PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.
Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.
Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.
Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.
Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita. [wm.kl 12:15 t/hari 05/12/08]
8 comments:
Assalamualaikum,
Memang betul apa yang dikatakan perempuan itu. Memang ada set pinggan mangkuk yang berasal dari China dan sebahagian dari Jepun ada unsur tulang babi dan tulang2 lembu (yang tidak disembelih cara ISLAM - dikira bangkai) terdapat di pasaran Malaysia. Alasannya, saya pernah tinggal di Jepun dan tahu serba sedikit set pinggan mangkuk yang ada campuran tulang. Sebagai contoh set pinggan mangkuk dari Jepun berjenama No**take. Kalau di belakang ada tertulis China bone, sahlah ada campuran tulang. Campuran tulang ini adalah untuk mencantikkan/memutihkan pinggan mangkuk supaya kelihatan lebih cantik dan berprestij.
salam.
tidak semestinya sesuatu yang cantik itu sesuai dengan kita.begitu jugaklah dengan hal pinggan mangkuk.
bahaya betul sekarang ni.kalau kita benar-benar tak berhati boleh terpesong secara tak sengaja.babi amatlah sensitif bagi orang Melayu.nak melihat babi atau daging khinzir pun kita dah rasa lain macam inikan pula memegang sesuatu yang diperbuat dari babi.
saya tak pernah terfikir pula tentang hal hotel dan logo halal.bila tengok berita semalam barulah saya tersedar.nampaknya kerajaan perlulah menghalusi hal ini.tak kisah hotel bertaraf 18 bintang sekalipun tetapi jika ia berada dalam Malaysia maka kena ikut peraturan Malaysia.no question asked.
Semoga Allah Taala merahmati wanita tersebut kerana menegur dan menyampaikan kebenaran yang beliau ketahui. Kita harus berhati dengan setiap barangan yang kita gunakan hari-hari kerana tidak mustahil ada yang tidak boleh kita gunakan. Kita harus peka dengan perkara seperti ini.
Sdr
Cuba buat sedikit research kat Google. Rasanya banyak mereka terangkan. Ada yg guna tulang lembu.
http://en.wikipedia.org/wiki/Bone_china
http://bonechina.us/hannew.htm
http://home.howstuffworks.com/lenox.htm/printable
Luxy
dalam web http://bonechina.us mereka nyatakan bahawa abu tulang lembu yang digunakan. Bagaimana dengan lembu yang tidak disembelih? Hukunya macamana?
salam. takkan mso baru tau. kes ni dah lama kecoh. semua orang dah buang pinggang mangkuk yg dibuat dari campuran tulang ni. tak kisahlah babi ke, lembu ke, banyak lagi pinggang mangkuk yang takdak campuran tu. apapun syabas kepada wanita tersebut kerana menyampaikan sesuatu yg dia tahu kepada orang-orang yg tak tahu. wassalam
banyak lagi barangan dari china yang menggunakan bahan dari babi. Antaranya ialah berus cat yang diperbuat drpd bulu babi dan sarung tangan dari kulit babi (kedua-duanya banyak digunakan dalm kerja-kerja ketukangan).
kalau tak silap sya perkara ni ada dinyatakan dlm buku panduan HALAM & HARAM yg dikeluarkan oleh CAP.
Berkenaan berus cat, berus lukisan dan berus kasut/songkok tu memang amat membimbangkan, sbb kalau tak silap cara nak kenalpastinya ialah apabila ada tertulis `pure bristle' padanya. Sejauh pengamatan sya inilah jenis yg paling banyak ada dipasaran dan digunakan oleh anak-anak kita disekolah (berus lukisan). berus cat, berus kasut/songkok tu pun banyak sekali yg tertulis `pure bristle', saya sendiri tak pasti kalau benar semuanya bulu babi...
betulkan kalau saya silap...
Post a Comment