SAYA tidak tahu orang lain tetapi bagi saya sangat merasai hal ini, tentang ketiadaan, Husam Musa dalam pilihan raya kecil di Tenang. Mungkin mata saya kabur atau pemandangan tidak jelas tatkala menatap puluhan gambar yang diambil oleh anak buah tidak pula terpampang gambar Husam.
Begitu juga bila diselak dan dibuka beberapa blog orang yang menyokong kuat beliau sebelum ini, juga tiada kelihatan gambar beliau dalam suasana hiruk pikuk di pusat penamaan calon. Selalunya dalam blog-blog ini gambar Husamlah yang didominasikan. Mungkin juga mata saya tidak terpandang kerana kabur disebabkan kencing manis.
Maaflah kepada penyokong Husam kalau saya tersilap dalam hal ini! Mungkin kalau Husam ada hadir boleh dimaklumkan kepada saya. Husam harus ada sama di barisan hadapan pada hari penamaan calon 22 Januari lalu. Selepas itu beliau harus bertungkus lumus sama di dalam pilihan raya berkenaan hingga ke malam mengundi. Kalau pun dia sudah membuat predection sukar untuk Pas memang tapi atas nama semangat bersama beliau harus ada sebagai menyatakan komitmen dalam perjuangan. Pejuang kena bertanggungjawab dalam keadaan apa sekalipun.
Kenapa saya katakan Husam perlu ada dan memainkan peranan penting, kerana ada beberapa kelebihan kepadanya. Walaupun kekurangan tetap ada, tetapi kelebihan masih banyak buatnya yang perlu digunakan Pas. Husam boleh mendekati pengundi dengan caranya tersendiri. Dia adalah pakar perunding, seorang konsultasi undi yang baik dan berjaya. Saya percaya kalau dia diberi peranan dia akan membuat sesuatu untuk memasuki ke tanah rancangan Felda. Kubu Umno di Chempelak itu akan disusuri juga walau dengan apa cara sekalipun. Saya yakin ini.
Mungkin apa yang berlaku ini ada usaha untuk menjauhkan Husam dari kekuasaan Pas. Atau mungkin Husam sendiri membawa diri disebabkan beliau tidak diberikan peranan yang jelas atau ke depan. Sebagai seorang yang mengerti diri untuk apa dia menjual diri. Di sini kedudukan dalam parti seolah menjadi prasyarat tidak wajib untuk seseorang itu menaburkan khidmat baktinya.
Dalam hubungan berpilihan raya, saya melihat Husam memiliki ketrampilan yang ketara berbanding dengan beberapa tokoh lain. Dia seorang strategis. Stategis diperlukan dalam politik. Strategis akan merancang apakah tindakan dan langkah yang akan diambil. Stretegis akan memikirkan macam mana hendak membidas balas serangan musuh. Ini ada kepada Husam. Dan kemampuan ini sudah terbukti di Kelantan apabila beliau menunjukkan menerusi jawatan Exconya membawa beberapa perubahan dan pendekatan baru ekonomi sehinggakan merujakan Tok Guru Nik Aziz sendiri.
Husam secara peribadi tidak rugi kalau dia tidak berperanan. Dia mungkin selama berlangsungnya pilihan raya kecil Tenang boleh mendiamkan diri dalam bilik bacaan, membaca buku-buku baru mengenai ekonomi dan menekuni bagaiman untuk melakukan perhubungan dengan alam yang baik. Menambah ilmu. Tetapi Pas kerugian kerana gagal memanfaatkan kebolehan itu.
Pengarah sekarang Abdul Halim Abdul Rahaman bukan tidak layak, tetapi tempohnya sudah melebihi masa. Era sekarang adalah era IT, adalah tidak pantas kalau seorang yang tidak mahir, cekap maklumat dan mampu menguasai aplikasinya IT diletatkan di situ. Dalam dunia IT seharusnya ia digunakan seoptimumnya. Manakala orang yang boleh menggunakannya, mestilah orang yang arif mengenainya. Husam adalah antara orangnya.
Pengurusan di JPP ini penting kalau Pas mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang. Pas hendaklah tidak mengutamakan bidang ini. Kalau perlantikan didasarkan kepada kroni kerena ingin saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain cara itu bukan bijak. Cara itu adalah untuk melemahkan Pas dan merugikan Pas.
Bila sebut fasal Husam ini seperkara lagi yang sering saya terdengar. Kononnya dalam pilihan raya umum akan datang beliau akan dipindah ke Parlimen semula. Kenapa wujud idea seperti ini. Bagi saya ia sekali lagi tidak bijak. Sejarah penurun Husam ke Dun dulu kena ingat ialah untuk membantu pentadbiran Tok Guru. Beliau sudah melaksanakan dengan baik. Apakah kini Kelantan sudah ada pembantu pentadbiran termasuk perancang ekonomi yang baik maka beliau perlu diketepikan?
Bukankah hari ini Husam telah membuktikannya. Siapa pun tidak menafikan sumbangan dan jasanya terhadap pentadbiran Kelantan hari ini. Jadi usaha untuk menukar Husam ke pusat samalah hendak mengganti Husam dengan 10 budak Pasti yang sedang diajar untuk menjadi pemimpin. Tindakan surut ke belakang adalah tidak bijak.
Biarlah selepas ini Husam terus berada di barisan hadapan dan segala dendam dan irihati kedua pihak dihapuskan kalau mahu melihat Pas sihat dan berjaya. [wm.kl.6:50 am 28/01/11]
3 comments:
Salam pak mso..
lama tak mengomen ni..setuju dengan pak mso..kpd pak mso pun 'ambil yang jenih, buang yang keruh' hahaha..satu lagi penamaan calon dun Tenang hari tu Husam ada, tapi dalam tempoh kempen tak nampak pulak???..
assalamualaikum tuan hj,
kami mmg rasa kehilangan YB husam..tolong highlightkan isu ni pada pimpinan PAS..kami yakin tn hj mampu mengutarakan hal ni secepat mungkin...
YB husam tokoh yg sukar disama kan dgn pimpinan2 lain...harap slps ni jawatan timb presiden tidak perlu dipertandingkan...beri laluan kepada Yb husam atas semangat ukhuwah...bukan utk menidakkan sumbangan ust nasha, bahkan beliau dilihat dpt menjalankan tugasnya dgn cekal selama ini walau diuji dgn pelbagai tanggapan negatif...tp kami rasa perlu ada style dan energi baru dlm menempuh laluan yg semakin mencabar...
YB husam nampaknya spt yg tn hj tulis, lebih 'blend' dgn situasi anak muda dan generasi baru yg inginkan perubahan...
harap tn hj dpt membantu...
Assalamualaikum Tuan MSO,
Rupanya tidak saya seorang shj yang menyedari akan hal ini.....saya setuju dengan posting tuan kali ini. Soalnya, apakah proses dikotami politik telah mulai berlaku dalam PAS ?. Siapa yg membawa budaya sebegini ? & kemanakah Husam berciku cak....??. Itulah persoalannya!
Post a Comment