cara hidup yang diajar nabi. Peminpin boleh naik dan turun. Cubalah baca banyak sedikit tentang jatuh naiknya seorang pemimpin. jangan banyak bersembang sahaja.
Khalid alwalid yang hebat dizaman nabi pun pernah "diturunkan" ditengah-tengah kemasyhurannya kerana bimbang ia menjadi keyakinan kepada sebahagian besar umat islam diwaktu itu "tiada khalid islam akan kalah". Apatah lagi pemimpin yang lemah kepimpinannya.
Yang boleh dibesarkan dan diagungkan hanyalah Allah, pencipta manusia, bukannya manusia.
Berapa banyak kelompok yang hancur kerana mengagungkan pemimpin mereka walaupun atas nama agama.
Rasionallah sedikit dalam membaca komen orang lain jangan terlalu bersentimen. Walaupun ramai orang boleh mengutuk tapi sedikit pandai mengkritik.
Banyakkan membaca dan mengkaji perjalanan hidup nabi dari sumbernya yang sahih terutamanya sunan sittah dari guru2 hadith, supaya luas pandangan kita dalam melihat dan menangani masalah umat.
... saya boleh bersetuju dengan MSO

Ibnu Ihsan, Terengganu said...

Salam,

Walau marah dan tidak puashati sekalipun, gunalah bahasa yg lebih bersopan terhadap seorang Tua, Tok Guru, Pendakwah dan Pemimpin kita.

Bahasa Melayu kita kaya dengan perkataan yang baik-baik untuk menegur seseorang lebih-lebih lagi orang yang banyak berjasa kepada agama yang suci ini.

Jangan cemarkan imej blog saudara MSO dengan menurunkannya ke taraf picisan seumpama anak-anak muda yg hangat darahnya serta baran lakunya.

Wallahuaklam.

Rozana said...

Kalau TGHH seorang ulama berilmu tinggi, baik dia pegang jawatan Ketua Dewan Ulama ataupun timbalan mursyidul, kerja-kerja eksekutif, strategi dan siasah bagi kat muka baru yang dipilih secara demokrasi selepas disenarai-pendek secara syura.

Rillink said...

Assalam
Ulama bukan pandi dalam semua bidang...ada juga kebodohan dalam bidang tertentu.Dalam politik panglima perang saraf amat di-perlukan dan saya secara peribadi tidak nampak perkara ini ada pada TGHA.

zahidyusof said...

Bravo MSO, aku ada jugak ambik kira penulisankamu sebelum ini, tapi bila baca artikel ini rupanya kamu ini seorang yang makan sebelah...aku cuba cari jugak kalau ada artikel kamu yanghentam anwar apabila anwar gagal untuk kawal 9 MP PKR yang keluar PKR.....tak ada pun...

Rupanya kamu ni tahi anwar yang sedang berusaha untuk menjatuhkan TGHH, kalau kita ada perangai syaitan dalam diri...tak payah nak berlagak betul...kalau TGHH guna pendapat sendiri kamu akan kata ooo presiden PAS apa ni diktator...sepatutnya kolektif...

Berkenaan dengan Kejatuhan PAS Terengganu 2004 ...aku rasa kamu tak payah cakap la...kelantan dapat ehsan 20juta satu negeri pun Manik urai hampir kalah, galas terlepas.....oooii kamu tahu ke tak kalau takat 20 juta tu. TRG padan 1 dun je....

Aku rasa kamu kena berkomor mulut kamu ....bodoh-bodh TGHH paling kurang dapat kawal Ahli Parti dia sendiri...cerdik-cerdik tuhan no 2 kamu tu...ahli sendiri tak leh kawal ada hati nak jadi PM...boleh jalan la...

Akhir sekali beringatlah bila mencaci ulama, beringat bila membodohkan ulama'...kemudia suluh setakat mana diri kita tu dulu.... aku nampak kamu masa penamaan calon Tenang baru ni...cuma tak masuk dekat la, tengok muka pun macam keling mabuk todi...tak tahu la lepas ni...kalau jumpa pun aku bagi penampar je kot

Sarjana said...

Tuan,
ada baik dan buruknya tulisan tuan ini. Baiknya kerana tuan ikhlas menegur PAS atau lebih tepatnya TGHH. Buruknya, bahasa yang tuan gunakan tidak sesuai dan tidak sopan terhadap TGHH. Mohon jangan diulangi lagi.

mat said...

Salam,

Ya adakah TGHA layak memimpin hingga keperingkat antarabangsa jika PAS memerintah Malaysia?

Peringkat Rusila mungkin,

Adakah Karisma dan intelektual TGHA sampai ke garisan pemimpin international?

Banyak lagi tokoh yang boleh diketengahkan jika di beri peluang.

seli said...

Saya akui TGHA ada kelemahan dalam kepimpinannya.itu lumrah sifat manusia...tp jgn hany dgn secebis kelemahan itu kita terus nilai dan hukum kpimpinan beliau...kalu lah tuan mso ckp takde pembaharuan di zaman TGHA, kita jgn lupa di zaman beliau lah Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan dan ilham nama Pakatan Rakyat itu beliau yang ilhamkan..Dewan Himpunan Penyokong PAS juga berjaya direalisasikan di Zaman beliau sedangkan idea ahli bersekutu telah pun dicetuskan sejak tahun 90-an lagi...berkenaan idea Kerajaan Perpaduan itu suatu idea yang sangat baik dan diakui sendiri oleh pakar-pakar akademik, tetapi oleh kerana iamenimbulkan polemik dalam Jamaah TGHA lebih mengutamakan keutuhan Jamaah berbanding gagasan yang beliau sarankan...gagasan Negara islam yang TGHA timbulkan, walaupun menimbulkan pertentangan di awal kepimpinan beliau, tapi kini ia sudah boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam..buktinya pada PRK Tenang, walaupun cuba di mainkan oleh MCA ia tidak mengalihkan pengundi cina...ini bermakna PAS berjaya meyakinkan pengundi bukan Islam bahawa Negara Islam bukanlah Negara teokratik speerti yang diwar2kan UMNO.

Anonymous said...

setuju kalo presiden berundur.

bagi ust nasa jadi presiden & husam jadi timbalan presiden - mesti ada umphh

Nor Hasin said...

Saya lihat tidak ada cacat celanya dengan ulasan MSO terhadap TGHH.. Kritikan untuk membina supaya PAS terus maju dan menjadi sebuah Parti yang disegani oleh kawan dan lawan.. Kalau tak penulis atau penganalisis politik yang bagi teguran, siapa lagi yang berani tegur presiden? Nak harap Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS yang bagi nasihat? Jauh panggang dari api lah...

Tak peliknya MSO komen mengenai TGHH, malah TGNA pun MSO hentam juga kalau tak betul. Pada saya tiada istilah kenegerian dalam ulasan MSO. Beliau bukan taksub (Assobiyah) dengan negerinya sendiri...

dppjohor said...

TGHH pernah sebut dalam ucapannya. Kenapa masa Zaman Ust Fadhil tak berlaku mcm ni. TGHH berkata sbb semua AJK dan pemimpin Pas Pusat macam aku. Apa yg berlaku sekarang, semua pemimpin Pas macam kamu (merujuk kpd orang yang bertanya dan boleh juga merujuk kpd MSO)

Mr.Lang said...

kasar demo mso....
clupar bedo'oh ni...
ulama' tu abe...nak tegur bulehh...tapi bia gok ado adab...demo ni kure hajar doh ni...

zul said...

Tahniah MSO ... tulisan ini mungkin antara terbanyak mendapat komen drp pembaca Merah Tinta. Sekilas pandang, apa yg tuan cuit @ tegur TGHH secara ikhlas telah menyebabkan pemuja TGHH melenting. Seolah2 mereka ini serupa pemuka Umno yg memuja Dr M suatu ketika dulu... akhirnya Mahathir lemas dan hanyut dlm pujian... Rakyat dah makin celik, apa yg pemimpin ucap, baik umno / bn hatta PR...semuanya dinilai. Saya cukup bersetuju dgn sdr bila menegur Hadi mmberi alasan lapuk bila PR kalah praya.... serupalah ada pemimpin beri alasan bot polis, spr tidak mengambil penyokong PR sebab itu kalah. Sejak bila SPR/Polis bantu PR ? Ini salah satu contoh alasan lapuk ....

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam Tuan MSO.
Apa matlamat Tuan MSO hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
[1] Ini persoalan rahsia hati. Tetapi ingat, untuk berlaku adil adalah suatu yang sukar kerana ianya ciri-ciri ketaqwaan.
[2] Cuma kalau ada unsur-unsur "hanya nak tengok reaksi" maka ianya suatu permainan bahasa yang merugikan semua pihak.
[3] Harapnya bahasa 'kolektif' itu bermaksud 'syura dalam Islam'. Tentu suatu kebaikan yang tiada tolak bandingnya jika menegakkan 'syura' dalam suatu dunia yang penuh dengan fitnah ketika kebanyakan manusia cenderung untuk menjadi 'diktator'.
[4] Terlampau yakin dengan pandangan peribadi sehingga menolak syura pun boleh menjuruskan kepada 'kediktatoran' dalam pemikiran.
[5] Kesan yang merugikan ialah bilamana golongan yang menentang golongan ulamak bergembira dengan pandangan Tuan MSO kali ini.
[6] Lautan politik adalah suatu lautan yang luas dan dalam...Yang terbaiknya Tuan MSO bersembang dari hati kehati dengan TGHH seperti Tuan MSO rapat dengan TGNA untuk sama-sama menyelam dalam lautan politik dengan segala kepakaran masing-masing.
[7] Tentunya Tuan MSO tidak akan mengatakan perkataan yang tidak menggambarkan keISLAMan dan keMELAYUan jika bersama bertentang mata didasar lautan politik bersama TGHH.
[8] Ingat !!! seorang pemimpin yang ulamak dan sebaliknya, Allah S.W.T. tidak samakan bimbingan dan petunjuk antara mereka kerana tentunya ulamak punya kepakaran untuk merujuk wahyuNYA dan sabda RasulNYA S.A.W.
Wallahu a'lam... Mohon mengutarakan sumbangan dengan keizinan Tuan MSO. JazakalLahu khairan.. Wassalam

mufara said...

salam MSO..sy teringat kisah saidina ali dan puak khawarij.. =)dan ini cadangan sy pd MSO, 1-pergi jumpa ust hadi sendiri close talk@slow talk dgn dia, bentangkan semua pandangan MSO pd dia(cr ms yg terbaik),2-tak salah menegur, tp kita sbg ahl J kena beradab la skt, dlm penulisan umum k, kl face to face kata berat2 pn tkpe, ini secara umum tp kita duk bawa perkataan yg keji nilainya. terbalik namany tu MSO..kl anak jantan la.jgn jd munafiq, depan pijak semut pn tk mampus, tp belakang, pijak gajah pn mampus. 3-MSO, buat kajian secara ilmiah pd kekalahan 2004 tganu, pastu bentangkn pd PAS tganu, pastu bg PAS tganu komen dan bentang kenapa kalah dan lbh adil..tkyahla duk hevoc dlm blog tk tentu pasal..kan lbh mesra alam camtu kan.. 4-mengkeji manusia yg lbh2 lg sorg mukmin lg mujahid tdk dianjurkan dlm Islam...akhirnya moga amal2 kita selama ni tidak rosak dek penyakit hati...moga Allah tidak membolak balik hati kita semua dan menetapkan atas ugamaNYA.syaitan sentiasa ingin menyesatkan anak adam itu..wallahualam..

Salleh - Putrajaya said...

Saya yakin TGHH sendiri terbuka dalam menerima teguran ini. Sebelum ini beliau telah membuktikannya kepada kita.

Desakan meletakkan jawatan juga adalah sebahagian dari teguran itu, namun, sudah tentulah beliau tidak boleh lari dari tanggungjawab hanya kerana adanya teguran keras yang diterima. Nabi Muhammad juga tidak pernah lari dari tanggungjawab hanya kerana ditegur kaum Quraisy.

Apa yang penting beliau memperbaiki kelemahan yang ada, cipta pembaharuan, teruskan perjuangan sehingga muktamar memutuskannya untuk berhenti.

Soal adab menegur, saya tidak begitu arif mengenainya, tapi saya melihat seolah-olah soal adab ini tidak lagi diambil berat oleh semua orang. Wallahua'alam

Mohd Salim Bin Mostan said...

salamulaikum,,tegur menegur demi untuk kebaikan umat umat manusia sejagat tak apa..kebaikan dan keburukan diri kita orang lain yang boleh nampak dan boleh membuat teguran,,,bermusabah diri lah apa yang berlaku mungkin kita buat kesilapan yang kita sendiri kita tidak tau,,,,tk

ANAFAKIR said...

apa mslahnya?sekadar tegur menegur utk kebaikan bersama.Kalah TGHHA berjiwa besar..beliau akan bersyukur dgn teguran MSO ini.apalah sgt kalau menegur utk kebaikan.Jgn dipertahankan soal air muka dan adat hormat org tua.Sdgkan pegangan itulah yg telah memburukkan imej Islam di dunia.Sikap malu aloh,sikap segan,sikap tidak tergamak,sikap terlalu taksub,sikap tertlalu pandang mulia,sikap2 ini akan membawa padah jika tidak diolah sebaik mungkin...jgn membela membawa rebah dan jangan mengkirik sehingga membawa lumpuh..renung2kanlah.

Kabutar Diesel said...

Assalamualaikum tuan mso,
Saya sokong 100% apa yang ditulis tuan memang ada benarnya, terutamanya bab kekalahan PAS di trengganu..mcm mana nak pimpim perjuangan sedangkan di negeri sendiri pun boleh tewas?

Mohd Helmi Bin Mat Zin said...

rasanya dah cukup peluang untuk Haji Hadi. kalau kata haji hadi umpama pak lah versi PAS tak juga sebab Pak Lah dah berenti, HH belum.