Muhyiddin Buat Teguran Yang Betul
Pengundi Islam di Tenang boleh menarif nafas lega apabila Muhyiddin Yassin meminta MCA khas presidenya, Chua Soi Lek menghentikan isu calon Pas Normala Sudirman tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram sepanjang menjalankan kempen.
Tindakan Muhyiddinn itu bijak dan menunjukkan TPM itu memahami akan pantang larang atau hukum agama. Mungkin Muhyiddin membuat kenyataan menarik diri selepas Chua Soi Lek bertanya TPM berkenaan kenapa isteri TPM pakai tudung manakala isteri PM tidak pakai tudung, seperti mana yang saya sarangkan.
Mungkin selepas membaca posting saya mengenai perkara itu Soi Lek menelefon Muhyiddin dan bertanya keadaan itu. Soi Lek mungkin mendapat penjelasan dan tarbiah daripada Muhyiddin bahawa apa yang dilakukan oleh Normala itu adalah betul.
Semoga sikap dan pendirian seperti Muhyiddin itu akan dituruti oleh ahli politik lain termasuk juga dari Pas. Itulah sikap yang harus ada kepada pemimpin berani tegur kalau melihat sesuatu kemungkaran berlegar di depan mata tidak kira ianya dilakukan sesiapa.
Pas juga pada saya memimbulkan isu yang remeh. Ada laproan yang saya baca dalam portal Pas menimbulkan soala Najib tidak menziarahi jenazah ketua cawangan Umno. Kenapa hendak diperbesarkan kejadian itu.
Kalau Najib tidak sempat berbuat demikian kerana kesuntukan masa atau tidak diberi tahu untuk apa dibangkitkan. Isu seperti itu sebenarnya tidak sebesar isu Normala enggan bersalam dengan lelaki bukan mahram. Cara Soi Lek timbulkan isu ianya telah menghina Islam.
Sepatutnya orang Pas tahu menilai mana isu yang besar dan mana isu yang kecil. Jangan kerana ghairah sangat akhirnya menyebabkan isu yang kita timbul nanti dibenci oleh pengundi. Mungkin Najib tidak ziarah jenazah itu kerana dia dalam berhadas besar?
Dan kepada Soi Lek selepas ini jagalah mulut dan sebelum memberi komen mengenai apa-apa perbuatan atau perkataan yang ada sangkut paut dengan Islam agar berhati-hati. Jangan pula kita yang sudah jahil mengenai agama itu akan dianggap sebagai mengkhianati agama pulak. Woooo..la. [ttdi.kl 6:45 pm 24/01/11]
2 comments:
Tuan MSO.
Tahniah! mungkin nada marah tuan dalam blog ini telah menyedarkan peminpin di Tenagng.
Teruskan nada yang sama tidak kira masa, melalui blog tuan ini, kerana jumlah penjengok yang sedia ada sudah tentu salah seorang penjengok adalah pemimpin tersebut.
Usaha tuan menegur melalui blog seeloknya ditujukan kepada ulamak ugama yang cari makan dan pemimpin munafik yang macam binatang sesupahan.
Assalamualaikum Tuan MSO,
Saya tidak ke tenang....makanya tidak berkesempatanlah juga kita berjumpa. Dua kes unik berlaku di Tenang dalam sehari dua ini iaitu...satu kes di pihak BN dan satu lagi di pihak PAS. BN adalah kerana isu Soi Lek membuat selaran kpd Cikgu Mala tanpa memahami batasan dalam agama kita, Islam dan ia disambut dengan amaran keras oleh TPM agar diberhentikan isu menyerang Cikgu Mala melalui isu tersebut. Alhamdulillah ternyata prinsip kawalan yg berasasksn kebenaran tekah dilaksanakan oleh TPM. Bagi PAS sebagaimana kata tuan dan penelitian saya juga sama. Kes menyembahyangkan jenazah bukanlah satu isu besar dan strategik yg boleh dicanangkan.Ia ternyata memakan diri sendiri bilaman keadaan sebenar didedahkan oleh pihak BN. Pada hemat saya pengerusi Jentera P/raya PAS perlu segera memadamkan isu ini.Beralihlah kepada isu lain yg lebih strategik dan down to the earth. Sayugia diingatkan bahawa PRK ini berlaku di DUN Tenang JOHOR dan bukannya di PANTAI TIMUR. Jadri tindakan sembrono akan menyusahkan banyak keadaan.Keupayaan pihak PAS membaca kerangka pemikiran org Johor akan memastikan kejuaraan dalam mengutarakan sesuatu isu, tetapi jika gagal...maka KEGAGALAN jualah dalam PRK ini. Wallahuallam.
Post a Comment