Orang Melayu Penakut Sebenarnya
MURAI fikir Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia, Hishamuddin Hussein tidak payah cakap banyak dan tidak payah fikir banyak, kalau benar berani laksanakan saja sistem persekolahan satu aliran. Kalau sistem itu tidak menjadi masalah, menimbulkan perkauman seperti didakwa orang Cina, sila lakukan. Apa nak ditunggu-tunggukan lagi.
Bercakap banyak pun tidak ada guna setengah dinar Kelantan pun, menghabiskan boreh sahaja. Kini perahu sudah lama di air pendayung juga sudah silih bertukar tangan menggengamnya, lakukan saja. Apa takutkan lintah ke?
Jangan pula nanti dibilang orang pandai cakap tetapi takut untuk berbuat. Tidak ada gunannya. Cabaran ini bukan saja untuk Hishamuddin Hussein tetapi untuk semua orang Umno khususnya dan orang-orang Melayu yang berketurunan Hang Lakiu dan Hang Kasturi.
Perdana Menteri orang Melayu, Timbalan Perdana Menteri orang Melayu, Menteri Prengajian Tinggi Orang Melayu, Menteri Hal Ehwal Tidak Guna, (Pengguna) pun juga orang Melayu. Jadi apa nak difikirkan lagi?
Di luar sana yang menjeirt, angkat sepanduk, berbaris menunjukkan belang berani di baju juga orang Melayu. Semua orang Melayu mendokong dan telah lama mengutarakan perkara itu. Termasuk si katak, lipan, lipas, bunga kembang semangkuk semuanya ghirah kepada kepentingan Melayu.
Jadi tunggu apa lagi, tunggu kucing bertanduk baru nak laksanakan cita-cita? Ataupun nak jadikan agenda itu sebagai pesaka atau wasiat?
Dalam hemat Murai tidak ada gunanya bercakap saja tetapi tidak mahu dan takut untuk berbuat. Kalau begitu lebih baik diam dan pasrah saja. Atau ramai-ramai berdoa kepada Tuhan agar semua orang Melayu dihinggap sindrom bisu. Kalau rasa teruk sangat akur sajalah dengan tuntutan semasa. Jangan jadi pemimpin tetapi jadi pengikut.
Kerana banyak cakap tanpa bertindaklah menyebabkan sesetengah pihak sudah menghidap penyakit ketumbuhan di kepala, iaini keras kepala dan kepala jadi membesar. Sebenarnya kalau nak berubat penyakit ini jangan sampai ketumbuhan itu membatu, keras macam batu, atau sampai cacing naik ke mata, susah nanti.
Bila banyak sangat menjerit, palu loncing atau pun angkat sepanduk di jalan-jalan di tepi bangunan lama, lama kelamaan bisanya hilang. Perjuangan dengan sepanduk sudah berakhir pada tahun 1946 lalu. Angkat sepanduk terlalu lama dan acap sangat ia tidak menakutkan sesiapa pun. Macamlah petani memasang patung orang-orang di tengah sawahnya untuk halau buruk ciak ubah dan cat tuli daripada memakan padinya.
Kerana sudah lama 'orang-orang' (patong) itu berdiri, burung itu tidak lagi takut dan gerun bahkan ada yang berani hinggap di patung itu mematut-matut dan berak atasnya.
Apa yang patut dilakukan sekarang ini ialah mengubah cara dan serangan itu. Bila burung sudah tidak peduli dan takut lagi kena guna cara lain. Paling berkesan ialah secara fizikal, misalnya, melastiknya. Untuk meracunnya mungkin zalim sangat. Ataupun bina pagar kukuh dan kebal sehingga burung-burung atau haiwan seperti babi dan biawak tidak dapat menceroboh masuk.
Jadi kalau Hishamuddin dan sekalian orang yang sejersi dengannya (merah putih) percaya bahawa sistem satu aliran tidak perkauman dan dapat membentuk intergasi kaum, nah... tunggu apa lagi, laksanakan sahaja. Mulai sessi persekolahan akan datang laksanakan sistem pendidikan satu aliran itu. Jangan hanya buat kenyataan untuk menyokong Mukhriz Mahathir sebagai bahan kempen beliau jadi Ketua Pemuda saja. Kalau itu taki ada kelaslah...
Murai menganjurkan kalau Hishamuddin tidak laksanakan ini ahli-ahli Umno yang berjiwa Melayu tadi janganlah undi beliau untuk jawatan Naib Presiden. Umno tidak perlu menyimpan lebih banyak orang penakut, pembodek ataupun mulut busuk kerana itu merugikan perjuangan parti berkenaan.
Murai juga cabar kalau Hishmuddin dan orang-orang sejersi dengannya yang kuat melalak, kuat berdemon, kuat berkongres, kuat menubuhkan NGO bela Melayu itu bersedia melakukannya Murai akan bernazar dengan satu nazar yang akan Murai umumkan kemudian. Bukan nazar tujuh keramat..
Kalau Mahathir yang ultra Melayu tidak berani melaksanakannya dan terkial-kial mengenai hal ini, apalah lagi dengan Hishmuddin yang dikenal pasti mempunyai dua jantina itu lagilah tidak berani!
Murai: Sudah berak atas kepala si Saleintia.
No comments:
Post a Comment