DI SINI saya ada sedikit 'fatwa'. Saya gunakan analogi fatwa kerana akhir-akhir ini banyak sangat fatwa dikeluarkan. Fatwa mengenai yoga, fatwa mengenai ajaran sesat; tarikat, hakikat dan marifat, dan terbaru fatwa mengenai haram rokok. Mengambil semangat dari fatwa itu saya ingin menggunakan perkataan itu untuk catatan pagi ini.
Fatwa yang saya maksudkan ialah mengenai bagaimana untuk Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Kerusi ini adalah penting bagi Pakatan Rakyat dalam proses untuk melaksanakan projek 16 September yang terbangkalai itu. Sekiranya kerusi itu dimenangi oleh Pas ia akan menambahkan satu lagi kerusi. Penambahan ini sangat bermakna kerana boleh mendekatkan impian Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.
Kemenangan itu juga akan memberi semangat dan makin membuka mata pihak lain yang kini sedang memerhati projek berkenaan. Kemenangan itu nanti mungkin boleh menarik minat mereka untuk sama-sama mendokongnya.
Hari ini Pakatan Rakyat ada 80 kerusi. Asalnya 82, satu kerusi dirampas oleh Saleintia dan satu lagi dirampas oleh Mohd Najib Razak! Harap pembaca dapat faham dengan gambaran ini!
Jadi kalau kerusi Kuala Terengganu itu menang bermakna Pakatan Rakyat akan memiliki 81 kerusi! Seperti dikatakan kemenangan itu kelak menjadikan Pakatan Rakyat terus mencatat mata dan nilai kewibawaannya selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.
Fatwa untuk merampas kerusi itu mudah saja, sesiapa pun saya rasa ada menyimpan fatwa ini dalam kepala dan bersetuju dengannya.
1. Pakatan Rakyat hendaknya menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit. Pakatan Rakyat harus sepakat dalam membuat kenyataan atau memberi pandangan tentang pilihan raya berkenaan bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh media massa.
Misalnya apa yang dilakukan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan awal mengenai calon Pas sesuatu yang tidak baik dan boleh menimbulkan berbagai tanggapan buruk. Sikap yang sebeginilah yang harus dielakkan oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat.
2. Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendaklah memberi sokongan sepenuhnya. Jangan timbul perasaan kalangan PKR bahawa pilihan raya itu adalah hak Pas kerana Pas bertanding. PKR juga jangan sesekali mengungkitkan mengenai sikap Pesruruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang sebelum ini bersikap dingin dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan tidak berkecimpungan dalam pilihan kecil di Permatang Pauh dulu. Jangan sesekali insiden itu dijadikan sebagai dendam.
3. Anwar perlu turun sendiri semasa hari penamaan calon, mengiringi calon Pas seperti mana ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas yang datang bertongkat semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kalau boleh Anwar perlu berkubu di situ dan secara tidak langsung juga cara itu boleh memulihkan persepsi kurang elok sesetengah Pas Terengganu kepada Anwar.
4. Kalangan Pas sendiri juga kena bersatu. Apa yang dinamakan kumpulan Erdogan atau Pas klon harus diketepikan dan semua pihak dalam Pas kena bersatu. Jangan ada pihak yang ingin melihat pihak lain kecewa dengan pilihan raya itu nanti.
5. Calon yang akan dikemukakan biarlah calon yang boleh diterima oleh semua pihak, tidak mempunyai banyak masalah tanpa mengambil kira mereka dari kumpulan atau puak mana anak tempatan atau pun anak pendatang. Perasaan berpuak hendaklah dihindarkan. Hasrat mencapai kemenangan hendaklah mengatasi segala kepentingan lain.
Perlu diingat pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini memberi erti dan signifiken tersendiri kepada Pas (Pakatan Rakyat) dan juga Umno. Bagi Pakatan Rakyat pilihan raya itu akan menjadi petunjuk apakah pengundi Terengganu khasnya di Kuala Terengganu tidak keliru atau kecewa dengan kegagalan projek 16 September.
Kemenangan kerusi itu menjadikan kerja-kerja projek terbangkalai itu boleh dimulakan semula.
Manakala bagi Umno pula ia akan menjadi medan ujian kepada parti itu dan bakal presidennya Mohd Najib Razak. Kemenangan kepada BN akan memberi petunjuk bahawa peralihan kuasa dalam Umno diterima oleh rakyat. Sebaliknya sekiranyan Umno kalah menjelaskan peralihan kuasa itu ditolak dan orang yang bakal mengambil kuasa itu tidak diterima.
Jika fatwa kecil ini dapat dipraktik saya rasa Pakatan Rakyat tidak berhadapan dengan masalah besar untuk merampas balik kerusi berkenaan. [8:15 am 03/12/08]
8 comments:
Sangat setuju dengan saudara, kematangan berpolitik peringkat tertinggi sangat perlu dalam situasi sekarang ni, media masa akan mengunakan sepenuhnya peluang yang ada. Kenyataan tak boleh main lepas saja mesti ikut prosedur kepartian yang betul.
Salam Saudara MSO,
Satu momentum bagi penyokong PR jika PAS mencapai kemenangan di dalam PRK Kuala Terengganu akan datang.
Namun, jika PAS menemui kegagalan kita akan terdengar rungutan,sungutan, tuduhan dan dakwaan ulangan dan tradisi seperti pengundi hantu,politik wang,SPR bias,kain pelikat,beras dan sebagainya..
Justeru itu,siap sedialah dengan strategi dan pemuafakatan yang berkesan untuk menangani perkara2 ini di samping Fatwa2 yang saudara utarakan.
Kalau masih ada rungutan yang sama saban tahun,biar saje la UMNO yang memiliki Kuala Terengganu
seeloknya gunakan perkataan petua, bukannya fatwa...
bagi pengundi tempatan, PRK inilah sebenarnya menjadi medan untuk demand pada kedua2 belah pihak sama ada bn atau pr untuk mendapatkan apa2 peruntukan pembangunan di kawasan masing2.
peluang ini tidak harus dilepaskan.. masa inilah bn akan banyak menyalurkan bantuan segera tanpa mengira kosnya.. mintalah pembinaan jeti di tepi sungai terengganu bagi mereka yang tinggal di sepanjang sungai untuk memudahkan mereka mneggunakan bot ataupun mandi disungai..
belia2 kampung dah boleh mohon bantuan segera untuk projek menternak ikan air tawar di sg terengganu tersebut..
mereka yang hendak berniaga di tepi jalan besar dah boleh minta bantuan membina gerai2 disepanjang jalan besar tersebut..
pemuda2 kampung dah boleh minta pembinaan gelanggang2 permainan dan padang bola..dan sebagainya..
pastinya perkara ini akan ditunaikan dengan segera.. tak de masalah untuk kerajaan menolong kerana majoriti penduduk di p36 adalah melayu semuanya, tak kira parti mana yang akan menag....
masa inilah saat terbaik untuk demand bantuan kerajaan kerana selepas pilihanraya ini dah tiada lagi muka2 pemimpin yang akan selalu turun padang, sama ada pemimpin bn ataupun pr..sama sahaja...wassalam
leje said...
Sedikit terkilan kerana hanya disebut Misalnya apa yang dilakukan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan awal mengenai calon Pas sesuatu yang tidak baik dan boleh menimbulkan berbagai tanggapan buruk. Sikap yang sebeginilah yang harus dielakkan oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat.
Bagaimana pula dengan yang ini;
Pertembungan impian: Wan Mutalib lawan Wan Farid
KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.
Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.
Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.
Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.
Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.
Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.
SIASAH
main perang pysikologi sikit... sebar luaskan dengan pelbagai ayat atau cara.. apa yang pernah disarankan oleh YAB TG Nik Aziz satu ketika dulu... orang umno beri barang..beri duit ..pengundi kena ambil ... bila duit tu dah belanja ..dua tiga hari bagi tahu..mereka ambil dan minta lagi..tapi undi beri pada calon PR ... biar puak2 UMNO jadi serba tak kena dan hilang kepercayaan hatta kepada sesama mereka... saya jangka wang akan mencurah2 turun ke KT... inilah fatwa yang terbaik.. DUIT ambik..UNDI orang lain... biar dia rasa...nah..nak main duit sangat...ambik ko..
Penjelasan kepada komentator di atas. Saya tidak ada kena mengena dengan blog Siasahdaily. Blog itu diatururuskan oleh orang lain. Pandangan blog itu bukan pandangan peribadi saya. Jadi apa-apa perkara berkait dari blog itu hendaklah diabaikan dari tanggungjawab saya. Sekian - MSO.
sudah la dengan melayu kamu tu. sebab itu kamu ni sama dengan saleintia kamu tu. skang apa yg TGNA sebut bagi kamu semua sudah tak relevan. Dari bila??? dari TGNA tegas menolak sebarang hubungan dengan UMNO yg digerakkan oleh stopa.
Kamu akan menghalalkan sebarang cara bagi kemelayuan kamu itu. Bawalah melayu kamu itu kedalam kubur nak tunjukkan kepada malaikat dialam sama.
Sengaja dilepaskan komenter ini. Komen seperti ini ada sesekali masuk dan dikenal pasti dari orang yang sama. Penjenguk yang berperangai hantu! Penjenguk ini bagi saya kurang faham politik dan tidak tahu penulisan (blog) politik. Dinasihatkan bagi mereka yang tidak memahami politik, mengetahui latar belakang dan prinsip politik saya seperti penjenguk ini diharam membaca blog ini. Sebenarnya ia merugikan masa anda saja. Lebih baik anda gunakan masa seminit dua itu dengan melakukan kerja-kerja lain.
Post a Comment