Tuesday, January 18, 2011

Silang Petang

Anwar Ulangi Ajak Najib Berdebat

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini, katanya Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Katanya, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang berkenaan.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadiri pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya berani bercakap di layar atau skrin tv saja.

Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%.

Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis.

Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan. [ttdi.kl 6:20 pm 18/01/11]


Di atas salinan surat Anwar yang diemailkan kepada blog Merah Tinta.

1 comment:

anakzaman said...

Tuan MSO

Pelawaan Anwar sepatutnya disambut oleh Najib dengan hati terbuka kerana akan dapat membukti siapa yang pembohong atau siapa yang benar.

Dengan hujah masing-masing rakyat tau dan boleh menilai kebenaran.Najib tidak perlu takut sekiranya apa yang kerajaan canangkan melalui media segala angka-angka ekonomi adalah benar.

Hujah dibentangkan tidak perlu berkaitan fitnah terhadap Anwar.Fakta di bincangkan hanya berlegar berkaitan rancangan 100 hari pakatan Rakyat dan kelunakan/hebohnya dasar ekonomi kerajaan melalui media.

Keperluan debat tidak guna tanya orang ramai di rancangan Felda di Tenang kerana kedatangan mereka di sana di taja/dibiayai oleh agensi kerajaan (FELDA) dengan wang poket dan pengangkutan bas .

Tak usah ditanya kepada manusia yang termakan budi dan lembu telah dicucuk hidung.