Catatan Menegang Tenang
DALAM sesuatu pilihan raya isu sangatlah penting. Isu merupakan modal untuk meraih sokongan pengundi. Pengundi akan melihat kepada isu yang dikemukakan untuk mereka membuat perhitungan memilih siapa yang mereka berkenaan. Semua isu yang dikemukakan akan dicerakin dan dikunyah sebaik mungkin sebelum ditelan pengundi.
Isu ini penting dalam pilihan raya. Kalau sesuatu pilihan raya itu tidak ada isu, sepi dan tidak rancaklah kempen pilihan raya itu. Lumah pun begitu politik itu bergerak atas isu.
Selain manifesto, isu adalah memainkan peranan penting. Biasanya dalam pilihan raya kecil tidak ada manifesto. Manifesto akan dikemukakan parti politik dalam pilihan raya umum. Manifesto merupakan janji dan komitmen parti kalau mereka menang kelak. Manifesto akan dijadikan analisa dan penilaian.
Dalam pilihan raya kecil yang ada hanya mifesto peribadi calon saja. Selain daripada membentangkan latar belakang dan syakish diri calon akan mengemukakan apakah gagasan atau komitmen mereka untuk dilaksanakan atau difikirkan jika memenangi pilihan raya nanti. Apakah perubahan drastik setempat yang bakal berlaku atau dilakukan kalau calon berkenaan memenangi pilihan raya berkenaan.
Gagasan dan idea ini biarlah logik, rasional dan diterima oleh pengundi. Ia tidak perlu menyenaraikan gagasan dan idea berjela-hela tetapi cukup beberapa perkara yang mudah dilaksanakan dan diterima rakyat dari pelbagai lapisan.
Dalam pilihan raya kecil Tenang ini dalam permerhatian saya tidak ada manifesto. Kedua parti yang bertanding Pas dan UBN tidak mengemukakan manifesto peribadi secara khusus. Pas tidak ada manifesto. Manakala UBN pula dengan cara lamanya menjanjikan projek segera sebagai manifesto.
Cuma bagi Pas kalau calonnya Normala Sudirman menang ia akan membawa suara dan hasrat parti itu ke dalam Dun Johor. Normala akan jadi jurucakap Pas bersama dua lagi wakil di Dun Johor yang sedia ada. Beliau akan menjadi pembangkang terbaik untuk membela rakyat Johor. Itu saja, dan tidak lebih daripada itu.
Begitu juga dengan calon BN, Azahar Ibrahim kalau menang ia akan membawa suara BN dalam Dun Johor. Kerana Johor diperintah BN Azahar akan meneruskan perjuangan Sulaiman Taha yang menjadi Adun di kerusi itu dulu.
Seperti dikatakan tadi kerana manifesto tidak ada, maka isu atau modal yang ditimbukan parti itu penting. Dari sinilah pengundi akan membuat semakan dan penilaian untuk memilih calon mana yang patut mereka pilih. Berdasarkan isu mereka akan menilai kelayakan, kesesuaian dan keperluan seseorang itu untuk dipilih. Kenapa dan sebab apa mereka patut dipilih selain daripada kerana hubungan personal.
Dalam pilihan raya Tenang ini nampaknya isu peribadi kedua-dua calon ke depan. Isu ini bukan dibawa sendiri oeh mereka tetapi oleh jentera pilihan raya masing-masing, khasnya gerak saraf. Paling jelas Pas telah membawa isu peribadi calonnya BN, Azahar. Pas membangkitkan soal integriti Azahar semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah dulu yang dikatakan telah abai dan kurang cekap menyebabkan seorang pemilik tanah kehilangan tanahnya. Sikap cuai itu juga sehinggakan Azahar disaman di mahkamah.
Segala dokumen saman ini ada disiarkan dalam blog.
Pas cuba membawa kejadian ini sebagai kelamahan calon BN itu. Kelemahan atau kesilapan sama tidak ada kepada Normala. Jadi bertolak dari situ dalam perkiraan Pas pengundi tidak patut memilih seorang yang tidak cekap dan berlaku penganiayaan kepada orang lain sebagai calon. Ianya wajar kerana seorang wakil rakyat harus berperangai baik kerana ia adalah penjaga amanah. Kerana itu Pas menggesakan calon ini ditolak awal-awal lagi.
Bukan tidak boleh ungkitkan isu peribadi. Tetapi bagi saya cara Pas mainkan isu ini kurang bijak. Apa lagi bila Pas berlebih-lebihan menimbulkan perkara ini. Bila kita jengok blog atau pun website yang berpihak kepada Pas isu ini dimainkan secara berlebihan. Bila ia dimainkan secara berlebihan ia memberi kesan negatif kepada pihak yang menimbulkannya dan memberi simpati kepada orang kena tuduh.
Pada mulanya Pas sudah ke depan dan mendapat simpati pengundi bila mana Chus Soi Lek cuba mempersoalkan tatacara Islam dengan menuduh Normala tidak mahu bersalam dengan lelaki. Tetapi bila isu Azahar ini dimainkan secara berlebihan isu Soi Lek seakan dapat diredahkan dengan isu peribadi Azahar itu.
Apa yang diketengahkan Pas itu ia sudah lama berlaku. Kejahatan atau kesalahan Azahar itu diluar kontesk pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini. Sepatutnya Pas mengambil kira hal ini dan bukan begitu seronok mendedahkannya.
Kepada saya Pas perlu ketepikan isu peribadi berkenaan. Ia boleh setakat diangkat tetapi bukan untuk diecerkan oleh jentera pilihan raya Pas ke dalam kempen. Biarlah isu-isu seperti itu dimainkan oleh pihak lain, termasuk bloger dan rakan Fb.
Apa yang patut Pas tumpu atau utamakan mengariskan apakah tindakan-tindakan yang akan berlaku sekiranya calon mereka menang kelak. Pas harus mengemukakan apakah perubahan drastik setempat jika Normala menang. Selain itu Pas harus ‘mengumba’ rakyat kemenangan Normala adalah penting untuk perubahan dan pembaharuan politik di Johor.
Pas kena ceritakan kemenangan Normala bukan saja merombak pegangan politik totok masyarakat Felda di Johor khasnya, tetapi ia juga akan membuka dimensi politik baru di Dun Johor. Pas kena menyakinkan rakyat sekiranya cikgu Mala menang dia akan membuka penyelak besi yang mengunci negeri Johor dari dimasuki parti lain selain Umno.
Rasanya dalam waktu tersisa ini Pas masih boleh perbetulkan bentuk dan gaya kempennya. Pas masih berpeluang untuk membisikkan kepada rakyat bahawa kemenangan Normala akan menerangkan lagi masa depan rakyat kerana ia akan merintiskan kepada perubahan kepimpinan di Johor apabila partinya dan Pakatan Rakyat memerintah negeri berkenaan.
Pas perlu katakan kepada pengundi Tenang segala-gala perubahan yang besar itu akan berlaku dengan bermula di Tenang menerusi kemenangan cikgu Normala si Sophia Loren! [wm.kl.7:20 pm 27/01/11]
1 comment:
Setujulah dengan MSO, PAS sepatutnya pandai mengawal serangan terhadap peribadi calon lawan supaya tidak kelihatan 'overacting'... gunakan kelebihan tarikan peribadi Cikgu Mala sebagai senjata...
Post a Comment