Saturday, December 20, 2008

Mengadu Rasa

Bila MAS Dah Jadi Macam Keretapi

DUA perkara dalam hidup yang saya tidak suka dan membencinya ialah, kalau orang bohong dan tidak menepati masa. Pantang bagi saya kalau orang berbohong. Bohong ini termasuklah tidak menunaikan janji ataupun cakap lain buat lain. Sebab itu saya sering bilang pada kawan-kawan yang suka berbohong, kalau hendak berbohong dengan saya biarlah bohong itu tidak diketahui sampai selama-lamanya. Biar sampai ke akhirat.

Kalau tidak jangan berbohong. Kalau hanya setakat satu hari atau 10 tahun usahlah berbohong. Atau kalau merasakan tembelang bohong itu akan pecah dalam jangka masa tertentu usah berbohong. Buruk padahnya nanti!

Kedua ialah mengenai waktu. Saya cukup menjaga soal waktu. Lewat sesuatu yang membosankan. Sebab itu saya kalau berjanji dengan seseorang akan berusaha memenuhi walaupun apa pun keadaan. Kegagalan menunaikan janji seolah diri dibaham penyakit. Setengah jam sewaktu tiba masa dijanjikan saya sudah ada. Saya tidak akan berkompromi dengan orang yang suka memakan masa - maksudnya bermain dengan waktu.

Intro ini sebenarnya untuk menghentam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang sering lewat ke belakangan ini. Sebelum ini kejadian lewat sampai berjam-jam ini berlaku pada penerbangan tambang murah Airasia saja atau Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tetapi sejak ke belakangan ini ianya berjangkit pula kepada MAS.

Bayangkan saya sepatutnya terbang ke KB jam 3:20 petang. Jam 2:50 masuk ke balai berlepas. Tetapi saat ini bayangan kapal terbang pun tak nampak lagi. Ruang menunggu perlepasan masih senyap sendu. Tidak ada apa-apa pengumuman yang dibuat mengenangi penerbangan berkenaan.

Bila tengok jadual penerbangan rupanya kapal ke KB lewat, jam 17:00 petang alias jam 5 petang. Itupun belum pasti lagi. Ini bermakna lewatnya mamakan masa lebih dua jam. Apa kata kalau dibuatnya ditambah sejam dua lagi. Ibarat tua di airportlah penumpang.

Apa sudah jadi hanya Tuhan saja yang tahu. Kes-kes bengang begini bukan sekali, sudah acap benar. Rasanya kalau 10 kali balik ke KB yang tepat pada masanya dua atau tiga kali, selebihnya lewat. Kalau tidak lewat pun sering kali berlaku pertukaran pintu masuk.

Kadang-kadang penumpang sudah bergelewat di pintu masuk yang ditetapkan, tetapi alih-alih kedengaran pengumuman ditukar ke pintu lain. Berderau penumpang macam anak ayam takut hujan menerpa ke pintu lain. Penumpang yang membawa bayi pula terkinja-kinja menggalas anak tyang sudah merenget kerana sudah jemu menunggu.

Saya tidak faham dengan sistem penerangan Malaysia ini. Kalau dibaca dalam surat khabar semuanya elok dan berjalan lancar. Tetapi di airport bersepak dan haru biru jadinya.

Yang meneyedihkan tidak ada permohonan maaf daripada mana-mana pihak. Ia dibiarkan begitusaja macamlah mereka yang nak naik kapal terbang tunggul kayu tidak ada perasaan dan hati perut langsung.

Ataupun mungkin juga tukang hebahnya sudah bosan dengan kelewatan dan pertukaran pintu masuk yang kerap sangat sehingga mereka pun kehabisan suara untuk memohon maaf.

Kepada anak beranak Idris Jala (CEO Mas) perhatikan masalahnya. Kalau anda sudah merasakan tidak larat atau tidak mampu untuk memperbetulkan sistem penerbangan ini silalah letak jawatan. Rasanya masih ada orang yang berkemampuan untuk perbetulkan kerumitan ini. Tolong... dan ingat atas kelewatan yang berlaku itu ia membeban dan merugikan para penumpang. [klia 3:25 20/12/08]

3 comments:

Zemi TKO said...

saya sangat2 setuju dgn saudara

cuba saudara bayangkan,kalau kita lewat 10 min pun mereka tak benarkan kita "check in" tapi kalau mas lewat 2 jam pun kita kena tunggu.masalah pertukaran gate sangat ketara di klia.cuba saudara bayang gate kita telah ditetapkan di B10,kemudian dia tukar pulak ke A8.hampir 1 km kita perlu berjalan kaki balik kesana.

lagi satu yg saya perhatikan selalu,staff mas ni drp kaunter check in hingga ke yg jaga gate kebanyakan kurang ajar,saya ulang balik kurang ajar.hanya kabin crew mereka saja yg boleh dipuji.

tulisan saudara mso ini memang tepat pada masanya.kalau mereka sebuah syarikat yg bertanggungjawab mereka harus menghubungi penumpang secara sms atau panggilan telefon seperti yang diamalkan oleh air asia.kiat sbg penumpang pub tidaklah terkocoh kocoh hendak ke airport awal2.

saya pernah kena flight delay 2 jam .kemudian sampai di klia dah melebihi jam 12 malam.saya pulak terpaksa menanggung caj midningt bagi tambang teksi dari klia ke rumah saya.

sudah sampai masanya kita ajar mas.mereka ni dah naik mual.suadara tengok sekarang,logik atau tak logik.kita pergi beli tiket di kaunter mas pun kena caj rm 30.kerana nak menggalakan org beli tiket online.apa semua ni ? bukan semua org ada internet,kat kredit atau boleh akses internet sepanjang masa.bolehkah begitu ? ibarat saya nak pergi makan di kedai saudara,saya bukan saja bayar harga makanan tetapi saya kena bayar harga saya pergi kedai saudara.

kalau saya nak tulis pengalaman dgn mas ni 3 pages pun tak cukup.terlalu banyak sangat pengalaman geram saya dgn mas ni.terutama dgn staff mereka yang KURANG AJAR

lan said...

memang hampeh gak la MAS akhir2 ni

Anonymous said...

Entahlah... Tak biasa naik kapal terbang. Dulu pernah la naik MAS pi Korea dan naik Air Asia pi Sabah. Masa tu ok je. Kadang-kadang orang kita ni, benda jadi sekali sekala pun dikatakan dah banyak kali jadi. Biasalah nak sedapkan cerita. Bukan nak back up MAS tapi kadang-kadang sikap orang kita ni perlu dipantau. Ialah, kalau benda yang jaid sekali sekala dalam skala yang besar, terus dijadikan isu...