Pilihan Raya Banjir Di Tenang
6: 40 pm: Ternyata banjir telah mengubahkan sedikit senario pilihan raya terutamanya kepada pihak Pakatan Rakyat. Nampaknya sasaran awalnya untuk mengurangkan majoriti diperoelehi oleh UBN dalam pilihan raya lalu sebanyak 2,492 meleset. Begitu juga sasaran UBN untuk meraih lebih 5,000 majoriti juga gagal.
Beberapa keputusan awal memberi petunjuk UBN mungkin akan memperolehi majoriti lebih 3,500 undi, kemenangan selesa juga buat UBN. Tahniah!
[kemaskini] 6:02 pm - Menurut timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar peratus keluar mengundi sebanyak 71.8% Perubahan jumlah ini akan turut menganjakkan majoriti dimenangi UBN. Perubahan itu tidak banyak berubah rasanya. Semua peti undi kini sudah sampai dipusat penjumlah di Dewan Serbaguna Labis. Pukul 7:00 malam keputuan rasmi mungkin sudah diperolehi.
Kesemua 12 pusat pengundi di Tenang sudah pun ditutup. Pilihan raya Tenang yang mula dijangka akan mencatat pilihan raya terbaik dengan sasaran 80% pengundian oleh SPR sebaliknya bertukar menjadi sebaliknya. Inilah dikatakan ketentuan Tuhan mengatasi segala tadbir manusia.
Peratus keluar mengundi tidak sampai 70%. Kadar mengundi rendah memberi petanda buruk kepada pihak pembangkang. Beberapa kawasan terputus menyebabkan pengundi tidak boleh keluar.
Keadaan ini ditambah lagi dengan bantuan kepada pengundi yang disedikan oleh agensi tertentu tidak adil. Mudah difahami pengundi Pas tidak dibawa ke pusat pengundian sedangkan Pas pula tidak mempunyai kelengkapan yang banyak. Agensi penyelamat sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada pengundi UBN.
Suasan alam di Tenang hari ini berpihak kepada UBN.
Ini bukan alasan untuk menghalalkan kekalahan Pas. Keadaan ini, banjir juga menyebabkan sasaran UBN hendak campai 3,000 hingga 5,000 majoriti mungkin tidak tercapai.
Dengan kadar hanya 67% keluar mengundi ini bermakna sebanyak 9,800 orang pengundi saja yang keluar. Dari angka ini dapat dikira UBN akan meraih sekitar 5,000 manakala Pas pula paling tinggi 3,500. Dijangkakan majoriti bakal diperolehi UBN sekitar 1,500.
Jika ini berlaku sasaran Pas untuk mengurangkan majoriti diraih UBN dalam pilihan raya kira-kira 2,400 berjaya.
Ini rumusan awal berdasarkan jumlah pengundian yang belum diumumkan secara rasmi SPR. Angka berkenaan akan berubah sekiranya peratus pengundian melebihi 70%.
Kemalangan yang menimpa pilihan raya berkenaan, dibajiri, maka bolehlah disifatkan pilihan raya kecil Tenang itu adalah pilihan raya banjir.[*** 5:10 pm 30/01/11]
5 comments:
ALLAH menurunkan hujan dan bumi Tenang menjadi banjir demi untuk mencuci dosa yang telah dilakukan olih pihak pas kerana mendoakan supaya ALLAH hancurkan umno.
Yer lar En hisham..UBN kan 'maksum', tak ada dosa, segala-gala 'suci' belaka..pihak PAS dan PR sudah biasa mengalami kekalahan, Yg luar biasa kalau BN yang kalah..tak gitu?
Mesej Hisham mudah saja. Apa faedahnya kita sesama Islam mendoakan kehancuran keatas sesama Islam. Doa itu dijadikan kempen. Amat memalukan. Pas perlu muhasabah diri. Kalau terus berkalakuan begini umpama memberi kemenangan percuma kepada Umno.
teruskan berdoa semoga Allah menghancurkan kerajaan yang zalim dan pimpinan mereka. amin
kadangkala kemenangan/kesenangan adalah satu anugerah & ada juga satu ujian.bagi yg tidak menang,teruskan pengorbanan,Insyaallah kelak beroleh anugerah kemenangan. kepada yg menang, mereka juga sedar akan kekurangan undi pengundi tionghua mahupun pengundi muda mcm saya. isyarat kebangkitan warga muda celik sudah makin mekar,sedang menunggu GELOMBANGNYA sahaja. kami tidak marahkan parti pemerintah,tapi kamisemacam kehilangan mentor dalam kepimpinan.
kepada yg kalah, warga muda tetap memberikan kepercayaan kpd anda semua. buktikan ketelusan & keikhlasan tuan2,kelak Malaysia menjadi negara yg kompetitif & bersih dari 'kekotoran' sesetengah pemimpin. be positif & teruskan semangat progresif kalian.
-Doktor muda-
Post a Comment