Saturday, January 22, 2011

Catatan Perihal Tenang

Catatan Dari Belakang Perarakan

SEPANJANG proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini saya tidak berada di posisi depan seperti lazimnya. Saya hanya bergerak dari belakang mengikut perarakan para penyokong Pas. Perjalanan sejauh lebih 2 km memenatkan saya dan beberapa rakan lain. Saya datang agak lewat menyebabkan tidak dapat parking kereta lebih dekat dan memaksa kami berjalan agak jauh.

Apapun demi untuk penjenguk blog ini saya tidak menghiraukan kepenatan, tetap juga merakam berapa gambar untuk idaman mata. Kata orang untuk tidak begitu kecewa bila buka blog saya, langsung tak ada peristiwa di Tenang. Jadi jawabnya adalah juga dengan ada sedikit beberapa keping foto ini.

Terimalah beberapa gambar yang sempat disajikan.

Dan seperti mana telah sedia maklum perlawanan adalah dua penjuru di antara calon Pas, Sophia Loren (Normala) dengan Azahar Ibrahim dari UBN. [Mana-mana rakan yang berada di barisan hadapan dan dapat merakam gambar yang menarik bolehlah dikirimkan kepada saya untuk dipaparakn dalam blog ini].

Saya juga tidak dapat memberi angka himpunan penyokong kedua pihak kerana saya tidak kedepan dan tidak boleh membuat anggaran. Cuma apa yang saya nampak perarakan di sebelah Pas seperti selalulah.. keadaanya seperti mana yang dilihat di mana-mana perarakan calon pilihan raya kecil sebelum itu, maka begitulah juga apa yang berlaku di Tenang. Ia meriah dan penuh bersemangat. Kali ini saya namap ramai kanak-kanak yang dibawa dan ikut sama memawa bendera Pas.

Yang saya dapat catatkan sedikit di sini ialah rasa kagum saya kepada Pas yang berkembang pesat di Johor. Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana sejarah Pas Johor berkembang. Saya bernasib baik dalam hal ini kerana pada tahun 1978 sewaktu Pas Johor mula digerakkan secara aktif saya berada di Batu Pahat Johor.

Betapa waktu itu keadaan Pas menyedihkan dan sungguh mencabar. Sambutan ke atas ceramah Pas langsung tidak mendapat sambutan. Di sesetengah ceramah ianya dihadiri beberapa puluh orang saja. Ini menyebabkan Pas terpaksa bergerak dari rumah ke rumah. Pernah berlaku semasa ceramah Pas bertembung dengan ceramah bekas MB, Tan Sri Othaman Saad, polis bertindak mematikan pembesar suara di sebelah Pas.

Walaupun Pas ditekan dan dizalimi, namun pejuang Pas tidak pernah kalah dan mengaku kalah. Mereka tetap berjuang untuk menghidupkan Pas. Kebanyakan yang menjadi pendorong atau pemimpin Pas di Johor waktu itu ialah anak-anak Kelantan yang ditukar ke negeri berkenaan kerana penglibatan mereka dalam politik Pas.

Umno mengambil tindakan menukarkan mereka ke Johor dengan harapan mereka meninggalkan Pas. Tetapi lain pula jadinya. Mereka yang dipindah dan ditukar ke Johor atau ke mana-mana negeri secara tidak langsung menjadi agen mengembangkan Pas. Saya yakin Pas yang berkembang di Johor hari ini adalah hasil kesungguhan perjuangan orang Pas terdahulu. Pohon Pas yang merimbun kini adalah hasil benih Pas yang ditanam oleh orang terdahulu sejak lebih 30 tahun lalu.

Saya sangat berharap ada mana-mana ahli Pas atau mereka yang pernah mengikuti perkembangan Pas di Johor dapat mencatat dan menulis sejarah Pas Johor agar ia menjadi renungan dan bacaan ilmiah bagi ahli dan penyokong terkemudian. [wm.kl.6:00 pm 22/01/11]


2 comments:

ahmadyani said...

Bila melihat sesuatu dari posisi yang lain dari kebiasaan, akan lebih banyak maklumat yang boleh kita dapatkan

author faethal said...

Salam MSO,

Pertama-tamanya terima kasih kerana sudi bergambar dengan saya pagi tadi semasa Penamaan Calon di Tenang. Ya, gambarnya saya sudah 'tag' di Facebook Pak Sheikh.

Kedua.
Saya ingin manyambung ulasan keadaan PAS di Johor sebagaimana yang disentuh oleh Pak Sheikh di dalam entri ini.

Sememangnya mutakhir ini sokongan rakyat Johor kepada PR umunya dan PAS khususnya sudah jauh berbanding waktu dulu-dulu. Jauh berbeza di zaman kepimpinan Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok. Sokongan sekarang sudah agak 'di atas' berbanding dulu hanya setakat 'di bawah'. Itu yang menyebabkan Pengarah JPN Markom Giran pening dengan situasi ini.

Tekanan demi tekanan kepada BN kepada PR terutama dalam media massa & elektronik menyebabkan simpati kepada pembangkang semakin kuat. Ini berlaku di dalam mana-mana sektor kerajaan termasuk sektor Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sebelum Wak Markom memegang jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, beliau adalah Timbalan pengarah, dan Pengarah JPN Johor adalah Hj Sufaat Tumin. Seorang yang amat berakhlak dan disukai warga guru di Johor. Begitu juga dengan kepimpinan JPN Johor sebelum ini dimana Pengarah JPN Johor : Tn Muhi Saadon dan Tim. Pengarah Johor : Hj Jamian Jaffar. (ayahanda kandung saya & sudah berpencen).Mereka tidak pernah berpolitik cara Wak Markom.

Sebelum ayahanda saya berpencen dan memegang jawtan sebagai Tim. Pengarah JPN Johor, saya sudah dapat melihat sindrom simpatinya kepada PAS dan PR amat kuat. Dia tidak pernah menyatakannya secara rasmi kerana menjawat jawatan penjawat awam dan mempunyai ramai rakan dikalangan UMNO totok, tetapi setiap kali ada isu dimainkan media dengan memburuk-burukkan PAS atau TG Nik Aziz, beliau akan mengatakan meluat & menyampah dengan berita di TV. Dan saya pasti simpatinya itu dilahirkan dalam bentuk undi ketika PRU 2008 yang menyaksikan PR berjaya menawan kawasan Johor Utara (Muar, Bakri, dll).

Itulah fenomena sokongan kepada PR yang saya lihat begitu menular di dalam sektor-sektor kerajaan. Menyebabkan PAS sudah tidak seperti dahulunya lagi. Dan tindakan UMNO totok ala Wak Markom ini sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada UMNO/BN sendiri kerana semakin ramai guru-guru di Johor benci & menyampah dengan kerajaan. Satu tindakan yang memakan tuan!