Kita Yang Senantisa Dalam Krisis Perlembagaan
SUKA atau tidak Mohd Khusrin Munawi pagi ini sudah masuk pejabat dan bersandar di kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru. Kemasukannya tidak dihalang oleh sesiapa. Dengan membawa surat perlantikan ditanda tangani KSN, Sidik Hassan beliau masuk ke SUK dengan tenang dan bergaya tanpa sedikit keraguan.
Beliau tidak merasai ragu-ragu dengan kuasa surat berkenaan. Apa lagi beliau melangkah masuk dengan keyakinan Sultan Selangor telah memberi perkenan kepadanya.
Dia tidak kisah apakah perkenan Sultan itu menurut perlembagan atau tidak. Yang penting Sultan telah merestuinya. Siapa lagi yang lebih besar dari Sultan di Selangor kalau bukan Sultan?
Kusrin juga tidak kisah sama ada Kahlid Ibrahim sedia menerima kedatangannya dan mendengar lapaz memegang jawatan. Khusrin boleh saja lafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan. Kalau pun seribu kali perbuatan itu bercanggah dan luar biasa, siapa yang berani nak 'murkah'kan kepada Sultan?
Khalid nak marahkan Sulatan? Apakah kata kalau di masa akan datang Sultan enggan menerima Khalid untuk jadi MB atau mana-mana calon dari PKR atau Pas untuk jadi menteri besar kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang. Bukankah kalut namanya. Kekuataan Sultan terletak di sini maka baginda boleh melakukan apa saja yang dia suka, kecuali pinda perlembagaan tubuh kerajaan Selangor.
Wal hasil balik asal apa yang dilaungkan sia-sia saja. Katalah apa pun orang tidak akan peduli. Ahli undang-undang bercakap menggunakan logik dan kuasa undang-undang. Malangnya undang-undang negara ini tidak siapa hormati lagi. Ada setengah undang-undang dan perkara dalam perlembagaan hanya untuk dibaca bukan untuk dipraktikkan.
Ahli perlembagaan bercakap berdasarkan laras perlembagaan. Cakaplah sampai berbueh mulut sampai air liur meleleh ke dagu. Siapa hendak hormat undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan berperlembangaan hanya berlaku ke atas rakyat yang lemah saja tetapi perlembagaan boleh dibongkar dan dirogol kemudian dibunuh begitu saja oleh orang atas.
Sebaiknya rakyat yang lemah seperti menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak usah cakap apa. Ikut saja apa yang berlaku. Kadang-kadang kita lebih baik jadi bodoh daripada jadi cerdik kalau dengan kecerdikan itu menimbulkan masalah.
Jadi macam Kusrin Munawi. Kalau dia ada maruah dia tidak akan masuk ke SUK hari ini sebab dia tahu kemasukannya itu tidak diterima oleh MB. Tetapi kerana dia boleh jadikan dirinya seperti lembu kenyang dimasuk juga. Itulah kadang-kala lebih baik jadi macam lembu kenyang dripada jadi macam harimau yang lapar.
Khusrin berada di dua persimpangan yang sukar untuk beliau pilihkan. Apakah dia harus hormati perlembagaan dan prosuder biasa ataupun hormati kepada Sultan?
Sebenarnya apa yang berlaku di negara kita mengenai hal ini - antara undang-undang, perlembagaan dan kuasa yang lahir secara lisan dan budaya berada dalam dilema. Kita bermasalah di dalam hal ini. Kita tidak tahu ke mana satu yang hendak kita pegangi. Kita hilang pendirian dan prinsip.
Situasi inilah menyebabkan kita senantiasa berada dalam krisis undang-undang. Keadaan ini sebenarnya sungguh merbahaya. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak konssiten dalam berpegang kepada undang-undang dan adat. Orang juga bingung mana lebih berkuasa atau besar antara adat dan undang-undang dan perlembagaan.
Lebih bingung lagi dan orang akan anggap kita bahalul apabila membuat sesuatu keputusan dan ketetapan kemudian kita langgar begitu saja. Ciri-ciri dan sikap ini menyebabkan kita jadi bangsa yang merangkak ke belakang dalam menuju ketamdunan manusia.
Bertolak dari hakikat ini sesetengah ahli perlembagaan menyarankan agar berperlengaan kita dilemparkan saja kerana ia tidak ada guna dijunjung sebab ia tidak dipatuhi. Kita boleh melanggar perlembagaan seperti lembu kerbau melanggar pagar begitu saja untuk makan padi.
Apakah kita rakyat yang seperti lembu? Sebab itu saya bilang lama dulu bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak dan separuh tamadun. Bangsa yang seperti ini akan bermasalah sepanjang zaman dalam apa juga keadaan. [ttdi.kl 12:00 t/hari 03/01/11]
8 comments:
saya berpendapat lantikan SUK adalah dibawah kuasa SPA,ianya bukan lantikan politik seperti setpol,s/u sulit mahupun exco..jadi,lantikan Mohd Kushrin adalah betul dari sudut perlembagaan..sila betulkan kalau salah
tentu empuk kerusi itu! nantikan la balasanya lepas ini
Sedih & kesal - bila sepatutnya orang yang bercakap tentang kehormatan dan kedaulatan undang2 sendiri pun tak menghormati undang-undang......
jadi nak suruh rakyat hormat ke?!!!
Assalamu alaikum tuan. Memang betul, sejak apa yang berlaku pada Tun Salleh Abbas, negara ini sebenarnya seakan sebuah negara yang tidak berperaturan. Usah sebutlah soal perlembagaan.
Kelebihan dua paertiga yang diraih dan dinikmati oleh UMNO-BN sepanjang usia pemerintahannya telah digunakan untuk membunuh semangat perlembagaan kalau pun tidak memadam perlembagaan itu sendiri. Kadang-kadang dirasakan Perlembagaan Malaysia hanyalah ibarat sebuah buku siviks di sekolah yang tidak dibuka sepanjang sesi persekolahan kerana pelajaran siviks tak ada guru yang mengajar atau waktu itu diganti dengan pelajaran matematik bagi mendapatkan keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.
Mungkin, kegagalan kempen keselamatan jalan raya ada kena mengena dengan apa yang berlaku. Apabila rakyat melihat golongan yang ada kuasa boleh melanggar perlembagaan sesuka hati maka rakyat boleh berkata "kalau dia orang boleh kenapa kita tak boleh". Kita juga sering mendengar kata-kata "alah, undang-undang buatan manusia" dan "undang-undang dibuat memang untuk dilanggar". Kalau inilah persepsi yang ada pada rakyat pasti ada silap di mana-mana dan munkin perlanggaran perlembagaan inilah puncanya dan Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak berperlembagaan.
Kemasukan SUK baru Selangor adalah sekadar lanjutan dari perlanggaran-perlanggaran yang telah banyak dilakukan sebelum ini. Akibatnya, kita akan terus tidak dihormati di peringkat antara bangsa dan kewujudan Tellent Corperation untuk mengembalikan rakyat tempatan yang mahir dari luar negeri dan memanggil orang luar datang hanya akan menemui kegagalan.
Terima kasih BN, terima kasih Najib, terima kasih UMNO kerana mempermainkan rakyat sebegini rupa.
Sdra Mohd,
1. Negeri Selangr tidak mempnyai Srhanjaya Perkhidmatan Negeri seperti Kelantan ata Kedah. Oleh it memang wajar jika SPA melantik orang-orang yang berkelayakan untk mengisi jawatan tersebt.
2. Sebelum keputsan PR 2008, perlantikan ini tidak menimblkan masaalah perlembagaan kerana kerjaan negeri dan Pusat adalah dari parti yang sama.
3. Sekarang keadaan berubah walaupun SPA masih boleh melantik kakitangannya ke jawatan-jawatan tersebut. Tetapi tatacara dan kaedah melantik itu sudah berubah dan elemen perlembagaan negeri perl diambilkira.
4. Analoginya - samalah cara jika kita hendak hantar perkerja kita bekerja di organasasi orang. Tatacaranya, orang yang kita hendak hantar itu mestilah orang yang boleh diterima oleh organasasi tersebut. apatah lagi jika jika gaji pekerja tersebut akan dibayar oleh organasasi tersebut.
5. Tidakkah tidak patut kita memaksa organasasi tersebut menerima sahaja sesiapa sahaja yang kita hantar? apatah lagi jika orang yang dihntar itu didapati tidak sesuai dengan keperluan organasasi tersebut?
Tidakkah tindakan kita memaksa itu sesuai yang tidak patut dan kurang ajar namanya?
Sesiapa yang terlibat dibidang perundingan ( Consultancy) amat memahami perkara ini.
bat8
Seorang Peawat Awam yg melakukan tugas sebagaimana diarahkan dan mengikut peraturan telah dijadikan Kambing Hitam oleh Si Gagap. Semasa beliau di JAIS, dia telah diamanahkan utk melakukan tugas sebgmna arahan daripada Sultan selaku Ketua Ugama. Saya tak tahu di mana silap nya KSU baru ini ataupun Si Gagap bermain politik dgn KSU Baru.Eloklah berfikir secara rasional dalam menangani isu ini. Beliau seorang Penjawat awam yg berwibawa dan sedia melakukan tugas beliau sebagai KSU dengan jujur dan Amanah.Ini yang kita semua mahukan SYABAS KSU BARU. SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI ORANG YG JUJUR DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGASNYA.
Saya tak nampak salahnya perlantikan itu. namun begitu saya faham perasaan MB yg dipinggirkan dalam perlantikan sepenting ini. Memang hak KSN dan Tuanku tetapi apalah salahnya dimaklumkan dahulu kepada MB. Saya yakin MB akan faham jika dibawa berbincang dahulu.
Senario ini menimbulkan pelbagai persepsi:
1) Hubungan MB dgn Sultan amat dingin.
2) Apakah ini proses awal apa yg dikatakan rampasan kuasa?
3) Apakah ada yg cuba disembunyikan oleh kerajaan Selangor hingga menyebabkan gementar dengan perlantikan Khusrin kerana sebelum ini kerajaan Selangor dilihat lebih terbuka dgn melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC negeri.
4) Apakah Kusrin ini pro UMNO kerana beliau pernah menolak majlis anjuran UMNO bersama PM hingga terpaksa dianjurkan dengan menggunakan nama NGO.
5) Yg lebih bahaya untuk Pakatan Rakyat adalah persepsi bahawa bantahan ini di dalangi oleh DAP. Percayalah isu ini akan digunakan sepenuhnya oleh UMNO melalui roadshow SSDE nya.
Apapun inilah gelagat ahli politik kita. Nampak jer bergaduh bagai nak perang tapi nanti tetiba makan durian beramai ramai sambil bergelak ketawa.
Salam Tuan Haji MSO.
[1] Krisis kepercayaan: Puncanya kerana meninggalkan amanah. Krisis kepercayaan kepada al-Q dan al-H terkesan kepada keimanan dan ketauhidan....akhirat. Krisis kepercayaan kepada perlembagaan terkesan kepada kemajuan negara dimana saja termasuk Selangor.
[2] Meninggalkan amanah: Puncanya kerana berkepentingan yang melampau...mazmumah yang tebal...ketidakwujudan siasah keakhiratan. Secara profesionalnya WAJIB beradab merujuk dan bincang dengan rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang sah mengikut perlembagaan dunia dan akhirat.
[3]Realiti Malaysia. Realiti kerajaan yang wujud masih beramanah beradab dan beradat dengan maksud kerajaan yang merujuk dengan keizinan dan redha Raja kemudian baru membentuk kerajaan. Meninggalkan amanah ini akan tertolak dan gagal memerintah kerana tiada keizinan Raja dan memunculkan krisis....krisis perlembagaan Malaysia yang merbahaya didunia walaupun bukannya krisis ketauhidan dan keimanan.
[4] Penyelesaian: Keimanan, ketauhidan, keakhiratan... Tapi sayang, semuanya tak laku dalam politik sekular.
[5] Kerja penyelesaian: Tukar pemimpin yang zalim yang meninggalkan amanah. Cari yang beramanah.
Sekian. Mohon bertinta dengan keizinan Tuan Haji MSO. Wallahu A'lam.
Post a Comment