Sampai Bila Melayu Terus Berilusi
SEKALI lagi Murai nak cakap fasal orang Melayu Umno. Mereka ni nampaknya seperti kena main dengan orang bukan Melayu dari kalangan rakan mereka (dalam BN) sendiri. Sehari dua ini heboh pula fasal kenyataan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mengatakan ketuanan Melayu tidak relevan dan perlu ditolak.
Nampaknya marah benar orang parti Perkembar dengan kenyataan Soi Lek itu. Para pahlawan kain londeh dan mulut busuk kalangan Umno pun bangkit mengecam Soi Lek bersilih ganti. Biasalah, mula-mula kecam dengan kata-kata dan bahasa kesat dan kasar; biadap, melampau dan sebagainya... selepas itu disuruh ambil tindakan... hukumlah.
Lalu siren amaran yang biasa pun diberikan bila setiap kali timbul soal mempertikaikan hak dan kekudusan (konon) Melayu dibunyikan riuh randah jadinya. Jangan guris hati Melayu, jadi hiris hati Melayu, jangan bermain api, jangan cabar dan enah-entah lagi perkataan bernada geram dan marah yang sudah klise dihemburkan.
Berbueh-bueh mulut Melayu Umno macam bueh sabun dalam mengecam ini. Tidak cukup itu bangun juga pahlwan sejenis dengan si sailentia, turut sama mengecam. Bla... bla.... sambil mendabik dada macam Pak Kandok.
Semuanya hebat bunyinya seolah tindakan mereka itu menakutkan semua orang. Tetapi apakah mereka sedar, apa yang mereka lakukan itu tidak membekas apa-apa pun. Sudah berguni amaran dan kenyataan begitu dikeluarkan. Sejak belum merdeka semasa penjajah hinggalah hari ini tatapi apa hasilnya? Nahil kabe nihil saja?
Ia tidak memberi apa-apa kesan. Orang bukan Melayu tidak pun takut dengan kecaman dan nesta itu. Mereka seolah macamlah anjing yang dilemparkan batu kecil.... yang bergolek di kaki dan ditepisnya batu itu dengan ekor yang penuh dengan tahi. Lepas itu anjing itu akan menyalak dan menerkam lagi sambil mengacah-acah dan menanti apakah tindakan pelempar batu itu seterusnya.
Dan bila mereka letih mereka akan berhenti dan akan melakukan lagi bila mereka rasakan perlu dan melihat orang yang diacahnya sudah leka.
Begitulah Murai tenguk perihal orang Melayu Umno dan sejenis dengannya dalam melayani individu atau puak-puak yang suka menimbulkan dan mengusik perasaan orang Melayu. Keadaanya seperti orang tua dikejar hujan atau menghalaukan ayam di lesung saja.
Bagi firasat Murai permainan ini tidak akan ada kesudahan. Selagi orang Melayu bersikap macam anak kambing cerdik bodoh...dan merayau sendiri tanpa mahu membentuk kumpulan maka ia senantiasa akan diekori dan dipermainkan oleh serigala. Mula-mula diacah macam anjing tadi selepas itu bila ia sudah berada dalam kondisi kuat manakala si anak kambing bodoh cerdik itu sudah keletihan akan diterkam dan ditelannya hidup-hidup.
Murai rasa orang Melayu sudah maklum perumpamaan itu. Jadi soalnya kini kenapa harus jadi seperti anak kambing itu lagi? Selagi anak kambing itu tidak berusaha membentuk dan bergabung dalam kawanan besar maka dirinya senantiasa terancam. Nasibnya akan tidak menentu. Masa depannya tertakluk kepada takdir saja. Dan mereka yang menyerahkan diri kepada takdir adalah selemah-lemah mahkluk ciptaan Tuhan.
Murai rasa sejarah, perlembagaan, institusi raja tidak menjadi pagar konkrit yang mengukuhkan Melayu. Itu adalah satu ilusi saja. Yang akan menjaga orang Melayu ialah realiti kekuatannya sendiri. Pertahanan dari dalam - iman dan taqwa.
Senang dikatakan apa juga fakta atau bahan dokumen ia akan sirna. Ia tidak qadim seperti mana al-Quran yang dikwahyukan kepada Muhammad s.a.w. di mana ia tidak boleh diubah dan jika diubah ia berdosa. Selain daripada kitab itu yang lain semua boleh diubah termasuk juga fakta sejarah dan perlembagaan negara.
Murai: Tidak percaya ada persempadanan dalam dunia Tuhan!
2 comments:
Assalamualaikum warahmattullah
Alhamdulillah,kadang-kadang saya terlalu bersimpati dengan anda MSO, kerana telah banyak masa yang anda pergunakan selama ini memperkatakan (menasihati & membuka jalan) kepada kepimpinan UMNO dan pengikut ahli-ahlinya selama ini, seperti menuang air dipermukaan cermin. Menerusi beberapa akhbar tabloid anda sendiri dan penerbitan teman-teman yang lain hatta termasuk buku anda hasilkan (dulu dan kini). Semuanya umpama mengesek gerbab ditelinga lembu kerbau.
Sebutkanlah apa sahaja UMNO memperkatakan perjuangan mereka selama ini. Disudut semangat berkeris mempertahankan bahasa. Parti mereka sendiri UMNO adalah singkatan nama dari pesaka warisan keramat dari Tokki mereka orang putik UK. Singkatan Melayunya adalah PEKEMBAR; ini merupakan penipuan pertama juak-juak UMNO kepangkuan minda orang-orang Melayu.
Penipuan berikutnya adalah Arab Yaman Hadratulmaut (Almarhom Syed Nasir Ismail)diperkasakan sebagai Panglima Bahasa Melayu. Seterusnya UMNO namanya yang menipu Melayu sepatutnya PEKEMBAR gandakan penipunya melantek singanya (Singa UMNO)juga orang Arab juga dari Yaman Hadratulmaut almarhom Syed Jaafar Hassan Albar. Itu segi itu belum lagi diperkatakan tentang yang lain.
Lihatlah dalam negara kita yang dulu-dulunya bernama Tanah Melayu yang bertukar menjadi Malaysia. Yakinlah penipuan terus digandakan dengan sesungguhnya oleh UMNO keatas orang Melayu. Hafal dan ingat betul-betul dengan pangkal atau akhiran nama ini yang menguasai UMNO dan negara dalam semua kepentingan seperti Arab sudah almaklum kita, Tamby, Naina, Merican, Sheik, Kutty, Patail Melayukah mereka-mereka ini semua?
Semua-semua mereka diatas menguasai semua bidang serta pengelibatan dalam Tanah Melayu/Malaysia atas nama bangsa mereka. Tetapi apabila kandas, hancur lebur diatas pelaksanaan dan penguasaan mereka dalam semua perkara dan masalah. Semuanya dihempas diletakkan diatas tengkok belakang orang Melayu berkait bersabit kegagalan dan sebagainya. Mereka-mereka yang upercunis ini terlepas. Yang menjadi mangsa deritanya adalah orang Melayu dan Bumiputra.
Untuk membuka langkah dan jalan baru, selepas mereka menghancurkan dalam semua aspek maka Shaik, Naina, Merican Tamby, Kutty, Patail dll itu membuka vanue baru dengan meniup api perkauman disemua media juga atas PERTUANAN MELAYU DAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU DAN RAJA=RAJA MELAYU mesti dipertahankan. Ini namanya perjuangan haramjadah.
Dulu dari bangsa Kutty inilah yang buang dan terajang Raja-raja Melayu yang berdaulat menjadi kulat. Angkara siapa kerja ini? UMNO yang dipimpin oleh Presiden Kutty. Dan banyak lagi kalau nak diulas. Cukup di round pertama ini MSO, banyak akan kawea tarah demi untuk Melayu. OK
asalamualaikum........
macam2 perasaan yg timbul dihati ini bila membaca tulisan-tulisan yg ada didlm blog ini.marah,sedih,bersemangat,terharu, geram,dan lain-lain lagi.airmata menitis tanpa ku sedar, tdk ku tahu apa sebabnya. dihati ini hanya terbit perasaan sedih yg amat sangat.apakah yg berlaku keatas bangsaku... apakah yg berlaku dgn 'melayu ku'. bagiku yg dapat menyatukan bangsaku adalah islam... bukan islam pas,bukan islam umno. sejarah adalah ketentuan allah. memang tiada apa yg tdk boleh diubah kecuali alquran dan hukum-hukum islam. tapi..kita sebagai umat manusia haruslah memelihara apa yg telah dilahirkan oleh sejarah itu sendiri. yg baik dijadikan teladan yg buruk jadikan sempadan. kata mengata sesama bangsa.menceritakan keaiban sesama kita membuatkan bangsa lain bertepuk tangan. siapa yg akan mendapat manfaatnya. umpama memukul air didalm dulang akhirnya terpercik kemuka sendiri. apakah kata2 'tidak hilang melayu didunia' tdk mendatangkan suatu perasaan pd kalian. kenapa... malukah mengaku sebagai melayu... hina sangatkah melayu.... pada dasarnya melayu adalah islam. cuma pd zaman kini susah utk ditakrifkan sbg islam. sebab.. cara hidup,berpakaian bagi org melayu sekarang tdk melambangkan agamanya.... salah siapa.... kita sendiri! ada pihak yg arif tentang agama sibuk dgn politiknya ..utk mendapatkan kuasa. sebab politik sanggup menuduh seorang islam yg mengucap shahadah yg sama sebagai kafir. sedangkan kita sebagai islam melarang kita mengata org yg kafir sebagai kafir apalagi mengata seorang islam itu kafir. dan yg satu pihak tu pula.. asik dgn kemajuan dunianya sehingga tidak menitik beratkan hal2 berkaitan agama. suatu masa kupernah bernazar utk berbuasa seandainya dua golongan ini bersatu. nampaknya ALLAH belum mengizinkan lagi. kuselalu berdoa agar dua golongan ini ditunjukkan jalannya... agar islam tetap terpelihara dinegaraku yg tercinta. agar bangsaku ,melayu tetap terpelihara sebagai bangsa yg mengamalkan ajaran islam.agar melayu tidak akan hilang didunia. tak kisahlah melayu nainake, melayu mericanke... melayu jawa ke.. melayu mandailing ke... apa-apa ajelah! bukankah itu semua ciptaan allah. bukankah itu perancangan allah. entah-entah org melayu tercipta dulu hasil perkahwinan bangsa cina dan india. tidak mustahilkan.....
Post a Comment