Monday, January 17, 2011

Berita Cili Padi

Kerabat Diraja Dijangka Akan Disoal Polis

Polis akan mengambil kenyataan dari seorang kerabat di raja lusa. Polis dikatakan akan ke rumah kerabat di raja berkenaan jam 4:00 petang di Kuala Lumpur. Kerabat di raja berkenaan diminta memberi kenyataan kepada polis behubung kenyataan beliau di dalam sebuah akhbar tidak lama dulu.

Kenyataan beliau dianggap sebagai mempertikaikan mengenai status dan martabat seorang Sultan.

Kerabat di raja berasal dari negeri Pantai Timur itu dikatakan sudah maklum mengenai perkara itu. Beliau juga dijangka akan mengumumkan perkara itu selewat-lewatnya besok. [wm.kl. 7:50 pm 17/01/11]
Post a Comment