Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Menteri dan Ketua Polis Negara
USUL untuk memotong gaji Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri sebanyak RM10 seorang ditolak oleh Parlimen sekejap tadi.
Usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur (Lim Kit Siang) dan Ahli Parlimen Seputih (Terasa Kok). Usul yang bertujuan untuk memalukan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara itu dibuat memandangkan beberapa kelemahan pihak polis termasuk salah laku polis dalam menjalankan tugas dan juga ekoran meningkatnya kejadian jenayah akhir-akhir ini.
Pihak kerjaan menerusi Timbalan Menteri Dalam Negeri, mempertahankan dakwaan itu dengana mengatakan peningkatan jenayah itu hanya persepsi pembangkang manakala pembangkang mempertahankan ianya satu realiti. Berbagai bukti dan fatka dikemukakan di sepanjang perbahasan usul berkenaan.
Penolakakn itu ibuat secara undi belah bagi, di mana 40 setuju usul itu ditolak dan 30 menyokong.
Beberapa orang menmgambil bahagian membahas usul berkenaan ketika ia dibuka untuk dibahas oleh Speaker, Pandir Amin Mulia. Antara mereka ialah ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali. Tidak ada seorang pun ahli Parlimen dari pihak pembangkang membahas usul berkenaan. [d' kota kl 4:00 pm 03/12/08]
2 comments:
kenapa tak tengok pada kes-kes jenayah yang telah berjaya diselesaikan?kenapa tengok pada satu sudut semata-mata?
pihak Polis sebenarnya dah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah jenayah.tidak dinafikan ada "rotten apple" dalam pasukan Polis tapi janganlah kerana nira setitik habis susu sebelanga.
baru-baru ini telah didedahkan kes jenayah dadah yang bernilai berjuta-juta ringgit yang telah berjaya ditumpaskan oleh pihak Polis.ada mana-mana pihak yang tampil dan memberi penghargaan kepada mereka?tidak ada langsung!.
Teresa pernah ambil tahu ke tentang pegawai Polis yang cedera parah dan yang mati ketika bertugas?ada dia pernah menjengah pegawai tersebut dan keluarga mereka?.
ada pegawai Polis yang mati kerana menegakkan undang-undang tapi tiada siapa yang tampil memberi penghargaan kecuali pihak Polis sendiri.ahli politik hanya tahu mencari salah semata-mata demi kepentingan politik...
saya percaya Teresa mesti tak pernah ikut Polis buat operasi atau sekurang-kurangnya rondaan biasa.tak kenal maka tak cinta.kalau Teresa pernah merasa betapa susahnya nak menyamar dan membuat intipin untuk menyelesaikan sesuatu kes,mungkin pandangan dia berbeza dari sekarang.
takkan lah nak berlembut dengan penjenayah bila penjenayah dah mula bertindak kasar.
Post a Comment