Barangkali Babi di Kelantan Bisu
MURAI ada terdengar satu kumpulan yang anti dan benci kepada babi telah membakar replika babi di negeri dikuasai calon Timbalan Presiden Umno, Mohd Ali Rsutam. Mereka buat repelika kepala babi kemudian mereka bakar. Mungkin suasananya seperti majlis Apache memanggang kepala singa! Tujuan perbuatan itu sebagai protes kepada jenayah melemparkan kepala babi dan anggota babi merata tempat awam di Melaka.
Murai tersenyum mendengar perilaku kumpulan anti babi itu. Betapa tindakan itu menunjukkan marahnya mereka kepada babi dan mereka yang melemparkan anggota babi itu. Murai juga tidak setuju dengan perbuatan dan kejadian yang berlaku di Melaka itu. Bukan saja babi kalau kepala ayam, kepala lembu, kepala kerbau dan kepala apa-apa binatang lain juga ia tidak elok. Perbuatan itu boleh mencemarkan keadaan sekililing dan tidak menggambarkan sikap dan sifat tamdun tulen.
Apalah lagi kalau ia melibat anggota babi yang dibenci oleh orang anti babi itu, lagi-lagilah tidak patut.
Itu Murai tidak kisah. Yang Murai nak tanya mereka yang anti babi di sini apakah tindakan mereka itu cerdik? Membakar kepala babi yang diperbuat daripada kertas? Kenapa mereka tidak bertindak membakar babi-babi yang ada? Atau pun membakar kandang babi yang dikatakan wujud berselerakan dan menimbulkan masalah itu. Rasanya itu lagi bagus dan berkesan. Kalau hanya bakar replika, babi tetap juga ada.
Kalau nak hapus, hapuslah sungguh-sungguh. Biarlah semuanya tidak ada. Jangan dilakukan kerana politik! Bagai Murai isu babi tidak akan selesai sampai ke bila-bila pun. Alasannya mudah kerana babi hidup, ia boleh lari, (berdecun larinya mencecah 120 kmj) ia juga membiak dan berkembang.
Cara paling baik bagi Murai ialah atasi dengan bijaksana dan layanlah ia sebagai makhluk Allah yang diturunkan untuk memberi iktibar kepada manusia. Kewujudan babi dan anjing adalah untuk menununjukkan hidup manusia ini ada sempadan halal dan haram.
Apa yang dilakukan kerajaan Selangor adalah salah satu cara terbaik untuk mengurustadbirkan babi. Tadbirkan babi secara sistemetik. Babi ini bukan saja berlaku dan ada ditempat kita, di negera lain juga ada. Mengapa mereka tidak jadi masalah kerana kebijaksanaan mereka mengurustadbirkan babi. Mereka tidak tergamak jadikan babi sebagai isu politik seperti di tempat kita. Naifnya orang kita berpolitik tidak kira apa semuanya dijadikan isu hatta si babi.
Untuk melihat bagaimana isu babi dapat ditangani dengan baik usah pergi jauh, pergi saja ke Kelantan negeri yang nombor satu Islamnya dikenali dengan jolokan Serambi Makkah. Di sana juga ada babi. Mungkin ramai orang tidak tahu pusat ternakan babi juga ada di Kelantan. Seluas 18 ekar tanah dijadikan pusat ternakan babi secara tertutup. Tidak siapa pun heboh dan mengetahui industri berkenaan. Mungkin babi di Kelantan bisu maka ia tidak diketahui umum!
Bukan saja babi ladang ternakan katak Afrika juga wujud di Kelantan. Tidak timbul apa-apa masalah pun. Katak juga tidak dimakan oleh orang Islam, tetapi orang Kelantan tidak kisah dengan katak. Tenang dan bersedia berkompromi dengan haiwan itu tanpa ada masalah.
Jadi dalam soal babi atau binatang yang kurang menyenangkan ini tirulah apa yang dilakukan Kelantan, belajarlah di sana. Kelantan bawah pimpinan Pas, bukan saja pelihara babi dan katak, tetapi Menteri Besarnya sendiri boleh duduk sembang-sembanag dan makan cekodok dengan katak, bahkan bermurah hati pula membenarkan katak (Saleintia) bertanding menggunakan lambang bulan purnama.
Murai: Tidak pernah jamah babi tetapi pernah berkawan dengan katak.
2 comments:
salam Tuan:
Mereka lupa Babi juga adalah makhluk Allah SWT yg sama kejadiannya dengan haiwan2 yg lain. Namun sepiesis ini telah ada hukumnya untuk dijadikan panduan kepada manusia kenapa dan mengapa ianya diharamkan oleh Allah SWT. Namun hakikatnya mahluk ityu tetap tidak bersalah tetapi bagimana manusia yg telah Allah berikan mereka akal dan sedikit kuasa?? Kenapa mereka tidak mahu berfikir??
Sdr MSO,
Bukan sekadar makan dengan katak, tetapi juga berpeluk dengan katak.
Begitulah politik yang keliru dan mengelirukan ...!
hehehe
Post a Comment