Calon: Berilah Kepercayaan Kepada Presiden Pas
SEHINGGA hari ini siapa yang bakal diletakkan Pas untuk berhadapan dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mewakili BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari akan datang masih belum diketahui. Walaupun Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengatakan nama calon akan diumumkan 1 Januari depan, namun belum dapat dibayangkan siapakah yang akan menjadi calon Pas.
Sumber tertentu memberi tahu Pas masih lagi buntu untuk memilih siapa calon mereka.
Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas yang berlangsung di Kuala Terengganu Ahad lalu tidak dapat mengambil keputusan sebulat suara mengenai calon Pas. Ada banyak nama yang dikemukakan. Masalahnya nama itu mewakili fraksi masing-masing dalam Pas. Sekurang-kurangnya ada tiga fraksi yang mengemukakan calon masing-masing untuk dipertimbangkang.
Masing-masing fraksi mahukan calon masing-masing. Usaha untuk menempatkan calon masing-masing sedang dilakukan oleh fraksi-fraksi itu sehingga menggunakan individu tertentu untuk mempengaruhi pilhak lain agar memilih calon mereka.
Disebabkan mesyuarat Jawatankuasa Agung itu tidak mendapat kata putus, akhirnya Presiden diberi tanggungjawab untuk menentukan siapakah calon yang dikehendakinya.
Inilah pertama kali Abdul Hadi dikatakan menggunakan kuasa prerogatif untuk mengumumkan calon. Walaupun pada mulanya Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berbuat demikian tetapi mungkin ia tidak akan berlaku sekiranya calon yang diingininya tidak terpilih.
Calon yang dikatakan berada di hati Mursyidul Am Pas kini bukan lagi calon asalnya Mohamad Sabu. Tetapi satu nama lain yang dikemukan oleh satu fraksi lain dalam Pas. Satu fraksi sudah berjaya membuang nama Mohamad Sabu dari hati Nik Aziz.
Abdul Hadi juga dikatakan sukar untuk membuat keputusan secara terbuka melainkan beliau dikatakan akan mengadakan sembahyang istiqarah terlebih dahulu. Selalunya bila dipilih menlalui istiqarah ini bermakna soal memilih calon menimbulkan masalah kepada Pas. Umno mungkin boleh merasa lega dengan keadaan yang berlaku dalam Pas ini.
Termasuk malam ini Abdul Hadi ada emapt malam lagi untuk mengadakan sembahyang istiqarah. Adalah diharap beliau boleh manfaatkan malam-malam berbaki itu untuk menentukan calon yang layak dan sesuai. Yang lebih penting calon yang boleh membawa kemenangan kepada Pas tanpa mengira dari fraksi mana.
Sesiapa yang diumumkan oleh Abdul Awang pada 1 Januri ini hendaklah disokong tanpa berbelah bahagi. Apabila Presiden sudah membuat keputusan hendaknya tidak ada lagi suara yang mempertikaikan. Perangai sebotaj calon atau 'peteh geting' seperti mana berlaku dalam Umno hendaknya terhindar daripada Pas.
Pas kena ingat mereka perlu menang pilihan raya tersebut. Bukan saja Pas tetapi Pakatan Rakyat juga. Kemenangan pilihan raya pembuka kelendar 2009 itu penting kerana ia memberi petunjuk yang baik kepada politik Pas dan Pakatan Rakyat sepanjang tahun itu nanti. Kepada Pas selamat memgumumkan calon. [2:15 pm 27/12/08]
1 comment:
Amww guru:
Sehingga hari rabu 24 Disember lalu, suasana pilihanraya seolah-olah tiada di KT. Tiada bahang yang terasa.
Cumanya pada benak hati saya merasakan kemenangan BN tidak akan memberi sebarang kesan kepada BN sendiri atau PAS. Namun kemenangan PAS akan lebih siknifikan dalam suasana hari ini.
Hati kecil saya merasai kemenangan calon BN itu lebih hampir. Namun kemenangan BN hanya akan menambahkan kemantapan dan iltizam penyokong PAS untuk memperkuatkan lagi perjuangan Islam melalui PAS.
Itu hanya sekadar kata-kata hati saya sebagai yang bergelumang dengan orang kampung Terengganu. Apa pun pejuang Islam itu umpama pohon getah. Semakin ditakir dan ditoreh, semakin kuat batangnya dengan dilitupi susu getah.
Saya doakan kemenangan mana-mana calon akan meningkatkan lagi syariat Islam di Malaysia.
Salam jihad.
Post a Comment