Monday, December 22, 2008

Rehat Tengahari

Pemilihan Calon: Apa Masalah Pas?

PAS membatalkan niatnya untuk mengumumkan calonnya pada Ahad lalu, 21 Januari. Tarikh baru yang dicari ialah pada 1 Januari. Mungkin 21 bukan hari kemenangan bagi Pas sebaliknya 1 Januari tarikh baik. Tak mengapa angka satu masih ada.

Kalau Pas juga bermain dengan numerologi (angka), nampaknya satu angka satu sudah diperolehi Umno iaitu Umno menjadi parti nombor 1 mengumumkan calon. Umno dah umum calonnya seperti mana yang diramalkan saya sejak awal iaitu, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut Abdul Hadi Awang seperti mana dipetik dalam sidang akhbar, Pas akan mengumumkan calonnya di Stadium Negeri di Kuala Terengganu. Pas sedang memohon untuk menggunakan stadium berkenaan. Pemilihan tempat itu pun ada muslihatnya, ia mungkin untuk menampung kehadiran yang ramai.

Atau pun mungkin juga Pas sudah pasang perangkap. Bila stadium itu tidak dibenarkan Pas akan menjadikan sebagai isu tambahan dalam pilihan raya berkenaan. Pas akan tuduh Umno mengamalkan politik tertutup atau araggant of power kata si baju petak-petak merah.

Menurut sumber dalaman Pas, calon telah pun diputuskan. Mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas semalam membincang panjang lebar dan meneliti calon-calon yang dikemukakan. Soalnya kalau sudah ada keputusan kenapa tunggu sampai 1 Januari? Tidak baik terlalu lama atau ditangguhkan sedangkan Umno sudah pun mengumumkan calonnya. Dari segi semangatnya Umno sudah menang.

Apakah berlaku perselisihan faham dalam menentukan calonnya ini atau dalam proses mengumumkannya? Sebelum ini Pas ada menyebut nama calon itu akan diumumkan oleh Mursyidul Am mereka, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pastinya Pas mahu mendapat restu dan keberkatan daripada tok guru itu.

Mungkin kerana pengumuman itu telah diputuskan akan dibuat oleh Nik Aziz maka Abdul Hadi tidak boleh mengumumkannya dalam sidang akhbar, walhal Abdul Hadi yang memiliki kuasa eksekutif yang berhak membuat pengumuman kepada umum. Jadi di sini tidak timbul rasanya Pas tidak dapat putuskan calon lagi atau sedang menimbang mana-mana yang lebih baik.

Jadi para pemerhati politik masih berpelung untuk berteka teki mengenai siapa calon Pas ini. Tindakan Pas ini juga menjadikan pemerhati masih memfokus kepada pilihan raya kecil berkenaan. Mungkin cara itu menyebabkan Pas akan mendapat perhatian lebih dari orang ramai berbanding dengan BN.

Diingat dan diharapkan setakat berteka teki tidak mengapa tetapi jangan pula keputusan yang dibuat itu berubah ataupun diubahkan lagi. Jangan pula kalau calon itu tidak seperti mana kehendak Mursyidul Am Pas pada asalnya maka ia akan diperbaiki ataupun diusahakan agar diganti dengan orang yang memihak kepada satu-satu pihak yang berjaya mempengaruhi Nik Aziz.

Ini ditimbulkan bukan apa. Selalu berlaku dalam Pas berkaitan dengan sikap Nik Aziz yang sering mengubah sesutau keputusan itu disaat-saat akhir yang mana ia boleh menimbulkan masalah. Banyak contoh kalau hendak dikata dan diperturunkan di sini mengenai beberapa tindakan Nik Aziz yang boleh dipertikaikan sebelum ini. Biarlah tidak diperturunkan nanti boleh menimbulkan kemarahan pula.

Dalam Pas apa-apa yang diputuskan atau pandangan Nik Aziz itu jarang boleh dihalang atau ada pihak yang berani menghalangnya. Penghormatan kepada Nik Aziz terlalu tinggi yang kadang-kadang membawa masalah kepada Pas sendiri. Anihnya keputusan yang dibuat itu kadang kala boleh diubah apabila ada yang bijak mempengaruhi view politik beliau hatta ianya melanggari prinsip Pas dan Islam.

Berbalik kepada calon Pas di Kuala Terengganu nanti apakah kelewatan itu disebabkan berulangnya amalan-amalan yang tidak profesional dan Islamik ini? Apapun biarlah calon yang dipilih nanti memenuhi kehendak pengundi dan jangan kerana sekadar memenuhi kehendak dan kepentingan politik tertentu. [wm.kl 12:15 t/hari 22/12/08]

2 comments:

Anonymous said...

Salam syeikh...

Harapnya sihat selalu. Mungkin kelewatan ni disebabkan apa yg anda nyatakan, mungkin juga sebagai salah satu strategi.

Kemungkinan pihak PAS mengambil iktibar daripada kes-kes terdahulu, yang mana waktu yg terlalu panjang ini digunakan oleh pihak lawan mereka untuk memburuk-burukkan calon yang mereka ketengahkan.

Kemungkinan lain juga adalah seperti tidak mahu tumpuan yg terlalu lama, sehinggakan pelbagai analisis & pemerhatian dilakukan oleh para pengundi di kawasan berkenaan, sehingga calon parti lawan mengambil peluang untuk 'melakukan perkara baik' dalam tempoh masa tersebut bagi meraih undi, jadi mengelakkan 'bias' ini, PAS sengaja melewatkan pengumuman calonnya.

Wallahua3lam.

Kemungkinan anda lebih maklum dengan apa yang berlaku di sana. Cuma sekadar melontarkan pandangan.

Anonymous said...

PAS tidak perlu berselindung lagi. Umum sudah dapat mengesan keretakan besar di dalam PAS, yang akan terbelah menjelang pemilihan kepimpinan tertinggi PAS tahun hadapan. Keretakan menanti belah ini sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Keretakan di dalam PAS berpunca dari struktur organisasi PAS yang kurang teratur. Berdasarkan undang-undang tubuh PAS, pemimpin tertinggi PAS ialah Presiden, jawatan yang dipegang oleh Hj Hadi. Di masa yang sama, PAS ingin meniru jemaah Ikhwanul Muslimin dengan melantik seorang Mursyidul Am. Sedangkan di dalam jemaah Ikhwanul Muslimin, mereka hanya ada Mursyidul Am sahaja, tidak ada Presiden.

Kekaburan carta organisasi ini menyebabkan berlaku kekeliruan, siapakah pemimpin tertinggi PAS, Mursyidul Am atau Presiden, Nik Aziz atau Hj Hadi.

Di dalam episod 'muzakarah' PAS-UMNO, Nik Aziz dilihat sebagai 'kata pemutus' dalam PAS. Tetapi ini mungkin kerana Hj Hadi tidak mahu menggunakan kuasanya sebagai Presiden. Untuk mengelakkan perpecahan dalam parti, mungkin Hj Hadi 'give way' kepada Nik Aziz.

Tetapi bila berhadapan dengan Pilihanraya Kecil KT, Nik Aziz telah 'jump the gun', dengan mengumumkan awal-awal lagi keinginannya untuk menonjolkan Mohamad Sabu. Ini sudah tentu 'melangkah' kuasa Hj Hadi sebagai Presiden. Apatah lagi, PRK ini adalah di Trengganu, negeri Hj Hadi.

Tindakan Nik Aziz menunjukkan Mohamad Sabu dari awal meletakkan Hj Hadi dalam dilema. Beliau tidak sanggup lagi menjadi pemimpin No. 2 dsalkam PAS, sedangkan beliau adalah Presiden.

Inilah punca sebenar PAS mengambil masa untuk mengumumkan calunnya.