Thursday, January 20, 2011

Anak Ikan Dalam Botol

Pandai Yang Tidak Cerdik!

Pandai juga Khir Toyo. Katanya dia tidak dapat menjawab pendedahan kerajaan Selangor mengenai pemberian projek bernilai RM173 juta tanpa tander yang dilaksanakan di zaman Khir Toyo jadi Menteri Besar. Alasan kenapa beliau tidak dapat jawab kerana tajuk timbul subjudis kerana beliau kini dalam pendakwan oleh SPRM kerana rasuah.

Beliau kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah menimbulkan perkara itu sebagai tidak adil dan bacul. Katanya Khir kenapa tidak ditimbulkan sebelum di didakwa?

Pandai saya katakan kerana Khir Toyo berlindung di balik pendakwaannya tidak mahu menjawab. Saya tidak fikir begitu kalau Khir ada bukti mengenai kenapa perlu takut subjudis. Kalau benar buakankah penjelasan itu akana membantu beliau di mahkamah nanti.

Rasanya Khir sengaja beralasan begitu kerana gemetar untuk menjawabnya.

Tidak mengapalah selepas selesai kes perbicaraan nanti Khir boleh menjelaskannya. Kalau tertakdir beliau disumbat ke dalam penjara selepas ini, Khir boleh menjawabnya dari penjara. Pemimpin yang geliga, berakal panjang tidak akan menyepi walaupun di mana saja berada.

Tenguk dan perhatikan Anwar Ibrahim walaupun disimpan di balik tembok di Sungai Buluh namun beliau masih boleh bersuara. Beliau menggunakan apa saja kebijaksanaanya bagi memberi mesej kepada penyokong di luar. Hendaknya nanti Khir juga begitu? [wm.kl.1:45 pm 20/01/11]

2 comments:

Hishamuddin said...

Salam..

Saya merasa pelik kena peguam negara yang arahkan anak toyo ni diam dari menjawab tuduhan terbaru ini. Kenapa bkn peguam anak toyo sendiri yg menasihatkan sedemikin? Di sini peguam negara juga bertindak seperti pandai yang tidak cerdik juga. Ibarat si penyamun yang "kantoi" dgn hasil-hasil rompakan, tp dgn penuh kasih sayang, tuan ruman(tukang repot) nasihatkan agar diam je la kalau polis nk siasat apa-apa.

Unknown said...

Alhamdulillah, PAS khasnya dan PAKATAN telah memilih calun yang tepat untuk memberi khidmat terbaik kapada rakyat Tenang. Berdoa agar orang Tenang memilih Sophia Loren. SSaya ingin menyentuh sedikit mengenai Institusi Zakat Selangor yang telah berjaya mengutip Zakat berjumlah RM333 juta. Banyak nya dan bersyukur pada Allah. Salah satu tujuan Zakat ialah mengeluarkan manusia dari status fakir dan miskin.Ini bermakna Negeri Selangor akan berjaya mengeluarkan seramai 3000 orang miskin setiap tahun kalau mereka diberi bantuan atau dibekalkan modal sehingga RM100,000 seorang untuk tujuan bertani atau apa jua aktiviti ekonomi.Cantiknya Islam, tapi ini mustahil berlaku tanpa orang islam yang menerajui Pusat-Pusat Zakat tidak ikhlas dan tidak mahu keluar dari kepompong minda yang sempit.