Thursday, January 27, 2011

Susupan Malam

Mesej Mat Maslan Yang Berbau Angkuh

SEBELUM Maghrib tadi saya menerima mesej dari Ahmad Maslan orang kuat Felda. Selalu dia akan hantar mesej kepada saya terutamanya yang bersifat umum sebagai maklumat media massa. Semasa dia ke Galas dulu dia kirimkan gambar dia sedang belajar menoreh getah.

Mesej Mat Maslan kali ini agak keras bunyinya. Bertentangan dengan perwatakannya yang lemah lembu. Apakah mesej ini menggambarkan UBN dalam keadaan selesa atau sebaliknya? Kalau UBN sudah selesa, Mat Maslan tak sepatutnya menghantar mesej sebegini. Ia menggambarkan akan kerendahan akal budinya. Mesej ini juga menyebabkan darjah kemanusiaan beliau sebagai orang politik terjejas.

Mesej ini juga menunjukkan keangkuhan beliau sebagai seorang pemimpin. Lawannya hanya Mazlan Alimin, bukan lawannya. Mazlan hanya budak kecil dalam Felda yang membuat nakal ke sana ke mari, di mana kenakalan itu boleh ditepis dengan sekali senyum saja. Tetapi bila Mat Maslan menangkis sebegini, ia memberi iklan percuma kepada Mazlan Alimin.

Kenapa saya kata begitu, kerana Mat Maslan boleh memberi apa-apa jawatan kepada Mazlan Alimin di Felda dan biar dia uruskan. Beri sebulan cukup untuk dia membuktikan. Kalau dia berjaya membuktikan kehebatannya untuk membawa perubahan dalam Felda maka Mat Maslan harus letak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebaliknya kalau gagal maka Mazlan Alimin perlulah senyap.

Saya turunkan sepenuh mesej dari Mat Maslan orang kuat Felda ini;

"Kenyataan sms kepada pemikir maya atau bloger. Wahai Mazlan Alimin sdr cabar saya berdebat, debat cuma sejam, saya cabar berdialog dengan sdr dan Ajk Anak selama sehingga dua hari dua malam. Dialog tertutup tetapi boleh panggil pihak media apabila peristiwa itu terjadi sdr pilih sejam berdebat hanya untuk publisti murahan atau pilih sehingga dua hari dua malam untuk merungkaikan isu yang dibawa.

Kami pilih dua hari dua malam ini yang saya sebut dalam PC semalam. Kalau dia anak jantan terimalah. Kita ikhlas kita nak bantu orang macam Mazlan Alimin ini.

Saya bukan tak boleh berdebat, saya pernah jadi pembahas piala perdana menteri PPM antara sekolah-sekolah asrama penuh masa tingkat 3,4,5. Misalnya tahun 1983 saya adalah pembahas pertama mewakili SMS Johor Kluang masuk akhir PPM siaran langsung oleh RTM. Tak jadi hal untuk berdebat. Tetapi kami nak tolong Mazlan dan Anak rungkaikan kekusutan kepala dia yang menuduh Felda macam-macam sedangkan macam-macam Felda sudah, sedang dan akan bantu peneroka dan generasinya.

Hidup warga Felda, salam perjuangan, salam 1 Malaysia. Terima kasih.

Tidak perlu saya ulas mesej Mat Maslan fikir dan nilailah sendiri. Ho ho...kopi Rajawali [wm.kl.11:07 pm 27/01/11]

6 comments:

Unknown said...

MSO: benar apa yg anda tulis. selama ini, FELDA terlalu banyak memberikan publisti percuma kpd sdr Mazalan Aliman ni. Tapi tak hairanlah jadi begitu, sebab Pak Timbalan Menteri yang jaga Felda ni pun kaki merapu jugak. Nak kira debat sekolah ni, tahun 1978 dulu pun saya dah mula berdebat. Apa kelas debat sekolah tu berbanding debat politik?

AvanzaG said...

Pak MSO,

Debat sekolah pon debat ampu, adu domba...kira samalah mcm najib...penakut ...come on...Mat Maslan...awak ada fakta, ada bukti, telus...buat apa nak takut...najib pon serupa...saya rasa Umno amik pengajaran debat minyak Anwar-Shabery dulu laaa...

Pak Tam Jengka said...

tak sangka begitu gaya SMS dari seorang yang bertaraf Timb.Menteri.. rasanya dah acap kali sangat Mat Maslan ni berulang kali sebut bhwa beliau pembahas yang hebat dari sekolah lagi..kalo tgk kat blog dia pun, siap ada tulis 'menerima anugerah Tokoh Murid' pd waktu zaman sekolah rendah.. tak kisah la tu..

tapi bukannya layak jadi Timb.Menteri kalau sanggup banding debat zaman sekolah dengan debat politik.. tgok macam Ahmad Shabery Chek, sanggup berdebat dengan DSAI.. tak pernah pulak Shabery bgatau kat media yang dia bekas Presiden PMIUM satu masa dahulu, hebat berdebat dan sbgainya.. DSAI ajak berdebat dgn PM, beliau sanggup berhadapan dengan DSAI, beginilah pemimpin berjiwa besar..

Mat Maslan tak sambut cabaran debat sejak kali pertama lagi. Mazlan Aliman bawa surat jemputan debat ke Parlimen, Mat Maslan dah siap pulak nak bagi surat jemputan berdialog kepada Mazlan Aliman.. samapai sekarang senyap sunyi..

Saranan saya pada Mat Maslan, YB adalah Ketua Penerangan UMNO Malaysia (bukan ketua penerangan peringkat cawangan), Timb.menteri di JPM, Ahli Parlimen Pontian, ramai penyokong, ramai pengikut, TAK GENTLEMEN lah kalo ajak debat dengan Presiden ANAK je pun tak nak terima.. Mazlan Aliman tu AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS johor, YB ketua penerangan UMNO Mlaysia..terima je la debat dato' oi.. gunakan kepakaran debat masa sekolah dulu.. kalo dato' tolak jugak, satu saja saya boleh kataka, YB Dato'Haji Ahmad Maslan adalah PEMIMPIN BERJIWA KECIL.. bukan pemimpin berjiwa bsar..

abuaya said...

setakat debat standart sekolah menengah hahaha merapu standart sekolah rendah

d'enricher said...

Tuan MSO,

Orang angkuh ni macam tu la, bak kata perpatah biarkan, biarkan siluncai terjun dengan labu labunya.

Bukan apa, perkara debat ni, ramai perasan boleh tapi bila ada pihak yang tak boleh 'sensor' dan yang paling penting orang banyak nampak, maka ramai yang takut nak berdebat.

1 jam debat ke, 2hari dialog ke, 2 tahun memerintah ke atau 53 tahun memerintah, ada yang ramai tak puas hati, jangan lah sombong sokmo.

Kalau dah PM Najib yang nak buat DSAI demam pun terkucil, Mat Maslan ni apa lah sangat.

Saya nak sangat tengok PM Najib buat DSAI demam, tapi ...

apa kan daya.


A.Alshukor

ANAFAKIR said...

Salam..hehehheeee..tergelak panjang ambo bila baca sms Mat Maslan.Jadi pembahas peringkat sekolah dulu2 pun nak bagitau kat org..mcm tu ambo pun boleh royak.ahakss.Kalau nak bagitau sejarah peringkat sekolah,Mat Maslan tu belum mampu nak menandingi rekod kita2 masa sekolah dulu..memalukan.Takkan seorg bertaraf timbalan menteri merasa bangga dgn sejarah masa sekolah utk menggerunkan lawan..ada Mazlan Aliman takut dgn gertakan tu?hampehhhh...