Wednesday, January 26, 2011

Susupan Malam

Ruapanya Ada Kumpulan Belum Tamadun Di Tenang

MALAM tadi UBN telah menunjukkan lagak semula jadi mereka, merasa negara ini adalah hak mereka. Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt BN telah menganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Lim Guan Eng.

Khabarnya macam-mnacam kata-kata nesta dan kesat dilaungkan kepada Guan Eng. Tujuannya supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu henti memberi ceramah. Antara kata-kata yang boleh mengguriskan hati dan melampau ialah melarang orang ramai mendengar ceramah kafir. Kejadian ini berlaku di Felda Cempelak.

Memang Guan Eng kafir. Tetapi apakah bezanya kalau si Islam juga bercakap bohong, menipu rakyat dan merogol undang-undang. Rsanya lebih baik kafir daripada Islam yang munafik sedemikian.

Guan Eng tidak mempedulikan cemuhan dan jeritan sekumpulan pemuda BN yang liar dan celika itu. Mungkin kalau di zaman dulu cemuhan itu boleh menghentikan ceramah pembangkang. Tetapi zaman ini zaman orang semua berani dan celik undang-undang. Perbuatan biadap dan liar begitu sudah tidak digeruni lagi. BN jangan merasakan pihaknya saja yang berani tetapi harus merezabkan keberanian itu juga ada dalam kalangan pemuda Pakatan Rakyat.

Nasib baik malam tadi pemuda Pakatan Rakyat dapat menahan diri. Apa kata kalau ada seorang dua pemuda Pakatan Rakyat yang gila dan naik angin tentu meletus kejadian buruk malam tadi. Kalau meletus pastilah Tenang tidak akan tenang lagi.

Hendaknya pemimpin BN mengajar pemudanya agar bersikap profesional dan tahu menghormati orang lain. Ajar juga bahawa negara ini bukan kepunyaan mereka seratus peratus dan selamanya. Tindakan pemuda BN semalam juga menunjukkan BN sudah merasakan tentangan terhadap semakin hebat dan sengit.

Kalau BN masih merasakan harapan untuk menang masih ada mungkin kerja-kerja gila yang selalu dibuat oleh manusia tidak tamadun begitu tidak akan berlaku. Percayalah tindakan dilakukan seperti semalam bukan lagi satu startegi yang baik sebaliknya menjadikan orang semakin benci kepada UBN khasnya Umno. [ttdi.kl 9:12 pm 26/01/11]

4 comments:

Rillink said...

Assalam Tuan,
Saya bekas kakitangan kerajaan yang pernah berhidmat di-kawasan felda,jadi saya tidak terkejut dengan lapuran tuan yang mengatakan masih ada orang yang tidak bertamadun di-kawasan tenang.Penghuni felda lebih kurang sembilan puloh peratus adalah terdiri dari golongan umno totok yang kehidupan mereka seperti lembu pawah yang di-cucuk hidong.Mereka ini memberitahu kita bahawa mereka terhutang budi pada umno kerana telah memberi mereka sepuloh ekar tanah serta rumah sedangkan tanah yang mereka kata di-beri oleh umno itu sebenar nya di-bayar oleh mereka sendiri melalui potongan pendapatan bulanan.di-sini lah dakyah umno membodohkan orang felda telah berjaya dan mereka akhirnya menjadi golongan fanatik umno yang tidak bertamadun sebagai mana yang tuan telah jumpa di-felda tenang itu.Wassalam

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam Tuan MSO. Asas sesuatu tindakan ialah latarbelakang dan pendidikan seseorang. Begitulah perangai jahiliah Melayu yang teresap mendarah daging ketulang hitam doktrin kebangsaan Melayunya. Selamanya tidak akan tenang tanpa "adz-zikr" kerana sesungguhnya dengan "adz-zikr" itu hati akan tenang. Oleh yang demikian dengan terima dan yakinlah dengan dasar al-Qur'an dan al-Hadith ...serta menerima Kepimpinan Ulamak ternyata akan menenangkan jiwa yang kusut kerana ianya "adz-zikr" dalam kontek keperibadian seorang mukmin yang mujahid dan kepimpinan dalam gerakan terkini dimuka bumi yang penuh dengan fitnah ini. WalLAHu a'lam. Sekian... nukilan untuk perjuangan.

ahmadnafiah said...

Orang-orang dirancangan tanah felda lebih kurang sama la dgn orang yg dudok di tanah setinggan, kerana saya dulu dudok disetinggan 10 tahun langsong tak berana bersuara, cuma hati sahaja membantah itulah selemah-lemah iman kita, kerana dunia

Doktor Muda said...

nilai politik & minda org melayu tidak byk berubah. kita akui manusia tidak ma'sum,tetapi jgnlah smpai melakukan kemudaratan & kemaksiatan dlm pentadbiran.

amalan memaki & mengeji tidak sama sekali diajar.minda baru & segar perlu dipamer ke arah menjadikan malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi(najib's said that).

wahai pemimpin amno,renungilah diri anda. anda hanya dibantu undi warga tua yg rata2 berumur 45 tahun ke atas (majoriti mengundi amno). tidak bagi saya dan seangkatan dgn saya...

-doktor syah-